Inilah ringkasan pesanan yang ein perolehi dan
kutip daripada pembacaan novel TWB. Thanks Eve untuk panduan yang mungkin ramai yang terlepas pandang. Sangat berguna untuk mereka yang bakal
mendirikan rumahtangga dan juga kepada para isteri di luar sana. Semoga
rumahtangga yang terbina kekal aman serta ikatan kasih sayang dua insan
berkekalan sepanjang hayat.
Dgn ihsan pakcik google |
Renungi pesanan Umamah binti Harith kepada
anaknya sebagai petua dalam rumah tangga yang bahagia. Umamah mewasiatkan
kepada anak perempuannya yang akan melangsungkan perkahwinan dengan seorang
Raja Yamanm, iaitu Al Harith bin Amru.
Dalam wasiat itu, Umamah berkata: “Wahai
puteriku, aku ingin memberitahumu 10 perkara sebagai pedoman dan panduanmu
dalam melayari alam berumah tangga nanti iaitu
1.
Jalinkan hubungan dengan suamimu penuh
ketaatan, perhatikan tempat menjadi kesenangannya
2.
jangan sampai dia melihat kepada sesuatu yang
buruk atau tercium sesuatu yang busuk.
3.
Hendaklah kamu sentiasa membanggakannya kerana
ini akan membuatkannya bertambah kasih padamu.
4.
Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya
nescaya dia akan bersikap lembut terhadapmu.
5.
Kamu hendaklah menguruskan hal ehwal rumah
tangga dengan sempurna dan baik.
6.
Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatannya.
7.
Simpankan segala rahsianya dengan baik, jangan
kamu sesekali membantah suruhannya kerana ini akan melukakan hatinya.
8.
Jagalah waktu makannya dan waktu beristirahat
kerana apabila perut lapar akan membuatkan darah cepat naik. Begitulah juga dengan
tidur yang tidak cukup akan menyebabkan keletihan.
9.
Andainya suamimu nanti sedang bergembira,
janganlah kamu menunjukkan kesedihan pula, tetapi kamu hendaklah pandai
menyesuaikan keadaan dan bijak mengikut suasana hatinya.
10.
Kamu hendaklah sentiasa menghiasi dirimu
selalu supaya suamimu nanti berasa senang apabila menatap wajahmu. Jadikanlah
dirimu sebagai amah kepadanya. Nescaya nanti suami akan menjadi penolong pula
pada dirimu.
Demikianlah 10 petua yang diperturunkan kepada
anaknya iaitu panduan buat wanita supaya bahtera dilayari bersama suami berada
dalam landasan yang betul lagi diredai Allah.
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
Suka ke? Like la
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen anda