31 Januari 2011

~Alhamdulillah~



credit to moslem-ceria.blogspot.com
 
Bila terbaca ayat-ayat di atas, saya teringat semalam semasa membawa anak-anak bermain di Jaya Jusco Setiawangsa. Ada seorang ibu yang mempunyai seorang anak istimewa membawa anaknya bermain di tempat yang sama. Terdetik di hati saya, "sungguh cekal ibu ini mendidik anak istimewa ini". Sedangkan saya menjaga dan mendidik dua orang anak pun terasa begitu payah, inikan pula seorang ibu yang terpaksa menerima, mendidik dan membesarkan anak-anak istimewa ini. Saya memerhati dan terus memerhati. Bukannya senang mendidik anak istimewa seperti mereka. Mereka sukar dikawal. Kadang-kadang apa yang mereka inginkan tidak terjangkau kerana keistimewaan mereka. Alhamdulillah kepada-Mu Ya Allah kerana mengurniakanku cahaya mata yang sempurna... Berikanlah aku kekuatan untuk mendidik mereka menjadi anak-anak yang solehah dan umatmu yang taat... Amin!!!
Suka ke? Like la

HIDAYAH MEREKA HIKMAH SAYA

credit to iluvislam.com

Berapa kalikah kita mengucap kalimah ini sehari? Mungkin juga ada yang terlupa untuk mengucapkannya dan tidak semua orang dibukakan hati seluas-luasnya dan tidak semua orang menerima hidayah-Nya. Saya dibesarkan dengan pendidikan agama yang lengkap tetapi tetapi kadang-kadang terlupa juga mengamalkan apa yang saya pelajari. Tetapi saya bersyukur kerana Allah menyedarkan saya dari lamunan dengan kehadiran dua orang yang telah mendampingi saya untuk mendekati agama Allah.

Saya sungguh kagum dengan kecekalan mereka mengharungi pelbagai rintangan demi agama Allah. Saya melihat mereka lebih Islam dari kita yang sememangnya dilahirkan sebagai orang Islam. Mereka dengan gigih mempelajari dan sering merujuk kepada saya. Saya bersyukur kerana merekalah, saya lebih mendekatkan diri kepada-Nya. Kerana merekalah saya cuba mendalami ilmu agama dan mengingat semula apa yang dipelajari dahulu. Bersyukur juga kerana saya punyai adik ipar dan biras yang juga seorang ustazah dan ustaz yang boleh dirujuk... Alhamdulillah kerana Allah menyayangi saya dengan menghadirkan kedua-dua mereka. Mereka yang dibukakan hati dan diberi hidayah untuk memeluk agama suci, manakala saya diberi hikmah dengan memimpin mereka. Semoga hati mereka ditetapkan dengan penuh keimanan!
Suka ke? Like la

30 Januari 2011

BUKU PILIHAN

Saya baru sahaja pulang daripada membawa anak-anak bergumbira di Jaya Jusco Setiawangsa. Selepas penat bermain, saya mengajaknya pulang. Saya dan anak-anak memang pantang nampak kedai buku. Pantang dioffer masuk oleh my lalink.... Dah masuk, mesti ada saja yang dibawa pulang. Hajat nak cari buku cerita baru. Asyik baca buku cerita yang sama je tiap-tiap malam. Kalau lelap pun saya boleh cerita balik kat anak-anak. Siap ingat setiap halaman ceritanya macam mana.... Akhirnya saya jumpa buku ni,


Bagus juga buku ni. Buku ini mengajak anak-anak supaya mengenali dan memahami akhlak-akhlak terpuji di samping gambar-gambar berwarna yang menarik. Setiap akhlak-akhlak terpuji tu ada disertakan dengan maksud, kisah teladan, kata-kata Nabi dan kata-kata hikmah. Hihihihi.... Kali ini saya rasa setahun kot baru saya boleh hafal 101 kisah teladan yang ada walaupun pendek ceritanya!
Suka ke? Like la