03 Mei 2011

BAYARLAH ZAKAT PENDAPATAN

Bagi yang beragama Islam, adakah anda membayar zakat pendapatan anda? Jangan ambil mudah, ini adalah tanggungjawab kita sebagai umat Islam. Sebagaimana kita perlu bayar cukai pendapatan begitu juga zakat pendapatan. Mana lebih baik zakat pendapatan atau cukai pendapatan? Cukai pendapatan, anda setakat bayar kepada kerajaan. Manakala zakat pendapat pula bukan setakat membayar tetapi dapat pahala juga, diagihkan kepada asnaf yang berhak.
 
Takrifan Pendapatan
Bayaran yang dibuat atau diterima oleh seseorang sebagai upah kerja atau perkhidmatan yang dilakukan mengikut masa tertentu termasuk elaun dan imbuhan daripada apa-apa pekerjaan atau perkhidmatan profesional.
 



 
Kaedah Pengiraan Zakat Pendapatan
Pendapatan kasar setahun semasa ditolak dengan keperluan asas sebenar pada tahun semasa. Sekiranya melebihi nisab, maka harus dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
 
Keperluan asas sebenar yang dibenarkan pada tahun semasa
Saraan-saraan hidup:
Sara diri: RM9000
Isteri: RM3000
Anak-anak: RM1000 x bil. anak
Sumbangan kepada ibu bapa
Perubatan
Pendidikan
 
Contoh
A. Pendapatan (RM 2500 x12) : RM 30000
Elaun : RM 1200
Bonus : RM 2500
Jumlah : RM 33700
 
B. Perbelanjaan
Saraan diri : RM 9000
Isteri : -
Anak-anak (RM 1000 x 2) : RM 2000
Saraan Ibu bapa : RM 1200
Perubatan anak : RM 500
Pendidikan : RM 1200
Jumlah : RM 13900
 
Jumlah Zakat
A-B
RM 33700 - RM 13900 = RM 19800
RM 19800 x 2.5% = RM 495 (setahun)
 
Bayarlah secara ansur-ansuran macam cukai pendapatan anda.
Bayaran juga boleh dibuat tanpa membuat tolakan yang dibenarkan di atas.
Sekiranya anda mmg dah tak mampu juga, tiap2 bulan cukup makan je, sekurang2nya hulurkanlah sebyk mana yang anda mampu kerana ada orang yang memerlukannya!
 
*Nisab ialah kadar minima yang ditetapkan syarak bagi sesuatu harta untuk dikeluarkan zakat. Kadar nisab semasa ialah harga emas semasa x 85g (25 mayam). Biasanya kadar nisab berbeza di setiap negeri.
 
*Sumber: Majlis Agama Islam Johor
 
 
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda