skip to main |
skip to sidebar
Review Novel Rasa Yang Tertinggal
Cinta tidak bermakna akan ada jodoh tetapi jodoh akan sentiasa membawa cinta bersama.
Rasa Yang Tertinggal adalah novel kedua Siti Khadijah terbitan Karyaseni. Actually ein dah lama habis baca novel ni. Beli since diterbitkan lagi. Tapi kerana kekacauan jiwa dan kerapuhan hati, tidak termampu untuk terus menulis dan buat review. Terima kasih Allah kerana kembalikan jiwa ini agar terus bernyawa dan akal terus segar menyusun kata.
Masih lagi tentang cinta tetapi rasa itu hadir dari sebuah persahabatan. Menyelami rasa Tuan Ryan Zhariff yang tertinggal kepada Ummi Balqis dan rasa Ummi Balqis yang wujud tanpa diundang setelah mereka terperangkap dalam sandiwara mereka sendiri. Kata orang jangan bermain api, nanti membakar diri. Itulah yang ein dpt nyatakan tika membaca novel ini. Siti Khadijah menggunakan banyak teknik flashback. Pada mulanya memang menggelirukan. Bagaimanapun penceritaan menjadi semakin lancar dan sedikit pun tidak menjejaskan gaya penceritaannya sebab perbezaan waktu dan situasi jelas menggambarkan penceritaannya.
Ego tidak akan menyatakan rasa.
Ego tidak akan menjelaskan apa-apa.
Ego tidak dapat mewujudkan bahagia.
Ego hanya melahirkan rasa sakitnya derita.
Kerana menghormati prinsip Balqis dalam persahabatan, Ryan cuba memadamkan rasa hati yang wujud sejak awal perkenalan mereka. Namun rasa yang dipadamkan itu masih tinggal sisa tanpa disedarinya. Membina cinta dengan gadis lain & akhirnya dikecewakan. Tapi Balqis tetap ada sebagai sahabat.
Tapi bukankah cinta kan membuat sesuatu persahabatan itu menjadi lebih indah - Ryan
Lantaran desakan ibunya, Ryan merancang sandiwara bersama Balqis. Memperkenalkan Balqis kepada ibunya telah memerangkap mereka dalam rancangan sulit ibunya. Akhirnya mereka terikat dalam satu ikatan suci tanpa tersangka.
Keterbiasaan bersama mengikat hati mereka, rasa yang telah pudar mula bersinar kembali, rasa yang tidak pernah wujud mula mekar berkembang. Namun ego yang menghalang. Mampukah kehadiran gadis yang pernah menyentuh hati Ryan menggugat rasanya pada Balqis. Siapakah TRZ yang pernah muncul untuk menyentuh hati Balqis. Mampukah luka disembuhkan. Mampukah penyesalan merawat hati. Mampukah hati yang merintih rindu terubat. Mampukah hati mereka bersatu dalam erti kata perkahwinan yang sebenar. Rasa Yang Tertinggal menyatakan segala-galanya. Harapan seorang ibu adalah yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Secebis Rasa
Rasa yang wujud adalah fitrah. Tak salah menyatakan rasa kalau ikatan itu terhalal untuk si dia. Buat apa memendam rasa kalau itu menyeksakan jiwa. Walau apa pun yang kita rasa, pastikan ianya tidak mengatasi rasa cinta kita pada Dia. Sang Maha Pencipta. Rasa cinta yang tidak terkawal pastinya membakar diri. Ingatlah dugaan hati ini semuanya dengan izinnya, maka pasrahlah juga kepada-Nya jika hati tidak termampu menanggung rasa.
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
Suka ke? Like la
Uji sudah baca novel ini. Ada rasa sebak yang bertandang tatkala Balqis pergi meninggalkan Ryan.
BalasPadam