skip to main |
skip to sidebar
Bagi yang beragama Islam, adakah anda membayar zakat pendapatan anda? Jangan ambil mudah, ini adalah tanggungjawab kita sebagai umat Islam. Sebagaimana kita perlu bayar cukai pendapatan begitu juga zakat pendapatan. Mana lebih baik zakat pendapatan atau cukai pendapatan? Cukai pendapatan, anda setakat bayar kepada kerajaan. Manakala zakat pendapat pula bukan setakat membayar tetapi dapat pahala juga, diagihkan kepada asnaf yang berhak. Takrifan PendapatanBayaran yang dibuat atau diterima oleh seseorang sebagai upah kerja atau perkhidmatan yang dilakukan mengikut masa tertentu termasuk elaun dan imbuhan daripada apa-apa pekerjaan atau perkhidmatan profesional.
Kaedah Pengiraan Zakat PendapatanPendapatan kasar setahun semasa ditolak dengan keperluan asas sebenar pada tahun semasa. Sekiranya melebihi nisab, maka harus dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%. Keperluan asas sebenar yang dibenarkan pada tahun semasaSaraan-saraan hidup:Sara diri: RM9000Isteri: RM3000Anak-anak: RM1000 x bil. anakSumbangan kepada ibu bapaPerubatan Pendidikan ContohA. Pendapatan (RM 2500 x12) : RM 30000Elaun : RM 1200Bonus : RM 2500Jumlah : RM 33700 B. PerbelanjaanSaraan diri : RM 9000Isteri : -Anak-anak (RM 1000 x 2) : RM 2000Saraan Ibu bapa : RM 1200Perubatan anak : RM 500Pendidikan : RM 1200Jumlah : RM 13900 Jumlah ZakatA-BRM 33700 - RM 13900 = RM 19800RM 19800 x 2.5% = RM 495 (setahun) Bayarlah secara ansur-ansuran macam cukai pendapatan anda.Bayaran juga boleh dibuat tanpa membuat tolakan yang dibenarkan di atas.Sekiranya anda mmg dah tak mampu juga, tiap2 bulan cukup makan je, sekurang2nya hulurkanlah sebyk mana yang anda mampu kerana ada orang yang memerlukannya! *Nisab ialah kadar minima yang ditetapkan syarak bagi sesuatu harta untuk dikeluarkan zakat. Kadar nisab semasa ialah harga emas semasa x 85g (25 mayam). Biasanya kadar nisab berbeza di setiap negeri. *Sumber: Majlis Agama Islam Johor Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
Suka ke? Like la
Bersenam memang sangat baik untuk kesihatan. Kita digalakkan bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Tapi tahukah anda bersenam dengan cara yang salah akan mengundang risiko. Berikut adalah 6 kesalahan yang sering berlaku dalam aktiviti senaman kardiovaskular
Melakukan Latihan yang SamaDengan melakukan latihan yang sama setiap kali bersenam, tubuh tidak akan menghadapi tentangan lagi. Selain berasa bosan, anda juga berisiko mendapat kecederaan akibat penggunaan otot yang berlebihan. Pelbagaikan jenis latihan. Tidak Melakukan ReganganRegangan amat penting untuk merelakskan otot, mencegah kecederaan dan memperbaiki postur badan. Lakukan 5 hingga 10 regangan yang mensasarkan kelompok otot besar pada akhir setiap sesi senaman. Lakukannya setiap regangan selama 10-30 saat. Prosedur yang Tidak Tepat Semasa Mengangkat BebanKesalahan utama yang biasa dilakukan ialah mengangkat beban dengan cepat dan tidak terkawal. Apa yang lebih penting adalah bagaimana anda melakukannya. Lebih baik melakukannya dengan tempo yang perlahan dan terkawal. Kebiasaannya anda perlukan satu saat untuk mengangkat dan tiga saat untuk menurunkannya. Senaman yang MelampauMelakukan senaman terlalu banyak, terlalu cepat atau melakukan senaman intensif setiap hari memberi kesan yang membahayakan seperti ketegangan otot/ tendon dan kehilangan jaringan otot. Jika baru belajar atau bermula, mulakanlah senaman dengan perlahan. 3 kali seminggu merupakan waktu yang selamat dan efektif. Kalau dah ada pengalaman bolehlah lakukan senaman kardiovaskular tidak lebih 200 minit seminggu dan tak lebih 60 minit setiap sesi. Latihan beban tidak seharusnya dilakukan tidak lebih dari 3 hari seminggu untuk mensasarkan pada kumpulan otot yang sama. Latihlah kumpulan otot yang sama selang sehari. Tidak KonsistenSenaman yang tidak konsisten bukan sahaja tidak efektif tetapi juga boleh mengakibatkan kecederaaan. Faktor yang palaing penting untuk mencapai hasil yang diharapkan adalah kekal konsisten dengan latihan anda. Tidak Mempedulikan Kesakitan BadanBersenam dalam keadaan yang sakit bukanlah idea yang baik. Jika anda berasa kurang sihat atau kurang selesa serta mengganggu rutin senaman anda, berjumpalah dengan doktor. *Sumber Majalah Rapi tak hingat tarikh dan tahunnya! Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
Suka ke? Like la
Tinggal 15 hari lagi ni. Ha... korang dah hantar income tax form tak. Buat e-filing je senang! Bagi yang bekerja tp tak pernah daftar tu bawak-bawak la berdaftar. Saper yang dah ada akaun jangan pulak malas atau terlupa nak hantar borang tu ya. Padah bakal menanti anda. Saya dan beberapa orang rakan dah terkena. BINGO! Dari tak kena tax, terpaksa memaksakan diri membayar sebab nak beli rumah punya pasal. Hahaha... bagi yang bagi alasan tak tau nak isi, bawak-bawak la belajar isi borang BE tu ye. Bagaimana nak meminumumkan jumlah yang perlu dibayar?Berikut beberapa tip-tip terhangat yang boleh anda ikuti. BACA, BACA DAN BACAMembacakan amalan mulia. Simpan semua resit-resit buku, majalah, jurnal atau sebarang penerbitan yang anda beli samada dalam bentuk hardcopy atau elektronik. Hardcopy tu apa? Hardcopy tu macam buku-buku dan majalah yang anda beli kat kedai buku la... Tapi tak termasuk suratkhabar dan bahan bacaan yang tak bermoral ya! Perlepasan terhad sehingga RM1000. Saper yang ada anak tu tanamkanlah minat membaca kepada mereka. In a same time, kumpul la resit-resit tu :). BELILAH KOMPUTERPerlepasan terhad sehingga RM3000 untuk sebarang pembelian komputer peribadi. Untuk kegunaan individu saja ya bukan untuk tujuan perniagaan. Tapi hanya boleh digunakan setiap 3 tahun saja. Maksudnya kalau tahun lepas (2009) anda dah beli komputer, pembelian pada tahun (2012) baru boleh dimasukkan dalam perlepasan cukai pendapatan anda pada tahun 2012. Sebarang claim pada tahun 2010 dan 2011 tidak akan diterima. DEMI MASA DEPAN ANAKSimpanan dalam SSPN juga boleh dituntut dalam potongan cukai terhad sehingga RM3000 setahun. Maksudnya jumlah tabungan bersih pada sesuatu tahun itu ya. Contohnya pada tahun ni (Jan-Dis) anda telah menabung sebanyak RM5000 tapi pengeluaran telah dibuat sebanyak RM1500. Baki RM3500. Tapi potongan yang boleh dituntut hanya RM3000 sahaja. Kalau dah menabung RM4000 tapi dah keluarkan RM1200. Maka jumlah yang boleh dituntut hanyalah RM2800. Jadi kepada mereka yang tak buka lagi akaun SSPN untuk anak uols, silalah buka sekarang. Nak buka akaun RM20 je! MAJU SUKAN UNTUK NEGARASebarang pembelian peralatan sukan boleh dituntut perlepasan terhad sehingga RM300. Hanya untuk kegunaan aktiviti sukan yang telah disenaraikan dalam Akta Pembangunan Sukan 1997. Tapi tak termasuk pakaian sukan seperti kasut bola, jersey atau pakaian renang. Belilah raket badminton ke, tenis ke, bulu tangkis ke, bola golf ke... janji peralatan sukan yang tersenarai kat Akta Pembanguna Sukan 1997 seperti olahraga, bola sepak, badminton, memanah, sukan automobil, biliard, snoker, bina badan, bowling, bola keranjang, hoki dan byk lagi. TUNTUTLAH ILMUYuran Pendidikan untuk kursus pembelajaran juga boleh dituntut perlepasan terhad sehingga RM5000. Hanya untuk diri sendiri ya, kalau suami ke orang lain ke tak boleh kira. Tak Aci! Pembelajaran mestilah di institusi atau badan profesional di Malaysia yang telah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau diluluskan oleh Menteri Kewangan. Bagi pembelajaran di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah sebarang kursus atau bidang dibenarkan tetapi bagi pembelajaran di peringkat lain selain Sarjana dan Doktor Falsafah, hanya bidang-bidang tertentu dibenarkan. Bidang yang dibenarkan ialah undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi. Pembelajaran tidak kira samada sepenuh masa atau separuh masa. BROADBANDSimpan semua bil internet jalur lebar anda. Tuntutan perlepasan cukai terhad sehingga RM500. Hanya bil yang didaftarkan atas nama anda ya. Kalau atas nama ibu bapa atau kawan-kawan anda tak boleh! Perlepasan ini hanya dibenarkan untuk tahun taksiran 2010, 2011 dan 2012 sahaja. BAYAR BIL PERUBATAN KELUARGABayarlah bil perubatan keluarga anda. Keluarga di sini bermaksud ibu dan bapa anda sendiri. Ibu dan bapa mertua tak boleh kira. Keluarga angkat pun tak boleh kira kecuali anda mempunyai hubungan dengan ibu dan bapa angkat itu sah disisi undang-undang. Contohnya kalau dulu diaorg ambil uols melalui jalan yang betul. Pegi kat Jabatan Kebajikan Masyarakat ke... baru la boleh kira. Tuntutan terhad sehingga RM5000. Bil perubatan termasuklah perbelanjaan perubatan, penjagaan dan rawatan rumah penjagaan serta rawatan gigi; terhad kepada cabut gigi, tampal gigi dan pembersihan karang gigi sahaja tidak termasuk rawatan kosmetik gigi. BAYAR BIL PERUBATAN ANDA Tuntutan terhad sehingga RM500 untuk pemeriksaan perubatan sepenuhnya untuk diri anda, pasangan dan anak-anak. Anda juga boleh membuat tuntutan untuk perbelanjaan perubatan untuk penyakit-penyakit yang serius seperti AIDS, parkinson, kanser, buah pinggang, leukimia dan seumpamanya terhad sehingga RM5000. Jika anda membuat tuntutan untuk kedua-duanya, jumlah terhad sehingga RM5000 sahaja. Contohnya tuntutan untuk pemeriksaan perubatan penuh RM400, tuntutan yang boleh dibuat untuk perbelanjaan perubatan untuk penyakit serius hanyalah RM4600 sahaja. POLISI INSURAN KESIHATAN ATAU PENDIDIKANPremium insuran yang dibayar atas polisi pendidikan atau faedah perubatan untuk diri anda, pasangan atau anak boleh dituntut perlepasan sehingga RM3000. Jika insuran anda di bawah kategori insuran hayat/perubatan hanya 60% premium yang dibayar sahaja layak dituntut dibawah polisi kesihatan. Bagaimanapun 100% premium yang dibayar untuk insuran hayat boleh dituntut untuk perlepasan cukai. ZAKATLast but not least adalah bayaran zakat. Bayarlah zakat pendapatan dan zakat fitrah anda bagi yang beragama Islam. Lebih baik salurkan wang anda ke lembaga zakat kannn... Maka berzakatlah anda! Berniat nak bayar zakat pendapatan tapi tak tau. Saya akan tulis di n3 yang lain nanti. Tapi kalau anda bayar sekarang pun hanya boleh dituntut perlepasan pada tahun taksiran 2011. Oleh itu hantarlah borang cukai pendapatan anda sekarang. Jangan tunggu hingga hari terakhir!Untuk soalan-soalan lazim boleh klik SINI Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
Suka ke? Like la