skip to main |
skip to sidebar
Tragedi Oktober
Hari ini 16 Oktober. Hari lahir adik ipar ein. Lagi enam hari ein juga akan menyambut hari lahir yang ke 35 tahun ini. Dah tua kann. Sedey... bukan kerana usia yang meningkat. Tapi kerana... Pertama pada tarikh yang sama tahun lalu, ein kehilangan nenek yang disayangi. Paling menyedihkan ein adalah cucu terakhir yang sampai dan ketika itu jenazah telah diangkat untuk dibawa ke surau untuk solat jenazah. Tak dapat menatap wajahnya untuk kali terakhir, apatah lagi mencium wajahnya. Dan itulah kali pertama ein menyempurnakan solat jenazah dalam hidup ini. Solat dalam tangisan hiba yang amat sangat. Hiba bukan hanya kerana lambat tiba, tapi juga marah dengan diri, marah dengan pemandu kereta dan sedih kerana tarikh itu adalah 22 Oktober. Menambah lagi hiba apabila ramai yang menyedari tarikh itu juga adalah tarikh lahir ein. Ucapan Selamat Hari Lahir dari seisi keluarga yang besar memang amat menggembirakan jika tiada sebarang kesedihan berlaku. Tapi ucapan itu pada hari kehibaan melanda.
Dan kedua... hari ini 16 Oktober. Lagi satu kehibaan bertamu. Ein kehilangan pekerjaan yang sangat disayangi dan dicintai. 6 tahun berkhidmat dan terpaksa melepaskannya dengan keadaan tidak rela. Dulu baca novel-novel, macam tak percaya saja bila ada orang boleh demam sebab putus cinta. Ya sekarang ein percaya. Sekarang diri ini dah terasa nak demam kerana putus cinta dengan pekerjaan ini. Mata dah bengkak dan panas saja rasanya. Kepala ini rasa sakit sangat.
Pagi-pagi lagi dah mengongoi mengadu pada suami dan mak. Macam bebudak kann. Tapi itulah hakikatnya. Rasa sedih dihati harus diluahkan. Jika tidak membakar diri, menyeksa jiwa. Pagi-pagi juga minta izin ngan bos duduk kat surau sampai fikiran tenang. Hampir 1 jam mengadu pada DIA, dan minta petunjuk dan diberi ketabahan mengharungi dugaan ini. Sekarang ini tengah tunggu offer letter dari Taiwan Office. Kalau tak memberansangkan offer tu, nak gi pejabat buruh pula fight. Ein perlu kuat, sebab selama ni memang sangat baik hati pada company. Menyelamatkan hampir lebih 50 ribu setiap tahun untuk urusan penterjemahan semua material. Semua tugasan itu ein lakukan dengan free. Tak termasuk job description pun as Customer Service Representative tau.
Semoga hati ini tetap kuat menghadapi dugaan ini dan semoga ein mendapat pekerjaan lain secepat mungkin. Semoga Allah berikan petunjuk dan jalan untuk mengharungi hari-hari mendatang. Ein ada 3 anak yang perlu disuapkan makan dan diberi pakai. Bukan suami tak boleh beri. Tapi sebagai isteri, ein tak suka meminta lebih-lebih. Cukup la apa yang mampu dia berikan. Dia pun ada anak lain yang perlu ditanggung.
Hati... berhentilah dari berhiba
Hati... kuatlah
Hati... ikhlaskanlah melepaskan segala yang dirindui, disayangi & dicintai
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
Suka ke? Like la
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen anda