15 April 2011

TIP TERHANGAT KE ARAH INCOME TAX YANG PINTAR

Tinggal 15 hari lagi ni. Ha... korang dah hantar income tax form tak. Buat e-filing je senang! Bagi yang bekerja tp tak pernah daftar tu bawak-bawak la berdaftar. Saper yang dah ada akaun jangan pulak malas atau terlupa nak hantar borang tu ya. Padah bakal menanti anda. Saya dan beberapa orang rakan dah terkena. BINGO! Dari tak kena tax, terpaksa memaksakan diri membayar sebab nak beli rumah punya pasal. Hahaha... bagi yang bagi alasan tak tau nak isi, bawak-bawak la belajar isi borang BE tu ye.
 
Bagaimana nak meminumumkan jumlah yang perlu dibayar?
Berikut beberapa tip-tip terhangat yang boleh anda ikuti.
 
BACA, BACA DAN BACA
Membacakan amalan mulia. Simpan semua resit-resit buku, majalah, jurnal atau sebarang penerbitan yang anda beli samada dalam bentuk hardcopy atau elektronik. Hardcopy tu apa? Hardcopy tu macam buku-buku dan majalah yang anda beli kat kedai buku la... Tapi tak termasuk suratkhabar dan bahan bacaan yang tak bermoral ya! Perlepasan terhad sehingga RM1000. Saper yang ada anak tu tanamkanlah minat membaca kepada mereka. In a same time, kumpul la resit-resit tu :).
 
BELILAH KOMPUTER
Perlepasan terhad sehingga RM3000 untuk sebarang pembelian komputer peribadi. Untuk kegunaan individu saja ya bukan untuk tujuan perniagaan. Tapi hanya boleh digunakan setiap 3 tahun saja. Maksudnya kalau tahun lepas (2009) anda dah beli komputer, pembelian pada tahun (2012) baru boleh dimasukkan dalam perlepasan cukai pendapatan anda pada tahun 2012. Sebarang claim pada tahun 2010 dan 2011 tidak akan diterima.
 
DEMI MASA DEPAN ANAK
Simpanan dalam SSPN juga boleh dituntut dalam potongan cukai terhad sehingga RM3000 setahun. Maksudnya jumlah tabungan bersih pada sesuatu tahun itu ya. Contohnya pada tahun ni (Jan-Dis) anda telah menabung sebanyak RM5000 tapi pengeluaran telah dibuat sebanyak RM1500. Baki RM3500. Tapi potongan yang boleh dituntut hanya RM3000 sahaja. Kalau dah menabung RM4000 tapi dah keluarkan RM1200. Maka jumlah yang boleh dituntut hanyalah RM2800. Jadi kepada mereka yang tak buka lagi akaun SSPN untuk anak uols, silalah buka sekarang. Nak buka akaun RM20 je!
 
MAJU SUKAN UNTUK NEGARA
Sebarang pembelian peralatan sukan boleh dituntut perlepasan terhad sehingga RM300. Hanya untuk kegunaan aktiviti sukan yang telah disenaraikan dalam Akta Pembangunan Sukan 1997. Tapi tak termasuk pakaian sukan seperti kasut bola, jersey atau pakaian renang. Belilah raket badminton ke, tenis ke, bulu tangkis ke, bola golf ke... janji peralatan sukan yang tersenarai kat Akta Pembanguna Sukan 1997 seperti olahraga, bola sepak, badminton, memanah, sukan automobil, biliard, snoker, bina badan, bowling, bola keranjang, hoki dan byk lagi.
 
TUNTUTLAH ILMU
Yuran Pendidikan untuk kursus pembelajaran juga boleh dituntut perlepasan terhad sehingga RM5000. Hanya untuk diri sendiri ya, kalau suami ke orang lain ke tak boleh kira. Tak Aci! Pembelajaran mestilah di institusi atau badan profesional di Malaysia yang telah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau diluluskan oleh Menteri Kewangan. Bagi pembelajaran di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah sebarang kursus atau bidang dibenarkan tetapi bagi pembelajaran di peringkat lain selain Sarjana dan Doktor Falsafah, hanya bidang-bidang tertentu dibenarkan. Bidang yang dibenarkan ialah undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi. Pembelajaran tidak kira samada sepenuh masa atau separuh masa.
 
BROADBAND
Simpan semua bil internet jalur lebar anda. Tuntutan perlepasan cukai terhad sehingga RM500. Hanya bil yang didaftarkan atas nama anda ya. Kalau atas nama ibu bapa atau kawan-kawan anda tak boleh! Perlepasan ini hanya dibenarkan untuk tahun taksiran 2010, 2011 dan 2012 sahaja.
 
BAYAR BIL PERUBATAN KELUARGA
Bayarlah bil perubatan keluarga anda. Keluarga di sini bermaksud ibu dan bapa anda sendiri. Ibu dan bapa mertua tak boleh kira. Keluarga angkat pun tak boleh kira kecuali anda mempunyai hubungan dengan ibu dan bapa angkat itu sah disisi undang-undang. Contohnya kalau dulu diaorg ambil uols melalui jalan yang betul. Pegi kat Jabatan Kebajikan Masyarakat ke... baru la boleh kira. Tuntutan terhad sehingga RM5000. Bil perubatan termasuklah perbelanjaan perubatan, penjagaan dan rawatan rumah penjagaan serta rawatan gigi; terhad kepada cabut gigi, tampal gigi dan pembersihan karang gigi sahaja tidak termasuk rawatan kosmetik gigi.
 
BAYAR BIL PERUBATAN ANDA
Tuntutan terhad sehingga RM500 untuk pemeriksaan perubatan sepenuhnya untuk diri anda, pasangan dan anak-anak. Anda juga boleh membuat tuntutan untuk perbelanjaan perubatan untuk penyakit-penyakit yang serius seperti AIDS, parkinson, kanser, buah pinggang, leukimia dan seumpamanya terhad sehingga RM5000. Jika anda membuat tuntutan untuk kedua-duanya, jumlah terhad sehingga RM5000 sahaja. Contohnya tuntutan untuk pemeriksaan perubatan penuh RM400, tuntutan yang boleh dibuat untuk perbelanjaan perubatan untuk penyakit serius hanyalah RM4600 sahaja.
 
POLISI INSURAN KESIHATAN ATAU PENDIDIKAN
Premium insuran yang dibayar atas polisi pendidikan atau faedah perubatan untuk diri anda, pasangan atau anak boleh dituntut perlepasan sehingga RM3000. Jika insuran anda di bawah kategori insuran hayat/perubatan hanya 60% premium yang dibayar sahaja layak dituntut dibawah polisi kesihatan. Bagaimanapun 100% premium yang dibayar untuk insuran hayat boleh dituntut untuk perlepasan cukai.
 
ZAKAT
Last but not least adalah bayaran zakat. Bayarlah zakat pendapatan dan zakat fitrah anda bagi yang beragama Islam. Lebih baik salurkan wang anda ke lembaga zakat kannn... Maka berzakatlah anda! Berniat nak bayar zakat pendapatan tapi tak tau. Saya akan tulis di n3 yang lain nanti. Tapi kalau anda bayar sekarang pun hanya boleh dituntut perlepasan pada tahun taksiran 2011.
 
Oleh itu hantarlah borang cukai pendapatan anda sekarang. Jangan tunggu hingga hari terakhir!
Untuk soalan-soalan lazim boleh klik SINI
 
 
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

1 ulasan:

  1. anna dh selesai bw ke sini and dh siap follow. follow anna ea . salam kenal . salam ziarah .

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda