21 Oktober 2013

Job Seeker

Hampir seminggu berlalu. Sekarang i'm a job seeker. Sedey masih bertamu. Hampir seminggu juga berhenti menulis. Otak jadi beku kerana bersedey. Nasib ada Allah tempat mengadu. Nasib ada suami dan ibu yang berikan kata-kata semangat. Nasib ada kawan-kawan yang concern. Sesungguhnya Allah telah merancangkan sesuatu untuk ein. Tapi apalah daya diri ini hanyalah manusia biasa. Tiada diketahui apa yang bakal ditempuhi selepas ini melainkan DIA berikan petunjuk.

Hampir seminggu berhempas pulas hantar resume ke sana dan ke mari. Pergi interview sana dan sini. Kalau la diri ini masih single mungkin x menjadi masalah tapi ein bergelar isteri & ibu. Dan amat la penting untuk ambil berat sesetengah perkara tentang pekerjaan yg ditawarkan. Semuanya memerlukan pengorbanan masa. Apalah daya diri ini. Walaupun en lalink kata, be cool. X yah rushing cari kerja lain tp duit yg ada pastinya akan menyurut lama kelamaan kannn. 

Tak tau la dah byk panjatkan doa pada DIA. Terasa hina sangat menjadi hamba-Nya. Asyik meminta dan terus meminta. Mudah2an Allah bg petunjuk dan rezeki yang melimpah ruah selepas ni. Doakan ya... Ein percaya ada hikmah dan reason kenapa Allah berikan dugaan ini. Redha itu memang sukar. Tapi ein dalam proses belajar untuk redha di atas ketentuan-Nya.

Suka ke? Like la

16 Oktober 2013

Tragedi Oktober

Hari ini 16 Oktober. Hari lahir adik ipar ein. Lagi enam hari ein juga akan menyambut hari lahir yang ke 35 tahun ini. Dah tua kann. Sedey... bukan kerana usia yang meningkat. Tapi kerana... Pertama pada tarikh yang sama tahun lalu, ein kehilangan nenek yang disayangi. Paling menyedihkan ein adalah cucu terakhir yang sampai dan ketika itu jenazah telah diangkat untuk dibawa ke surau untuk solat jenazah. Tak dapat menatap wajahnya untuk kali terakhir, apatah lagi mencium wajahnya. Dan itulah kali pertama ein menyempurnakan solat jenazah dalam hidup ini. Solat dalam tangisan hiba yang amat sangat. Hiba bukan hanya kerana lambat tiba, tapi juga marah dengan diri, marah dengan pemandu kereta dan sedih kerana tarikh itu adalah 22 Oktober. Menambah lagi hiba apabila ramai yang menyedari tarikh itu juga adalah tarikh lahir ein. Ucapan Selamat Hari Lahir dari seisi keluarga yang besar memang amat menggembirakan jika tiada sebarang kesedihan berlaku. Tapi ucapan itu pada hari kehibaan melanda.

Dan kedua... hari ini 16 Oktober. Lagi satu kehibaan bertamu. Ein kehilangan pekerjaan yang sangat disayangi dan dicintai. 6 tahun berkhidmat dan terpaksa melepaskannya dengan keadaan tidak rela. Dulu baca novel-novel, macam tak percaya saja bila ada orang boleh demam sebab putus cinta. Ya sekarang ein percaya. Sekarang diri ini dah terasa nak demam kerana putus cinta dengan pekerjaan ini. Mata dah bengkak dan panas saja rasanya. Kepala ini rasa sakit sangat. 

Pagi-pagi lagi dah mengongoi mengadu pada suami dan mak. Macam bebudak kann. Tapi itulah hakikatnya. Rasa sedih dihati harus diluahkan. Jika tidak membakar diri, menyeksa jiwa. Pagi-pagi juga minta izin ngan bos duduk kat surau sampai fikiran tenang. Hampir 1 jam mengadu pada DIA, dan minta petunjuk dan diberi ketabahan mengharungi dugaan ini. Sekarang ini tengah tunggu offer letter dari Taiwan Office. Kalau tak memberansangkan offer tu, nak gi pejabat buruh pula fight. Ein perlu kuat, sebab selama ni memang sangat baik hati pada company. Menyelamatkan hampir lebih 50 ribu setiap tahun untuk urusan penterjemahan semua material. Semua tugasan itu ein lakukan dengan free. Tak termasuk job description pun as Customer Service Representative tau. 

Semoga hati ini tetap kuat menghadapi dugaan ini dan semoga ein mendapat pekerjaan lain secepat mungkin. Semoga Allah berikan petunjuk dan jalan untuk mengharungi hari-hari mendatang. Ein ada 3 anak yang perlu disuapkan makan dan diberi pakai. Bukan suami tak boleh beri. Tapi sebagai isteri, ein tak suka meminta lebih-lebih. Cukup la apa yang mampu dia berikan. Dia pun ada anak lain yang perlu ditanggung. 

Hati... berhentilah dari berhiba
Hati... kuatlah
Hati... ikhlaskanlah melepaskan segala yang dirindui, disayangi & dicintai


Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

14 Oktober 2013

Misteri la sangat!

Motorsikal yg ditunggang si dia semakin laju meluncur menuju ke lebuhraya AKLEH. Angin malam menderu seiring kelajuan motorsikal, benar-benar mencucuk-cucuk hingga ke tulang temulang. Tambahan pula malam ini aku tidak memakai sweater. Saat syok merangkul kemas tubuh si dia, tiba-tiba terasa titik-titik air menitis di kaki kananku. Sedikit... Sedikit... Dan sedikit... Aku menadah tangan sambil kepala mendongak ke langit. Memerhati langit yang terbentang luas di angkasa, anugerah kebesaran Allah. Tiada langsung gerimis yang menitis ke bumi Allah ini. Pelik!

Semakin lama semakin banyak pula air yg menitis di kaki kananku ini. Semakin laju motor dipacu, semakin banyak air yang memercik sehinggakan basah sudah kain baju kurungku. 
Huh... Apakah misteri titis air ini dalam keheningan malam begini? Pelik bin Ajaib. Ajaib bin Magic. Magic... David Copperfield la jawabnya....

Kejap... Kejap... Bagi aku fikir dulu... Rasanya motor tidak perlukan air macam kereta kan. Jadi... Dari mana datangnya titisan air ini? Sedangkan jalanraya pun kering tanpa sebarang tanda-tanda berlakunya kebocoran paip atau apa-apa je la. Tiada juga tanda-tanda hujan renyai sebentar tadi. Tiada lopak air pun. Pening... Pelik... Walaupun malam masih muda tapi tidak mustahil kan benda-benda misteri ni. Hesy cik puan akalku ni. Cuba fikir positif! Positif... positif okey.

Yes positive thinking! Lalu aku merapatkan diri dan mengejapkan pelukan, lantas aku bersuara agak lantang di sisi si dia, suamiku. Yalah mestilah bersuara lantang. Kalau cakap lemah lembut atas motorsikal ni, berlawanan dengan angin yang menderu, pastinya lagi menyakitkan hati sebab butir bicara pastinya tidak didengari.

"Abang... Ada air menitis kat kaki ayang ni. Tapi kaki kanan je. Rasa-rasanya apa erk?"

Dia senyap saja. Jeda seketika. Seminit kemudian dia menghulurkan kepadaku sebotol air mineral. Lagi la aku pelik. Kutenung botol mineral 500ml itu dalam kepekatan malam dan deru angin yang semakin kuat. Lantas bibir menguntum senyum gelihati. Hah jangan nak misteri sangat la... Tingkah cik puan akalku. Hehehe... Rupa-rupanya penutup botol mineral tu tidak ketat dan duduk bergolek-golek dalam bakul motorsikal suamiku. Patut la memercik air keluar. Hahaha... Hidup jangan diselubungi misteri...

*sesiapa yg fb friends ein mesti dah pernah baca ni kann. Ein pernah post dulu. Ni versi edited. Hakcipta terpelihara by Ein Lynn!


Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la