24 Februari 2011

KHASIAT LEMON

Lagi satu buah yang baik untuk kesihatan anda. Saya tahu, ada juga korang yang tak suka rasa lemon ni. Tapi tahukah korang yang lemon ni kaya ngan vitamin C, B, E, natrium dan beberapa mineral mikro yang diperlukan tubuh untuk sistem imunisasi. Oleh itu dengan mengamalkan pengambilan lemon ni, ia juga boleh mencegah kita dijangkiti virus influenza.

credit to ipopin.typepad.com

Ia juga kaya dengan bioflavonoid yang berperanan sebagai antioksidan
yang mencegah kanser (agen pencegah kanser lagi)
selain mengandungi serat bagi menurunkan kadar kolestrol.
Tapi bagi yang ada gastrik tu, pastikan perut anda diisi dulu ye sebelum pengambilan sebarang makanan yang berasaskan lemon!

Suka ke? Like la

TAUGEH

Korang suka taugeh tak... saya suka sangat tau! Nak nak yang gumuk-gumuk. Lagi sedap.
Tau tak korang yang taugeh ni mengandungi serat dan air yang membantu menyerap kotoran dalam usus besar kita. Sebab itulah taugeh dikatakan dapat memerangi kanser (bunyinya macam berperang la pulak kannnn) dengan mendorong kotoran segera meninggalkan usus besar kita. Oleh itu tak adalah zat-zat beracun dalam kotoran yang akan diserap oleh tubuh kita.

credit to loveaholic.blogspot.com
Kandungan paling tinggi dalam taugeh ialah kalium yang baik untuk kesihatan jantung. Kandungan estrogen pula meningkatkan kepadatan dan susunan tulang kita. Secara tak langsung kita dapat mencegah osteoporosis. Selain itu ia juga dapat mengelakkan kita kaum wanita dan ibu-ibu ni daripada
kanser payudara, PMS (saper tak tau, saya tak tau la nak cakap apa kannn), pramenopaus dan gangguan akibat menopaus.

Suka ke? Like la

SPECIAL MENU!

Hah... ada ke tiba-tiba je tengah malam semalam lalink mengidam nak makan benda ni


Bila dengar je saya angkat kuali kat dapur tu, si Nur Danish Ara yang baru je nak melelapkan mata pun cancel niat dia. Tak jadi nak tido dek kerana nak makan benda ni. Memang spesial sikit sebab roti telur makan ngan sos cili dan honey... Kalau bubuh inti peanut butter lagi sedap. Dah tengah malam kannn, mana nak cari peanut butter. Kedai pun dah tutup! So ini jelah yang dapat saya siapkan untuk my lovely lalink as per his request.

Suka ke? Like la

23 Februari 2011

ADIK NAK JUGAK V2!

Lagi...
Adik nak jugak
Sibuk je budak tecik ni
Apa kakak buat semua dia nak join sekali
Bukannya pandai pun buat
Tapi terpaksa juga layan sebab kakak nak sangat buat glass deco ni
Gambar Mickey Mouse kegemaran dia
Ok la ibu layankan juga
Walaupun adik terpaksa bergelumang
Ngan cat minyak yang digunakan tu
Sampai abis setengah roll la tisu yang dibekalkan tu...
Ni la hasilnya


Yang cantik tu of cos la si kakak yang buat
Manakala yang comot adik la kannnnn
Tu pun puas ibu touchup kasi cantikkkkkkkkkk
Tapi adik tak puas ati
Adik cabut ekor mickey mouse kakak
Tapi kakak tak marah pun
Ibu sayang kakak
Sebab kakak sayang adik!


Suka ke? Like la

ADIK PUN NAK JUGAK

Ha ni la aktiviti hujung minggu ngan anak-anak.
Kalau tak bawak pegi main kat playground atau buat benda ni memang tak sah.
Kadang-kadang tu skip jugak sebab ada aktiviti lain hujung minggu,
tapi diaorang still macam tak puas hati sebab tak dapat lakukan aktiviti ni.
Mula-mula layan aje si kakak buat,
pastu budak tecik ni pun menyibuk jugak nak join...
Sibuk nak buat sendiri pulak tu...


Suka ke? Like la

SABAR JE LA....

Tiap-tiap pagi Dahiyah dah buat hal.
Pasal tu la tiap-tiap pagi ibu nak avoid anak ibu ni mandi kat umah.
Lebih baik mandi kat umah mak tok je.
Tengok je la almari baju dia ni....

Subhanallah...
Kuat betul melawa. Semua baju ditariknya.
Setiap kali nak pakai baju, sure cenggini la jadinya almari ni.
Ibu dah letih nak kemas balik.
Lepas ni lantak adik la nak bongkar macam mana gaya pula....

Suka ke? Like la

22 Februari 2011

~51808~


Duduk sambil menjadi renjer lalu lintas di federal highway.
Nak layan facebook, semua dah nak balik keja.
Of cos la sekarang ni diaorang semua sedang sibuk di jalanraya.
Saya pula masih di sini. Ada 32 minit lagi boleh balik.
Tangan pun menulis extention nombor saya.
Cantik tak nombor ni...
Saya suka sangat sebab banyak nombor lapan.
Sesaper yang tau no opis saya leh la dial
Dan tekan ext no ni yek!

Suka ke? Like la

MASAK CAMPAK-CAMPAK JE!


Ni la hasilnya masak campak-campak je. Saya namakannya Kaserol Ayam Kasih Sayang sebab telah licin disantap seisi keluarga walaupun lauk yang amat simple sekali. Tunggu lalink balik bawak sayur nak masak, tak balik-balik juga, finally saya telah cipta masakan ni. Masuk dalan kaserol terus bakar. Tingtong... tingtong... dah siap!

Suka ke? Like la

21 Februari 2011

JOM SHARE!

Saya tengah baca benda ni. Upaya miliki Bayi. Harapan untuk semua pasangan. Info & Tips dekat ruangan bonus bulan Mac majalah Pa & Ma.


Lalink... saya kena amalkan jugak ke amalan tradisional dan doa-doa tu??? Bagi la masa saya nak beromantik dan bermanjaan dulu... Yang dua orang tu pun saya dah cukup bahagia!

Suka ke? Like la

~INGAT DI SITU ADA BABY~


Uwek....uwek.... Alahai ciannyer kat lalink ein... berangan nak tambah lagi. Dia ingat kat situ ada baby. Mana ada orang pregnant ngidam nak handphone kannn... Kalau ngidam pun, of cos la nak makanan yang pelik-pelik. Bukannya benda-benda mahal...
hihihi, kita cuma mencuba dan berharap tapi Allah yang menentukannya!

Suka ke? Like la

SmileY BaggY GiveawaY

Wahhhh bestnya... ader contest la! Tak pernah masuk contest cenggini. Sejak join Geng Hot Mama Blogger ni, macam-macam contest Darna kenalkan.


Pada sesiapa yang berminat boleh la melawat link ni
hadiahnya pun menarik belaka
caranya senang je
jemput-jemput join sekali...

Saya tag juga contest ni ke

Suka ke? Like la

BILA TERASA DISAYANGI

*Peringatan: Sesiapa yang rasa loya, jgn baca n3 ni ok!

Kalau cinta baru berbunga, tiada siapa boleh menghalangnya. Saya pun tak kisah siapa yang nak halang cinta saya kecuali takdir Allah. Dah jelas tertulis dalam sijil perkahwinan saya sejak hampir 7 tahun lepas. Dan selama itu jugalah saya sering menangis kerana menyesal memilih jalan ini. Saya hanya berserah kepada-Nya untuk menentukan perjalanan saya seterusnya. Berkahwin dengan seorang duda tanpa sekelumit pun rasa cinta...

Banyak benda berlaku pada saya sejak kebelakangan ini. Mungkin juga jarang-jarang berlaku pada orang lain. Mungkin juga pernah berlaku pada anda. Selepas episod mendapat gift pertama yang sangat bermakna selepas hampir 7 tahun, tiba-tiba saya dapat ni pulak dari en. lalink masa nak ke opis



Indah sungguh bila rasa disayangi. Saya hampir terlupa perasaan ini yang pernah bertamu seketika dulu. Terima kasih kepada en. lalink yang telah menyambut cinta saya!

Sungguh indahnya perasaan ini yang wujud dalam perkahwinan
Tanpa perlu menjaga diri dan membatasi perhubungan
Boleh meluangkan masa bersama
Mencium dan dicium
Memeluk dan dipeluk
Bila-bila masa
Tanpa perlu bimbang apa-apa

Suka ke? Like la

18 Februari 2011

GARANGNYA DAHIYAH!


Kejadian ni berlaku masa cuti Maulidur Rasul hari tu. Kononnya nak buat posting ni, tp terkedu dengan panggilan Kak Sha sampai terbantut mood nak update blog. Saya memang terkejut bila Anis berlari keluar dari kereta dan menangis "Ibu... adik gigit kakak sampai darah...". Bila saya tengok memang betul berdarah! Dahiyah tu memang garang. Memang selalu melepuk kakak dia. Kadang-kadang tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba je tangan dia melepuk kakak dia. Tapi tak sangka pulak dia nak gigit pipi kakak dia sampai jadi macam ni. Nasib la kakak dia ni selalu mengalah. Alhamdulillah cepat pulih bekas gigitan ni dan tak bernanah atau berkudis. Saya sapukan minyak kulit manggis je.
Suka ke? Like la

NUR DANISH ARA & BAJU KURUNG


Akhirnya nak juga Nur Danish Ara ni pakai baca kurung... Puas saya pujuk. Kalau tak kerana dia berkenan ngan tudung tu, mungkin dia tak mau pakai baju kurung kot... terpaksalah saya belikan juga dengan syarat kena pakai baju kurung pada hari tersebut. Dia baju raya tahun lepas, sebab tu senteng sikit. Maklum la dia tak mau pakai baju kurung, jadi saya malas la nak buatkan sedondon ngan yang lain-lain...

Dulu kalau Hari Raya je, semua orang pujuk dia suruh pakai baju kurung. Dia memang x nak pakai baju kurung. Kalau pakai pun, cuma baju je... kain tak mau pakai. Setiap tahun gambar Hari Raya kami pasti dengan gambar dia melalak, meroyan sebab kena paksa pakai baju kurung... macam ni barulah bersemangat sikit saya nak jahitkan baju kurung untuk dia pada Hari Raya tahun ni!

Suka ke? Like la

16 Februari 2011

MARILAH KITA MENDOAKAN KESIHATANNYA...

Saya pinjam dari photo FB kak Sha

Inilah photo terbaru Qaisarah yang saya tatap semalam. Tiba-tiba hari ni saya dapat tahu Sarah tak sedarkan diri dan kini berada di Hospital Selayang. Saya sangat sedih sebab saya tak dapat menjawab panggilan kak Sha semasa dia telefon saya tadi. Saya juga rasa sangat sedih sebab saya tak dapat berada di sana menemaninya. Kalau la saya ada kereta sendiri mesti saya ambil EL sekarang juga. Dan yang paling menyedihkan adalah keadaan Sarah. Ibu manalah tak tersentuh hatinya. Marilah kita sama-sama mendoakan agar Sarah cepat sedar dan cepat sembuh. Semoga Sarah diberikan kesihatan yang baik selepas ini. Aminnn
Suka ke? Like la

13 Februari 2011

BERTUAHNYA...

Saya tak ada idea... Balik je dari kerja tadi, lalink dah beritahu dia kena gi Kuala Selangor sebab ada mesyuarat malam ni. Saya tak kisah pun... bukan sebab saya tak ambil berat tapi saya dah biasa ditinggalkan suami pada waktu malam. Lagi pun saya tahu dia keluar dengan siapa dan apa yang dia buat. Nak cari perempuan lain??? Mungkin saya kisah kotttt. Tapi nak ke dia??? Mana nak dapat isteri yang memahami macam saya kannnn.... Benarkan suami menjalankan aktiviti-aktiviti luar di malam hari. Pada mulanya memang saya selalu marah-marah, tapi ntah la saya dah cukup memahami suami saya kot!

Sebelum keluar kawan dia tepon cakap tak dapat datang sebab isteri dia call ketua diaorang cakap tak kasi kawan dia ikut sekali... Ha tengok... bertuah tak lalink dapat isteri macam saya... walaupun saya ni malas dan suka marah-marah tapi saya tak pernah kata tak boleh kalau dia kata nak keluar ngan kawan-kawan. Mungkin sebab itulah dia selalu sokong apa yang saya buat. Tak pernah halang apa yang saya suka... Semoga semuanya akan kekal untuk selama-lamanya.
Suka ke? Like la

11 Februari 2011

CANGGIH KE KALAU...


Canggih tak phone kat atas ni. Secanggih mana pun phone tu kalau orang yang gunakan tak canggih pun tak guna kannnnn... Itu la masalahnya.... Tuan punya phone ni dah gunakan phone ni lebih dari 6 bulan tapi masih lagi tak tau nak menggunakannya selaras dengan kecanggihan phone ni. Bukan takat nak download apa-apa je, bb device manager pun tak pernah install... Bila tanya semua tak tau... tapi selalu mengutarakan ayat-ayat berlagak kat saya.

Siapa yang menjadi mangsa? Siapa lagi kalau bukan isteri tuan punya phone ni... Saya la tu kannnn.... Bersengkang mata saya semalam mengdownloadkan bb device manager dengan tahap kelajuan broadband saya yang macam siput tu. Malam ni baru saya tolong tuan punya phone ni download bb theme yang baru sebagaimana yang dikehendakinya... Semoga saya berjaya membantu dia!

Suka ke? Like la

10 Februari 2011

JUADAH PETANG NI


Jap tadi Pak Balan, Senior Manager kat sini membelikan juadah petang untuk kami di opis ni. Goreng pisang ranggup dan dicicah bersama sambal kicap. Huh.... cam kat johor pulak rasanya. Rata-rata penjual goreng pisang di Johor Bahru memang bekalkan sambal kicap camni. Kat KL ni susah nak jumpa penjual goreng pisang ngan sambal kicap. Tapi cuma boleh rasa cikit je sebab perut menghadapi masalah sejak semalam. Terpaksa kurangkan makan cili sehinggalah perut ni pulih seperti sediakala.
Suka ke? Like la

NAPER ADA KARTUN?


Inilah pengetip kuku kesayangan saya. Memang disimpan kat opis. Dari minggu lepas bawa balik rumah. Asyik terlupa je nak bawa balik ke opis semula. Masa nak ambil penyepit kuku ni dari atas meja tiba-tiba Eiyah cakap, "ibu, ibu... nape benda ni ada kartun?"
Saya: Sebab ibu suka nak letak kat situ
Eiyah: Kenapa ibu suka nak letak kat situ... ibu kan dah besar...

Kannnn... dah kena balik kat saya... pandai sungguh anak kecik 2 tahun setengah ini berkata-kata! Tapi benda tu memang comel kannnn....
Suka ke? Like la

09 Februari 2011

DOA MERASMIKAN BARANG BARU ATAU MEMULAKAN PEKERJAAN BARU


Saja je nak kongsi doa ni untuk semua. Bila saya dapat phone baru, saya baca doa ni macam ini,

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon akan Dikau kebaikan barang ini, dan kebaikan yang ada di dalamnya. Aku berlindung denganMu daripada kejahatan barang ini, juga kejahatan yang ada di dalamnya. Segala puji itu bagi Allah Tuhan sekian alam.
Dan bila saya memulakan kerja di tempat baru, saya baca begini pula,


Ya Allah, sesungguhnya aku memohon akan Dikau kebaikan pekerjaan ini, dan kebaikan yang ada di dalamnya. Aku berlindung denganMu daripada kejahatan pekerjaan ini, juga kejahatan yang ada di dalamnya. Segala puji itu bagi Allah Tuhan sekian alam.

Semoga menjadi panduan untuk kalian semua!


Suka ke? Like la

YEAH!!! INILAH CUBICLE BARU SAYA


Setelah 3 hari duduk kat tempat ni, baru hari ni saya ada masa menangkap gambar cubicle baru saya ni. Puas juga saya mengangkut barang dari kaunter ke dalam opis call centre ni. Benda yang wajib ada, of cos la stationery kannnn termasuk kalendar. Barang personal saya, cermin, kamus dan pokok money plant saya tu! Makin hidup segar la pokok tu sebab dapat cahaya matahari dengan sempurnanya kat sini....

CPU pulak semestinya CPU saya sejak saya keja kat company ni. CPU ni dah 3 kali reformat, Saya rasa dia pun dah bengong dengan banyaknya data di dalamnya.... Saya angkut mana saya pergi. Banyak fail-fail translation saya kat situ. Mana boleh bagi kat orang lain guna kannn... lagi pun susah la nak set up balik PC baru. Harta opis ni memang dah macam harta saya sendiri saya buat. Nasib Puan Bos tak marah...
Suka ke? Like la

08 Februari 2011

CNY... EVERYTHING BARU UNTUK SAYA

Hari ni hari kedua saya bekerja di department baru... Di Call Centre... Jadi operator angkat tepon je la gitu. Lagi satu leh tengok jelas federal highway di sebelah kiri saya. Sesaper yang nak tau lalulintas kat federal highway ni boleh la call saya ya.... hihihi....

Walaupun sebenarnya saya ni lebih gemar bekerja di kaunter, mengadap pelanggan yang pelbagai kerenah, tapi demi anak-anak dan keluarga saya terima juga tawaran puan bos yang pernah saya ceritakan dalam entri sebelum ni. Dia memang baik sangat. Dia selalu cuba selesaikan masalah stafnya daripada kehilangan terus staf tu ke syarikat lain. Terasa bernilai sungguh saya ni kannn... (bukan berlagak ya :-))

Buat anak-anak ibu, sekarang ibu ada lebih banyak masa untuk kalian. Tapi kalau puan bos tu suruh cover kat kaunter dan kena ikut shift keja lama, terpaksa la menerima sebab mesti ada "give and take" kannn... Mudah-mudahan saya cepat menyesuaikan diri dengan pekerjaan ini, Aminnnn!
Suka ke? Like la

07 Februari 2011

DAN SEBENARNYA V2...

Huh... puas sungguh bercuti kannn... akhirnya saya pulang ke semula ke ampang. Selepas majlis berakhir dan rehat seketika lalink ajak balik awal. Bertolak dari Perlis pada pukul 10 lebih dan tiba di ampang lebih kurang 5:30 pagi. Puas bersengkang mata menemani lalink yang memandu. Maklumla takut dia terlelap masa memandu...

Banyak benda kami bualkan sepanjang perjalanan. Dan buat pertama kalinya lalink bercerita tentang dia (ex-wife) dan keluarganya yang telah berkunjung ke kampung dan menyatakan penyesalan mereka dengan apa yang telah mereka lakukan kepada lalink dan keluarga mertua... Fuhhh... apa lagi kannnn, inilah masanya mengorek rahsia setelah hampir 7 tahun perkahwinan kami! Saya memang tak pernah bertanya sebab tak mau menambah luka lalink. Dan of course la saya ingin dia melupakan kisah silam dan menerima kewujudan saya sebagai isterinya seadanya... Dia memang tak pernah memburukkan ex-wifenya apakan lagi bercerita lanjut... Walaupun gila-gila dia memang perahsia orangnya!

Setelah punya anak dua... setelah kisah dan sebenarnya ... setelah saya menerima hadiah pertama selepas hampir 7 tahun perkahwinan kami... setelah ramai orang beranggapan buruk terhadap saya... kononnya saya ni 'queen control'... tak kasi lalink jumpa anak dia... mana ada... saya ni open minded tau! Bahkan kalau dia teringin sangat nak balik kat ex-wife dia pun saya tak kisah sebab saya tetap no. 1 kannn.... kini saya telah mendengar sendiri dari mulut lalink... memprotect saya dari anggapan buruk itu... malah dia rasa sungguh bahagia dengan kehidupan sekarang. Of course la bahagia bersama saya kannnn... Hai kisah "pol on lope" ni berterusan la nampaknya! :-))
Suka ke? Like la

06 Februari 2011

DAN AKHIRNYA...


Dan akhirnya saya memilikinya juga! Dan yang paling bermakna ia telah disponsor dan dihadiahkan oleh lalink setelah bertahun-tahun berkahwin dan setelah punya anak dua. Rasa cam mas kahwin je pula... kihkihkih!

Saya tak pernah terima apa-apa sepanjang hampir 7 tahun perkahwinan kami. Mungkin saya tak pernah meminta kot... Mungkin juga rentetan selepas membaca entry DAN SEBENARNYA kot... kihkihkih. Anyway terima kasih kepada lalink tersayang sebab merealisasikan impian hati merangkap hadiah CNY!
Suka ke? Like la

02 Februari 2011

TEST 123

Saja je saya nak try buat entry my iPhone!
Suka ke? Like la