skip to main |
skip to sidebar
6 KESALAHAN SEMASA SENAMAN KARDIOVASKULAR
Bersenam memang sangat baik untuk kesihatan. Kita digalakkan bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Tapi tahukah anda bersenam dengan cara yang salah akan mengundang risiko. Berikut adalah 6 kesalahan yang sering berlaku dalam aktiviti senaman kardiovaskular
Melakukan Latihan yang SamaDengan melakukan latihan yang sama setiap kali bersenam, tubuh tidak akan menghadapi tentangan lagi. Selain berasa bosan, anda juga berisiko mendapat kecederaan akibat penggunaan otot yang berlebihan. Pelbagaikan jenis latihan. Tidak Melakukan ReganganRegangan amat penting untuk merelakskan otot, mencegah kecederaan dan memperbaiki postur badan. Lakukan 5 hingga 10 regangan yang mensasarkan kelompok otot besar pada akhir setiap sesi senaman. Lakukannya setiap regangan selama 10-30 saat. Prosedur yang Tidak Tepat Semasa Mengangkat BebanKesalahan utama yang biasa dilakukan ialah mengangkat beban dengan cepat dan tidak terkawal. Apa yang lebih penting adalah bagaimana anda melakukannya. Lebih baik melakukannya dengan tempo yang perlahan dan terkawal. Kebiasaannya anda perlukan satu saat untuk mengangkat dan tiga saat untuk menurunkannya. Senaman yang MelampauMelakukan senaman terlalu banyak, terlalu cepat atau melakukan senaman intensif setiap hari memberi kesan yang membahayakan seperti ketegangan otot/ tendon dan kehilangan jaringan otot. Jika baru belajar atau bermula, mulakanlah senaman dengan perlahan. 3 kali seminggu merupakan waktu yang selamat dan efektif. Kalau dah ada pengalaman bolehlah lakukan senaman kardiovaskular tidak lebih 200 minit seminggu dan tak lebih 60 minit setiap sesi. Latihan beban tidak seharusnya dilakukan tidak lebih dari 3 hari seminggu untuk mensasarkan pada kumpulan otot yang sama. Latihlah kumpulan otot yang sama selang sehari. Tidak KonsistenSenaman yang tidak konsisten bukan sahaja tidak efektif tetapi juga boleh mengakibatkan kecederaaan. Faktor yang palaing penting untuk mencapai hasil yang diharapkan adalah kekal konsisten dengan latihan anda. Tidak Mempedulikan Kesakitan BadanBersenam dalam keadaan yang sakit bukanlah idea yang baik. Jika anda berasa kurang sihat atau kurang selesa serta mengganggu rutin senaman anda, berjumpalah dengan doktor. *Sumber Majalah Rapi tak hingat tarikh dan tahunnya! Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
Suka ke? Like la
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen anda