Sejak beberapa hari ni kecoh betul tentang pengharaman botol susu BPA pada tahun depan. Sebenarnya isu ni dah lama wujud di kalangan ibu-ibu yang memang aware tentang perkara ni sejak tahun 2008 lagi. Ingat masa tu saya mengandungkan Dahiyah. Masa tu cuma beli botol biasa yang BPA free seperti yang dicadangkan di forum-forum dan di majalah-majalah keibu bapaan. Masalah saya makin meruncing bila Dahiyah tak mau pulak pakai botol tu sebab dia ni memang breast feeding baby. So baby sitter cadangkan pakai botol jenama breastflow. Mak ai.... susah betul nak cari. Ke sana kemari saya mencarinyer... Akhirnya dapat juga sebiji! Rupa-rupanyer mereka dalam proses pengalihan dari botol BPA kepada botol BPA free.
Pada mereka yang baru pertama kali dengar, mesti tertanya-tanya... "Apa tu BPA? Nak haramkan botol susu BPA? Habis tu anak-anak nak minum susu pakai botol apa?"
FYI, bukan semua botol susu tu menggunakan bahan BPA. Biasanya botol susu yang menggunakan BPA ni regenya murah je... Pasal murah la ia merbahaya kot!
BPA sebenarnya adalah singkatan kepada Bisphenol A iaitu satu sebatian kimia yang selalu ditemui pada kebanyakan barangan plastik termasuklah botol susu bayi, bekas makanan dan minuman, CD, DVD, peralatan sukan dan barangan elektronik. Ia berfungsi untuk membantu daya tahan dan mencegah kerosakan barangan tersebut.
Ianya telah disedari merbahayakan manusia sejak 1930-an lagi. Bagaimanapun kebimbangan penggunaan BPA pada produk konsumer hanya dilaporkan di media-media pada 2008 selepas banyak isu keselamatan timbul. Pendedahan kepada BPA dalam tubuh kita boleh mengakibatkan kanser payudara, kanser prostat, diabetes, obesiti, masalah kepada sistem daya tahan badan, masalah kepada kromosom dan banyak lagi.
Oooo.... begitu ke bahayanyer BPA ni... Nantikan n3 seterusnya... Tip-tip mudah mengenali botol BPA dan BPA free untuk anak-anak korang.
Suka ke? Like la
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen anda