Memaparkan catatan dengan label GA Contest. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GA Contest. Papar semua catatan

26 September 2013

Contest: Blurb untuk novel Dia Imamku - Najwa Ulfah

NUR INSYIRAH... Dia menerima hakikat dan yakin dengan mimpi-mimpi yang bertandang. Mimpi yang membuatkan dia merasa debaran di dada dan rasa bahagia. Mengharap pengertian mereka yang terdekat. Mengharap mimpi menjadi nyata. Ibarat impian bahagia dalam hikayat-hikayat dongeng lama.

“Mengarutlah semua tu, Insyirah” - Ashraf

“Memang mainan tidur semata-mata but I wish somehow, it’ll come true.” - Insyirah


Mengimbau memori silam, yang manis terpahat di hati, yang pahit meninggalkan kesan di dahi...


“Putera beradu, bangunlah dari tidurmu. Aku sudah mengucupmu jadi segeralah kamu sihat dan bangun seperti biasa supaya kau boleh kahwini aku.” - Insyirah


MUHAMMAD NAUFAL... si dia yang kelat-kelat masam, manis-manis gula kapas, gedik-gedik manja, penyejuk hati, pendamai jiwa telah lama membenih cinta dan menyemai rasa.


“Putera beradu dah bangun dan putera dah bersedia nak kahwini puteri,” - Naufal

Jodoh ekspress yang tidak diduga. Terbitkah putik-putik cinta, bersatu mekar menguntum di taman hati bila hati sering disakiti dan diusik kesinisan si dia.

"Orang tak kira. Awak setuju atau tak, orang nak kita kahwin. Biar orang je jaga awak!” -Naufal


“Tapi angah tak cakap lagi angah nak kahwin ke tak dengan Naufal tu.” - Insyirah“Dia kan pencinta terhebat tak macam orang?” - Naufal

“Aku masih sukakan kau, tetap sukakan kau dan akan sentiasa sukakan kau,” - Ashraf

“Tell him to stop! He won’t get you. I’ll never let you go! Takkan pernah sekali abang akan lepaskan Insyirah!” – Naufal

Mampukah kasih bersemi saat berjauhan. Mampukah kasih dipertahan saat cemburu menguasai keadaan. Wujudkah kesetiaan apabila mereka, si dendeng datang mengendeng...


*Hakcipta Terpelihara
 ~Ein Lynn 260913~
Hanya untuk Najwa Ulfah dan penerbit Dia Imamku yang bakal diterbitkan. 
Bila? kena tanya cik pengarang sendiri ya.


Secebis Rasa
Hmmm berhari-hari mengenang macam mana nak buat blurb novel ni. Tidur pun tak nyenyak dek kerana memikirkan Insyirah & Naufal :). Akibatnya siang macam dapat virus mengantuk di ofis. Alhamdulillah dan terima kasih Allah kerana sentiasa memberi minda ini bergerak dan berfikir. Terima kasih di atas pertunjuk-Mu ya Allah.

Malam tadi encik lalink masuk bilik tanya, dah tidur ke? Hehehe... dengan tersengih ala-ala kerang busyuk, daku menjawab. "Belum lagi bang, tgh siapkan karangan. Nak masuk contest lagi." Si dia hanya senyum saja. Maklum la supporter la kannn. Hahaha tu... dia tak tahu lagi yg isteri dia boleh terjaga tengah malam setiap hari dek kerana minda bekerja walaupun tido. Bangun dan capai handphone terus menulis kat note, pastu sambung tido balik. Kelakar rasanya kehidupan diri ini... 


Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

08 Julai 2013

Contest: Bab 28 Novel 13 Jam A380

http://fairytalesfromevelyn.blogspot.co.uk/2013/06/contest-novel-13-jam-a380.html


Lama rasanya tidak melibatkan diri dalam penulisan kreatif. Hampir 20 tahun agaknya. Minda pun dah beku untuk berimaginasi. Maklum la umur pun dah meningkat dari setahun ke setahun. Kebetulan tengah tak ada keja ni, ein pun saja-saja je nak menyahut cabaran Eve ni. Hope uols like it!


******************************************


BAB 28: NOVEL 13 JAM A380



Derapan  kaki  lelaki  yang  membawa  Emmel  ke  sini  mengingatkan  aku  tentang  waktu  dan realiti  kami. Dia  berdiri  di  sebelah  aku  dan  Emmel. Samar  lampu  dan  kedudukan  yang  agak berjarak menyukarkan  aku  melihat  wajahnya  tadi. Aku  bangun  dengan  Emmel  di  dukungan. Berdiri  tegak  di  hadapan  si  penyelamat  Emmel  hari  ini.

Lelaki  bersuit  kemas  warna  hitam. Briefcase  elok  di  tangannya. Kacak  dan  tinggi… Liur  aku telan  kesat. Kulit  muka  terasa  tegang  membahang. Dada  berdebar  seperti  debaran  sewaktu mencari  Emmel  tadi…

Haydar.

Him  or  No  Him ! Yes. It is him. Syed Haydar! Terasa sesak nafasku. Saat  itu  juga  jantung  aku  berdegup kencang. Mata saling bertaut. Menggeletar seluruh badan menahan panahan mata Haydar. Lama. 

1 saat...
5 saat...
15 saat... 

“ You’re  my  sunshine, my  only  sunshine… ” Deringan telefon menyedarkan aku. Dengan pantas aku menjawab. Salam di talian kusahut segera.

"Hana, where are you?"

"Somewhere around your office. Will be there within five minutes". Talian kuputuskan. Emmel kuturunkan dari dukungan. 

"Ok my little daisy, let's go! Daddy already waiting us." 

"Yeah…" Wajah hiba Emmel berubah ceria. Melompat-lompat Emmel keriangan. Senang hatiku melihat Emmel gembira. Wajah polos Emmel sangat menenangkan aku.

Tangan Emmel kupimpin dan kakiku mula melangkah pergi. Tiba-tiba baru aku teringat kemunculan Haydar didepan mataku tadi. Lelaki idamanku sejak 3 tahun lalu. Lelaki yang menjadi 4 hours boyfriend aku. Lelaki yang telah mencuri hatiku walaupun hanya 13 jam di awangan. Lelaki yang telah mengecewakan hatiku. Lelaki yang telah membuatkan aku menangis.

Kumatikan langkah dan berpatah balik mendekatinya. Berkali-kali hatiku berkira. Oh wahai hati, bertabahlah menghadapinya.

"It is you, Hana Sofea. Did you remember me. Your 4 hours boyfriend." Terasa tanganku ditarik oleh Haydar. Cepat-cepat aku menarik tanganku dari genggamannya.

"Sorry. Yes my name Hana but do i know know you?. By the way, you are Mr.…”

“Haydar.” Pendek Haydar menjawab. Matanya tidak berkedip-kedip dari tadi memandang anak mataku.

Anyway, thanks for safe my daughter Mr. Haydar. Emmel, say thank you to uncle ". Anak mataku berpaling kepada Emmel, memberi isyarat. Tidak sanggup rasanya menatap wajah Haydar lama-lama. Berlagak tidak mengenalinya. Memang perit. Bagai dipagut-pagut hatiku ketika itu, apatah lagi untuk berlawan mata dengannya lagi sekali.

"Thank you uncle. You are so kind but daddy already waiting us there." Tangan Emmel menunjukkan Bangunan  setinggi  26  tingkat di  kawasan Thames  River itu. Cepat-cepat kutarik tangan Emmel pergi meninggal Haydar yang masih terpinga-pinga.

‘Oh hati, tabahlah. Jangan sesekali kau menoleh kebelakang lagi Hana Sofea. Jangan ditambah luka yang masih berbekas itu’, getus hatiku mengumpul kekuatan diri. Lebih baik membenih dan memberi daripada mengharap kasih orang yang tidak pasti. Tangan Emmel aku genggam erat.

"Hana! I know its you. My 4 hours girlfriend. My Cocaine!” jerit Haydar dari kejauhan.

‘Oh Haydar, kenapa kau muncul saat ini. Saat aku ingin melupakan kau. Saat lukaku masih bersisa. Saat aku ingin menjadi ibu yang baik kepada Emmel. Saat aku sedang mendekati-Mu Ya Allah.’

Satu persatu kenangan 13 jam dalam A380 bersama Haydar berputar di mindaku. I love you Haydar. Love you from distance, either we are together or we don’t I will still love you… Tanpa kusedari air mataku turun laju. Bagaikan hujan lebat yang tiada hentinya.

“Mommy… why are you crying. You know that uncle right. He knows your name.”

Aku mematikan langkah. Berhenti seketika dan memandang wajah Emmel. Kurenung mata anak kecil itu sedalam-dalamnya. Emmel masih kecil untuk memahaminya. Emmel perlukan seorang ibu. Ibu yang baik. Ibu yang akan mencorakkan kehidupan masa depannya. Ibu yang bertanggungjawab memperkenalkan nilai kasih sayang, erti kehidupan dan keperluan kepada pengorbanan dalam menunaikan tanggungjawab. Walaupun aku bukanlah ibu yang melahirkannya tetapi aku telah berjanji kepada Fawwaz untuk menggalas tanggungjawab itu. Teringat pula pesan ‘Uqbah bin Abi Sufyan kepada seorang guru ketika menghantar anaknya kepada guru tersebut.

“Hendaklah perkara pertama ketika engkau memperbaiki anakku ialah memperbaiki dirimu, sebab matamu akan menurut matamu, yang baik pada mereka ialah apa yang engkau pandang baik, yang buruk disisi mereka ialah apa yang engkau pandang buruk, ajarkan mereka jalan kehidupan orang yang bijak pandai, tunjukkan akhlak orang-orang mulia, engkau boleh mengancam mereka dengan diriku, perelokkanlah perilakunya tanpaku, jadilah seperti doktor yang tidak memberi ubat sebelum mengetahui penyakitnya, janganlah engkau sampai cuai kerana kekurangan yang ada padaku sebab aku telah menyerahkan dia atas kesempurnaan yang ada padamu.” 

“Don’t worry sayang. I just want you to know that I love you so much my dear.” Terus aku mengucup kedua-dua belah pipi Emmel yang gebu dan memeluk erat tubuh Emmel sambil berharap dia melupakan kejadian tadi dan tidak bercerita apa-apa kepada Fawwaz nanti. 




**********************************************

Hana duduk berteleku di atas mejanya. Direnungnya silih berganti jambangan bunga dan bungkusan coklat yang diterimanya semalam dengan jambangan bunga yang diterimanya pagi tadi. Pelik. Tiada nama pengirim. Hanya tertera nama dan alamat penerimanya sahaja.

‘Untuk Hana Sofea! Level 2 Office, Sustainable Department, Surrey University’ – Tertera jelas pada kad tersebut.

Cantik! Semalam Cuma 24 kuntum ros merah sahaja, tapi hari ni semakin banyak pula bilangannya. 24 kuntum tu maksudnya ‘tidak berhenti memikirkan kamu. 24 jam!’. Tapi daripada siapa? Fawwaz ke yang hantar. Atau Fido? Siapa lagi yang mengenaliku di sini? Or...  secret admire?. Ah… jangan perasan la Hana Sofea. Macam cantik sangat sampai dapat jambangan bunga misteri ni. Aku tergelak sendirian. Berangan ala-ala puteri idaman sang jejaka. Hana Sofea dengan fairytalesnya memang tidak dapat dipisahkan.

Jam ditangan telah menunjukkan pukul 6 petang. Masa untuk pulang. Rindu rasanya hendak menatap wajah comel Emmel di rumah. Kucapai beg tangan dan kunci kereta Audi TT yang diletakkan berdekatan jambangan bunga yang diperolehi pagi tadi. Tiba-tiba jambangan bunga tersebut jatuh ke lantai. Aku angkat jambangan bunga yang jatuh itu dan meletakkannya kembali di atas meja. Ada sesuatu terkeluar dari rimbunan 36 kuntum bunga ros merah itu. Sekeping kad kecil!

‘ I miss your H’s Café coffee. I miss my cocaine. I miss you. I’ll never let you go.’



“Haydar!” Bisik hatiku. Nafasku bagaikan tersekat-sekat. Dadaku kian berombak laju. Adakah dia akan muncul kembali. Adakah ini serius atau gurauan semata. Adakah ini mimpi atau realiti. Oh Tuhan, tolonglah hambaMu ini…

***********************************************

Nota kaki: 

Hmmm.... macam tak best je kannn. tak ada benda yang mudah sangat kita perolehi. So mesti la kasi si Haydar ni bersusah-susah dulu untuk memperolehi gadis idamannya. Dan tidak semua impian akan menjadi kenyataan tanpa berusaha. Sekurang-kurangnya ada juga nampak usaha si Hana ni mengejar jejaka idamannya di airport walaupun finally, dipagut rasa kecewa sebab nampak Haydar bersama wanita lain. kali ni kita kasi Haydar ni pula berusaha sikit. Peace!


Untuk melihat review novel ini sila klik sini





Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!


Suka ke? Like la

18 Mac 2011

GA SHOPPE OPENING

 




 
Ein diinvite oleh Cik Tina kita untuk join contest GA ni semalam
Hari ni baru ada masa nak buat n3
saper yg tak ditag dan nak join leh la terus klik kat banner ye!
 
Tag pada
Ztee
Eja
Yana
 
 
 
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

LUCKY DRAW BY MAK DARA

Dari semalam sebenarnya nak join Lucky Draw Mak Dara ni
Lucky Draw ni Mak Dara buat sempena 2 bulan blog Mak Dara.
Senang je nak join. Nak tahu lanjut, klik je kat banner kat atas tu,
Ein dah link kan

Jawapan kepada soalan Mak Dara
Penyanyi Lagu APA KAU RASA

Irda AKA Mak Dara
Yanie
Rina
Tuty

Saya tag kepada




Jom Join Heartbeat!

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!



 

Suka ke? Like la

15 Mac 2011

GA izdiharshoppe

GA lagi...

Syarat-syarat:

1. Buat entry -done!
2. Mention link
Katanya GA ni adalah salah satu cara nak promote blog ni
3. Follow BLOG NI & INI -done!
4. Letak banner dlm entry & sidebar, then backlink -done!
5. Tag 3 orang kawan

6.Tinggalkan link - jap lagi buat!
7. Refferal
Kali ni telah diinvite secara rasminyer oleh Oshin -done!

Kepada sesiapa yang x ditag tp nak masuk juga 
boleh la
jadikan EIN sebagai refferal


Suka ke? Like la

CIK AZIE LUCKY FOLLOWER


Satu lagi GA untuk hari ni.
Senang je nak join
Jadi follower azie & norzie handcraft
Pastu leh la join GA ni....
Ta... da... dah siap!
::
::
Tarikh Tutup:
23 Mac 2011

Suka ke? Like la

SAYA, MAKAN & MAKANAN GA


Welcome to GA world again...
Kalau dah hantu GA nak buat macam mana la kann...
Mesti nak involve jugak wp tau susah sgt nak jd yang bertuah
Oleh kerana tajuk GA ni mmg SaYa, MaKaN & mAkaNan
Jadi inilah picture yg saya pertaruhkan
::
::
no.1
vv
Gambar ni masa kat Cameron Highlands
Tgh tunggu steambot menggelegak la tu
Perut pun dah menggelegak kelaparan
Maklum la dari tengahari masing2 x makan
Lepas keja terus ke sana
FYI of cos la yg di kiri dan kanan tu bukan saya
::
::
no.2
vv
Gambar ni pulak masa annual partu opis
tema kuning
pasal tu la baju weols sedondon je
Nak tanya saya lagi ke?
Of cos la yg satu2nya malay kat situ!
::
::
no. 3
vv
Ha gambar ni gambar yang paling lama sekali dr 2 di atas
Ni masa makan kat Nailies Subang
Muka sama je semua???
Memang la kawan opis.
Diaorg ni mmg suka hang around sekali sekala...
Nasib la tuan punya GA ni kasi sampai 3 je
Kalau boleh lebih mau semua gambar saya tepek kat sini.
Jadi ~Sekian~ saja gambar saya!

Dengan itu saya tag kepada

Suka ke? Like la

08 Mac 2011

CONTEST "KELUARGA BAHAGIA"

Contest lagi!!!
Korang mesti fikir saya ni gila contest & GA kann...
Bukan apa seronok la pulak bila nampak contest2 gini.
Banyak-banyak contest dan GA, yang ni sangat menarik tau.
Pemarkahan contest ni pun agak mencabar.
Korang yang ada keluarga yang besar je boleh sertainya ya...
Yg ada keluarga kecik boleh jugak tp
kebarangkalian nak menang sgt tipis la kannn
Tarikh tutup:
 1 April 2011
Inilah gambar keluarga saya!
Gambar ini lagi...

Suka ke? Like la

2ND GA BARNEY & WEIYDA FAMILY GA-MAC

Huh... banyaknya GA bulan ni saya nak sertai... Ala apasalahnya sertai GA ni kan...
 Kata orang sambil menyelam minum air! Sambil-sambil promote blog kengkawan,
sambil-sambil rebut peluang GA yang mereka tawarkan.

Bila nampak banner kat ni jer teringat kat my dotter yg minat sgt kat barney ni...
Cd barney kat umah tu melambak-lambak...
Hinggakan botol susu pun request yang ada gambar barney..
Sesiapa yg berminat nak sertai GA ni, klik jer la kat banner kat atas tu
atau yg ada kat sidebar tu.
Ingat tarikh tutup 1 April 2011 tau!
::
::
Wp tak wajib tag tp sy nak tag jugak kat
Tina
Liza
Ain
Oshin
Ztee

Suka ke? Like la

1st GIVEAWAY VAITHIS


Satu lagi GA yang simple!
Tapi tarikh tutup dia lama lagi
1 MAY 2011
Syarat: klik saja kat banner tu ye.
Oleh itu saya tag kepada


Suka ke? Like la

KAH PAH'S GIVE AWAY


Give Away yang sangat simple dalam dunia!
Hadiah menarik. Kalau boleh saya nak semuanya!
Terikh Tutup:
12 Mac 2011
Syaratnya: kenalah klik la kat banner kat atas tu.
Saya tag kepada
::
::
Simple kan... dah siap n3 ni!

Suka ke? Like la

06 Mac 2011

GA LAGI DARI MRS ZACH!!!


Masa blog walking tadi tetiba je ternampak offer GA ni. Bak kata my bos "Amalaganja Menarik"!
Mana taknya, asyik baca buku yang sama jer kat Anish dan Eiyah.
Kalau dapat buku ni mesti diaorang seronok sangat.
::
::
Macam nak sertai?? Cam biasa, kenalah follow sini dulu.
Pastu tepek gambar anda ngan famili dan linkkan ke sini cam ni
::
::


Ha ni la gambar famili saya yang besar. Famili Zaharah dan Talib.
Gambar diambil semasa majlis perkahwinan adik saya.
Hak ni belum masuk semua sekali. Tu masih ada yang x dpt hadir, of cos la sbb bz kannn
Yg paling hujung belah kiri berdiri ngan sorang lelaki dokong anak tu la saya.
Hihihi... saja nak promote diri ckit....
::
::
Ha... mudah je kannnn... apa lagi tunggu! Tarikh tutup 10 March 2011 ni.



Suka ke? Like la

CONTEST: JANGAN pandang camera!!!

JANGAN pandang camera!!! Macam best jer bunyinya... apa tu???
Thanks to Tina yang introduce contest ni kat saya. Mula-mula malas la nak join sbb bz sgt
plus tgh mengkonstruk semula blog ni...
Beberapa ari pastu teringat la pulak tentang contest ni yg begitu menarik
dan cache (betul ke ejaannya ni) je bunyinya.


Kebetulan ada pulak satu gambar yang memang saya suka.
Candid dari seorang kawan saya. Oleh kerana gambar ni sangatlah cool
jadi saya pertaruhkan gambar ini untuk tatapan semua...
Peace!!! ni la gambarnya
::
::
::


Amacam... macam bestkan. Nak sertainya... silalah klik pada banner JANGAN pandang camera kat atas tu.
Pastu jadi follower dan ikutlah syarat yang tertulis kat n3 tu.
::
::
::
Dengan segala hormatnya saya juga mengtagkan contest ni kat
uols... Jangan terlepas sertanya ya... Mari bersaing ngan saya.
Bagaimanapun saya tetap nak MENANG!!!



Suka ke? Like la