25 Julai 2013

14 Cara Galakkan Anak Membaca

1. Jadikan membaca sebagai habit.

2. Sangat teruja bila ada pameran buku.

3. Jangan langgan Astro atau matikan TV anda. 
(yg ni ein buat kalau anak nak buat keja sekolah atau sesi belajar membaca)

4. Pergi ke zoo dan bawa buku tentang binatang.

5. Matikan TV masa prime time.
(Prime time tu maksudnya waktu2 org selalu tgk tv antara 8 mlm-10 mlm)

6. Beli ipad atau tab dan aplikasi interaktif.
(Bukan belikan anak ipad untuk main games je ye)

7. Makan buku, minum buku, tidur buku.

8. Buku-buku, buku.

9. Jadikan hadiah hari lahir.

10. Belikan buku yang murah semasa membeli barang dapur.

11. Buku sebagai mainan baru.
(Inilah paling menarik. Bila mereka mula main cikgu-cikgu...)

12. Anda pun hendaklah membaca juga.
(ein selalu pesan kat anak, kalau nak baca buku macam ibu, mesti rajin belajar membaca. Baca mesti lancar, baru ibu belikan buku banyak2. :))

13. Tulis buku
(Hah... yang ni kena jadi penulis la nampaknya)

14. Singgahlah kedai buku setiap kali ke shopping mall.
(satu kewajipan sejak mereka kecil lagi)


Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

Novel Dandelion DiTiup Angin


Dandelion Ditiup Angin. Tajuknya pun penuh makna tersirat. Karya Aidah Bakri ni dah lama diterbitkan sebenarnya. Since early last year lagi. Last weekend tak tau la kenapa mata ni tak boleh lelap. (Hmm sepatutnya bulan mulia ni x leh tido buatlah solat sunat kannn... Tp pun x de mood cam biasa) So just grab satu novel kat rak. Nilah novelnya... Dandelion Ditiup Angin. 

Pembacaan kali ini, ada sedikit lainnya. Gaya penulisan yang penuh puitis, berfalsafah dan membuai jiwa. Lain daripada novel2 yang ein baca sejak kebelakangan ini. Aidah Bakri banyak menggunakan perkataan pengulangan yang memang ein sendiri suka gaya penulisan sebegitu. Pengakhiran setiap bab pasti ada puisi puitis yang mengusik jiwa.
(p/s: tetiba teringat, dulu lecturer ein suruh buat satu artikel/ cerita mengenai mimosa pudica atau semalu. Masa tu pening kepala nak relate something dengan pokok berduri tu. Kalau novel ni wujud 14 tahun lalu, sure dapat A subjek tu :) )

  Semuanya berkaitan dendam, luka, penyesalan, pengorbanan dan cinta. Kerana dendam Nurin Ardini difitnah oleh abang angkatnya sendiri. Kerana fitnah itu, dia kehilangan kepercayaan orang2 yang disayanginya. Kerana fitnah itu, dia terpaksa berkahwin dengan orang yang tidak disukainya dan kerana fitnah itu juga dia kehilangan ibu dan satu2nya keluarga kandung yang dia ada. Kerana dendam juga dia diperlaku kasar dan dihalau oleh suaminya sendiri.  

Nurin Ardini pergi membawa luka yang mendalam. Luka difitnah. Luka dipaksa berkahwin. Luka diperlakukan sedemikian rupa oleh suaminya. Luka kerana pemergian ibunya dengan rasa kecewa terhadapnya dan pemergian itu tidak diiringi . Juga luka terpaksa melepaskan insan yg mula disayanginya beberapa bulan selepas pemergian ibunya. Luka yang membuatkannya membawa diri jauh, bertahun2 ke Ireland.

Kerana dendam yang tidak bertepi, Harraz Rifqi menyesal. Menyalahkan diri sendiri di atas segala yang berlaku. Semuanya telah membuatkan Harraz Rifqi berubah. Menjadi seorg yg lebih baik, tenang dan positif. Mengakui setiap kesalahannya tp tidak mudah berputus asa. Berharap agar segalanya dapat diperbetulkan dan segala kesilapan mendapat kemaafan.

Setelah 10 tahun mengubat luka, Nurin Ardini kembali ke tanahair. Luka walaupun mengambil masa untuk sembuh tetapi parutnya tetap ada. Tak sampai 2 bulan, dia telah bertemu semula dgn kisah lampaunya. Mengungkit kembali kisah luka saban waktu. Demi sebuah kasih sayang, dia tersepit dan terpaksa berkorban. Kembali semula ke Vila Kasih demi kasih sayang kepada Umi Zaharah. Kembali ke sana bermaksud dia terpaksa berhadapan dgn masa lalu, berhadapan dengan org yg memberi luka mendalam dihatinya, Harraz Rifqi.

Sekembalinya di Vila Kasih, memberi kesempatan Harraz Rifqi untuk menebus kesilapan lalu. Mengakui kesalahannya, dia sentiasa berusaha memenangi hati isteri, hati Nurin Ardini yg keras. Cintanya yang semakin menebal terhadap Nurin Ardini, membuatkan dia berubah. Memujuk hati Nurinnya dengan cara yang paling lembut dan tersirat. Belajar memahami hati Nurinnya yang terluka. Tidak pernah berputus asa menawan dan mencuri hati Nurinnya kembali. 

Antara kata-kata Rifqi yang mengusik jiwa

"Saya sudi terima semua kebencian awak, asalkan awak tak pergi daripada saya." 

"Tiada awak memberi ruang yang luas untuk saya muhasabah diri... Menyimpan kemarahan terhadap awak dalam hati lalu mengubahnya menjadi pembakar semangat untuk memperbaiki diri... saya perlu berubah untuk merawat hati abi dan umi. Juga awak." 

'Kata-kata itu satu doa Nurin... saya tetap aminkan setiap kali awak lafazkannya. Moga satu hari nanti awak sudi sayangkan saya... dengan sebenar-benar sayang.' 

"Saya tak akan minta apa yang awak tak nak beri, Nurin. Sudi terus di sisi saya sudah cukup memadai. Hanya awak yang hati ini mahu untuk jadi pelengkapnya. Hanya awak yang umi mahu jadi menantu. Hanya awak yang akan berada di rusuk kiri saya. Insya Allah" 

I wanted to send you all my love... but the phone said, its too big :) 

"Awak tahu, puisi tu lahirnya daripada hati. Gambaran apa yang hati rasa. Bahasa tanpa suara biasanya lebih mudah menyentuh hati." 

"The best for me is you."


Angin! Walaupun angin ini jugalah yang pernah menerbangkan dandelion jauh dari tempat asal. Benarlah kata-kata ibu Rasyidah... dengan kekuatan dan kesabaran yang besar, sebesar mana pun luka dan derita itu tidak akan bererti apa pun bagi kita kerana Allah tetap melimpahkan kelembutan dan kasih sayang dalam diri kita.

Angin tidak pernah jemu memanggil dandelion kembali ke daerah asal. Namun kali ini dandelion pasti akan kembali, tumbuh dan segera berkembang. Dandelion ini sudah lelah menjadi penari alam.



Nota kaki: 
Huh... this entry takes 4 days to complete. Sibuk sangat dengan moving office packing. Sesiapa yang belum baca novel ni lagi, sila dapatkan di kedai buku ya. Walaupun watak Dini tu sangat kaku, x de rasa tp masa first baca novel ni, sure uols akan tertanya-tanya. Siapa Rifqi dan Dini. Siapa Ibu Fatimah. Siapa Umi Zaharah. Atas alasan apa, Dini terpaksa berkahwin dengan Rifqi. Semuanya terjawab dengan terus membaca bab demi bab.


Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

18 Julai 2013

Reading & Me

Malam smalam en lalink tetiba bertanya sejak bila I'm reading novel. Huh! Nampaknya walaupun dah almost 9y married, he still not realise his wife love reading novel. Walaupun rak dlm bilik penuh bertimbun buku. Walaupun sering menghabiskan masa di kedai buku. Walaupun banyak expenses habis di kedai buku.

Mungkin juga lebih banyak bahan ilmiah menyebabkan novel2 tenggelam. Nasib kau la novel! Biasalah selalunya kalau baca novel sembunyi2 sbb kalau sedih boleh nanges kawkaw... Kalau kelakar boleh gelak kuat2...Kalau bahan ilmiah tu tgh tgk tv pun boleh baca, tgh lipat baju pun boleh baca, tgh buaikan atau susukan anak pun boleh baca, tgh masak pun sempat baca tau! Lagi satu mungkin juga, kebanyakkan bahan bukti novel ni sudah dilupuskan selepas pembacaan. Dilupuskan? Haha cam bahan bahaya pula kan... Kadang2 tu ada kawan2 pinjam. Kadang2 tu kawan kepada kawan la atau sedara mara kawan la yang pinjam. Ein pula x kisah nak tanya bila nak pulangkan. Kadang2 tu kumpul dan hantar balik JB untuk penyimpanan. 

Hmm...X boleh salahkan dia juga kannn, sbb perjalanan cinta selepas perkahwinan kami mmg agak sukar ditafsirkan. Hanya hati yang berbicara dan hanya hanya hati yang mengerti.

Suka ke? Like la

15 Julai 2013

Pesanan Umamah Binti Harith Kepada Anak Perempuannya

Inilah ringkasan pesanan yang ein perolehi dan kutip daripada pembacaan novel TWB. Thanks Eve untuk panduan yang mungkin ramai yang terlepas pandang. Sangat berguna untuk mereka yang bakal mendirikan rumahtangga dan juga kepada para isteri di luar sana. Semoga rumahtangga yang terbina kekal aman serta ikatan kasih sayang dua insan berkekalan sepanjang hayat.

Dgn ihsan pakcik google

Renungi pesanan Umamah binti Harith kepada anaknya sebagai petua dalam rumah tangga yang bahagia. Umamah mewasiatkan kepada anak perempuannya yang akan melangsungkan perkahwinan dengan seorang Raja Yamanm, iaitu Al Harith bin Amru.

Dalam wasiat itu, Umamah berkata: Wahai puteriku, aku ingin memberitahumu 10 perkara sebagai pedoman dan panduanmu dalam melayari alam berumah tangga nanti iaitu

1.            Jalinkan hubungan dengan suamimu penuh ketaatan, perhatikan tempat menjadi kesenangannya 
2.            jangan sampai dia melihat kepada sesuatu yang buruk atau tercium sesuatu yang busuk.
3.            Hendaklah kamu sentiasa membanggakannya kerana ini akan membuatkannya bertambah kasih padamu. 
4.            Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya nescaya dia akan bersikap lembut terhadapmu.
5.            Kamu hendaklah menguruskan hal ehwal rumah tangga dengan sempurna dan baik. 
6.            Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatannya. 
7.            Simpankan segala rahsianya dengan baik, jangan kamu sesekali membantah suruhannya kerana ini akan melukakan hatinya.
8.            Jagalah waktu makannya dan waktu beristirahat kerana apabila perut lapar akan membuatkan darah cepat naik. Begitulah juga dengan tidur yang tidak cukup akan menyebabkan keletihan. 
9.            Andainya suamimu nanti sedang bergembira, janganlah kamu menunjukkan kesedihan pula, tetapi kamu hendaklah pandai menyesuaikan keadaan dan bijak mengikut suasana hatinya.
10.         Kamu hendaklah sentiasa menghiasi dirimu selalu supaya suamimu nanti berasa senang apabila menatap wajahmu. Jadikanlah dirimu sebagai amah kepadanya. Nescaya nanti suami akan menjadi penolong pula pada dirimu.

Demikianlah 10 petua yang diperturunkan kepada anaknya iaitu panduan buat wanita supaya bahtera dilayari bersama suami berada dalam landasan yang betul lagi diredai Allah.

Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

12 Julai 2013

Tips Kebahagian Anak Dari Prof Dr. Muhaya

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, 

"ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!". Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi Maha Melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika kita selalu buat dan kita juga selalu beritahu dia yang kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita, kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya kita,anak dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. 


"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan 

"Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya, sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". 
Kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka. Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.


Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

08 Julai 2013

Contest: Bab 28 Novel 13 Jam A380

http://fairytalesfromevelyn.blogspot.co.uk/2013/06/contest-novel-13-jam-a380.html


Lama rasanya tidak melibatkan diri dalam penulisan kreatif. Hampir 20 tahun agaknya. Minda pun dah beku untuk berimaginasi. Maklum la umur pun dah meningkat dari setahun ke setahun. Kebetulan tengah tak ada keja ni, ein pun saja-saja je nak menyahut cabaran Eve ni. Hope uols like it!


******************************************


BAB 28: NOVEL 13 JAM A380



Derapan  kaki  lelaki  yang  membawa  Emmel  ke  sini  mengingatkan  aku  tentang  waktu  dan realiti  kami. Dia  berdiri  di  sebelah  aku  dan  Emmel. Samar  lampu  dan  kedudukan  yang  agak berjarak menyukarkan  aku  melihat  wajahnya  tadi. Aku  bangun  dengan  Emmel  di  dukungan. Berdiri  tegak  di  hadapan  si  penyelamat  Emmel  hari  ini.

Lelaki  bersuit  kemas  warna  hitam. Briefcase  elok  di  tangannya. Kacak  dan  tinggi… Liur  aku telan  kesat. Kulit  muka  terasa  tegang  membahang. Dada  berdebar  seperti  debaran  sewaktu mencari  Emmel  tadi…

Haydar.

Him  or  No  Him ! Yes. It is him. Syed Haydar! Terasa sesak nafasku. Saat  itu  juga  jantung  aku  berdegup kencang. Mata saling bertaut. Menggeletar seluruh badan menahan panahan mata Haydar. Lama. 

1 saat...
5 saat...
15 saat... 

“ You’re  my  sunshine, my  only  sunshine… ” Deringan telefon menyedarkan aku. Dengan pantas aku menjawab. Salam di talian kusahut segera.

"Hana, where are you?"

"Somewhere around your office. Will be there within five minutes". Talian kuputuskan. Emmel kuturunkan dari dukungan. 

"Ok my little daisy, let's go! Daddy already waiting us." 

"Yeah…" Wajah hiba Emmel berubah ceria. Melompat-lompat Emmel keriangan. Senang hatiku melihat Emmel gembira. Wajah polos Emmel sangat menenangkan aku.

Tangan Emmel kupimpin dan kakiku mula melangkah pergi. Tiba-tiba baru aku teringat kemunculan Haydar didepan mataku tadi. Lelaki idamanku sejak 3 tahun lalu. Lelaki yang menjadi 4 hours boyfriend aku. Lelaki yang telah mencuri hatiku walaupun hanya 13 jam di awangan. Lelaki yang telah mengecewakan hatiku. Lelaki yang telah membuatkan aku menangis.

Kumatikan langkah dan berpatah balik mendekatinya. Berkali-kali hatiku berkira. Oh wahai hati, bertabahlah menghadapinya.

"It is you, Hana Sofea. Did you remember me. Your 4 hours boyfriend." Terasa tanganku ditarik oleh Haydar. Cepat-cepat aku menarik tanganku dari genggamannya.

"Sorry. Yes my name Hana but do i know know you?. By the way, you are Mr.…”

“Haydar.” Pendek Haydar menjawab. Matanya tidak berkedip-kedip dari tadi memandang anak mataku.

Anyway, thanks for safe my daughter Mr. Haydar. Emmel, say thank you to uncle ". Anak mataku berpaling kepada Emmel, memberi isyarat. Tidak sanggup rasanya menatap wajah Haydar lama-lama. Berlagak tidak mengenalinya. Memang perit. Bagai dipagut-pagut hatiku ketika itu, apatah lagi untuk berlawan mata dengannya lagi sekali.

"Thank you uncle. You are so kind but daddy already waiting us there." Tangan Emmel menunjukkan Bangunan  setinggi  26  tingkat di  kawasan Thames  River itu. Cepat-cepat kutarik tangan Emmel pergi meninggal Haydar yang masih terpinga-pinga.

‘Oh hati, tabahlah. Jangan sesekali kau menoleh kebelakang lagi Hana Sofea. Jangan ditambah luka yang masih berbekas itu’, getus hatiku mengumpul kekuatan diri. Lebih baik membenih dan memberi daripada mengharap kasih orang yang tidak pasti. Tangan Emmel aku genggam erat.

"Hana! I know its you. My 4 hours girlfriend. My Cocaine!” jerit Haydar dari kejauhan.

‘Oh Haydar, kenapa kau muncul saat ini. Saat aku ingin melupakan kau. Saat lukaku masih bersisa. Saat aku ingin menjadi ibu yang baik kepada Emmel. Saat aku sedang mendekati-Mu Ya Allah.’

Satu persatu kenangan 13 jam dalam A380 bersama Haydar berputar di mindaku. I love you Haydar. Love you from distance, either we are together or we don’t I will still love you… Tanpa kusedari air mataku turun laju. Bagaikan hujan lebat yang tiada hentinya.

Mommy… why are you crying. You know that uncle right. He knows your name.

Aku mematikan langkah. Berhenti seketika dan memandang wajah Emmel. Kurenung mata anak kecil itu sedalam-dalamnya. Emmel masih kecil untuk memahaminya. Emmel perlukan seorang ibu. Ibu yang baik. Ibu yang akan mencorakkan kehidupan masa depannya. Ibu yang bertanggungjawab memperkenalkan nilai kasih sayang, erti kehidupan dan keperluan kepada pengorbanan dalam menunaikan tanggungjawab. Walaupun aku bukanlah ibu yang melahirkannya tetapi aku telah berjanji kepada Fawwaz untuk menggalas tanggungjawab itu. Teringat pula pesan ‘Uqbah bin Abi Sufyan kepada seorang guru ketika menghantar anaknya kepada guru tersebut.

“Hendaklah perkara pertama ketika engkau memperbaiki anakku ialah memperbaiki dirimu, sebab matamu akan menurut matamu, yang baik pada mereka ialah apa yang engkau pandang baik, yang buruk disisi mereka ialah apa yang engkau pandang buruk, ajarkan mereka jalan kehidupan orang yang bijak pandai, tunjukkan akhlak orang-orang mulia, engkau boleh mengancam mereka dengan diriku, perelokkanlah perilakunya tanpaku, jadilah seperti doktor yang tidak memberi ubat sebelum mengetahui penyakitnya, janganlah engkau sampai cuai kerana kekurangan yang ada padaku sebab aku telah menyerahkan dia atas kesempurnaan yang ada padamu.” 

Don’t worry sayang. I just want you to know that I love you so much my dear.” Terus aku mengucup kedua-dua belah pipi Emmel yang gebu dan memeluk erat tubuh Emmel sambil berharap dia melupakan kejadian tadi dan tidak bercerita apa-apa kepada Fawwaz nanti. 




**********************************************

Hana duduk berteleku di atas mejanya. Direnungnya silih berganti jambangan bunga dan bungkusan coklat yang diterimanya semalam dengan jambangan bunga yang diterimanya pagi tadi. Pelik. Tiada nama pengirim. Hanya tertera nama dan alamat penerimanya sahaja.

‘Untuk Hana Sofea! Level 2 Office, Sustainable Department, Surrey University’ – Tertera jelas pada kad tersebut.

Cantik! Semalam Cuma 24 kuntum ros merah sahaja, tapi hari ni semakin banyak pula bilangannya. 24 kuntum tu maksudnya ‘tidak berhenti memikirkan kamu. 24 jam!’. Tapi daripada siapa? Fawwaz ke yang hantar. Atau Fido? Siapa lagi yang mengenaliku di sini? Or...  secret admire?. Ah… jangan perasan la Hana Sofea. Macam cantik sangat sampai dapat jambangan bunga misteri ni. Aku tergelak sendirian. Berangan ala-ala puteri idaman sang jejaka. Hana Sofea dengan fairytalesnya memang tidak dapat dipisahkan.

Jam ditangan telah menunjukkan pukul 6 petang. Masa untuk pulang. Rindu rasanya hendak menatap wajah comel Emmel di rumah. Kucapai beg tangan dan kunci kereta Audi TT yang diletakkan berdekatan jambangan bunga yang diperolehi pagi tadi. Tiba-tiba jambangan bunga tersebut jatuh ke lantai. Aku angkat jambangan bunga yang jatuh itu dan meletakkannya kembali di atas meja. Ada sesuatu terkeluar dari rimbunan 36 kuntum bunga ros merah itu. Sekeping kad kecil!

I miss your H’s Café coffee. I miss my cocaine. I miss you. I’ll never let you go.’



“Haydar!” Bisik hatiku. Nafasku bagaikan tersekat-sekat. Dadaku kian berombak laju. Adakah dia akan muncul kembali. Adakah ini serius atau gurauan semata. Adakah ini mimpi atau realiti. Oh Tuhan, tolonglah hambaMu ini…

***********************************************

Nota kaki: 

Hmmm.... macam tak best je kannn. tak ada benda yang mudah sangat kita perolehi. So mesti la kasi si Haydar ni bersusah-susah dulu untuk memperolehi gadis idamannya. Dan tidak semua impian akan menjadi kenyataan tanpa berusaha. Sekurang-kurangnya ada juga nampak usaha si Hana ni mengejar jejaka idamannya di airport walaupun finally, dipagut rasa kecewa sebab nampak Haydar bersama wanita lain. kali ni kita kasi Haydar ni pula berusaha sikit. Peace!


Untuk melihat review novel ini sila klik sini





Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!


Suka ke? Like la

06 Julai 2013

The Wedding Breaker & Me

Sebagaimana yang ein dah janjikan aritu, ein akan bgtau how this novel affect to me. Kali terakhir ein baca novel yang paling dekat dan mencengkam hati adalah 10 tahun lalu iaitu karya Liana Alfiera Malik, Bukan Puteri Lindungan Bulan. Lepas tu x ada satu novel pun yang berjaya menyentuh jiwa dan kehidupan ein. 

Akhirnya pencarian ini berakhir. The Wedding Breaker benar-benar telah mengejutkan ein dari lamunan kehidupan. If you know me, you will know that actually I'm a secretive person. I never share with others, even my parents. Oh memang berat tanggungannya. Why??? Sebab ketika usia 14 tahun, kawan baik sendiri telah memfitnah ein sehingga ia merosakkan reputasi ein sebagai pengawas sekolah, menghilangkan kepercayaan guru-guru terhadap kredibiliti ein dan memusnahkan banyak impian ein pada masa itu. Berita disampaikan kepada keluarga, tapi ein sedikit pun tidak membela diri. Why??? Sebab ein anak yg sangat taat kot masa tu. I'm the eldest, so ein la contoh kepada adik2. Sejak dari itu ein tidak percaya kepada sesiapa pun. Even now, I still don't have any bestfriend. But now I will share a little bit here.

So apa kaitan novel ni dengan ein? Yes. Perwatakan dan kisah hidup Ariana Rose hampir sama dengan ein. Cuma ein tak pandai berhujah seperti Rose mempertahankan diri. Hidup ein diatur oleh keluarga sejak kecil lagi. Ein akur walaupun jiwa memberontak. Hingga usia 18 tahun, parent baru bagi kepercayaan pada ein. Walaupun hidup jauh dari keluarga ketika itu, satu demi satu dugaan muncul. Semuanya tanggung sendiri. Sebab x sudi share with my parents and friends.Ia menjadikan ein sorang yang cekal dan tabah walaupun hati meruntun sedih. Walaupun dikejar ramai lelaki (its reality not perasaan ok), hati masih setia pada yang satu walaupun perpisahan tanpa kata noktah. Memang rimas bila jadi perhatian orang sedangkan hati sangat kering ketika itu.

Ein selalu terfikir yang ein x ada pilihan dalam hidup ini. dan selalu berfikir "kalaulah boleh diundurkan masa ini, akan kubuat yg terbaik untuk diriku ini". So, siapakah husband ein sekarang ni? Bila dia melamar, ein terus terima atas persetujuan kedua orang tua. Berkahwin tanpa cinta dan sayang. Berlandaskan kepercayaan semata walaupun hati bimbang si dia akan kembali semula kepada bekas isterinya. Hati bergolak setiap masa walaupun setelah tittle "isteri" diperolehi. Walaupun dah ada anak 3 pun. Walaupun dah hampir 8 tahun melayari bahtera rumahtangga. 

Bukankah itu namanya tidak redha dengan ketentuan dan pilihan Allah untuk kita. Novel tulisan Evelyn Rose ini telah menyedarkan ein supaya belajar untuk meredhai pilihan dan takdir yang telah Allah tentukan untuk ein. Sebenarnya bukannya tiada pilihan dalam hidup tapi sebenarnya ein tak belajar untuk redha. Ein terlupa mengangkat tangan memohon doa untuk kehidupan yang lebih baik. Terlupa tentang solat-solat sunat yang dah lama ditinggalkan. Terlupa berdoa untuk si suami, sedangkan selalu memanjatkan doa untuk anak-anak. Terlupa untuk menjaga diri untuk tatapan suami tercinta. Now I realise, sebenarnya Allah dah tunjukkan ciri-ciri bakal suami ein dari dulu lagi. Cuma takdir kita tiada siapa yang tahu melainkan Dia Sang Pencipta.

Untuk suami tercinta
Abang, ayang doakan Allah ikat kasih sayang kita hingga ke Arash. Semoga abang mampu menjadi Imam untuk ayang dan anak-anak kelak.

Ya Allah Ya Wadud Ya Hakim. Aku memohon mawaddah wa rahmah.Campakkanlah rasa cinta dan  mahabbah dalam rumahtanggaku Ya Allah, kaum keluargaku dan generasi anak-anakku, Jadikanlah sepertimana cinta yang Kau jadikan pengikat rindu, sebagaimana Rasulullah SAW dan Saidatina Khadijah Radiallahuanhu. Berikan cinta yang Kau jadikan mata air kasih sayang, dan berikan cinta yang Kau hulurkan, sebagaimana kedua ibu bapaku yang tercinta. Amin...

Next time, ein akan share pula nasihat seorang ibu Umamah Binti Harith kepada anaknya Umm Iyaas yang  baru hendak berkahwin.

Hanya apabila kita redha, semua hikmah akan muncul di depan mata 
- Evelyn Rose, The Wedding Breaker

Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

05 Julai 2013

NILAI SEDEKAH DI SISI ALLAH

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Siapa yang bersedekah dengan sebutir kurma dari usaha yang halal, maka Allah akan menerimanya dengan baik, lalu dipelihara-Nya seperti kamu memelihara anak kambing atau anak unta sehingga sedekahmu itu bertambah besar menjadi sebesar gunung atau lebih besar daripada itu.”
(Muslim)
 
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

Review: Novel The Wedding Breaker


Actually masa nak beli novel ni i thought its an english novel! Biasalah dah adat peniaga on9 cam ein ni, habit pun membeli on9 juga kat mphonline. Walaupun english ein ni x le terror tp i don't mind reading english book. Kalau dah berada di top 3 of course la novel ni ada sesuatu yg menarik kan. So just pasrah. Bila item sampai je, terkedu sekejap tgk. Dlm hati berkata "oh its a malay novel rupanya". 

Ein ni, mmg kalau sekali beli suka beli banyak tp x tau kenapa nak baca yg ni dulu. When i finished read it, hati meruntun2 nak baca lagi. Nyahkan la novel2 lain yg belum berbaca tu. Guess what? Ein dah khatam novel ni 3 kali. And now still ulang baca. Pertama, baca sekali lalu. Macam baca novel yang lain2. Kali kedua, cuba pick up balik ilmu2 dan pengetahuan berguna. Kali ketiga, take note all important thing yang berguna dlm novel ni. Siapa x sayang novel kannn. But this time, i have to. Ambil pensil and highlighter, conteng je la novel ni. Since certain part berguna sbg panduan hidup. Sangat sesuai dibaca oleh wanita2 yang bakal berkahwin dan para isteri ya.

Dah ramai rasanya buat review novel ni, since novel ni pun dah lama berada di pasaran. Ein suka pendekatan yang diambil Evelyn Rose sebagai pengarang novel ini. Ianya bukanlah satu novel yg ringan. Eve tahu tanggungjawab dia sebagai penulis. Inilah penulis yang matang walaupun usianya jauh lebih muda dari ein. Mmg susah nak cari novel yg sesuai ngan usia kita yg semakin meningkat dan memerlukan pengembangan minda ni. Tahniah Eve!

Berbalik kepada novel ni. Semuanya berkaitan dengan TAKDIR yang telah disuratkan olehNya. Sesuatu yang berlaku ada sebabnya. Kerana kenakalan dan keberanian Ariana Rose, dia terpaksa menghadapi segalanya. Kerana kedegilannya, dia hilang sesuatu yang dijaganya rapi. Kerana keakurannya kepada keluarga, dia sanggup menerima jodohnya. Kerana ketaatannya pada Allah, dia redha dengan takdirnya. Dengan rendah diri, dia sentiasa mengakui kesilapannya sendiri. Tidak menuding jari kepada sesiapa. Walau apa pun yang berlaku, dia tetap mengingati Allah. Solat taubat, solat dhuha, solat isthikharah serta qada solat 5 waktu yg tertinggal juga menjadi buktinya. Menyedari kesilapan diri, dia mula menutup auratnya. Ternyata Ariana Rose seorang wanita yang kuat, berkeyakinan dan tabah. Kekuatannya semakin diduga dengan pelbagai konflik diri. Jodohnya mmg telah ditakdirkan dengan Tengku Adam Kamil, lelaki yang pernah memporak perandakan hidupnya. Tapi dia tetap redha. Menerima dan mencintai lelaki itu sebagai suaminya. 

Novel ni memang best. Ein bagi 5 star. Nak tahu lanjut kena la baca dan beli sendiri novel ni. Kalau review detail nanti x surprise la kann. Dan Eve pun dapat kurang royalti dari penjualan novel ni :). Nanti kalau ada masa, ein akan citer pulak how affected this novel in my life k. And nak minta izin Eve untuk ein kongsi beberapa part penting untuk panduan kita semua next time. See u soon.
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!



Suka ke? Like la

04 Julai 2013

Drama SSID vs Novel

Selepas drama Cinta Jangan Pergi dan Teduhan Kasih, Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia (SSID) juga akan melabuhkan tirainya malam esok. Dah lama ein nak buat review novel ni, tp saja je nak tunggu drama ni habis. Nak tgk ending sama x ngan novel. Memang dah jd trend skrg ni adaptasi novel ke kaca tv atau layar perak kan. Kadang ada yg digambarkan penulis novel x dpt divisualisasikan di tv sebab kdg2 18sx, x sesuai utk tontonan umum.

Feel baca novel dan feel menonton pun beza. Cara penyampaian mesej juga agak berbeza wp tanggungjawab seorg penulis tetap ada di situ. Haha cam ilmiah sgt ayat ein ni.... Hmmm kalau baca novel, kita dpt ulang2 balik part yg kita suka dan x faham. Ada penulis yg suka tulis sgt detail mcm Zura Asyfar ni. Pembaca dijelaskan ngan perasaan dan feel watak2nya. Sambil membayangkan permandangan2 indah yg mungkin belum pernah tergambar dek minda kita yg kurang luas ni.

Manakala di tv, kalau terlepas part suwitt dan loving tu x leh ulang2 melainkan gi tgk balik kat tonton atau on9. Kannn x best kannn... Tp paling best sekali dpt feel bila pelakonnya yg hensem mcm Izzue Islam dan suwit cam Tiz Zaqyah. Shomel sgt bila gaduh dan part2 romantik tu. kadang2 konpius juga dengan memek muka si Izzue tu. Tiz pula kalau part nanges cam yoyo ooo je kannn.

Anyway kita tunggu malam esok. Pastu ein akan buat review novel ni plak ye!

Jom Join Heartbeat

Suka ke? Like la

02 Julai 2013

Oh haru... Novel ke Dictionary


Oh apalah dah jadi dengan ein ni. Selalu begitu. Selalu terlalu obses buat sesuatu. Kalau dpt job buat translation tu, sanggup x makan sbb nak cepat siapkan job. So dictionary mmg sentiasa ada kat work station. Ni dah lama beno x byk kerja yg HQ hantar. So berjanggut je la tunggu tepon bunyi. Maklum la kerjanya menyambut tepon je.

Oleh kerana dah gila sangat tengok citer SSID (ein rasa bukan ein sorang je), maka belilah novel tu baca. Biasalah org dah obses kannn. Kalau beli tu bukan nak beli satu je, maka berbuah2 la yg dibelinya. Setakat ni baru baca 2. SSID dan The Wedding Breaker. Dah 2-3 kali khatam baca 2 novel ni. Oleh kerana novel ni novel kesayangan, letaknya pun sama. Mesti ada kat work station la kannn.

Ha..ah... Dah tebal pun sama, besonya pun sama. Tetiba kawan dtg suruh translate one sentence je. X byk pun. Ha kau.... Nak amik dictionary teramik novel bg kat dia. Sengaja mengharukan diri dan memalukan diri. Dictionary yg covel plain ngan novel yg cover kaler2 pun x dpt nak bezakan. Rasakan kau ein, baca lagi novel kat opis ye...



Jom Join Heartbeat


Suka ke? Like la