30 Oktober 2013

Review Novel Rasa Yang Tertinggal

Cinta tidak bermakna akan ada jodoh tetapi jodoh akan sentiasa membawa cinta bersama.
Rasa Yang Tertinggal adalah novel kedua Siti Khadijah terbitan Karyaseni. Actually ein dah lama habis baca novel ni. Beli since diterbitkan lagi. Tapi kerana kekacauan jiwa dan kerapuhan hati, tidak termampu untuk terus menulis dan buat review. Terima kasih Allah kerana kembalikan jiwa ini agar terus bernyawa dan akal terus segar menyusun kata.


 Masih lagi tentang cinta tetapi rasa itu hadir dari sebuah persahabatan. Menyelami rasa Tuan Ryan Zhariff yang tertinggal kepada Ummi Balqis dan rasa Ummi Balqis yang wujud tanpa diundang setelah mereka terperangkap dalam sandiwara mereka sendiri. Kata orang jangan bermain api, nanti membakar diri. Itulah yang ein dpt nyatakan tika membaca novel ini. Siti Khadijah menggunakan banyak teknik flashback. Pada mulanya memang menggelirukan. Bagaimanapun penceritaan menjadi semakin lancar dan sedikit pun tidak menjejaskan gaya penceritaannya sebab perbezaan waktu dan situasi jelas menggambarkan penceritaannya.

Ego tidak akan menyatakan rasa. 
Ego tidak akan menjelaskan apa-apa. 
Ego tidak dapat mewujudkan bahagia. 
Ego hanya melahirkan rasa sakitnya derita.

Kerana menghormati prinsip Balqis dalam persahabatan, Ryan cuba memadamkan rasa hati yang wujud sejak awal perkenalan mereka. Namun rasa yang dipadamkan itu masih tinggal sisa tanpa disedarinya. Membina cinta dengan gadis lain & akhirnya dikecewakan. Tapi Balqis tetap ada sebagai sahabat.

Tapi bukankah cinta kan membuat sesuatu persahabatan itu menjadi lebih indah - Ryan

Lantaran desakan ibunya, Ryan merancang sandiwara bersama Balqis. Memperkenalkan Balqis kepada ibunya telah memerangkap mereka dalam rancangan sulit ibunya. Akhirnya mereka terikat dalam satu ikatan suci tanpa tersangka. 

Keterbiasaan bersama mengikat hati mereka, rasa yang telah pudar mula bersinar kembali, rasa yang tidak pernah wujud mula mekar berkembang. Namun ego yang menghalang. Mampukah kehadiran gadis yang pernah menyentuh hati Ryan menggugat rasanya pada Balqis. Siapakah TRZ yang pernah muncul untuk menyentuh hati Balqis. Mampukah luka disembuhkan. Mampukah penyesalan merawat hati. Mampukah hati yang merintih rindu terubat. Mampukah hati mereka bersatu dalam erti kata perkahwinan yang sebenar. Rasa Yang Tertinggal menyatakan segala-galanya. Harapan seorang ibu adalah yang terbaik untuk anak-anak mereka.


Secebis Rasa

Rasa yang wujud adalah fitrah. Tak salah menyatakan rasa kalau ikatan itu terhalal untuk si dia. Buat apa memendam rasa kalau itu menyeksakan jiwa. Walau apa pun yang kita rasa, pastikan ianya tidak mengatasi rasa cinta kita pada Dia. Sang Maha Pencipta. Rasa cinta yang tidak terkawal pastinya membakar diri. Ingatlah dugaan hati ini semuanya dengan izinnya, maka pasrahlah juga kepada-Nya jika hati tidak termampu menanggung rasa.

Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

Selamat Tinggal Pekerjaanku

Bangun pagi tadi penuh dengan seribu ketabahan. Mengharungi hari-hari terakhir dengan pekerjaan yang ein sayangi. Meninggalkan kawan-kawan yang setia sentiasa. Seawal 5 pagi dah terjaga. Makanya ambil kesempatan itu untuk mengadu pada Allah memohon ketabahan dalam melalui hari-hari mendatang. Sungguhpun tiada lagi air mata yang mengalir tapi sayu dan sendu itu tetap hadir. Tambah sayu dan terharu bila selesai solat, ada pula budak duduk depan sejadah sambil menangis teresak-esak sebab takut tgk ibu dia sujud lama sangat. Selepas itu memeluk erat ibunya sekuat hati tidak mahu melepaskan. Terharu hati seorang ibu. Esakan itu menandakan diri ini memang amat bermakna untuk mereka. Kerana mereka jugalah diri ini perlu kuat.

Ein pasti Allah berikan kita dugaan untuk kita lebih kuat mengharungi hari-hari mendatang. Supaya kita lebih cekal. Mungkin rezeki ein selalunya sukar tak macam orang lain, tapi ein percaya Allah dah rancangkan yang terbaik untuk kehidupan ein. 

Dulu selalu berharap dapat jadi surirumah sepenuh masa. Tapi kewangan keluarga tak memungkinkan impian itu tercapai. Dulu selalu berharap dapat kerja waktu pejabat. Tapi tak pernah ada rezeki. Kata orang beware what you wish. Sekarang Allah dah perkenan permohonan ein. Jadilah surirumah sepenuh masa sehingga dapat pekerjaan yang ikut waktu pejabat.I get what I wish but I have sacrifice my a lot of things dan paling penting terpaksa bekerja keras untuk buat kerja2 freelance. Membaca dan terus membaca. Menulis dan terus menulis. Mendesign dan teruskan kreativiti. Kadang-kadang sesuatu yang kita jadikan hobi itu terpaksa kita jadikan serius untuk mencari sesuap nasi. Agar periuk berasap. Berasap memang la boleh berasap, tapi takkan nak hidangkan anak2 dengan lauk2 biasa. Sesekali mereka pun ingin makan sedap-sedap.

Baru kejap tadi seorang kawan dari Indonesia sanggup buat panggilan dari jauh semata-mata memberi kata semangat. Ya terima kasih Allah kerana menemukan ein dengan orang-orang yang kasihkan ein. Walaupun berbeza agama dan bangsa, mereka tetap disisi memberi semangat. Merekalah orang-orang yang sentiasa menghormati Islam itu agamaku tanpa mempersoalkan penghayatanku terhadap Islam. Semoga suatu masa nanti, kalau dapat kerja baru biarlah pekerjaan itu memudahkan ein terus menghayati Islam dalam pekerjaan. Sudah serik bekerja bila waktu solat pun dipertikaikan. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Amin.
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

26 Oktober 2013

Finally

Finally I got the my official termination letter! 


Berhari-hari menahan sebak melangkah kaki ke tempat kerja. Khamis depan adalah hari terakhir ein bersama mereka. Setelah beria2 fight, akhirnya company agree nak bayar compensate lebih sikit dr yg mereka propose. Nasib la diri ini ada value utk company & i use it as much as i can to fight because i do it for free for a few years ago without asking any allowance or bonus. 

Since i'm jobless after this, kenalah jimat cermat. Dah pesan kat anak-anak i can't always fullfill their needs after this. Tak kisah la dorang faham atau tak. At least ein dah bgtau. 

En. Lalink dah bg garis panduan kerja yg akan dipohon. No more job yg require more time in the office. No more job yg require shift basis. Office hours are preferable. So jawabnya... No more customer service positions. Berharapkan kerja yg sesuai ngan qualification dan experiences saja la & may be i have looking for the new industry after 12 years.

Ein percaya rezeki itu telah ditentukan oleh Allah. Mudah2an Allah tunjukkan jalan yg terbaik. Mudah2an dpt pekerjaan dgn segera sblm simpanan surut dan terdesak. For the time being just teruskan my biz & do freelance job. Mudah2an rezeki bertambah di situ.

Suka ke? Like la

21 Oktober 2013

Job Seeker

Hampir seminggu berlalu. Sekarang i'm a job seeker. Sedey masih bertamu. Hampir seminggu juga berhenti menulis. Otak jadi beku kerana bersedey. Nasib ada Allah tempat mengadu. Nasib ada suami dan ibu yang berikan kata-kata semangat. Nasib ada kawan-kawan yang concern. Sesungguhnya Allah telah merancangkan sesuatu untuk ein. Tapi apalah daya diri ini hanyalah manusia biasa. Tiada diketahui apa yang bakal ditempuhi selepas ini melainkan DIA berikan petunjuk.

Hampir seminggu berhempas pulas hantar resume ke sana dan ke mari. Pergi interview sana dan sini. Kalau la diri ini masih single mungkin x menjadi masalah tapi ein bergelar isteri & ibu. Dan amat la penting untuk ambil berat sesetengah perkara tentang pekerjaan yg ditawarkan. Semuanya memerlukan pengorbanan masa. Apalah daya diri ini. Walaupun en lalink kata, be cool. X yah rushing cari kerja lain tp duit yg ada pastinya akan menyurut lama kelamaan kannn. 

Tak tau la dah byk panjatkan doa pada DIA. Terasa hina sangat menjadi hamba-Nya. Asyik meminta dan terus meminta. Mudah2an Allah bg petunjuk dan rezeki yang melimpah ruah selepas ni. Doakan ya... Ein percaya ada hikmah dan reason kenapa Allah berikan dugaan ini. Redha itu memang sukar. Tapi ein dalam proses belajar untuk redha di atas ketentuan-Nya.

Suka ke? Like la

16 Oktober 2013

Tragedi Oktober

Hari ini 16 Oktober. Hari lahir adik ipar ein. Lagi enam hari ein juga akan menyambut hari lahir yang ke 35 tahun ini. Dah tua kann. Sedey... bukan kerana usia yang meningkat. Tapi kerana... Pertama pada tarikh yang sama tahun lalu, ein kehilangan nenek yang disayangi. Paling menyedihkan ein adalah cucu terakhir yang sampai dan ketika itu jenazah telah diangkat untuk dibawa ke surau untuk solat jenazah. Tak dapat menatap wajahnya untuk kali terakhir, apatah lagi mencium wajahnya. Dan itulah kali pertama ein menyempurnakan solat jenazah dalam hidup ini. Solat dalam tangisan hiba yang amat sangat. Hiba bukan hanya kerana lambat tiba, tapi juga marah dengan diri, marah dengan pemandu kereta dan sedih kerana tarikh itu adalah 22 Oktober. Menambah lagi hiba apabila ramai yang menyedari tarikh itu juga adalah tarikh lahir ein. Ucapan Selamat Hari Lahir dari seisi keluarga yang besar memang amat menggembirakan jika tiada sebarang kesedihan berlaku. Tapi ucapan itu pada hari kehibaan melanda.

Dan kedua... hari ini 16 Oktober. Lagi satu kehibaan bertamu. Ein kehilangan pekerjaan yang sangat disayangi dan dicintai. 6 tahun berkhidmat dan terpaksa melepaskannya dengan keadaan tidak rela. Dulu baca novel-novel, macam tak percaya saja bila ada orang boleh demam sebab putus cinta. Ya sekarang ein percaya. Sekarang diri ini dah terasa nak demam kerana putus cinta dengan pekerjaan ini. Mata dah bengkak dan panas saja rasanya. Kepala ini rasa sakit sangat. 

Pagi-pagi lagi dah mengongoi mengadu pada suami dan mak. Macam bebudak kann. Tapi itulah hakikatnya. Rasa sedih dihati harus diluahkan. Jika tidak membakar diri, menyeksa jiwa. Pagi-pagi juga minta izin ngan bos duduk kat surau sampai fikiran tenang. Hampir 1 jam mengadu pada DIA, dan minta petunjuk dan diberi ketabahan mengharungi dugaan ini. Sekarang ini tengah tunggu offer letter dari Taiwan Office. Kalau tak memberansangkan offer tu, nak gi pejabat buruh pula fight. Ein perlu kuat, sebab selama ni memang sangat baik hati pada company. Menyelamatkan hampir lebih 50 ribu setiap tahun untuk urusan penterjemahan semua material. Semua tugasan itu ein lakukan dengan free. Tak termasuk job description pun as Customer Service Representative tau. 

Semoga hati ini tetap kuat menghadapi dugaan ini dan semoga ein mendapat pekerjaan lain secepat mungkin. Semoga Allah berikan petunjuk dan jalan untuk mengharungi hari-hari mendatang. Ein ada 3 anak yang perlu disuapkan makan dan diberi pakai. Bukan suami tak boleh beri. Tapi sebagai isteri, ein tak suka meminta lebih-lebih. Cukup la apa yang mampu dia berikan. Dia pun ada anak lain yang perlu ditanggung. 

Hati... berhentilah dari berhiba
Hati... kuatlah
Hati... ikhlaskanlah melepaskan segala yang dirindui, disayangi & dicintai


Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

14 Oktober 2013

Misteri la sangat!

Motorsikal yg ditunggang si dia semakin laju meluncur menuju ke lebuhraya AKLEH. Angin malam menderu seiring kelajuan motorsikal, benar-benar mencucuk-cucuk hingga ke tulang temulang. Tambahan pula malam ini aku tidak memakai sweater. Saat syok merangkul kemas tubuh si dia, tiba-tiba terasa titik-titik air menitis di kaki kananku. Sedikit... Sedikit... Dan sedikit... Aku menadah tangan sambil kepala mendongak ke langit. Memerhati langit yang terbentang luas di angkasa, anugerah kebesaran Allah. Tiada langsung gerimis yang menitis ke bumi Allah ini. Pelik!

Semakin lama semakin banyak pula air yg menitis di kaki kananku ini. Semakin laju motor dipacu, semakin banyak air yang memercik sehinggakan basah sudah kain baju kurungku. 
Huh... Apakah misteri titis air ini dalam keheningan malam begini? Pelik bin Ajaib. Ajaib bin Magic. Magic... David Copperfield la jawabnya....

Kejap... Kejap... Bagi aku fikir dulu... Rasanya motor tidak perlukan air macam kereta kan. Jadi... Dari mana datangnya titisan air ini? Sedangkan jalanraya pun kering tanpa sebarang tanda-tanda berlakunya kebocoran paip atau apa-apa je la. Tiada juga tanda-tanda hujan renyai sebentar tadi. Tiada lopak air pun. Pening... Pelik... Walaupun malam masih muda tapi tidak mustahil kan benda-benda misteri ni. Hesy cik puan akalku ni. Cuba fikir positif! Positif... positif okey.

Yes positive thinking! Lalu aku merapatkan diri dan mengejapkan pelukan, lantas aku bersuara agak lantang di sisi si dia, suamiku. Yalah mestilah bersuara lantang. Kalau cakap lemah lembut atas motorsikal ni, berlawanan dengan angin yang menderu, pastinya lagi menyakitkan hati sebab butir bicara pastinya tidak didengari.

"Abang... Ada air menitis kat kaki ayang ni. Tapi kaki kanan je. Rasa-rasanya apa erk?"

Dia senyap saja. Jeda seketika. Seminit kemudian dia menghulurkan kepadaku sebotol air mineral. Lagi la aku pelik. Kutenung botol mineral 500ml itu dalam kepekatan malam dan deru angin yang semakin kuat. Lantas bibir menguntum senyum gelihati. Hah jangan nak misteri sangat la... Tingkah cik puan akalku. Hehehe... Rupa-rupanya penutup botol mineral tu tidak ketat dan duduk bergolek-golek dalam bakul motorsikal suamiku. Patut la memercik air keluar. Hahaha... Hidup jangan diselubungi misteri...

*sesiapa yg fb friends ein mesti dah pernah baca ni kann. Ein pernah post dulu. Ni versi edited. Hakcipta terpelihara by Ein Lynn!


Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

11 Oktober 2013

Tinta Tak Bertajuk #5

Sekukuh tembok
Menahan lahar kepedihan
Debu-debu rasa berteraburan
Dibiarkan...
Tak mampu dikutip lagi
Dibiarkan...
Berlalu sepi
Dibiarkan...
Menahan lara sendiri

*hakcipta terpelihara
~Ein Lynn~




Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!


Suka ke? Like la

10 Oktober 2013

Review Novel Mr. Pai Epal

Mr. Pai Epal karya Mardihah adalah satu kisah cinta yang biasa. Tetapi garapan Mardihah membuatkannya sangat menarik bagaikan membaca kisah cinta sambil mengenali dunia kulinari. Menyelami perit dan indahnya cinta sambil berjalan-jalan di kota Paris.


Keazaman Izz Amir memiliki si gadis yang memayungi ibunya yang buta dalam renyai hujan adalah permulaan kisah cinta mereka. Panggilan Cik Yaya Sayang untuk Nur Alya terngiang-ngiang sentiasa. Hanya dia yang memanggil dengan nama itu. Pertemuan antara Yaya dengan pemilik cafe Pai Epal itu telah membuatkan kehidupan si brutal yang nervous,Yaya menjadi haru biru dan kucar kacir. Bunga sakura yang berguguran di hati mengiakan rasa tapi mulut menidakkan demi restu seorang ibu. 

"Ibu kata, lelaki yang akan mengahwini awak, harus baik dan sentiasa sempurna agamanya. Solatnya juga perlu lengkap..." - Izz Amir
Tika cinta mula mendapat restu pihak di sini, pihak di sana pula menentang. Kasih yang dianyam mula disulami duri-duri. Kerana menghormati permintaan seorang ibu dan demi keluarga tercinta, hati tabah Yaya terluka dan terpaksa melalui hari-harinya menelan segala kenangan indah di hadapan mata. 

Akibat cemburu dia dikasari cinta hati dan insiden yang menodai cintanya itu telah menguatkan lagi semangatnya untuk menjauhi Izz Amir, lantas terus mengejar cita-cita ke kota Paris. Walau akal dan mulut kata benci, jiwa menyimpan kemarahan namun rasa hatinya masih mengukir nama Izz Amir. 

Apa istimewanya Cik Yaya Sayang di hati Izz Amir. Mengapakah cinta itu terus kukuh terpahat walau pelbagai rintangan mendatang. 
"Kalau saya nampak matahari, saya sentiasa nampak wajah awak yang bercahaya. Kalau saya nampak bulan, saya sentiasa nampak awak yang sentiasa tersenyum dan kalau saya nampak bintang, saya sentiasa rasa awak bintang hati saya...."
Sejauhmana Cik Yaya Sayang berlari, sejauh itu Mr Pai Epalnya mengejar. Menanti dan terus mengharap kemaafan tanpa bicara. Membiarkan diri terseksa dari Malaysia hingga ke kota Paris mengekori Cik Yaya Sayang sehingga cinta hati mengungkap kata-kata kemaafan.
Tuhan, bolehkah aku pinta daripada-Mu untuk jauhkan dia daripada diri ini? Bolehkah aku pinta supaya dia boleh lupakan aku dan pergi dari sini?
Adakah Yaya akan melupakan kenangan pahit itu dan sejauhmanakah Yaya mampu menyembunyi rindu dihati. Mampukah dia melenyapkan nama Izz Amir dalam hatinya dengan kehadiran pemilik Hei Ducati Seksi yang setia menemani.
... dalam hatinya yang sentiasa meneduhkan cinta ini dengan membawa nikmat kebesaran Ilahi. Terima kasih untuk cinta ini. Terima kasih memberi rasa cinta agung ke dalam hati.
Biarkan sakura berguguran terus berbunga 
Transformers pula menjadi saksi cinta

Setulus cinta Mister Pai Epal
Semurni hati Cik Yaya Sayang


Secebis Rasa

Bukan setakat cinta perlukan pengorbanan tetapi kehidupan juga perlukan pengorbanan. Impian cinta dan hidup tidak semudah membina istana pasir di persisiran pantai. Mungkin bahagia menjelma lewat dari apa yg kita impikan. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Kadang2 kita tidak perolehi apa yang kita impikan tapi Allah berikan apa yang kita perlukan. Allah berikan kita dugaan supaya kita menjadi kuat melalui hari yang mendatang. Apa yang penting sentiasa berdoa kepada-Nya memohon ketabahan dalam mengharungi hari-hari itu. Orang kata cinta itu buta. Tapi cinta yang buta itu lebih manis jika mendapat restu dari dia, yang melahirkan kita.

*Bukit Indah mengingatkan ein tentang awak, seorang sahabat. Yang selalu mengheret saya ke tempat ini tika awak bersedih... Saya tahu awak sedang bersedih skrg, tapi kenapa saya awak lupa? Saya sentiasa rindu awak sebagai sahabat saya.
*Bestnya kalau dapat suami seorang chef kannn. mesti dapat sama2 berkelentang-kelentung di dapur. Bergaduh pun mesti pasal masakan...


Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

07 Oktober 2013

Review Novel Hikayat Cinta Si Pematah Hati

Membaca novel setebal 1050 muka surat ini tidak pernah membosankan kerana plotnya disusun dengan teliti dan sangat menarik. Ia bagaikan benar-benar sebuah hikayat cinta dogeng sang putera dan puterinya yang penuh dengan dugaan sebelum kebahagiaan menjelma untuk mereka. Karipap pusing menjadi satu titik mulanya sebuah cinta. Cinta tanpa bicara. Dipendam rasa meniti masa. Tersemat kemas di hati sang puteri bertahun lamanya. 

Selami erti cinta bersama E-man Sufi. Kerana cinta manusia sanggup lakukan apa saja. Kerana cinta manusia berdendam. Kerana cinta manusia merana. Kerana cinta manusia berubah. Kerana cinta manusia bisa goyah dari prinsip kehidupan. Kerana cinta manusia hilang pegangan. Kerana cinta manusia sanggup berkorban. Kerana cinta manusia bahagia... semuanya kerana... cinta itu tidak bisa lari dari jiwa manusia.

Hikayat Cinta  Si Pematah Hati adalah cinta antara Rayyan Raiqarl - Warfeen Wardah - Daniel Elhan. 

Pertemuan dengan si hantu karipap pusing, Rayyan Raiqarl telah mengingatkan Warfeen Wardah tentang seseorang, mengimbau kenangan silam yang mengusik jiwa yang dipendam sekian lama. Si hero penyelamat yang inginkan karipap pusing saban hari sebagai tanda persahabatan. Si hero tiba-tiba menghilang tanpa dikenali nama dan asalnya telah membuatkan hati Warfeen menyimpan kemas segala kenangan singkat itu.

Pada pandangan pertama lagi Rayyan Raiqarl telah tertarik dengan si puteri, Warfeen Wardah. Takdir Allah, pertemuan demi pertemuan semakin mendekatkan dirinya pada sang puteri idaman. Malangnya kemunculan si hantu karipap pusing agak terlambat. Hati Warfeen Wardah telah diikat oleh Daniel Elhan. Kerana janji,Warfeen tetapkan hatinya menanti dan mempertahankan tembok kesetiaan untuk Daniel Elhan walaupun lelaki itu sering menabur janji sedangkan jiwanya makin goyah dengan kenangan silam dan layan baik sang putera. Kerana dendam, Rayyan mengetepikan prinsip hidupnya. Mula berusaha merebut hati sang puteri dengan halusnya. Mendekati dan cuba memahami hati seorang Warfeen Wardah.

Tatkala Warfeen patah hati,Rayyan cuba mendekati Warfeen si bunga matahari. Berpakat dengan nenek Warfeen meminang puteri idaman. Akhirnya pada hari perkahwinannya, barulah sang puteri membongkarkan segala rahsia. Walaupun hidup mereka bahagia, hubungan Rayyan Raiqarl dan Daniel Elhan pencetus segala masalah. Penghalang cinta yang kian mekar, meruntuh kebahagiaan yang dibina. Warfeen terpaksa berkorban meninggalkan suami yang disayangi. Mampukah cinta itu kembali. Sekuat manakah cinta si hantu karipap pusing dan si pencinta bunga matahari. Hati siapakah yang patah dan siapakah sang pematah hati. Selamilah cinta mereka dalam Hikayat Cinta Si Pematah Hati.

Memaafkan lebih baik daripada terus menyimpan rasa marah sekalipun ia sesuatu yang tidak mudah. Siapa dia untuk menghukum... Cuma manusia biasa saja. Dia teringatkan satu pujangga Arab yang pernah dibacanya... Cubalah menyambung ikatan yang telah putus, cubalah memberi kepada orang yang tidak mahu memberi kepadamu dan cubalah memberi maaf kepada orang yang telah menganiyaimu kerana dengan cara itulah kamu akan mengerti apa itu erti kemanusiaan.
Secebis Rasa

Sesungguhnya cinta itu buta. Kerana cinta manusia bisa berubah. Yg keras & hitam hatinya mampu menjadi bersih. Yg suci dan baik hatinya mampu menjadi sekejamnya. Apa2 pun yang berlaku, cubalah jangan menjadi hamba cinta. Berbaliklah kepada Maha Pencipta, mohonlah kekuatan daripada-Nya. Dunia ini penuh dengan dugaan. Tanpa dugaan pastinya hidup tidak berwarna warni. Warnailah kehidupan kita dengan kesabaran, ketabahan dan penuh keyakinan. Insya Allah bahagia itu milik kita.

 
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la