08 Julai 2013

Contest: Bab 28 Novel 13 Jam A380

http://fairytalesfromevelyn.blogspot.co.uk/2013/06/contest-novel-13-jam-a380.html


Lama rasanya tidak melibatkan diri dalam penulisan kreatif. Hampir 20 tahun agaknya. Minda pun dah beku untuk berimaginasi. Maklum la umur pun dah meningkat dari setahun ke setahun. Kebetulan tengah tak ada keja ni, ein pun saja-saja je nak menyahut cabaran Eve ni. Hope uols like it!


******************************************


BAB 28: NOVEL 13 JAM A380



Derapan  kaki  lelaki  yang  membawa  Emmel  ke  sini  mengingatkan  aku  tentang  waktu  dan realiti  kami. Dia  berdiri  di  sebelah  aku  dan  Emmel. Samar  lampu  dan  kedudukan  yang  agak berjarak menyukarkan  aku  melihat  wajahnya  tadi. Aku  bangun  dengan  Emmel  di  dukungan. Berdiri  tegak  di  hadapan  si  penyelamat  Emmel  hari  ini.

Lelaki  bersuit  kemas  warna  hitam. Briefcase  elok  di  tangannya. Kacak  dan  tinggi… Liur  aku telan  kesat. Kulit  muka  terasa  tegang  membahang. Dada  berdebar  seperti  debaran  sewaktu mencari  Emmel  tadi…

Haydar.

Him  or  No  Him ! Yes. It is him. Syed Haydar! Terasa sesak nafasku. Saat  itu  juga  jantung  aku  berdegup kencang. Mata saling bertaut. Menggeletar seluruh badan menahan panahan mata Haydar. Lama. 

1 saat...
5 saat...
15 saat... 

“ You’re  my  sunshine, my  only  sunshine… ” Deringan telefon menyedarkan aku. Dengan pantas aku menjawab. Salam di talian kusahut segera.

"Hana, where are you?"

"Somewhere around your office. Will be there within five minutes". Talian kuputuskan. Emmel kuturunkan dari dukungan. 

"Ok my little daisy, let's go! Daddy already waiting us." 

"Yeah…" Wajah hiba Emmel berubah ceria. Melompat-lompat Emmel keriangan. Senang hatiku melihat Emmel gembira. Wajah polos Emmel sangat menenangkan aku.

Tangan Emmel kupimpin dan kakiku mula melangkah pergi. Tiba-tiba baru aku teringat kemunculan Haydar didepan mataku tadi. Lelaki idamanku sejak 3 tahun lalu. Lelaki yang menjadi 4 hours boyfriend aku. Lelaki yang telah mencuri hatiku walaupun hanya 13 jam di awangan. Lelaki yang telah mengecewakan hatiku. Lelaki yang telah membuatkan aku menangis.

Kumatikan langkah dan berpatah balik mendekatinya. Berkali-kali hatiku berkira. Oh wahai hati, bertabahlah menghadapinya.

"It is you, Hana Sofea. Did you remember me. Your 4 hours boyfriend." Terasa tanganku ditarik oleh Haydar. Cepat-cepat aku menarik tanganku dari genggamannya.

"Sorry. Yes my name Hana but do i know know you?. By the way, you are Mr.…”

“Haydar.” Pendek Haydar menjawab. Matanya tidak berkedip-kedip dari tadi memandang anak mataku.

Anyway, thanks for safe my daughter Mr. Haydar. Emmel, say thank you to uncle ". Anak mataku berpaling kepada Emmel, memberi isyarat. Tidak sanggup rasanya menatap wajah Haydar lama-lama. Berlagak tidak mengenalinya. Memang perit. Bagai dipagut-pagut hatiku ketika itu, apatah lagi untuk berlawan mata dengannya lagi sekali.

"Thank you uncle. You are so kind but daddy already waiting us there." Tangan Emmel menunjukkan Bangunan  setinggi  26  tingkat di  kawasan Thames  River itu. Cepat-cepat kutarik tangan Emmel pergi meninggal Haydar yang masih terpinga-pinga.

‘Oh hati, tabahlah. Jangan sesekali kau menoleh kebelakang lagi Hana Sofea. Jangan ditambah luka yang masih berbekas itu’, getus hatiku mengumpul kekuatan diri. Lebih baik membenih dan memberi daripada mengharap kasih orang yang tidak pasti. Tangan Emmel aku genggam erat.

"Hana! I know its you. My 4 hours girlfriend. My Cocaine!” jerit Haydar dari kejauhan.

‘Oh Haydar, kenapa kau muncul saat ini. Saat aku ingin melupakan kau. Saat lukaku masih bersisa. Saat aku ingin menjadi ibu yang baik kepada Emmel. Saat aku sedang mendekati-Mu Ya Allah.’

Satu persatu kenangan 13 jam dalam A380 bersama Haydar berputar di mindaku. I love you Haydar. Love you from distance, either we are together or we don’t I will still love you… Tanpa kusedari air mataku turun laju. Bagaikan hujan lebat yang tiada hentinya.

Mommy… why are you crying. You know that uncle right. He knows your name.

Aku mematikan langkah. Berhenti seketika dan memandang wajah Emmel. Kurenung mata anak kecil itu sedalam-dalamnya. Emmel masih kecil untuk memahaminya. Emmel perlukan seorang ibu. Ibu yang baik. Ibu yang akan mencorakkan kehidupan masa depannya. Ibu yang bertanggungjawab memperkenalkan nilai kasih sayang, erti kehidupan dan keperluan kepada pengorbanan dalam menunaikan tanggungjawab. Walaupun aku bukanlah ibu yang melahirkannya tetapi aku telah berjanji kepada Fawwaz untuk menggalas tanggungjawab itu. Teringat pula pesan ‘Uqbah bin Abi Sufyan kepada seorang guru ketika menghantar anaknya kepada guru tersebut.

“Hendaklah perkara pertama ketika engkau memperbaiki anakku ialah memperbaiki dirimu, sebab matamu akan menurut matamu, yang baik pada mereka ialah apa yang engkau pandang baik, yang buruk disisi mereka ialah apa yang engkau pandang buruk, ajarkan mereka jalan kehidupan orang yang bijak pandai, tunjukkan akhlak orang-orang mulia, engkau boleh mengancam mereka dengan diriku, perelokkanlah perilakunya tanpaku, jadilah seperti doktor yang tidak memberi ubat sebelum mengetahui penyakitnya, janganlah engkau sampai cuai kerana kekurangan yang ada padaku sebab aku telah menyerahkan dia atas kesempurnaan yang ada padamu.” 

Don’t worry sayang. I just want you to know that I love you so much my dear.” Terus aku mengucup kedua-dua belah pipi Emmel yang gebu dan memeluk erat tubuh Emmel sambil berharap dia melupakan kejadian tadi dan tidak bercerita apa-apa kepada Fawwaz nanti. 




**********************************************

Hana duduk berteleku di atas mejanya. Direnungnya silih berganti jambangan bunga dan bungkusan coklat yang diterimanya semalam dengan jambangan bunga yang diterimanya pagi tadi. Pelik. Tiada nama pengirim. Hanya tertera nama dan alamat penerimanya sahaja.

‘Untuk Hana Sofea! Level 2 Office, Sustainable Department, Surrey University’ – Tertera jelas pada kad tersebut.

Cantik! Semalam Cuma 24 kuntum ros merah sahaja, tapi hari ni semakin banyak pula bilangannya. 24 kuntum tu maksudnya ‘tidak berhenti memikirkan kamu. 24 jam!’. Tapi daripada siapa? Fawwaz ke yang hantar. Atau Fido? Siapa lagi yang mengenaliku di sini? Or...  secret admire?. Ah… jangan perasan la Hana Sofea. Macam cantik sangat sampai dapat jambangan bunga misteri ni. Aku tergelak sendirian. Berangan ala-ala puteri idaman sang jejaka. Hana Sofea dengan fairytalesnya memang tidak dapat dipisahkan.

Jam ditangan telah menunjukkan pukul 6 petang. Masa untuk pulang. Rindu rasanya hendak menatap wajah comel Emmel di rumah. Kucapai beg tangan dan kunci kereta Audi TT yang diletakkan berdekatan jambangan bunga yang diperolehi pagi tadi. Tiba-tiba jambangan bunga tersebut jatuh ke lantai. Aku angkat jambangan bunga yang jatuh itu dan meletakkannya kembali di atas meja. Ada sesuatu terkeluar dari rimbunan 36 kuntum bunga ros merah itu. Sekeping kad kecil!

I miss your H’s Café coffee. I miss my cocaine. I miss you. I’ll never let you go.’



“Haydar!” Bisik hatiku. Nafasku bagaikan tersekat-sekat. Dadaku kian berombak laju. Adakah dia akan muncul kembali. Adakah ini serius atau gurauan semata. Adakah ini mimpi atau realiti. Oh Tuhan, tolonglah hambaMu ini…

***********************************************

Nota kaki: 

Hmmm.... macam tak best je kannn. tak ada benda yang mudah sangat kita perolehi. So mesti la kasi si Haydar ni bersusah-susah dulu untuk memperolehi gadis idamannya. Dan tidak semua impian akan menjadi kenyataan tanpa berusaha. Sekurang-kurangnya ada juga nampak usaha si Hana ni mengejar jejaka idamannya di airport walaupun finally, dipagut rasa kecewa sebab nampak Haydar bersama wanita lain. kali ni kita kasi Haydar ni pula berusaha sikit. Peace!


Untuk melihat review novel ini sila klik sini





Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!


Suka ke? Like la

17 ulasan:

  1. salam kak Ein :)

    Melt dengan bunga itu. yes. i am. haha. I like it :) thanks kak for joining!

    BalasPadam
  2. wah.. i love this.. betul. tak semua yang kita nak kita boleh senang-senang dapat.

    BalasPadam
  3. I love this version! sangat2 reality even though 13 Jam A380 ni is just like a fairy tales. Really love this akak! great! :)

    BalasPadam
  4. haydar dah macam don juan sudah...keluar part tackle gitu kak...well done!

    BalasPadam
  5. ni lain dari yg lain... best & like!

    BalasPadam
  6. Tahniah akak sebab menang contest 13 Jam A380....<3

    BalasPadam
  7. Congrats menang contest 13Jam A380!

    BalasPadam
  8. Tahniah .... menang contest 13jan A380

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum kakak Ein,
    Alhamdulillah... WINNER tahniah kakak =D

    BalasPadam
  10. Balasan
    1. Thanks madam lola for ur support. i love ur version too.

      Padam
  11. Thanks semua for your support.
    Elyda, meet you on 25th ya.
    Izzati Aishah, i love ur version too.
    Eizzara Eizzaty, i like ur blog dan selalu singgah tumpang baca review novel, X sangka u singgah sini juga. :)

    BalasPadam
  12. Tahniah...nt sampaikan salam pada Eve yer...hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks daNna Hariz. In Sya Allah, salam akan disampaikan pada Eve @ Iman

      Padam

Sila tinggalkan komen anda