29 Mac 2011

TIP MENYIMPAN MAKANAN

Tak tau macam mana nak simpan makanan supaya tahan lebih lama?
Silalah baca tips kat bawah ye
 


 
Menyimpan Sayur & Buah-buahan
Sebaik-baiknya gunakan secepat mungkin. Beli dalam kuantiti yang sedikit dan jangan menyimpan terlalu lama.
Simpan dalam tempat yang kering (peti sejuk atau bekas terbuka).
sayuran berubi perlu diasingkan dari makanan lain dan disimpan dalam tempat yang gelap.
Sentiasa periksa buah dan sayur daripada mereput dan busuk.
Jika ada antara buah dan sayur yang rosak, buangkannya. Dikhuatiri ia kan memberi kesan kepada buah dan sayur yang masih elok.
Cuci sayur dan buah dengan sempurna sebelum menggunakannya.
 
 
Menyimpan Ayam, Daging & Ikan
Cuci bahan mentah sebaik sahaja dibeli.
Simpan makanan mentah di dalam peti sejuk dengan segera untuk mengelakkan bau busuk.
Bungkus makanan dalam pembungkus yang berasingan.
Elakkan makanan mentah bersentuhan dengan makanan yang telah dimasak.
 
 
Menyimpan Makanan Sejukbeku
Pastikan suhu penyimpanan pada tahap 18 Celcius.
Makanan yang ingin dibawa ke tempat lain mestilah bersuhu kurang dari 15 Celcius.
Makanan sejukbeku yang akan digunakan segera perlu dicairkan di dalam peti sejuk dahulu. Jangan sekali-kali mendedahkan makanan beku kepada cahaya matahari untuk dicairkan.
Peti sejukbeku perlu dibersihkan dan kerap dicuci.
Stok penyimpanan untuk makanan sejukbeku perlu sentiasa diperiksa, jangan terlalu lama.
 
 
Menyimpan Makanan Kering
Simpan dalam almari yang bersuhu kering dan mempunyai pengudaraan yang baik.
Rak tahan karat boleh digunakan sebagai tempat menyimpan.
Simpan botol dan tin makanan di dalam almari dan rak khas.
Buang tin makanan yang kemek, berkarat, mengembang, luput tarikh dan rosak.
 
 
 
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

28 Mac 2011

BAGAIMANA KURANGKAN LEMAK

Rasanyer macam dah lama tak update blog ni. 
Bukan apa, bz dengan anak2.
Baru ngadap pc, asyik tanya
"Ibu buat apa tu?"
Tak sampai seminit datang lagi
tanya soalan yang sama....
Akhirnya dapat juga tuliskan beberapa tips untuk uols ni
Tip kali ni adalah Tip Bagaimana nak Kurangkan Lemak dalam makanan kita.




Kurangkan Makanan Bergoreng
Hadkan pengambilannya tidak lebih 2 kali seminggu.
Toskan dahulu sebelum dimakan.
Hadkan makanan segera seperti ayam goreng, kentang goreng, milkshake, burger dan lain-lain.
Hadkan snek berlemak seperti kerepek, kek, biskut, kacang dan kuih muih bersantan.
 
Semasa Penyediaan Makanan
Buangkan kulit dan lemak pada daging atau ayam sebelum masak.
Gunakan minyak sayuran.
Elakkan menggunakan minyak kelapa.
Masak dengan sedikit minyak, tidak lebih dari 4 sudu makan sehari.
Tukar mayonis dengan jus limau nipis.
 
Semasa Memasak
Rebus, bakar, panggang dan kukus lebih baik berbanding menggoreng.
Gunakan susu tanpa lemak, yogurt atau santan cair bagi menggantikan santan pekat.
Buangkan lemak berlebihan daripada sup atau masakan.
Gunakan rempah ratus sebagai perasa.
 

Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

24 Mac 2011

BETIK BAIK UNTUK LELAKI!

credit kat pak cik google lagi sekali!
Buah betik kaya dengan vitamin C dan merupakan antioksida yang baik. Kandungan seratnya juga baik untuk lelaki. Apa yang mungkin anda tidak tahu, vitamin C sebenarnya penting untuk pembentukan sperma. Kekurangan vitamin C pada lelaki boleh menyebabkan ketidaksuburan. Untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma, seorang lelaki dewasa memerlukan pengambilan 500 mg vitamin C setiap hari.
 
 
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

23 Mac 2011

COKLAT KURANGKAN KALORI

Coklat mempunyai kalori yang tinggi sebab ia telah dicampukan dengan lemak dan gula. Jika anda mempunyai tabiat makan coklat seperti Cik Tina dan saya, pastikan anda mengurangkan pengambilan kalori dalam diet seharian anda supaya berat badan tidak meningkat. Akan tetapi jikan makan makanan yang seimbang dan kerap bersenam, coklat memang sangat baik.
 

credit to pak cik google

 
Jika anda adalah penggemar coklat macam saya dan Cik Tina, 3 perkara yang harus diperhatikan
 
Hanya makan coklat hitam (Dark Chocolate)
Makan coklat jika kesihatan mengizinkan
Patikan anda makan coklat secara sederhana
 
 
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

21 Mac 2011

NAFSU MAKAN=LAPAR MATA

Pernah dengar tak Nafsu Makan=Lapar Mata?
 
Pastinya anda selalu bimbang dengan peningkatan berat badan anda kannn...
Berusaha berdiet tak makan pagi atau tengahari semata-mata
nak turunkan berat badan.
Tanpa kita sedari sebenarnya dengan berdiet pada waktu-waktu tertentu
telah mengundang kelaparan mata bila terlihat makan-makanan yang enak.
Penglihatan telah mempengaruhi kita apabila perut kita terlalu lapar.
Paling susah bila kita sendiri tak dapat mengawal rasa lapar mata kita ni kannn...
 
Berikut adalah beberapa tip mudah sbg panduan anda untuk mengawal rasa lapar
 

Makan demi sedikit makanan seperti kekacang yg baik utk kesihatan spy tidak terlalu lapar bila tiba waktu makan.
Makan buah-buahan atau sayur-sayuran di antara waktu makan (antara waktu pagi dan tengahari @ waktu tengahari dan malam). Cara ini dpt mengelakkan kita makan berlebihan pada waktu makan utama kita.
Jika nak makan makanan ringan, pilihlah buah-buahan, bukanlah makanan yang berkalori tinggi mcm coklat. Pelbagai buah-buahan seperti membuat salad buah-buahan dsb.
Pilih makanan yang berserat tinggi dan mengenyangkan seperti epal atau agar-agar.
Kalau nak makan makanan berkarbohidrat pilihlah makanan seperti roti gandum atau nasi merah.
Minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
Daripada makan makanan diet, lebih baik makan makanan biasa tetapi cukup zat dengan kuantiti yang sederhana.
Atur jadual olahraga dengan bijak especially pada waktu yang kita selalu fikir nak makan.
Kalau rasa lapar pada waktu malam, minum teh panas untuk alihkan fikiran daripada makan dengan banyak.

SELAMAT MENCUBA!


 
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

18 Mac 2011

CARA2 MUDAH JOIN HEARTBEAT

Mungkin korang dah lama nak join heartbeat
tapi bila klik kat banner tutak tau macam mana nak mulakan kannn
Kat sini Ein tunjukkan cara-caranya
 
Mula-mula klik kat banner di bawah
 


 
atau link kat bawah ni


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
 
 

Lepas tu klik kat logo heartbeat.my tu
Sebagaimana yang telah dibulatkan di atas


Klik pada Create Account
Untuk join affiliate heartbeat mesti ada account dulu tau!



Isikan info anda sebagaimana yang dikehendaki



Jangan lupa tick pada Agree to heartbeat
Then klik pada continue


Klik pada Join HB Affiliate



Klik pada online application



Isikan info anda sebagaimana yang dikehendaki



Jangan lupa tick pada Agree to HBAffiliate
Then klik continue



Klik Get A Code untuk mendapatkan kod untuk
diletakkan pada blog atau website anda



Anda boleh pilih design banner yang bersesuaian dengan
blog atau website anda
Nak yang melintang, menegak atau segiempat tepat
Nak teks link pun ada
Copy html code yang disediakan



Pegi ke blog atau website anda.
Contohnya pada dashboard blogspot seperti di atas
Klik pada Design



Klik Add a Gadget



Klik HTML/ JavaScript untuk masukkan kod html HBAffiliate
Pastekan kod HB affiliate anda & save
Ta... da... dah siap!

SELAMAT MENCUBA!





Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

MACAM MANA HEARTBEAT WORKS!

Program ini telah dilancarkan pada tahun 2008


 

  • Untuk menyertainya anda mestilah mendaftar sebagai ahli terlebih dahulu untuk join HB Affiliate. Klik sini untuk mendaftar.
  • Selepas mendaftar dan join HB Affiliate, anda hendaklah copy html kod yang diberikan dan letakkan pada blog atau website anda.
  •  Heartbeat akan memastikan segala jualan atau lain-lain aktiviti melalui traffik yang masuk ke blog atau website melalui link istimewa yang telah diformatkan.
  • Ahli Affiliate layak memperolehi refferal fees 15%  daripada hasil jualan melalui link mereka atau sehingga 20% pada pembelian sendiri.
  • Selain itu pendapatan juga boleh diperolehi dengan merefer rakan-rakan anda untuk menjoin program affiliate ni, klik pada banner, maklumbalas, testimonial, dsb (sy x pasti caranya-heartbeat yg cakap)
  • Minimum pengeluaran pendapatan anda ialah RM50.00 (macam hadiah Lucky Draw Mak Dara)
  • Selain itu Ahli Affiliate juga boleh menggunakan amount tu untuk meredeem produk2 heartbeat bila-bila masa. Penghantaran percuma jika Ahli Affiliate redeem gift dengan pendapatan sekali. Maksudnya bukan setakat redeem tetapi ada keuntungan yang diperolehi. Dengan kata lain harga gift RM100. Gunakan pendapatan yang diperolehi sebagai affiliates RM50.00 dan anda bayar selebihnya RM50 lagi.




 
 
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

APA TU HEARTBEAT.MY

Pernah dengar apa tu Heartbeat
atau
selalu nampak banner Heartbeat ni kat blog dan website?
 
Heartbeat adalah salah satu program affiliate
Lebih kurang macam Nuffnang jugak
Saper yang nak join boleh klik kat banner kat bawah
 



 
Macam mana program ni works dan cara-cara detail nak join
SILAKAN NANTIKAN N3 SETERUSNYA!
 
 
 
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

GA SHOPPE OPENING

 




 
Ein diinvite oleh Cik Tina kita untuk join contest GA ni semalam
Hari ni baru ada masa nak buat n3
saper yg tak ditag dan nak join leh la terus klik kat banner ye!
 
Tag pada
Ztee
Eja
Yana
 
 
 
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

LUCKY DRAW BY MAK DARA

Dari semalam sebenarnya nak join Lucky Draw Mak Dara ni
Lucky Draw ni Mak Dara buat sempena 2 bulan blog Mak Dara.
Senang je nak join. Nak tahu lanjut, klik je kat banner kat atas tu,
Ein dah link kan

Jawapan kepada soalan Mak Dara
Penyanyi Lagu APA KAU RASA

Irda AKA Mak Dara
Yanie
Rina
Tuty

Saya tag kepada




Jom Join Heartbeat!

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!



 

Suka ke? Like la

17 Mac 2011

FYA: TENTANG BPA

Tahukah anda penyerapan BPA meningkat jika plastik bertembung dengan minyak atau makanan berlemak ketika pemanasan ataupun daripada bekas yang lama dan bercalar.

Kajian oleh Centre for Diseases Control mengesan BPA dalam urin 95% sampel dewasa. Dalam kajian yang sama, saintis mendapati wujudnya BPA dalam darah wanita mengandung, darah tali pusat dan plasenta.

Daripada 115 kajian ke atas haiwan, 81% menunjukkan kesan walaupun pendedahan kepada BPA adalah rendah. Antara kesan-kesannya ialah:

*Akil baligh pada usia muda akibat rangsangan perkembangan kelenjar mamari di kalangan kanak-kanak perempuan.
*Perubahan perlakuan jantina
*Perubahan hormon termasuk pengurangan testosteron
*Saiz prostat meningkat
*Penghasilan sperma berkurangan
*Masalah perlakuan seperti hiperaktif dan sangat agresif

Sumber: Majalah Pa & Ma- bulan dan tahun tak hingat!

Suka ke? Like la

PANDUAN SELAMAT IDENTIFIKASI PLASTIK

Plastik memang digunakan secara meluas untuk menyimpan dan membungkus makanan mahupun minuman. Bagaimanapun penggunaannya meningkatkan risiko masalah kesihatan terutamanya apabila bahan kimia pengganggu hormon daripada sesetengah plastik meresap masuk ke dalam makanan dan minuman kita.

Seperti yang kita ketahui kebanyakkan bahan plastik mempunyai label. Bagaimanapun tidak semuanya mempunyai label. FYI, simbol kitar semula yang tertera tidak semestinya bermakna produk itu boleh dikitar semula. Biasanya bekas plastik yang berleher sempit dengan label nombor 1 dan 2 sahaja yang boleh dikitar semula. Berikut adalah label yang telah dicipta oleh The Society of Plastics Industry untuk mengenalpasti bahan plastik.

Jenis Plastik
PET atau PETE yang bermaksud Polyethylene Terephthalate Ethylene

Ciri-ciri
Jernih, tahan, penghalang gas dan kelembapan

Kegunaannya
Botol minuman ringan, air mineral semulajadi, air minuman berbungkus, jus, bahan pencuci dan botol sapuan seperti peanut butter

Jenis Plastik
HDPE yang bermaksud High Density Polyethylene

Ciri-ciri
Keras, separa fleksibel, tahan kelembapan, telap gas

Kegunaaannya
Botol susu opaque, jag minuman, peluntur, bahan pencuci, botol syampu dan sesetengah beg plastik 
Jenis Plastik
PVC atau V yang bermaksud Polyvinyl Chloride

Ciri-ciri
Kuat, tahan, fleksibel dan elastik

Kegunaannya
Plastik pembungkus berpelekat, botol plastik boleh picit, minyak masak dan bahan pencuci

Jenis Plastik
LDPE yang bermaksud Low Density Polyethylene

Ciri-ciri
Lembut, fleksibel, tahan, mudah calar

Kegunaannya
Plastik pembungkus, penutup bekas makanan dan botol fleksibel seperti mayonis dan sos BBQ

Jenis Plastik
PP yang bermaksud Plypropylene

Ciri-ciri
Keras tetapi masih fleksibel, serbaguna

Kegunaannya
Bekas makanan untuk ketuhar gelombang mikro, straw dan botol susu bayi
Jenis Plastik
PS yang bermaksud Polystyrene

Ciri-ciri
Tahan, separa keras, dipengaruhi lemak

Kegunaannya
Perkakasan plastik pakai buang stereofoam, bekas telur, pinggan, cawan, gelas dan kutleri boleh buang

Jenis Plastik
Other
menunjukkan bekas makanan tersebut diperbuat daripada lain-lain jenis plastik selain kod 1-6 atau kombinasi di antara plastik 1-6

Ciri-ciri
Bergantung kepada jenis dan kombinasi plastik

Kegunaannya
Bekas menyimpan minuman, botol susu bayi, botol air 5 gelen, botol air sukan, liner makanan dalam tin, sippy cup dan sudu garfu lutsinar
Plastik berasaskan bio juga mungkin dilabelkan dengan label ini

NOTA
Pilihlah plastik yang berlabel 1,2,4,5 untuk pilihan yang selamat
terutama sekali untuk mengisi makanan
Elakkan plastik yang berlabel 3, 6, dan 7


*Sumber daripada Keselamatan & Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan

Suka ke? Like la

16 Mac 2011

Q & A: PUTING SUSU ADA BPA JUGAK KE?


Ringkas saja n3 kali ni.
Puting susu ada BPA ke?
Puting susu tak ada BPA.
Puting diperbuat daripada silikon dan getah
yang tidak mengandungi sebarang BPA.

So setakat ni mommies jgn la risaukan
puting susu anak-anak pulak.
Yang penting sila kerap tukar puting susu
anak-anak mommies ye....

Suka ke? Like la

TIPS PENGGUNAAN BOTOL SUSU POLIKARBONAT

Dah baca n3 yg sebelum ni? Kalau belum boleh gi sini dan sini.


Mesti ramai mommies yang risau je pasal isu ni. Stok botol susu banyak lagi yang tak berguna. Takkan nak buang pulak... Mommies masih boleh berikan anak-anak susu dengan botol BPA ni tapi kenalah ada langkah berjaga-jaga. Apakah caranya?

Berikut la caranya

*Steril botol BPA mengikut arahan pengendalian pd label atau boleh juga rendam dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit. Bukan biarkan air mendidih sekali ngan botol tu tau. Lepas didihkan air terus tutup api.

*Elakkan gunakan air panas secara terus ke dalam botol BPA untuk membancuh susu. Abis macam mana nak buat susu? Bancuhlah susu di dalam bekas yang lain terlebih dahulu.

*Gunakan peralatan mencuci botol yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bg mengelakkan permukaan botol BPA rosak dan bercalar.

*Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu. Sekiranya ada kesan calar atau rosak, sila ganti botol yang baru! Kalau tak gantilah setiap 6 bulan.

NANTIKAN N3 SETERUSNYA!

Suka ke? Like la