Memaparkan catatan dengan label Novel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Novel. Papar semua catatan

10 Oktober 2013

Review Novel Mr. Pai Epal

Mr. Pai Epal karya Mardihah adalah satu kisah cinta yang biasa. Tetapi garapan Mardihah membuatkannya sangat menarik bagaikan membaca kisah cinta sambil mengenali dunia kulinari. Menyelami perit dan indahnya cinta sambil berjalan-jalan di kota Paris.


Keazaman Izz Amir memiliki si gadis yang memayungi ibunya yang buta dalam renyai hujan adalah permulaan kisah cinta mereka. Panggilan Cik Yaya Sayang untuk Nur Alya terngiang-ngiang sentiasa. Hanya dia yang memanggil dengan nama itu. Pertemuan antara Yaya dengan pemilik cafe Pai Epal itu telah membuatkan kehidupan si brutal yang nervous,Yaya menjadi haru biru dan kucar kacir. Bunga sakura yang berguguran di hati mengiakan rasa tapi mulut menidakkan demi restu seorang ibu. 

"Ibu kata, lelaki yang akan mengahwini awak, harus baik dan sentiasa sempurna agamanya. Solatnya juga perlu lengkap..." - Izz Amir
Tika cinta mula mendapat restu pihak di sini, pihak di sana pula menentang. Kasih yang dianyam mula disulami duri-duri. Kerana menghormati permintaan seorang ibu dan demi keluarga tercinta, hati tabah Yaya terluka dan terpaksa melalui hari-harinya menelan segala kenangan indah di hadapan mata. 

Akibat cemburu dia dikasari cinta hati dan insiden yang menodai cintanya itu telah menguatkan lagi semangatnya untuk menjauhi Izz Amir, lantas terus mengejar cita-cita ke kota Paris. Walau akal dan mulut kata benci, jiwa menyimpan kemarahan namun rasa hatinya masih mengukir nama Izz Amir. 

Apa istimewanya Cik Yaya Sayang di hati Izz Amir. Mengapakah cinta itu terus kukuh terpahat walau pelbagai rintangan mendatang. 
"Kalau saya nampak matahari, saya sentiasa nampak wajah awak yang bercahaya. Kalau saya nampak bulan, saya sentiasa nampak awak yang sentiasa tersenyum dan kalau saya nampak bintang, saya sentiasa rasa awak bintang hati saya...."
Sejauhmana Cik Yaya Sayang berlari, sejauh itu Mr Pai Epalnya mengejar. Menanti dan terus mengharap kemaafan tanpa bicara. Membiarkan diri terseksa dari Malaysia hingga ke kota Paris mengekori Cik Yaya Sayang sehingga cinta hati mengungkap kata-kata kemaafan.
Tuhan, bolehkah aku pinta daripada-Mu untuk jauhkan dia daripada diri ini? Bolehkah aku pinta supaya dia boleh lupakan aku dan pergi dari sini?
Adakah Yaya akan melupakan kenangan pahit itu dan sejauhmanakah Yaya mampu menyembunyi rindu dihati. Mampukah dia melenyapkan nama Izz Amir dalam hatinya dengan kehadiran pemilik Hei Ducati Seksi yang setia menemani.
... dalam hatinya yang sentiasa meneduhkan cinta ini dengan membawa nikmat kebesaran Ilahi. Terima kasih untuk cinta ini. Terima kasih memberi rasa cinta agung ke dalam hati.
Biarkan sakura berguguran terus berbunga 
Transformers pula menjadi saksi cinta

Setulus cinta Mister Pai Epal
Semurni hati Cik Yaya Sayang


Secebis Rasa

Bukan setakat cinta perlukan pengorbanan tetapi kehidupan juga perlukan pengorbanan. Impian cinta dan hidup tidak semudah membina istana pasir di persisiran pantai. Mungkin bahagia menjelma lewat dari apa yg kita impikan. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Kadang2 kita tidak perolehi apa yang kita impikan tapi Allah berikan apa yang kita perlukan. Allah berikan kita dugaan supaya kita menjadi kuat melalui hari yang mendatang. Apa yang penting sentiasa berdoa kepada-Nya memohon ketabahan dalam mengharungi hari-hari itu. Orang kata cinta itu buta. Tapi cinta yang buta itu lebih manis jika mendapat restu dari dia, yang melahirkan kita.

*Bukit Indah mengingatkan ein tentang awak, seorang sahabat. Yang selalu mengheret saya ke tempat ini tika awak bersedih... Saya tahu awak sedang bersedih skrg, tapi kenapa saya awak lupa? Saya sentiasa rindu awak sebagai sahabat saya.
*Bestnya kalau dapat suami seorang chef kannn. mesti dapat sama2 berkelentang-kelentung di dapur. Bergaduh pun mesti pasal masakan...


Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

07 Oktober 2013

Review Novel Hikayat Cinta Si Pematah Hati

Membaca novel setebal 1050 muka surat ini tidak pernah membosankan kerana plotnya disusun dengan teliti dan sangat menarik. Ia bagaikan benar-benar sebuah hikayat cinta dogeng sang putera dan puterinya yang penuh dengan dugaan sebelum kebahagiaan menjelma untuk mereka. Karipap pusing menjadi satu titik mulanya sebuah cinta. Cinta tanpa bicara. Dipendam rasa meniti masa. Tersemat kemas di hati sang puteri bertahun lamanya. 

Selami erti cinta bersama E-man Sufi. Kerana cinta manusia sanggup lakukan apa saja. Kerana cinta manusia berdendam. Kerana cinta manusia merana. Kerana cinta manusia berubah. Kerana cinta manusia bisa goyah dari prinsip kehidupan. Kerana cinta manusia hilang pegangan. Kerana cinta manusia sanggup berkorban. Kerana cinta manusia bahagia... semuanya kerana... cinta itu tidak bisa lari dari jiwa manusia.

Hikayat Cinta  Si Pematah Hati adalah cinta antara Rayyan Raiqarl - Warfeen Wardah - Daniel Elhan. 

Pertemuan dengan si hantu karipap pusing, Rayyan Raiqarl telah mengingatkan Warfeen Wardah tentang seseorang, mengimbau kenangan silam yang mengusik jiwa yang dipendam sekian lama. Si hero penyelamat yang inginkan karipap pusing saban hari sebagai tanda persahabatan. Si hero tiba-tiba menghilang tanpa dikenali nama dan asalnya telah membuatkan hati Warfeen menyimpan kemas segala kenangan singkat itu.

Pada pandangan pertama lagi Rayyan Raiqarl telah tertarik dengan si puteri, Warfeen Wardah. Takdir Allah, pertemuan demi pertemuan semakin mendekatkan dirinya pada sang puteri idaman. Malangnya kemunculan si hantu karipap pusing agak terlambat. Hati Warfeen Wardah telah diikat oleh Daniel Elhan. Kerana janji,Warfeen tetapkan hatinya menanti dan mempertahankan tembok kesetiaan untuk Daniel Elhan walaupun lelaki itu sering menabur janji sedangkan jiwanya makin goyah dengan kenangan silam dan layan baik sang putera. Kerana dendam, Rayyan mengetepikan prinsip hidupnya. Mula berusaha merebut hati sang puteri dengan halusnya. Mendekati dan cuba memahami hati seorang Warfeen Wardah.

Tatkala Warfeen patah hati,Rayyan cuba mendekati Warfeen si bunga matahari. Berpakat dengan nenek Warfeen meminang puteri idaman. Akhirnya pada hari perkahwinannya, barulah sang puteri membongkarkan segala rahsia. Walaupun hidup mereka bahagia, hubungan Rayyan Raiqarl dan Daniel Elhan pencetus segala masalah. Penghalang cinta yang kian mekar, meruntuh kebahagiaan yang dibina. Warfeen terpaksa berkorban meninggalkan suami yang disayangi. Mampukah cinta itu kembali. Sekuat manakah cinta si hantu karipap pusing dan si pencinta bunga matahari. Hati siapakah yang patah dan siapakah sang pematah hati. Selamilah cinta mereka dalam Hikayat Cinta Si Pematah Hati.

Memaafkan lebih baik daripada terus menyimpan rasa marah sekalipun ia sesuatu yang tidak mudah. Siapa dia untuk menghukum... Cuma manusia biasa saja. Dia teringatkan satu pujangga Arab yang pernah dibacanya... Cubalah menyambung ikatan yang telah putus, cubalah memberi kepada orang yang tidak mahu memberi kepadamu dan cubalah memberi maaf kepada orang yang telah menganiyaimu kerana dengan cara itulah kamu akan mengerti apa itu erti kemanusiaan.
Secebis Rasa

Sesungguhnya cinta itu buta. Kerana cinta manusia bisa berubah. Yg keras & hitam hatinya mampu menjadi bersih. Yg suci dan baik hatinya mampu menjadi sekejamnya. Apa2 pun yang berlaku, cubalah jangan menjadi hamba cinta. Berbaliklah kepada Maha Pencipta, mohonlah kekuatan daripada-Nya. Dunia ini penuh dengan dugaan. Tanpa dugaan pastinya hidup tidak berwarna warni. Warnailah kehidupan kita dengan kesabaran, ketabahan dan penuh keyakinan. Insya Allah bahagia itu milik kita.

 
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

03 September 2013

Review: Novel Mencari Taman Di Hati



Novel ni sebenarnya novel lama. Dulu tajuknya Bahagia Untukmu. Bab2 awalnya ada di penulisan2u. Puas mencari merata2 novel ni. Rupa2nya tajuknya telah ditukar kepada Mencari Taman Di Hati dan sebaliknya ia diterbitkan oleh Jemari Seni. Kalau tidak kerana merajinkan diri menterjah blog JS rasanya taklah ein jumpa blog Aidah Bakri ni, dan tak tau juga la yg Bahagia Untukmu adalah Mencari Taman Di Hati. 

Bila novel ni sampai je, niat di hati nak selesaikan pembacaan dlm masa satu hari je. Huh... kalau dah pembaca tu namanya Ein Lynn, mmg hajat tu x akan kesampaian. Mana taknya, speed pembacaan dah la slow yg teramat sgt, kalahkan org buat proof reading. Dengan habit yg suka mengulang2 membaca setiap perenggan, lebih2 lagi gaya bahasa Aidah Bakri yg sangat puitis ni. Inilah habit ein bila membaca. Memahami setiap ayat dan mencerap kandungan sebaik2nya. Kalahkan membaca teks fakta tau! Pasal tu la setiap kesalahan ejaan dan ayat ein boleh perasan.

Mencari Taman Di Hati walaupun novel yg dah lama tapi ianya tetap segar dan menyentuh ke tangkai hati dengan ayat2 puitisnya . Merananya dan sakitnya jiwa dpt dirasakan tetapi kekadang terasa macam nak ketuk je kepala watak Syuhada tu sebab sikapnya yg terlalu berahsia, memendam rasa dan sukar utk berterus terang. 

Kerana terikat dengan janji sendiri, Syuhada terpenjara dan menjeruk rasa. Merelakan diri terseksa, dirantai luka dan membiarkan derita bersarang dihati. Walaupun janji yang terikat 5 tahun lamanya akhirnya dirungkai, namun masih ada rasa yang terkurung bagaikan satu hukuman dan sukar baginya melolosi diri. Rasa yang menghukum, menghalangnya memberi peluang bahagia untuk diri. Meluah rasa hanya dengan air mata. Air mata yang sukar dimengertikan oleh sesiapa.

Takdir menemukan Syuhada dengan Shahrul Riezman. Takdir juga menyaksikan kebetulan demi kebetulan pertemuan mereka kembali. Walaupun hati Syuhada beku sedingin salju, namun Shahrul Riezman tidak pernah putus asa melamar kasih, memburu cinta seorang Syuhada yang mengunci rapat pintu hatinya. Shahrul Riezman terlalu yakin dengan mimpi yang mengganggu tidurnya. Cuba mencambah tunas dan mencari taman di hati Syuhada. Berharap hati sayu seorang Syuhada mampu dibahagiakan. 

Namun kehadiran Zulhilmi menagih janji telah mengheret Syuhada dalam perkahwinan tanpa rela. Kerana mencari reda dan restu seorang ibu, Syuhada turutkan. Membiarkan diri dirantai sengsara tika hati mula diketuk bibit-bibit bahagia, dicuit satu rasa. Merelakan masa depannya diperjudikan walau jiwa meronta. Dia belajar untuk reda dengan takdir-Nya. Belajar menerima jodohnya. Belajar bersyukur dengan apa yang dimilikinya.


Kasih dan cinta! Entah bila wujudnya... segala-galanya di bawah sedar. Cinta di bawah sedar... ternyata lebih manis dan mengasyikkan. 

Siapakah yang mampu bertakhta dalam taman hati Syuhada? Mampukah bahagia menjadi miliknya? Jom beli dan baca terus novel ni dari Jemari Seni.

Syukur meliputi ilmu, amalan dan suasana. Ilmu itu ialah dengan mengenali Allah menerusi nikmatnya. Amalan ialah dengan melaksanakan tugas yang diamanahkan Allah. Dan suasana pula ialah menimbulkan kegembiraan atas nikmat yang dikecapi.

Secebis Rasa
Membaca novel ini membuatkan ein terasa rindu pada zaman kanak-kanak. Pantai punggur yang dulu kerap dikunjungi bersama keluarga menggamit nostalgia indah. Mampukah segalanya kembali sebagaimana dulu tika kami semua telah membesar dengan pelbagai kisah sebagaimana yang telah DIA takdirkan. Kalau segalanya mampu diperbetulkan, mampukah kami menikmati keindahan dan berpiknik di pantai ini sambil menyapa angin pantai yang bertiup. Mengutip kerangan, membiarkan kaki bersalut lumpur di tanjung dan menanti nelayan pulang dengan hasil laut. Seronoknya waktu itu. Ijah dan Oya... alangkah baiknya kalau kita dapat menikmatinya sekali lagi bersama. Entah bagaimana la rupanya pantai punggur sekarang ini, setelah lebih 15 tahun tak berkunjung...

Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
 





Suka ke? Like la

19 Ogos 2013

Review: Novel 13 Jam A380 By Evelyn Rose




Second novel by Evelyn Rose ini memang tidak mengecewakan. Lebih sarat dgn ilmu berbanding first novel. Sgt "wow", hebat, dan diluar dari jangkaan. Kenapa ein katakan diluar jangkaan? Dari pembacaan awal di blog Eve, bab 1-bab 27, cerita ini bagaikan satu fairytales yg x mungkin akan diselitkan unsur2 keagamaan yg sebegitu sarat di dalamnya. Akal mengatakan, kalau ada pun hanya light sahaja. Tapi bermula bab 31 dan seterusnya sgt mengujakan. Malah ein sendiri menitiskan air mata bila membaca bait2 ayat tentang hakikat alam, hakikat dunia dan akal serta cinta terhadap Allah dan agama Islam. Eve berjaya menyampaikan keindahan Islam dan kecintaan terhadap Allah dgn baik sekali. 
(And its remember me about something and someone :). 

Don't judge the book by its cover! Actually dah beberapa orang usha novel ni dari tangan ein. Tapi bila baca tajuk je, terus dorang batalkan hasrat untuk terus membelek novel ni. Apalagi... ini la masanya pengulas tak bertauliah ni menjalankan tanggungjawabnya kann...

Takdir, qada' dan qadar Allah masih lagi menjadi kunci dalam novel ini. Bagaimanapun ia digarap lebih baik dengan elemen ala-ala cerita dongeng dan romantis, unsur-unsur humor, keagamaan serta hakikat sebuah kehidupan. 

Kerana takdir Hana Sofea bagaikan bermimpi. Bertemu jejaka idaman hati yang dipendam 3 tahun lamanya di awangan. Meluangkan masa selama 13 jam bersama wp mrk sedar itu semua mengukir dosa. Kerana takdir, dia terpaksa menerima hakikat yang dia, Hana Sofea Ibrahim hanyalah girlfriend 4 jam, menjalin rasa bersama Syed Haydar Syed Nazim. Kerana takdir, dia juga bertemu dengan keluarga Fawwaz di awangan dan kemesraan terusan terjalin. Takdir menemukan dia dengan Muhammad Fawwaz Hussaini dan Emmel, menjadikan dia sbhgn dr keluarga itu. Takdir juga merubah hatinya. Melupakan keinginan hati yang membara bertahun dan menginsafi kekhilafan diri, mencari dan memperbaiki diri, cuba menjadi hamba-Nya yang lebih baik. Kerana hidayah Allah itu juga la dia menidakkan rasa hati setelah beberapa kali bertemu semula dgn Haydar.

Kembali ke tanahair semula dgn sebuah impian. Namun takdir telah tersurat untuknya. Antara Fawwaz dan Haydar. Antara hakikat hati dan hakikat takdir. Berusaha belajar meredhai takdir. Belajar menerima jawapan Allah yang selalu dipohon. Belajar mengemudi rasa hati yang diuji. Belajar tentang hakikat sebuah kehidupan yang telah ditentukan oleh-Nya. Hanya akal yang dapat berfikir kerana ujian itu adalah jalan untuk mengenal diri dan Allah. Allah 'memperkenalkan' Allah disebalik setiap ujian-Nya.

As usual baca sendiri novel ya. Kalau bagitau semua bukan la review namanya tp summary la kannn... X de la keinginan lagi nak baca nanti.

Secebis Rasa:
Kadang2 Allah memesongkan kita dari landasannya supaya kita mengambil pengajaran di atas kekhilafan itu dan lebih mendekatkan diri kepadanya. Dia juga yg akan memberi kita hidayah untuk lebih mengenali-Nya, lebih mencintai-Nya. Ujian-Nya dalam kehidupan dan pegangan kita terhadap agama-Nya bagaikan suatu short test utk kita. Menguji sejauhmana kepercayaan kita kepada-Nya. Andai lemah, mohonlah kekuatan. Andai gusar, mohonlah ketenangan dari-Nya. Hanya Dia yg berhak menentukan yg terbaik untuk setiap hamba-Nya. Kenalilah Dia. Cintailah Dia.Hakikatnya, apabila kita belum dapat menyintai Dia, itu petanda hati kita belum sempurna. 

Nota Tambahan:
Seminggu dah draft review ni. Tp hati masih x nak postkannya lagi. Memikirkan satu ayat yg tak terzahir dek akal tentang novel ni. Akhirnya last saturday terbaca review sis ni dalam fb. Agree with her. "A classic english romance novel". Itulah ayat yg sesuai! Because of her, uols can read my review today. Thks Sis.




Suka ke? Like la

25 Julai 2013

Novel Dandelion DiTiup Angin


Dandelion Ditiup Angin. Tajuknya pun penuh makna tersirat. Karya Aidah Bakri ni dah lama diterbitkan sebenarnya. Since early last year lagi. Last weekend tak tau la kenapa mata ni tak boleh lelap. (Hmm sepatutnya bulan mulia ni x leh tido buatlah solat sunat kannn... Tp pun x de mood cam biasa) So just grab satu novel kat rak. Nilah novelnya... Dandelion Ditiup Angin. 

Pembacaan kali ini, ada sedikit lainnya. Gaya penulisan yang penuh puitis, berfalsafah dan membuai jiwa. Lain daripada novel2 yang ein baca sejak kebelakangan ini. Aidah Bakri banyak menggunakan perkataan pengulangan yang memang ein sendiri suka gaya penulisan sebegitu. Pengakhiran setiap bab pasti ada puisi puitis yang mengusik jiwa.
(p/s: tetiba teringat, dulu lecturer ein suruh buat satu artikel/ cerita mengenai mimosa pudica atau semalu. Masa tu pening kepala nak relate something dengan pokok berduri tu. Kalau novel ni wujud 14 tahun lalu, sure dapat A subjek tu :) )

  Semuanya berkaitan dendam, luka, penyesalan, pengorbanan dan cinta. Kerana dendam Nurin Ardini difitnah oleh abang angkatnya sendiri. Kerana fitnah itu, dia kehilangan kepercayaan orang2 yang disayanginya. Kerana fitnah itu, dia terpaksa berkahwin dengan orang yang tidak disukainya dan kerana fitnah itu juga dia kehilangan ibu dan satu2nya keluarga kandung yang dia ada. Kerana dendam juga dia diperlaku kasar dan dihalau oleh suaminya sendiri.  

Nurin Ardini pergi membawa luka yang mendalam. Luka difitnah. Luka dipaksa berkahwin. Luka diperlakukan sedemikian rupa oleh suaminya. Luka kerana pemergian ibunya dengan rasa kecewa terhadapnya dan pemergian itu tidak diiringi . Juga luka terpaksa melepaskan insan yg mula disayanginya beberapa bulan selepas pemergian ibunya. Luka yang membuatkannya membawa diri jauh, bertahun2 ke Ireland.

Kerana dendam yang tidak bertepi, Harraz Rifqi menyesal. Menyalahkan diri sendiri di atas segala yang berlaku. Semuanya telah membuatkan Harraz Rifqi berubah. Menjadi seorg yg lebih baik, tenang dan positif. Mengakui setiap kesalahannya tp tidak mudah berputus asa. Berharap agar segalanya dapat diperbetulkan dan segala kesilapan mendapat kemaafan.

Setelah 10 tahun mengubat luka, Nurin Ardini kembali ke tanahair. Luka walaupun mengambil masa untuk sembuh tetapi parutnya tetap ada. Tak sampai 2 bulan, dia telah bertemu semula dgn kisah lampaunya. Mengungkit kembali kisah luka saban waktu. Demi sebuah kasih sayang, dia tersepit dan terpaksa berkorban. Kembali semula ke Vila Kasih demi kasih sayang kepada Umi Zaharah. Kembali ke sana bermaksud dia terpaksa berhadapan dgn masa lalu, berhadapan dengan org yg memberi luka mendalam dihatinya, Harraz Rifqi.

Sekembalinya di Vila Kasih, memberi kesempatan Harraz Rifqi untuk menebus kesilapan lalu. Mengakui kesalahannya, dia sentiasa berusaha memenangi hati isteri, hati Nurin Ardini yg keras. Cintanya yang semakin menebal terhadap Nurin Ardini, membuatkan dia berubah. Memujuk hati Nurinnya dengan cara yang paling lembut dan tersirat. Belajar memahami hati Nurinnya yang terluka. Tidak pernah berputus asa menawan dan mencuri hati Nurinnya kembali. 

Antara kata-kata Rifqi yang mengusik jiwa

"Saya sudi terima semua kebencian awak, asalkan awak tak pergi daripada saya." 

"Tiada awak memberi ruang yang luas untuk saya muhasabah diri... Menyimpan kemarahan terhadap awak dalam hati lalu mengubahnya menjadi pembakar semangat untuk memperbaiki diri... saya perlu berubah untuk merawat hati abi dan umi. Juga awak." 

'Kata-kata itu satu doa Nurin... saya tetap aminkan setiap kali awak lafazkannya. Moga satu hari nanti awak sudi sayangkan saya... dengan sebenar-benar sayang.' 

"Saya tak akan minta apa yang awak tak nak beri, Nurin. Sudi terus di sisi saya sudah cukup memadai. Hanya awak yang hati ini mahu untuk jadi pelengkapnya. Hanya awak yang umi mahu jadi menantu. Hanya awak yang akan berada di rusuk kiri saya. Insya Allah" 

I wanted to send you all my love... but the phone said, its too big :) 

"Awak tahu, puisi tu lahirnya daripada hati. Gambaran apa yang hati rasa. Bahasa tanpa suara biasanya lebih mudah menyentuh hati." 

"The best for me is you."


Angin! Walaupun angin ini jugalah yang pernah menerbangkan dandelion jauh dari tempat asal. Benarlah kata-kata ibu Rasyidah... dengan kekuatan dan kesabaran yang besar, sebesar mana pun luka dan derita itu tidak akan bererti apa pun bagi kita kerana Allah tetap melimpahkan kelembutan dan kasih sayang dalam diri kita.

Angin tidak pernah jemu memanggil dandelion kembali ke daerah asal. Namun kali ini dandelion pasti akan kembali, tumbuh dan segera berkembang. Dandelion ini sudah lelah menjadi penari alam.



Nota kaki: 
Huh... this entry takes 4 days to complete. Sibuk sangat dengan moving office packing. Sesiapa yang belum baca novel ni lagi, sila dapatkan di kedai buku ya. Walaupun watak Dini tu sangat kaku, x de rasa tp masa first baca novel ni, sure uols akan tertanya-tanya. Siapa Rifqi dan Dini. Siapa Ibu Fatimah. Siapa Umi Zaharah. Atas alasan apa, Dini terpaksa berkahwin dengan Rifqi. Semuanya terjawab dengan terus membaca bab demi bab.


Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

06 Julai 2013

The Wedding Breaker & Me

Sebagaimana yang ein dah janjikan aritu, ein akan bgtau how this novel affect to me. Kali terakhir ein baca novel yang paling dekat dan mencengkam hati adalah 10 tahun lalu iaitu karya Liana Alfiera Malik, Bukan Puteri Lindungan Bulan. Lepas tu x ada satu novel pun yang berjaya menyentuh jiwa dan kehidupan ein. 

Akhirnya pencarian ini berakhir. The Wedding Breaker benar-benar telah mengejutkan ein dari lamunan kehidupan. If you know me, you will know that actually I'm a secretive person. I never share with others, even my parents. Oh memang berat tanggungannya. Why??? Sebab ketika usia 14 tahun, kawan baik sendiri telah memfitnah ein sehingga ia merosakkan reputasi ein sebagai pengawas sekolah, menghilangkan kepercayaan guru-guru terhadap kredibiliti ein dan memusnahkan banyak impian ein pada masa itu. Berita disampaikan kepada keluarga, tapi ein sedikit pun tidak membela diri. Why??? Sebab ein anak yg sangat taat kot masa tu. I'm the eldest, so ein la contoh kepada adik2. Sejak dari itu ein tidak percaya kepada sesiapa pun. Even now, I still don't have any bestfriend. But now I will share a little bit here.

So apa kaitan novel ni dengan ein? Yes. Perwatakan dan kisah hidup Ariana Rose hampir sama dengan ein. Cuma ein tak pandai berhujah seperti Rose mempertahankan diri. Hidup ein diatur oleh keluarga sejak kecil lagi. Ein akur walaupun jiwa memberontak. Hingga usia 18 tahun, parent baru bagi kepercayaan pada ein. Walaupun hidup jauh dari keluarga ketika itu, satu demi satu dugaan muncul. Semuanya tanggung sendiri. Sebab x sudi share with my parents and friends.Ia menjadikan ein sorang yang cekal dan tabah walaupun hati meruntun sedih. Walaupun dikejar ramai lelaki (its reality not perasaan ok), hati masih setia pada yang satu walaupun perpisahan tanpa kata noktah. Memang rimas bila jadi perhatian orang sedangkan hati sangat kering ketika itu.

Ein selalu terfikir yang ein x ada pilihan dalam hidup ini. dan selalu berfikir "kalaulah boleh diundurkan masa ini, akan kubuat yg terbaik untuk diriku ini". So, siapakah husband ein sekarang ni? Bila dia melamar, ein terus terima atas persetujuan kedua orang tua. Berkahwin tanpa cinta dan sayang. Berlandaskan kepercayaan semata walaupun hati bimbang si dia akan kembali semula kepada bekas isterinya. Hati bergolak setiap masa walaupun setelah tittle "isteri" diperolehi. Walaupun dah ada anak 3 pun. Walaupun dah hampir 8 tahun melayari bahtera rumahtangga. 

Bukankah itu namanya tidak redha dengan ketentuan dan pilihan Allah untuk kita. Novel tulisan Evelyn Rose ini telah menyedarkan ein supaya belajar untuk meredhai pilihan dan takdir yang telah Allah tentukan untuk ein. Sebenarnya bukannya tiada pilihan dalam hidup tapi sebenarnya ein tak belajar untuk redha. Ein terlupa mengangkat tangan memohon doa untuk kehidupan yang lebih baik. Terlupa tentang solat-solat sunat yang dah lama ditinggalkan. Terlupa berdoa untuk si suami, sedangkan selalu memanjatkan doa untuk anak-anak. Terlupa untuk menjaga diri untuk tatapan suami tercinta. Now I realise, sebenarnya Allah dah tunjukkan ciri-ciri bakal suami ein dari dulu lagi. Cuma takdir kita tiada siapa yang tahu melainkan Dia Sang Pencipta.

Untuk suami tercinta
Abang, ayang doakan Allah ikat kasih sayang kita hingga ke Arash. Semoga abang mampu menjadi Imam untuk ayang dan anak-anak kelak.

Ya Allah Ya Wadud Ya Hakim. Aku memohon mawaddah wa rahmah.Campakkanlah rasa cinta dan  mahabbah dalam rumahtanggaku Ya Allah, kaum keluargaku dan generasi anak-anakku, Jadikanlah sepertimana cinta yang Kau jadikan pengikat rindu, sebagaimana Rasulullah SAW dan Saidatina Khadijah Radiallahuanhu. Berikan cinta yang Kau jadikan mata air kasih sayang, dan berikan cinta yang Kau hulurkan, sebagaimana kedua ibu bapaku yang tercinta. Amin...

Next time, ein akan share pula nasihat seorang ibu Umamah Binti Harith kepada anaknya Umm Iyaas yang  baru hendak berkahwin.

Hanya apabila kita redha, semua hikmah akan muncul di depan mata 
- Evelyn Rose, The Wedding Breaker

Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

05 Julai 2013

Review: Novel The Wedding Breaker


Actually masa nak beli novel ni i thought its an english novel! Biasalah dah adat peniaga on9 cam ein ni, habit pun membeli on9 juga kat mphonline. Walaupun english ein ni x le terror tp i don't mind reading english book. Kalau dah berada di top 3 of course la novel ni ada sesuatu yg menarik kan. So just pasrah. Bila item sampai je, terkedu sekejap tgk. Dlm hati berkata "oh its a malay novel rupanya". 

Ein ni, mmg kalau sekali beli suka beli banyak tp x tau kenapa nak baca yg ni dulu. When i finished read it, hati meruntun2 nak baca lagi. Nyahkan la novel2 lain yg belum berbaca tu. Guess what? Ein dah khatam novel ni 3 kali. And now still ulang baca. Pertama, baca sekali lalu. Macam baca novel yang lain2. Kali kedua, cuba pick up balik ilmu2 dan pengetahuan berguna. Kali ketiga, take note all important thing yang berguna dlm novel ni. Siapa x sayang novel kannn. But this time, i have to. Ambil pensil and highlighter, conteng je la novel ni. Since certain part berguna sbg panduan hidup. Sangat sesuai dibaca oleh wanita2 yang bakal berkahwin dan para isteri ya.

Dah ramai rasanya buat review novel ni, since novel ni pun dah lama berada di pasaran. Ein suka pendekatan yang diambil Evelyn Rose sebagai pengarang novel ini. Ianya bukanlah satu novel yg ringan. Eve tahu tanggungjawab dia sebagai penulis. Inilah penulis yang matang walaupun usianya jauh lebih muda dari ein. Mmg susah nak cari novel yg sesuai ngan usia kita yg semakin meningkat dan memerlukan pengembangan minda ni. Tahniah Eve!

Berbalik kepada novel ni. Semuanya berkaitan dengan TAKDIR yang telah disuratkan olehNya. Sesuatu yang berlaku ada sebabnya. Kerana kenakalan dan keberanian Ariana Rose, dia terpaksa menghadapi segalanya. Kerana kedegilannya, dia hilang sesuatu yang dijaganya rapi. Kerana keakurannya kepada keluarga, dia sanggup menerima jodohnya. Kerana ketaatannya pada Allah, dia redha dengan takdirnya. Dengan rendah diri, dia sentiasa mengakui kesilapannya sendiri. Tidak menuding jari kepada sesiapa. Walau apa pun yang berlaku, dia tetap mengingati Allah. Solat taubat, solat dhuha, solat isthikharah serta qada solat 5 waktu yg tertinggal juga menjadi buktinya. Menyedari kesilapan diri, dia mula menutup auratnya. Ternyata Ariana Rose seorang wanita yang kuat, berkeyakinan dan tabah. Kekuatannya semakin diduga dengan pelbagai konflik diri. Jodohnya mmg telah ditakdirkan dengan Tengku Adam Kamil, lelaki yang pernah memporak perandakan hidupnya. Tapi dia tetap redha. Menerima dan mencintai lelaki itu sebagai suaminya. 

Novel ni memang best. Ein bagi 5 star. Nak tahu lanjut kena la baca dan beli sendiri novel ni. Kalau review detail nanti x surprise la kann. Dan Eve pun dapat kurang royalti dari penjualan novel ni :). Nanti kalau ada masa, ein akan citer pulak how affected this novel in my life k. And nak minta izin Eve untuk ein kongsi beberapa part penting untuk panduan kita semua next time. See u soon.
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!



Suka ke? Like la