06 November 2013

Selamat Datang November

Selamat Datang November. Nampaknya inilah entry pertama  untuk bulan ni.Agak sibuk sikit sebab dah jadi suri rumah sepenuh masa la katakan. Sibuk mengurus rumah dan anak-anak. Mulai hari ni dah kena ambil anak balik dari sekolah. Kalau tak panjanglah muncungnya. Sibuk juga dengan kerja-kerja freelances. Alhamdulillah Allah masih lagi berikan ein rezeki walaupun sedikit, cuma terpaksa berebut-rebut laptop ngan si kecil tomei Umar Lutfi yang sibuk juga nak menekan keyboard. Habis keyboard laptop ni dia conteng ngan krayon. jeles la tu ngan ibu, asyik duduk bertapa depan skrin laptop. Tak apa, ibu belajar untuk jadi susah. Bukan tak pernah hidup susah pun. Dulu kecil-kecil pun susah juga. Tengok je apa yang orang ada dan apa yang orang makan. 
 
Actually banyak lagi novel yang menanti untuk dibuat review. Dah lama habis baca cuma kena utamakan yang penting dulu. Order para customer mesti didahulukan. Hehehe kata Perdana Mentari rakyat didahulukan kannn tp kata ein, customer harus didahulukan. Dan... ada projek khas Lesung Pipit Cik Gerbera menyusul selepas ni. Dah selesai separuh, nanti ein jadikan entry kat sini ya.  
 
 
 
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la