21 Mac 2014

MPH Best of 2013

Semalam telah berlangsungnya MPH the Best of 2013 & Mutiara Minda award night. Tahniah kepada 5 top winner of Best Malay Fiction untuk novel melayu. 4 daripadanya adalah novel terbitan karyaseni, salah sebuah penerbitan yg gah di alaf ini dan sebuah lagi novel terbitan sebuah penerbitan yg akan menyambut kelahiran pertamanya iaitu love novel enterprise. Tahniah kak Umie Nazimah, Evelyn Rose, E-man Sufi, Dekna Lee dan sorang lagi ein terlupa la pulak namanya. Sorry ya kpd penulis tu. maklumlah kehadiran ein di sana pun di atas undangan MPH krn penulis dr syarikat penerbitan ein bekerja terpilih antara top 5 ni. Tak terfikir la pula nak terupdate dlm blog ni. Hihihi... 



By the way tahniah Dekna Lee dr kami di Penerbitan Lovenovel. Tahniah juga kerana novel ke-3 Dekna bakal mula diedarkan pd akhir bulan ini. Bagi yg dah membaca Hantu Punya Bos, anda pasti tidak akan kecewa dengan Jodoh Sebelah Pintu. Sesiapa yg nak order boleh buat pesanan awal dengan ein atau terus ke penerbitan lovenovel ya.

*bos, kena bg elaun lebih ni. Teriklan dlm blog la pulak. Hihihi. 
Apa guna jadi editor kalau tak promote! 

Suka ke? Like la

20 Disember 2013

My Hlovate Collections

Maka lengkaplah koleksi dr seorang lagi penulis yg brilliant dan bertanggungjawab terhadap golongan sasarannya. Mmg mula baca uols akan rasa boring tp ia padat dgn ilmu, falsafah dan hakikat kehidupan yg sebenarnya. 

Suka ke? Like la

11 Disember 2013

Selamat Datang December

Akhirnya berkesempatan juga ein menarikan pena di sini. Tuntutan pekerjaan baru dan tanggungjawab terhadap keluarga membataskan semua. Hikayat cinta Qasrina pun tidak sempat diteruskan walaupun rasa rindu pada Qasrina dan Hubbain memburu jiwa. Walau bagaimanapun yg penting kita dulu kan. Betul tak?

Minat yang bertamu sejak sekolah tidak pernah terpadam. Cita-cita sejak 12 tahun dulu tak pernah termimpi terkabul. Kemahiran demi kemahiran yang Allah berikan tak terfikir akan menyatukan semua itu. Ya... Bagaikan satu mimpi semua bersatu setelah lama berharap melakukannya sbg satu kerjaya sepenuh masa. Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. Kesabaran melalui saat2 getir dan perit dlm hidup, membuatkan kita lebih matang dan bersedia menempuhi dunia yg kita impikan.

Huh... Bunga2 kan intro tu. Saja je nak bagi suspen. Actually sepatutnya awal Dec lepas ein akan mulakan pekerjaan baru ni tp masa nak balik kg mula cuti sekolah hari tu, bakal bos baru call minta tolong siapkan layout buku, so terpaksalah bercuti sambil bekerja dr rumah. Layout??? Buku??? Kerja apa tu? Alhamdulillah berbekalkan experiences dlm penulisan, pembacaan pruf, penterjemahan, editing, penerbitan berkala plus kemahiran menggunakan software design adobe wp x penah guna adobe indesign, akhirnya diterima juga jd editor penerbitan novel. 

Mungkin ramai x percaya kalau ein cakap semua ini dtg dlm mimpi. Ya... Allah tunjukkan jln yg ein pinta dlm doa ein setiap kali bersujud pada-Nya. Alhamdulillah. Moga pekerjaan ini diredhai dan mendapat berkat-Nya. 

Alhamdulillah Allah bantu ein absorb dgn cepat. Dpt belajar guna indesign sendiri dgn bantuan dan guidelines puan bos berikan, maka terhasillah 2 buah novel layout hasil tgn runcingku ini serta 1 buah  buku yg terpaksa direedit utk cetakan kedua krn hasil yg kurang memuaskan editor sblm ini. Alhamdulillah... Mudah2an tugasan mengedit dan menyiapkan layout serta design manuskrip seterusnya dipermudahkan Allah.

Secebis Rasa
Semua org berhak mengecapi apa yg mrk impikan. Antara cepat dan lambat saja. Kdg2 Allah berikan kita masa utk kita lebih bersedia mengharungi segala dugaan dan cabaran dlm mengharungi dunia yg kita impikan. Irihati, cemburu, kebencian, ada di mana2. Cuma kita kena pandai bezakan positif & negatif, baik & buruk, yg indah & dan yg pahit. 

Suka ke? Like la