Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan

16 Jun 2011

PENCEMARAN BAHAN KIMIA DALAM MAKANAN LAGI!!!

Beberapa minggu lepas kita dikejutkan oleh berita tentang pencemaran bahan kimia dalam jus minuman sunkist. Mungkin kita berasa lega sebab jus tersebut bukanlah popular sangat pun. Tapi tetiba je beberapa hari lepas bila saya melawati web Kementerian Kesihatan saya mendapati ada pulak notis terbaru. Kali ini produk yang dinyatakan adalah produk yang agak popular dan dipasarkan oleh salah sebuah syarikat jualan langsung yang agak terkenal di Malaysia. Berikut adalah kenyataan daripada Kementerian Kesihatan Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan.
 
Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati supaya orang ramai tidak membeli dan memakan produk Oriyen Nutri Grow (boy) Orange Drink Premix dengan tarikh pengilangan pada 13 Ogos 2010 dan tarikh luput pada 13 Ogos 2013 edaran Cosway (M) Sdn. Bhd. kerana telah dicemari oleh bahan kimia DEHP.
 


 
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

02 Jun 2011

BAHAN KIMIA DALAM MINUMAN???

 
PERHATIAN!!! Pencemaran bahan kimia DEHP ditemui dalam minuman yang diimport dari Taiwan!
Amaran daripada Kementerian Kesihatan
 
Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati supaya orang ramai tidak membeli minuman SUNKIST LEMON JUICE, SUNKIST LEMON JUICE DRINK WITH ALOE VERA PULP, SUNKIST ORANGE JUICE DRINK, SUNKIST ORANGE JUICE keluaran Country House Inc., Taiwan dan produk UNI-PRESIDENT ASPARAGUS JUICE keluaran Uni-President Enterprise Corp., Taiwan yang dicemari oleh bahan kimia DEHP.
 
Maklumat lanjut, sila layari sini.
 
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

22 April 2011

6 KESALAHAN SEMASA SENAMAN KARDIOVASKULAR

Bersenam memang sangat baik untuk kesihatan. Kita digalakkan bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Tapi tahukah anda bersenam dengan cara yang salah akan mengundang risiko.
 
Berikut adalah 6 kesalahan yang sering berlaku dalam aktiviti senaman kardiovaskular
 
 


 
Melakukan Latihan yang Sama
Dengan melakukan latihan yang sama setiap kali bersenam, tubuh tidak akan menghadapi tentangan lagi. Selain berasa bosan, anda juga berisiko mendapat kecederaan akibat penggunaan otot yang berlebihan. Pelbagaikan jenis latihan.
 
Tidak Melakukan Regangan
Regangan amat penting untuk merelakskan otot, mencegah kecederaan dan memperbaiki postur badan. Lakukan 5 hingga 10 regangan yang mensasarkan kelompok otot besar pada akhir setiap sesi senaman. Lakukannya setiap regangan selama 10-30 saat.
 
Prosedur yang Tidak Tepat Semasa Mengangkat Beban
Kesalahan utama yang biasa dilakukan ialah mengangkat beban dengan cepat dan tidak terkawal. Apa yang lebih penting adalah bagaimana anda melakukannya. Lebih baik melakukannya dengan tempo yang perlahan dan terkawal. Kebiasaannya anda perlukan satu saat untuk mengangkat dan tiga saat untuk menurunkannya.
 
Senaman yang Melampau
Melakukan senaman terlalu banyak, terlalu cepat atau melakukan senaman intensif setiap hari memberi kesan yang membahayakan seperti ketegangan otot/ tendon dan kehilangan jaringan otot. Jika baru belajar atau bermula, mulakanlah senaman dengan perlahan. 3 kali seminggu merupakan waktu yang selamat dan efektif. Kalau dah ada pengalaman bolehlah lakukan senaman kardiovaskular tidak lebih 200 minit seminggu dan tak lebih 60 minit setiap sesi. Latihan beban tidak seharusnya dilakukan tidak lebih dari 3 hari seminggu untuk mensasarkan pada kumpulan otot yang sama. Latihlah kumpulan otot yang sama selang sehari.
 
Tidak Konsisten
Senaman yang tidak konsisten bukan sahaja tidak efektif tetapi juga boleh mengakibatkan kecederaaan. Faktor yang palaing penting untuk mencapai hasil yang diharapkan adalah kekal konsisten dengan latihan anda.
 
Tidak Mempedulikan Kesakitan Badan
Bersenam dalam keadaan yang sakit bukanlah idea yang baik. Jika anda berasa kurang sihat atau kurang selesa serta mengganggu rutin senaman anda, berjumpalah dengan doktor.
 
*Sumber Majalah Rapi tak hingat tarikh dan tahunnya!
 
 
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

01 April 2011

KHASIAT COKLAT

Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan saintis Itali dan Britain ke atas coklat mendapatihawa coklat boleh membantu menghindari penyakit jantung. Coklat didapati dapat meningkatkan tahap antioksida di dalam darah yang akan membantu menghindarkan penyakit jantung. Coklat pekat hitam adalah antara coklat yang paling berkesan untuk meningkatkan penyerapan antioksida berbanding coklat yang dicampurkan dengan susu.




Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

29 Mac 2011

TIP MENYIMPAN MAKANAN

Tak tau macam mana nak simpan makanan supaya tahan lebih lama?
Silalah baca tips kat bawah ye
 


 
Menyimpan Sayur & Buah-buahan
Sebaik-baiknya gunakan secepat mungkin. Beli dalam kuantiti yang sedikit dan jangan menyimpan terlalu lama.
Simpan dalam tempat yang kering (peti sejuk atau bekas terbuka).
sayuran berubi perlu diasingkan dari makanan lain dan disimpan dalam tempat yang gelap.
Sentiasa periksa buah dan sayur daripada mereput dan busuk.
Jika ada antara buah dan sayur yang rosak, buangkannya. Dikhuatiri ia kan memberi kesan kepada buah dan sayur yang masih elok.
Cuci sayur dan buah dengan sempurna sebelum menggunakannya.
 
 
Menyimpan Ayam, Daging & Ikan
Cuci bahan mentah sebaik sahaja dibeli.
Simpan makanan mentah di dalam peti sejuk dengan segera untuk mengelakkan bau busuk.
Bungkus makanan dalam pembungkus yang berasingan.
Elakkan makanan mentah bersentuhan dengan makanan yang telah dimasak.
 
 
Menyimpan Makanan Sejukbeku
Pastikan suhu penyimpanan pada tahap 18 Celcius.
Makanan yang ingin dibawa ke tempat lain mestilah bersuhu kurang dari 15 Celcius.
Makanan sejukbeku yang akan digunakan segera perlu dicairkan di dalam peti sejuk dahulu. Jangan sekali-kali mendedahkan makanan beku kepada cahaya matahari untuk dicairkan.
Peti sejukbeku perlu dibersihkan dan kerap dicuci.
Stok penyimpanan untuk makanan sejukbeku perlu sentiasa diperiksa, jangan terlalu lama.
 
 
Menyimpan Makanan Kering
Simpan dalam almari yang bersuhu kering dan mempunyai pengudaraan yang baik.
Rak tahan karat boleh digunakan sebagai tempat menyimpan.
Simpan botol dan tin makanan di dalam almari dan rak khas.
Buang tin makanan yang kemek, berkarat, mengembang, luput tarikh dan rosak.
 
 
 
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

28 Mac 2011

BAGAIMANA KURANGKAN LEMAK

Rasanyer macam dah lama tak update blog ni. 
Bukan apa, bz dengan anak2.
Baru ngadap pc, asyik tanya
"Ibu buat apa tu?"
Tak sampai seminit datang lagi
tanya soalan yang sama....
Akhirnya dapat juga tuliskan beberapa tips untuk uols ni
Tip kali ni adalah Tip Bagaimana nak Kurangkan Lemak dalam makanan kita.




Kurangkan Makanan Bergoreng
Hadkan pengambilannya tidak lebih 2 kali seminggu.
Toskan dahulu sebelum dimakan.
Hadkan makanan segera seperti ayam goreng, kentang goreng, milkshake, burger dan lain-lain.
Hadkan snek berlemak seperti kerepek, kek, biskut, kacang dan kuih muih bersantan.
 
Semasa Penyediaan Makanan
Buangkan kulit dan lemak pada daging atau ayam sebelum masak.
Gunakan minyak sayuran.
Elakkan menggunakan minyak kelapa.
Masak dengan sedikit minyak, tidak lebih dari 4 sudu makan sehari.
Tukar mayonis dengan jus limau nipis.
 
Semasa Memasak
Rebus, bakar, panggang dan kukus lebih baik berbanding menggoreng.
Gunakan susu tanpa lemak, yogurt atau santan cair bagi menggantikan santan pekat.
Buangkan lemak berlebihan daripada sup atau masakan.
Gunakan rempah ratus sebagai perasa.
 

Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

24 Mac 2011

BETIK BAIK UNTUK LELAKI!

credit kat pak cik google lagi sekali!
Buah betik kaya dengan vitamin C dan merupakan antioksida yang baik. Kandungan seratnya juga baik untuk lelaki. Apa yang mungkin anda tidak tahu, vitamin C sebenarnya penting untuk pembentukan sperma. Kekurangan vitamin C pada lelaki boleh menyebabkan ketidaksuburan. Untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma, seorang lelaki dewasa memerlukan pengambilan 500 mg vitamin C setiap hari.
 
 
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

23 Mac 2011

COKLAT KURANGKAN KALORI

Coklat mempunyai kalori yang tinggi sebab ia telah dicampukan dengan lemak dan gula. Jika anda mempunyai tabiat makan coklat seperti Cik Tina dan saya, pastikan anda mengurangkan pengambilan kalori dalam diet seharian anda supaya berat badan tidak meningkat. Akan tetapi jikan makan makanan yang seimbang dan kerap bersenam, coklat memang sangat baik.
 

credit to pak cik google

 
Jika anda adalah penggemar coklat macam saya dan Cik Tina, 3 perkara yang harus diperhatikan
 
Hanya makan coklat hitam (Dark Chocolate)
Makan coklat jika kesihatan mengizinkan
Patikan anda makan coklat secara sederhana
 
 
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

21 Mac 2011

NAFSU MAKAN=LAPAR MATA

Pernah dengar tak Nafsu Makan=Lapar Mata?
 
Pastinya anda selalu bimbang dengan peningkatan berat badan anda kannn...
Berusaha berdiet tak makan pagi atau tengahari semata-mata
nak turunkan berat badan.
Tanpa kita sedari sebenarnya dengan berdiet pada waktu-waktu tertentu
telah mengundang kelaparan mata bila terlihat makan-makanan yang enak.
Penglihatan telah mempengaruhi kita apabila perut kita terlalu lapar.
Paling susah bila kita sendiri tak dapat mengawal rasa lapar mata kita ni kannn...
 
Berikut adalah beberapa tip mudah sbg panduan anda untuk mengawal rasa lapar
 

Makan demi sedikit makanan seperti kekacang yg baik utk kesihatan spy tidak terlalu lapar bila tiba waktu makan.
Makan buah-buahan atau sayur-sayuran di antara waktu makan (antara waktu pagi dan tengahari @ waktu tengahari dan malam). Cara ini dpt mengelakkan kita makan berlebihan pada waktu makan utama kita.
Jika nak makan makanan ringan, pilihlah buah-buahan, bukanlah makanan yang berkalori tinggi mcm coklat. Pelbagai buah-buahan seperti membuat salad buah-buahan dsb.
Pilih makanan yang berserat tinggi dan mengenyangkan seperti epal atau agar-agar.
Kalau nak makan makanan berkarbohidrat pilihlah makanan seperti roti gandum atau nasi merah.
Minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
Daripada makan makanan diet, lebih baik makan makanan biasa tetapi cukup zat dengan kuantiti yang sederhana.
Atur jadual olahraga dengan bijak especially pada waktu yang kita selalu fikir nak makan.
Kalau rasa lapar pada waktu malam, minum teh panas untuk alihkan fikiran daripada makan dengan banyak.

SELAMAT MENCUBA!


 
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

17 Mac 2011

FYA: TENTANG BPA

Tahukah anda penyerapan BPA meningkat jika plastik bertembung dengan minyak atau makanan berlemak ketika pemanasan ataupun daripada bekas yang lama dan bercalar.

Kajian oleh Centre for Diseases Control mengesan BPA dalam urin 95% sampel dewasa. Dalam kajian yang sama, saintis mendapati wujudnya BPA dalam darah wanita mengandung, darah tali pusat dan plasenta.

Daripada 115 kajian ke atas haiwan, 81% menunjukkan kesan walaupun pendedahan kepada BPA adalah rendah. Antara kesan-kesannya ialah:

*Akil baligh pada usia muda akibat rangsangan perkembangan kelenjar mamari di kalangan kanak-kanak perempuan.
*Perubahan perlakuan jantina
*Perubahan hormon termasuk pengurangan testosteron
*Saiz prostat meningkat
*Penghasilan sperma berkurangan
*Masalah perlakuan seperti hiperaktif dan sangat agresif

Sumber: Majalah Pa & Ma- bulan dan tahun tak hingat!

Suka ke? Like la

PANDUAN SELAMAT IDENTIFIKASI PLASTIK

Plastik memang digunakan secara meluas untuk menyimpan dan membungkus makanan mahupun minuman. Bagaimanapun penggunaannya meningkatkan risiko masalah kesihatan terutamanya apabila bahan kimia pengganggu hormon daripada sesetengah plastik meresap masuk ke dalam makanan dan minuman kita.

Seperti yang kita ketahui kebanyakkan bahan plastik mempunyai label. Bagaimanapun tidak semuanya mempunyai label. FYI, simbol kitar semula yang tertera tidak semestinya bermakna produk itu boleh dikitar semula. Biasanya bekas plastik yang berleher sempit dengan label nombor 1 dan 2 sahaja yang boleh dikitar semula. Berikut adalah label yang telah dicipta oleh The Society of Plastics Industry untuk mengenalpasti bahan plastik.

Jenis Plastik
PET atau PETE yang bermaksud Polyethylene Terephthalate Ethylene

Ciri-ciri
Jernih, tahan, penghalang gas dan kelembapan

Kegunaannya
Botol minuman ringan, air mineral semulajadi, air minuman berbungkus, jus, bahan pencuci dan botol sapuan seperti peanut butter

Jenis Plastik
HDPE yang bermaksud High Density Polyethylene

Ciri-ciri
Keras, separa fleksibel, tahan kelembapan, telap gas

Kegunaaannya
Botol susu opaque, jag minuman, peluntur, bahan pencuci, botol syampu dan sesetengah beg plastik 
Jenis Plastik
PVC atau V yang bermaksud Polyvinyl Chloride

Ciri-ciri
Kuat, tahan, fleksibel dan elastik

Kegunaannya
Plastik pembungkus berpelekat, botol plastik boleh picit, minyak masak dan bahan pencuci

Jenis Plastik
LDPE yang bermaksud Low Density Polyethylene

Ciri-ciri
Lembut, fleksibel, tahan, mudah calar

Kegunaannya
Plastik pembungkus, penutup bekas makanan dan botol fleksibel seperti mayonis dan sos BBQ

Jenis Plastik
PP yang bermaksud Plypropylene

Ciri-ciri
Keras tetapi masih fleksibel, serbaguna

Kegunaannya
Bekas makanan untuk ketuhar gelombang mikro, straw dan botol susu bayi
Jenis Plastik
PS yang bermaksud Polystyrene

Ciri-ciri
Tahan, separa keras, dipengaruhi lemak

Kegunaannya
Perkakasan plastik pakai buang stereofoam, bekas telur, pinggan, cawan, gelas dan kutleri boleh buang

Jenis Plastik
Other
menunjukkan bekas makanan tersebut diperbuat daripada lain-lain jenis plastik selain kod 1-6 atau kombinasi di antara plastik 1-6

Ciri-ciri
Bergantung kepada jenis dan kombinasi plastik

Kegunaannya
Bekas menyimpan minuman, botol susu bayi, botol air 5 gelen, botol air sukan, liner makanan dalam tin, sippy cup dan sudu garfu lutsinar
Plastik berasaskan bio juga mungkin dilabelkan dengan label ini

NOTA
Pilihlah plastik yang berlabel 1,2,4,5 untuk pilihan yang selamat
terutama sekali untuk mengisi makanan
Elakkan plastik yang berlabel 3, 6, dan 7


*Sumber daripada Keselamatan & Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan

Suka ke? Like la

16 Mac 2011

Q & A: PUTING SUSU ADA BPA JUGAK KE?


Ringkas saja n3 kali ni.
Puting susu ada BPA ke?
Puting susu tak ada BPA.
Puting diperbuat daripada silikon dan getah
yang tidak mengandungi sebarang BPA.

So setakat ni mommies jgn la risaukan
puting susu anak-anak pulak.
Yang penting sila kerap tukar puting susu
anak-anak mommies ye....

Suka ke? Like la

TIPS PENGGUNAAN BOTOL SUSU POLIKARBONAT

Dah baca n3 yg sebelum ni? Kalau belum boleh gi sini dan sini.


Mesti ramai mommies yang risau je pasal isu ni. Stok botol susu banyak lagi yang tak berguna. Takkan nak buang pulak... Mommies masih boleh berikan anak-anak susu dengan botol BPA ni tapi kenalah ada langkah berjaga-jaga. Apakah caranya?

Berikut la caranya

*Steril botol BPA mengikut arahan pengendalian pd label atau boleh juga rendam dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit. Bukan biarkan air mendidih sekali ngan botol tu tau. Lepas didihkan air terus tutup api.

*Elakkan gunakan air panas secara terus ke dalam botol BPA untuk membancuh susu. Abis macam mana nak buat susu? Bancuhlah susu di dalam bekas yang lain terlebih dahulu.

*Gunakan peralatan mencuci botol yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bg mengelakkan permukaan botol BPA rosak dan bercalar.

*Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu. Sekiranya ada kesan calar atau rosak, sila ganti botol yang baru! Kalau tak gantilah setiap 6 bulan.

NANTIKAN N3 SETERUSNYA!

Suka ke? Like la

TIPS KENALPASTI BOTOL SUSU ANAK ANDA

Seperti yang saya janjikan pada n3 sebelum ni, inilah antara tip-tipsnya ya

Botol BPA
*Botol selalunya lutsinar dan jernih
*Botol memang keras
Baling ke dinding pun tak pecah
*Botolnya selalu fancy. Sangat cute la bila kite menengoknyer
*Regenya pun murah walaupun cute-cute dan cantik-cantik
*Tonggengkan botol. Nengok kat bawah tu
Mesti ada tulis no 6 atau 7
Kadang-kadang tulis PC
Kadang-kadang tak der tulis pun
*Of cos la terang lagi bersuluh tak der label BPA free



Botol BPA Free
*Kebanyakkan memang ada label BPA Free
Mungkin spy senang kita nak kenalpasti
*Warna botol tidak lutsinar. Pendek kata malap je la warnanya
*Botolnya agak lembik sedikit
Kalau boil sure kemik
*Regenya agak mahal sedikit
Kadang-kadang boleh la dapat 3 ke 5 biji botol BPA
*Tonggengkan botol. Nengok kat bawah tu
Mesti ada tulis no 5
Kadang-kadang tulis PP

Nota
*Walaupun Botol BPA Free mahal regenye, jangan pulak tertipu ya.
Sebab ada juga botol susu yang mahal (x yah nak mention la)
tu stok lama. Mungkin kedai tu belum face out old stok.
Kalau nengok diaorg buat sale ke, sila semak baik-baik.
Takut sale tu untuk habiskan stok lama sebab
diaorang dah nak jual stok yang baru yang BPA free.

*Alternatif kepada botol BPA:
boleh gunakan botol yang diperbuat daripada
polypropylene (PP)
poluthersulfone (PES)
polyamides (PA)
kaca

Ok pasni saya bagi tips pulak pada yang masih guna botol BPA tp sayang nak buang. Bukan tak boleh guna, tp ada cara untuk pastikan ianya selamat digunakan.

SELAMAT MEMBELI BELAH BOTOL SUSU BARU TUK ANAK KORANG!

Suka ke? Like la

APA ITU BPA???

Sejak beberapa hari ni kecoh betul tentang pengharaman botol susu BPA pada tahun depan. Sebenarnya isu ni dah lama wujud di kalangan ibu-ibu yang memang aware tentang perkara ni sejak tahun 2008 lagi. Ingat masa tu saya mengandungkan Dahiyah. Masa tu cuma beli botol biasa yang BPA free seperti yang dicadangkan di forum-forum dan di majalah-majalah keibu bapaan. Masalah saya makin meruncing bila Dahiyah tak mau pulak pakai botol tu sebab dia ni memang breast feeding baby. So baby sitter cadangkan pakai botol jenama breastflow. Mak ai.... susah betul nak cari. Ke sana kemari saya mencarinyer... Akhirnya dapat juga sebiji! Rupa-rupanyer mereka dalam proses pengalihan dari botol BPA kepada botol BPA free.


Pada mereka yang baru pertama kali dengar, mesti tertanya-tanya... "Apa tu BPA? Nak haramkan botol susu BPA? Habis tu anak-anak nak minum susu pakai botol apa?"
FYI, bukan semua botol susu tu menggunakan bahan BPA. Biasanya botol susu yang menggunakan BPA ni regenya murah je... Pasal murah la ia merbahaya kot!

BPA sebenarnya adalah singkatan kepada Bisphenol A iaitu satu sebatian kimia yang selalu ditemui pada kebanyakan barangan plastik termasuklah botol susu bayi, bekas makanan dan minuman, CD, DVD, peralatan sukan dan barangan elektronik. Ia berfungsi untuk membantu daya tahan dan mencegah kerosakan barangan tersebut.

Ianya telah disedari merbahayakan manusia sejak 1930-an lagi. Bagaimanapun kebimbangan penggunaan BPA pada produk konsumer hanya dilaporkan di media-media pada 2008 selepas banyak isu keselamatan timbul. Pendedahan kepada BPA dalam tubuh kita boleh mengakibatkan kanser payudara, kanser prostat, diabetes, obesiti, masalah kepada sistem daya tahan badan, masalah kepada kromosom dan banyak lagi.

Oooo.... begitu ke bahayanyer BPA ni... Nantikan n3 seterusnya... Tip-tip mudah mengenali botol BPA dan BPA free untuk anak-anak korang.




Suka ke? Like la