22 April 2011

6 KESALAHAN SEMASA SENAMAN KARDIOVASKULAR

Bersenam memang sangat baik untuk kesihatan. Kita digalakkan bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Tapi tahukah anda bersenam dengan cara yang salah akan mengundang risiko.
 
Berikut adalah 6 kesalahan yang sering berlaku dalam aktiviti senaman kardiovaskular
 
 


 
Melakukan Latihan yang Sama
Dengan melakukan latihan yang sama setiap kali bersenam, tubuh tidak akan menghadapi tentangan lagi. Selain berasa bosan, anda juga berisiko mendapat kecederaan akibat penggunaan otot yang berlebihan. Pelbagaikan jenis latihan.
 
Tidak Melakukan Regangan
Regangan amat penting untuk merelakskan otot, mencegah kecederaan dan memperbaiki postur badan. Lakukan 5 hingga 10 regangan yang mensasarkan kelompok otot besar pada akhir setiap sesi senaman. Lakukannya setiap regangan selama 10-30 saat.
 
Prosedur yang Tidak Tepat Semasa Mengangkat Beban
Kesalahan utama yang biasa dilakukan ialah mengangkat beban dengan cepat dan tidak terkawal. Apa yang lebih penting adalah bagaimana anda melakukannya. Lebih baik melakukannya dengan tempo yang perlahan dan terkawal. Kebiasaannya anda perlukan satu saat untuk mengangkat dan tiga saat untuk menurunkannya.
 
Senaman yang Melampau
Melakukan senaman terlalu banyak, terlalu cepat atau melakukan senaman intensif setiap hari memberi kesan yang membahayakan seperti ketegangan otot/ tendon dan kehilangan jaringan otot. Jika baru belajar atau bermula, mulakanlah senaman dengan perlahan. 3 kali seminggu merupakan waktu yang selamat dan efektif. Kalau dah ada pengalaman bolehlah lakukan senaman kardiovaskular tidak lebih 200 minit seminggu dan tak lebih 60 minit setiap sesi. Latihan beban tidak seharusnya dilakukan tidak lebih dari 3 hari seminggu untuk mensasarkan pada kumpulan otot yang sama. Latihlah kumpulan otot yang sama selang sehari.
 
Tidak Konsisten
Senaman yang tidak konsisten bukan sahaja tidak efektif tetapi juga boleh mengakibatkan kecederaaan. Faktor yang palaing penting untuk mencapai hasil yang diharapkan adalah kekal konsisten dengan latihan anda.
 
Tidak Mempedulikan Kesakitan Badan
Bersenam dalam keadaan yang sakit bukanlah idea yang baik. Jika anda berasa kurang sihat atau kurang selesa serta mengganggu rutin senaman anda, berjumpalah dengan doktor.
 
*Sumber Majalah Rapi tak hingat tarikh dan tahunnya!
 
 
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

15 April 2011

TIP TERHANGAT KE ARAH INCOME TAX YANG PINTAR

Tinggal 15 hari lagi ni. Ha... korang dah hantar income tax form tak. Buat e-filing je senang! Bagi yang bekerja tp tak pernah daftar tu bawak-bawak la berdaftar. Saper yang dah ada akaun jangan pulak malas atau terlupa nak hantar borang tu ya. Padah bakal menanti anda. Saya dan beberapa orang rakan dah terkena. BINGO! Dari tak kena tax, terpaksa memaksakan diri membayar sebab nak beli rumah punya pasal. Hahaha... bagi yang bagi alasan tak tau nak isi, bawak-bawak la belajar isi borang BE tu ye.
 
Bagaimana nak meminumumkan jumlah yang perlu dibayar?
Berikut beberapa tip-tip terhangat yang boleh anda ikuti.
 
BACA, BACA DAN BACA
Membacakan amalan mulia. Simpan semua resit-resit buku, majalah, jurnal atau sebarang penerbitan yang anda beli samada dalam bentuk hardcopy atau elektronik. Hardcopy tu apa? Hardcopy tu macam buku-buku dan majalah yang anda beli kat kedai buku la... Tapi tak termasuk suratkhabar dan bahan bacaan yang tak bermoral ya! Perlepasan terhad sehingga RM1000. Saper yang ada anak tu tanamkanlah minat membaca kepada mereka. In a same time, kumpul la resit-resit tu :).
 
BELILAH KOMPUTER
Perlepasan terhad sehingga RM3000 untuk sebarang pembelian komputer peribadi. Untuk kegunaan individu saja ya bukan untuk tujuan perniagaan. Tapi hanya boleh digunakan setiap 3 tahun saja. Maksudnya kalau tahun lepas (2009) anda dah beli komputer, pembelian pada tahun (2012) baru boleh dimasukkan dalam perlepasan cukai pendapatan anda pada tahun 2012. Sebarang claim pada tahun 2010 dan 2011 tidak akan diterima.
 
DEMI MASA DEPAN ANAK
Simpanan dalam SSPN juga boleh dituntut dalam potongan cukai terhad sehingga RM3000 setahun. Maksudnya jumlah tabungan bersih pada sesuatu tahun itu ya. Contohnya pada tahun ni (Jan-Dis) anda telah menabung sebanyak RM5000 tapi pengeluaran telah dibuat sebanyak RM1500. Baki RM3500. Tapi potongan yang boleh dituntut hanya RM3000 sahaja. Kalau dah menabung RM4000 tapi dah keluarkan RM1200. Maka jumlah yang boleh dituntut hanyalah RM2800. Jadi kepada mereka yang tak buka lagi akaun SSPN untuk anak uols, silalah buka sekarang. Nak buka akaun RM20 je!
 
MAJU SUKAN UNTUK NEGARA
Sebarang pembelian peralatan sukan boleh dituntut perlepasan terhad sehingga RM300. Hanya untuk kegunaan aktiviti sukan yang telah disenaraikan dalam Akta Pembangunan Sukan 1997. Tapi tak termasuk pakaian sukan seperti kasut bola, jersey atau pakaian renang. Belilah raket badminton ke, tenis ke, bulu tangkis ke, bola golf ke... janji peralatan sukan yang tersenarai kat Akta Pembanguna Sukan 1997 seperti olahraga, bola sepak, badminton, memanah, sukan automobil, biliard, snoker, bina badan, bowling, bola keranjang, hoki dan byk lagi.
 
TUNTUTLAH ILMU
Yuran Pendidikan untuk kursus pembelajaran juga boleh dituntut perlepasan terhad sehingga RM5000. Hanya untuk diri sendiri ya, kalau suami ke orang lain ke tak boleh kira. Tak Aci! Pembelajaran mestilah di institusi atau badan profesional di Malaysia yang telah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau diluluskan oleh Menteri Kewangan. Bagi pembelajaran di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah sebarang kursus atau bidang dibenarkan tetapi bagi pembelajaran di peringkat lain selain Sarjana dan Doktor Falsafah, hanya bidang-bidang tertentu dibenarkan. Bidang yang dibenarkan ialah undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi. Pembelajaran tidak kira samada sepenuh masa atau separuh masa.
 
BROADBAND
Simpan semua bil internet jalur lebar anda. Tuntutan perlepasan cukai terhad sehingga RM500. Hanya bil yang didaftarkan atas nama anda ya. Kalau atas nama ibu bapa atau kawan-kawan anda tak boleh! Perlepasan ini hanya dibenarkan untuk tahun taksiran 2010, 2011 dan 2012 sahaja.
 
BAYAR BIL PERUBATAN KELUARGA
Bayarlah bil perubatan keluarga anda. Keluarga di sini bermaksud ibu dan bapa anda sendiri. Ibu dan bapa mertua tak boleh kira. Keluarga angkat pun tak boleh kira kecuali anda mempunyai hubungan dengan ibu dan bapa angkat itu sah disisi undang-undang. Contohnya kalau dulu diaorg ambil uols melalui jalan yang betul. Pegi kat Jabatan Kebajikan Masyarakat ke... baru la boleh kira. Tuntutan terhad sehingga RM5000. Bil perubatan termasuklah perbelanjaan perubatan, penjagaan dan rawatan rumah penjagaan serta rawatan gigi; terhad kepada cabut gigi, tampal gigi dan pembersihan karang gigi sahaja tidak termasuk rawatan kosmetik gigi.
 
BAYAR BIL PERUBATAN ANDA
Tuntutan terhad sehingga RM500 untuk pemeriksaan perubatan sepenuhnya untuk diri anda, pasangan dan anak-anak. Anda juga boleh membuat tuntutan untuk perbelanjaan perubatan untuk penyakit-penyakit yang serius seperti AIDS, parkinson, kanser, buah pinggang, leukimia dan seumpamanya terhad sehingga RM5000. Jika anda membuat tuntutan untuk kedua-duanya, jumlah terhad sehingga RM5000 sahaja. Contohnya tuntutan untuk pemeriksaan perubatan penuh RM400, tuntutan yang boleh dibuat untuk perbelanjaan perubatan untuk penyakit serius hanyalah RM4600 sahaja.
 
POLISI INSURAN KESIHATAN ATAU PENDIDIKAN
Premium insuran yang dibayar atas polisi pendidikan atau faedah perubatan untuk diri anda, pasangan atau anak boleh dituntut perlepasan sehingga RM3000. Jika insuran anda di bawah kategori insuran hayat/perubatan hanya 60% premium yang dibayar sahaja layak dituntut dibawah polisi kesihatan. Bagaimanapun 100% premium yang dibayar untuk insuran hayat boleh dituntut untuk perlepasan cukai.
 
ZAKAT
Last but not least adalah bayaran zakat. Bayarlah zakat pendapatan dan zakat fitrah anda bagi yang beragama Islam. Lebih baik salurkan wang anda ke lembaga zakat kannn... Maka berzakatlah anda! Berniat nak bayar zakat pendapatan tapi tak tau. Saya akan tulis di n3 yang lain nanti. Tapi kalau anda bayar sekarang pun hanya boleh dituntut perlepasan pada tahun taksiran 2011.
 
Oleh itu hantarlah borang cukai pendapatan anda sekarang. Jangan tunggu hingga hari terakhir!
Untuk soalan-soalan lazim boleh klik SINI
 
 
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

08 April 2011

PRIHATINKAH KITA???

Sebenarnya sebagai masyarakat, adakah kita benar-benar prihatin atau sekadar pentingkan diri sendiri terhadap golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Mungkin sesiapa yang selalu menaiki kenderaan sendiri jarang-jarang terlihat atau berada dalam situasi begini. Tapi bagi yang menggunakan perkhidmatan awam situasi begini memang kerap, malah hampir setiap hari.

Thanks Pak Cik Google!
Situasi pertama mmg saya sendiri alami. Masa tu saya terkejar-kejar nak naik LRT pulang dari kerja. Seorang yang buta tercari-cari pintu LRT sendirian sedangkan ada beberapa orang lain yang berdekatannya. Saya yang berada pada gerabak yang paling hujung segera berlari mendapatkan orang buta itu dan menariknya masuk ke dalam LRT. Masing-masing di dalam LRT hanya memandang tanpa rasa sedikit simpati pun.

Berbeza pula beberapa hari lepas. Tetapi ketika itu saya berada agak jauh dari tempat kejadian. Seorang OKU dengan kerusi rodanya menjerit meminta tolong kerana roda kerusi rodanya tersangkut di antara platform dan pintu LRT. Tak sampai beberapa saat beberapa orang datang segera membantunya. Kebetulan pula OKU tersebut memang membawa barang jualannya sekali. Mungkin hasil jualan yang tidak laku pada hari itu. Saya rasa hampir satu gerabak yang penuh orang itu membeli jualannya. Alhamdulillah murah rezeki dia pada hari itu. Hampir habis jualan yang dibawa pulang itu. Saya hanya melihat dari jauh. Ada seorang hamba Allah menghulurkan wang dan berkata, "lebih simpan saja ya". Bersyukur saya melihat masih ada lagi orang yang begitu prihatin. Malah setiap wang yang dihulurkan sebagai bayaran jualannya, dia memohon kepada Allah supaya mereka sihat, murah rezeki dan bahagia selalu. Saya yang memang skeptikal dengan orang berkerusi roda datang untuk memerhati dengan lebih dekat. Manalah tau macam USOP WILCA kann... Memang diseorang OKU. Bukan setakat tak boleh berjalan tetapi fizikalnya pun nampak kekurangan.  Sesungguhnya Allah telah memberi ketabahan untuknya meneruskan kehidupan. Tiada siapa yang minta dilahirkan serba kekurangan. Kalaulah kita berada ditempat mereka, apalah perasaan kita dan bagaimanakah kita menghadapi hari-hari kita....


Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

01 April 2011

GIVEAWAY OLEH-OLEH DARI BANDUNG! SIAPA NAK?!


Saya nak ole-ole tu!!!

Saya tag



Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

KHASIAT COKLAT

Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan saintis Itali dan Britain ke atas coklat mendapatihawa coklat boleh membantu menghindari penyakit jantung. Coklat didapati dapat meningkatkan tahap antioksida di dalam darah yang akan membantu menghindarkan penyakit jantung. Coklat pekat hitam adalah antara coklat yang paling berkesan untuk meningkatkan penyerapan antioksida berbanding coklat yang dicampurkan dengan susu.




Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la