31 Januari 2011

HIDAYAH MEREKA HIKMAH SAYA

credit to iluvislam.com

Berapa kalikah kita mengucap kalimah ini sehari? Mungkin juga ada yang terlupa untuk mengucapkannya dan tidak semua orang dibukakan hati seluas-luasnya dan tidak semua orang menerima hidayah-Nya. Saya dibesarkan dengan pendidikan agama yang lengkap tetapi tetapi kadang-kadang terlupa juga mengamalkan apa yang saya pelajari. Tetapi saya bersyukur kerana Allah menyedarkan saya dari lamunan dengan kehadiran dua orang yang telah mendampingi saya untuk mendekati agama Allah.

Saya sungguh kagum dengan kecekalan mereka mengharungi pelbagai rintangan demi agama Allah. Saya melihat mereka lebih Islam dari kita yang sememangnya dilahirkan sebagai orang Islam. Mereka dengan gigih mempelajari dan sering merujuk kepada saya. Saya bersyukur kerana merekalah, saya lebih mendekatkan diri kepada-Nya. Kerana merekalah saya cuba mendalami ilmu agama dan mengingat semula apa yang dipelajari dahulu. Bersyukur juga kerana saya punyai adik ipar dan biras yang juga seorang ustazah dan ustaz yang boleh dirujuk... Alhamdulillah kerana Allah menyayangi saya dengan menghadirkan kedua-dua mereka. Mereka yang dibukakan hati dan diberi hidayah untuk memeluk agama suci, manakala saya diberi hikmah dengan memimpin mereka. Semoga hati mereka ditetapkan dengan penuh keimanan!
Suka ke? Like la

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda