Semalam balik keja terus tido sbb kurang sihat. Kesian pulak tengok budak berdua ni. Dah nampak ibu kat atas katil, masing-masing pandai-pandai la melandingkan diri sama ngan ibu. Itulah mereka x kira saya sihat atau sakit pasti tiap-tiap hari berebut nak tido ngan saya. Si kakak pulak sgt sweet siap offer nak picit kepala ibu, picit badan ibu, picit kaki ibu. Terasa disayangi oleh seorang anak wp baru berusia 5 tahun. Dia memang sangat memahami kalau saya sakit sejak dia kecil lagi. Sanggup menunggu berjam2 di kepala katil menanti saya terjaga tanpa mengejutkan saya sedikit pun. Berlainan pula si adik yg sentiasa hendak dilayan wp saya dah beritahu saya x sihat. Sentiasa merengek-rengek minta dimanja.
Oleh kerana dah tido awal, maka x der la teringat yang bebudak ni belum dipakaikan lampin. Bukan apa kengkadang tu mereka ni terngompol jugak. Terjaga malam raba2 bebudak ni x pakai lampin. Kejutkan si adik, si adik jawab "adik dah gi shishi la tadi". Asume baba dia dah kejutkan mereka sebelum tido la ni. Ok la malas nak bangun pakaikan lampin. Tido la balik.... huhu nasib badan... sedap2 je mimpi main hujan rupanya basah dek air kencing adik. x pasal2 kena bangun jugak selesaikan si adik dan x pasal2 jugak dengan ibu sekali kena tukar baju satu set luar dalam.
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
Suka ke? Like la
hahaha tak pasal, lepas ni baba kena tlg pakaikan pampers lah
BalasPadam