Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan

14 Mac 2011

PETUA SAYANG SUAMI II


Petua kali ini khas untuk wanita yang dah berkahwin saja ye...
Yg tak kahwin lagi tu jgn gatal2 nak try pulak.
Petua 18SX!!!
Inilah petua untuk mengembalikan tenaga kita
sebagai seorang isteri...

Bahan-bahannya:
30 biji lada hitam ditumbuk
Halia sebesar ibu jari diketuk
Kunyit sebesar ibu jari diketuk
Lapan helai daun sirih yg mula menguning diramas
100g sarang burung

Cara-caranya:
Rebus semua bahan di atas dengan 6 gelas air.
Rebus dengan api yang perlahan
sehingga tinggal 3 gelas air.
Sejukkan dan minum selama 3 hari berturut.
Maksudnya segelas sehari ye!

Nota:
*Seelok-eloknya direbus dlm bekas tembikar.
*Air rebusan hendaklah disimpan di dalam fridge.
Bila nak minum keluarkan dulu hingga hilang sejuk.
*Amalkan 3 atau 4 bulan sekali

SELAMAT MENCUBA!



Suka ke? Like la

PETUA SAYANG SUAMI

Bunyi cam menarik je kann.
Ni la petua untuk menegangkan payu dara.
Senang je.
Ambil beberapa helai daun sirih.
Cari yang daun lebar-lebar dan berwarna hijau.
Daun sirih ye.
Tak leh ganti ngan daun kadok atau daun yg seumpamanya.
Sapukan minyak kelapa pada permukaan daun sirih.
Salaikan pada api.
Tekapkan pada payu dara anda.
Biarkan kering dan lakukan berulangkali.
Amalkan selalu.
Harap dapat membantu!

Suka ke? Like la

KURANGKAN SENGGUGUT


Gambar kat atas ni adalah pokok serai wangi.
"Sama je ngan serai biasa".
Memang nampak sama tp tak sama tau!
Daunnya lebih lebar dan wangi.
Daunnya boleh direbus dan airnya dibuat mandi
untuk menghilangkan sakit-sakit sendi badan.
Kat mana nak dapat???
Boleh cari kat pasar tani....

Tapi untuk petua ni, bukan daunnya yg digunakan
tapi batang dan ubinya.
Ambil beberapa helai daun sirih dan beberapa batang serai wangi.
Kalau tak jumpa serai wangi ni gunakan aje serai biasa.
Terdesak kannn... benda susah nak cari la katakannn...
Tapi kurang berkesan la ye!
Rebuskan dan bila dah suam minum la air rebusan tu.
Rasanya memang la tak sedap...
Manalah ada ubat yang sedap kannn
tetapi insya Allah dapat membantu anda!

Suka ke? Like la

KECUTKAN RAHIM


Bagi yang baru lepas bersalin tu mesti nak tahu cara-cara
nak percepatkan proses pengecutan rahim anda kannn....
Inilah temu pauh namanya.
Tapi ada juga orang memanggilnya temu mangga
sebab baunye sijibik cam mangga, cuma rasanya saja tak masam.
Temu Pauh ni adik beradik lempoyang, temulawak dan seumpamanya.
Pokoknya pun lebih kurang sama juga.

Mula-mula ambil beberapa ulas ubi temu pauh.
Ambik sedikit air bersih dan kisarkan
bersama dengan ubi tadi sampai lumat.
Selepas itu tapiskan ke dalam gelas.
Minumlah jus tadi secara perlahan-lahan.
Jika tak tahan pedas temu pauh ni
tambahkan dengan sedikit madu.

Selamat Mencuba!

Suka ke? Like la

11 Mac 2011

KURANGKAN BAU PETAI

Pada sesiapa yg suka makan petai tu boleh la ikut petua ni untuk kurangkan baunya.
Rendam petai yg anda ingin masak atau makan dalam air basuhan beras.
Lama tak lama juga la ye. Rendam lebih kurang setengah jam.
Walaupun terendam lama, jgn bimbang petai anda
tetap segar plus baunya pun berkurangan.
Tak der la mak mertua lari bila kite bukak mulut.
Selamat mencuba!

Suka ke? Like la

MELEMBUTKAN DAGING AYAM KAMPUNG

.
Ada saja rintangan. Tiba2 je internet line problem.
Oleh sbb itu sy bersiaran dr iphone saja.
Ayam kampung sememangnya sedap rasanya.
Tp kalau nak masak sendiri mesti bercinta menunggu dagingnya lembutkan...
Jangan risau! Kalau anda nak masak sendiri boleh gunakan petua ni.
Kalau anda ingin menggulai ayam kampung,
asukkan empat ke lima biji kurma dalam gulai tu.
Ia dpt membantu mempercepatkan proses memasak ayam kampung tu.
Ta.... Da... Dagingnya lebih lembut dan empuk.

Suka ke? Like la