~Inilah catatanku tentang keluargaku, kehidupanku, pengalamanku dan apa saja yang terlintas difikiranku!~
Seorang ibu kepada 3 anak comel cuba berinspirasi berkongsi rasa, ilmu dan minat bersama.
Bila hati berbicara, hanya hati yang lebih mengerti. Mampukah pena mengungkap semua...
Beberapa minggu lepas kita dikejutkan oleh berita tentang pencemaran bahan kimia dalam jus minuman sunkist. Mungkin kita berasa lega sebab jus tersebut bukanlah popular sangat pun. Tapi tetiba je beberapa hari lepas bila saya melawati web Kementerian Kesihatan saya mendapati ada pulak notis terbaru. Kali ini produk yang dinyatakan adalah produk yang agak popular dan dipasarkan oleh salah sebuah syarikat jualan langsung yang agak terkenal di Malaysia. Berikut adalah kenyataan daripada Kementerian Kesihatan Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan.
Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati supaya orang ramai tidak membeli dan memakan produk Oriyen Nutri Grow (boy) Orange Drink Premix dengan tarikh pengilangan pada 13 Ogos 2010 dan tarikh luput pada 13 Ogos 2013 edaran Cosway (M) Sdn. Bhd. kerana telah dicemari oleh bahan kimia DEHP.
waahhh!!!bahaye nie kan kak.....maceh ats info akk nie..
BalasPadamtak pernah tengok menda ni lah
BalasPadamminuman eh