16 Jun 2011

OH UBI REBUS...

Saya tak penah la tau yang kantin Makmal veterinar UPM kat sebelah ni ada jual ubi rebus. Kebetulan ari senin ari tu ternampak uncle chinese tu makan satu pinggan besar. Bila mintak bungkus x cukup la pulak. cukup2 untuk kawan yang kerja kat Kenanga Investment tu. Fikir takper la sebab dia pun ngandung dah 8 bulan. Kang x sempat makan meleleh la plak air liur anak dia nanti... hihi
 
Smlm pulak dorang x masak sebab ubi x berapa elok katanya. Ari ni pegi nak beli nasi campur. Sampai je kat sempadan kantin tu, mula la kan simptom2 yang berkenaan tu datang. Lama jugak duduk tepi longkang tu. Nasib orang x nampak tau!
 


 
Lepas bungkus nasi, mata jeling kat rice cooker kat tepi tu.
On la.... Ada ni.... Yes! ada chance nak makan.
Pura-pura tanya kat adik tu ada ubi rebus x ari ni. Ada katanya, tapi makcik kat situ kata belum betul-betul masak. So apalagi cakap la kat makcik tu minta tolong simpankan sikit nanti kol 2 saya datang ambik. Makcik tu boleh buat muka pulak kat saya ni.... Mak ai.... nasib adik ni baik dan nasib makcik ni sebaya ngan mak saya... Sabar je la asalkan dpt makan ubi rebus. x kisah la makan ngan apa kannn. teringat pulak masa kecik2 dulu. Arwah nenek saya suka makan ubi rebus ngan kelapa muda parut yg dicampurkan ngan gula. Kadang2 buat ubi ketok. Ayah pulak suka makan ubi rebus ngan sambal tumis ikan bilis.
 
Tapi ari ni saya makan ngan gula je... jadi la... sekurang2nya dpt mengurangkan simptom2 yg mengganggu ini. Jom... silakan makan...
 


 
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

3 ulasan:

  1. siannyalah org yg kena buatan org ni, nyaris ada longkang, klu tak mana nak dihamburkan..sedap kan ubi rebus, dulu2 selalu gak mkn, tp skrg takde dah lah

    BalasPadam
  2. ha..ha..mak cik nie nak niaga ke nak tutup periuk nas sdri??..leh plak wat muka bila orang order..hhehe..sabar je lah..=)

    salam..jenguk jengah di sni..=)

    BalasPadam
  3. sedap tu ubi rebusss.. teringat pada ibu.. suka sgt dengan ibu rebus ni tau.

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda