04 Julai 2013

Drama SSID vs Novel

Selepas drama Cinta Jangan Pergi dan Teduhan Kasih, Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia (SSID) juga akan melabuhkan tirainya malam esok. Dah lama ein nak buat review novel ni, tp saja je nak tunggu drama ni habis. Nak tgk ending sama x ngan novel. Memang dah jd trend skrg ni adaptasi novel ke kaca tv atau layar perak kan. Kadang ada yg digambarkan penulis novel x dpt divisualisasikan di tv sebab kdg2 18sx, x sesuai utk tontonan umum.

Feel baca novel dan feel menonton pun beza. Cara penyampaian mesej juga agak berbeza wp tanggungjawab seorg penulis tetap ada di situ. Haha cam ilmiah sgt ayat ein ni.... Hmmm kalau baca novel, kita dpt ulang2 balik part yg kita suka dan x faham. Ada penulis yg suka tulis sgt detail mcm Zura Asyfar ni. Pembaca dijelaskan ngan perasaan dan feel watak2nya. Sambil membayangkan permandangan2 indah yg mungkin belum pernah tergambar dek minda kita yg kurang luas ni.

Manakala di tv, kalau terlepas part suwitt dan loving tu x leh ulang2 melainkan gi tgk balik kat tonton atau on9. Kannn x best kannn... Tp paling best sekali dpt feel bila pelakonnya yg hensem mcm Izzue Islam dan suwit cam Tiz Zaqyah. Shomel sgt bila gaduh dan part2 romantik tu. kadang2 konpius juga dengan memek muka si Izzue tu. Tiz pula kalau part nanges cam yoyo ooo je kannn.

Anyway kita tunggu malam esok. Pastu ein akan buat review novel ni plak ye!

Jom Join Heartbeat

Suka ke? Like la

02 Julai 2013

Oh haru... Novel ke Dictionary


Oh apalah dah jadi dengan ein ni. Selalu begitu. Selalu terlalu obses buat sesuatu. Kalau dpt job buat translation tu, sanggup x makan sbb nak cepat siapkan job. So dictionary mmg sentiasa ada kat work station. Ni dah lama beno x byk kerja yg HQ hantar. So berjanggut je la tunggu tepon bunyi. Maklum la kerjanya menyambut tepon je.

Oleh kerana dah gila sangat tengok citer SSID (ein rasa bukan ein sorang je), maka belilah novel tu baca. Biasalah org dah obses kannn. Kalau beli tu bukan nak beli satu je, maka berbuah2 la yg dibelinya. Setakat ni baru baca 2. SSID dan The Wedding Breaker. Dah 2-3 kali khatam baca 2 novel ni. Oleh kerana novel ni novel kesayangan, letaknya pun sama. Mesti ada kat work station la kannn.

Ha..ah... Dah tebal pun sama, besonya pun sama. Tetiba kawan dtg suruh translate one sentence je. X byk pun. Ha kau.... Nak amik dictionary teramik novel bg kat dia. Sengaja mengharukan diri dan memalukan diri. Dictionary yg covel plain ngan novel yg cover kaler2 pun x dpt nak bezakan. Rasakan kau ein, baca lagi novel kat opis ye...



Jom Join Heartbeat


Suka ke? Like la

28 Jun 2013

I'm Back

Mmmm.... nampaknya memang dah lama sangat bersawang blog ein ni. Tetiba rasanya macam nak buat come back. Sebab??? Simple je. nak jadi lebih mesra alam. X payah bring along buku catatan ke mana saja. Just on phone atau ipad. Terus tulis. Kan senang.
Suka ke? Like la