14 Oktober 2013

Misteri la sangat!

Motorsikal yg ditunggang si dia semakin laju meluncur menuju ke lebuhraya AKLEH. Angin malam menderu seiring kelajuan motorsikal, benar-benar mencucuk-cucuk hingga ke tulang temulang. Tambahan pula malam ini aku tidak memakai sweater. Saat syok merangkul kemas tubuh si dia, tiba-tiba terasa titik-titik air menitis di kaki kananku. Sedikit... Sedikit... Dan sedikit... Aku menadah tangan sambil kepala mendongak ke langit. Memerhati langit yang terbentang luas di angkasa, anugerah kebesaran Allah. Tiada langsung gerimis yang menitis ke bumi Allah ini. Pelik!

Semakin lama semakin banyak pula air yg menitis di kaki kananku ini. Semakin laju motor dipacu, semakin banyak air yang memercik sehinggakan basah sudah kain baju kurungku. 
Huh... Apakah misteri titis air ini dalam keheningan malam begini? Pelik bin Ajaib. Ajaib bin Magic. Magic... David Copperfield la jawabnya....

Kejap... Kejap... Bagi aku fikir dulu... Rasanya motor tidak perlukan air macam kereta kan. Jadi... Dari mana datangnya titisan air ini? Sedangkan jalanraya pun kering tanpa sebarang tanda-tanda berlakunya kebocoran paip atau apa-apa je la. Tiada juga tanda-tanda hujan renyai sebentar tadi. Tiada lopak air pun. Pening... Pelik... Walaupun malam masih muda tapi tidak mustahil kan benda-benda misteri ni. Hesy cik puan akalku ni. Cuba fikir positif! Positif... positif okey.

Yes positive thinking! Lalu aku merapatkan diri dan mengejapkan pelukan, lantas aku bersuara agak lantang di sisi si dia, suamiku. Yalah mestilah bersuara lantang. Kalau cakap lemah lembut atas motorsikal ni, berlawanan dengan angin yang menderu, pastinya lagi menyakitkan hati sebab butir bicara pastinya tidak didengari.

"Abang... Ada air menitis kat kaki ayang ni. Tapi kaki kanan je. Rasa-rasanya apa erk?"

Dia senyap saja. Jeda seketika. Seminit kemudian dia menghulurkan kepadaku sebotol air mineral. Lagi la aku pelik. Kutenung botol mineral 500ml itu dalam kepekatan malam dan deru angin yang semakin kuat. Lantas bibir menguntum senyum gelihati. Hah jangan nak misteri sangat la... Tingkah cik puan akalku. Hehehe... Rupa-rupanya penutup botol mineral tu tidak ketat dan duduk bergolek-golek dalam bakul motorsikal suamiku. Patut la memercik air keluar. Hahaha... Hidup jangan diselubungi misteri...

*sesiapa yg fb friends ein mesti dah pernah baca ni kann. Ein pernah post dulu. Ni versi edited. Hakcipta terpelihara by Ein Lynn!


Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda