30 Ogos 2013

Chinese Physician @ Tabib Cina

Selama ni ein selalu didedahkan dengan perubatan Islam dan Ayurveda saja selain perubatan moden. Petang smlm x semena2 terinvolve dengan perubatan cina pula. Actually this entry hanyalah sbg notes utk diri sendiri. Manalah tau memerlukan perubatan cina suatu hari nanti. 

Berikut adalah tpt tabib cina ni beroperasi. Ni je yg dpt ingat. x de gambo rumah tempat pengamal perubatan tersebut sbb benda x disangka. Kuar ofis pun terburu-buru. x de bahan bukti lain yg diambil. hehehe... Pengamal perubatan cina pun ada lesen okay... 

Landmark simpang nak ke rumah tabib ni adalah signboard klinik kesihatan. tu je yg ein ingat. Masuk lorong tu, rumah no. 2 sebelah kiri. Waktu operasi klinik dibuka isnin hingga sabtu 10:00 pagi hingga 5:00 ptg, 7:00mlm hingga kol berapa x ingat. Ahad pun buka dr 10:00 pagi hingga 12:00tghari dan 7:00 mlm hingga x ingat juga kol berapa. 


Sepanjang berada di sini, ein dah survey sekitar klinik ni. byk juga pokok-pokok ubat yang ditanam disekeliling rumah. Adalah beberapa jenis yang ein kenal sebab my mother ada taman mini yang berkaitan tumbuhan-tumbuhan begini. Klinik ni bukannya proper klinik. Macam klinik kampung je... Tapi pesakit tabib ni multi races dan sentiasa ada yg bertandang untuk dapatkan rawatan.

Semuanya bermula begini... Dlm kol 6 gitu dptlah call dr kakak cleaner ofis. Masa tu tinggal 3 org je kat ofis. Maklum la ofis kecik. 2 org gi seminar, bos & Shirley (mak buyung) dah balik. Panik jap bila kak Nor telefon dan kata dia accident dan kaki patah. Ada somewhere around persimpangan pasar pg dan jln seksyen 17. Makanya tiada siapa yg tahu bab2 pasar ni melainkan ibu dan isteri mithali ni... (Ewah.... Perasan je kannn). Maka ein dan Mike (opismate merangkap suami Shirley) bergegas kuar ngan Toyota Camry dia yg superb tu. Landmark yg Kak Nor ni bg adalah bawah pokok. mak ai... Byk pokok tu, spjg kaw pasar pagi tu.  Nasib tukang bawa ketanya penyabar. Segala jenis pokok diperatikan. Cari punya cari, akhirnya jumpa juga. Kalau dia cakap kat persimpangan dkt dgn KDU kann senang...

Sampai je kat sana dah ada beberapa org berkumpul. Driver bas rapid yg dia naik  tu pun ada sekali. Driver bas tu mmg bertanggungjawab. Nak bawa dia gi hospital, tp kak Nor ni degil. x mo gi. suruh hantar balik umah je. Apa ke hal nak hantar je umah dgn kaki patah gitu. Mmg dah bengkak sgt tu. Since kitaorg dah ada dan suami Kak Nor ni insist nak bawa gi tabib cina, so kitaorg berdua ni tunggu je la. Kitaorg suruh driver bas tu balik je la. Kesian penumpang lain yg kena tunggu tu. Actually bukan salah driver bas tu pun sbb kak Nor ni insist nak turun bukan kat tpt sepatutnya. Tau la bas rapid ni bukan mcm metro. Semberono je nak berenti. Tak tau la apa kejadian yg sebenarnya. Hanya kak Nor dan pemandu bas ni je yg tau. Saksinya adalah penumpang bas. 

Tunggu punya tunggu, suami dia pun sampai ngan kawan dan tunjuk arah kat kitaorg jln ke rumah tabib cina tu. waktu peak hour tu... Jln sesak. Ngikut motor kekdahnya. Nasib terikut... Hah tabib cina ni nampak je loko tp siap ada sedia wheel chair okayyy....Dengar cerita tabib ni memang dah lama. Ada pakcik tu citer, tabib tu buka klinik kat situ since dia muda lagi. Tabib ni kata nasib terus datang sbb kalau baru lagi, senang dia nak ubat. Dia pegang2 je dah tau patah. Dia kata kalau nak x-ray dulu pun boleh tp kena gi klinik perubatan moden la dulu. Bagus tabib ni, tidak menidakkan perubatan lain. Paling cepat pun amik masa 6 minggu baru baik katanya.

Maka ein terpaksa la bermaghrib kat klinik tabib cina ni. Azan maghrib pun jelas kedengaran dr klinik ni. Hehe... nasib bercuti, x yah risau nak cari surau. Dalam kol 8 lebih baru segala2nya settle. Hantar Kak Nor balik ke rumahnya di Sungei Way pastu balik ofis semula ambil barang kitaorg dan close office dengan cara yg sebenar2nya. Hehe... Nasib la smlm Mike balik rumah parents dia di Cheras. So dia hantar ein balik terus ke rumah. Sampai rumah anak dah terlompat2 tunggu. 

Mesti korang pikirkan kenapalah si Mike ni rajin beno hantar ein sampai umah. Pastu x marah ke en lalink tu. kannn... Sebenarnya kami ni satu office mmg close each other. En lalink pun mmg kenal semua kawan2 opis ein sbb berapa org la sgt. leh kira ngan jari. Lagi pun sebagai isteri mithali kann kena bgtau setiap aktiviti kita kat luar. Untuk membina kepercayaan kita kena percayakan orang. dan untuk mendapatkan kepercayaan jangan sesekali break the trust. Kadang2 tu sampai segan ngan Mike dan Shirley ni. Si Mike ni mmg bertanggungjawab. Untung Shirley tu dpt husband camtu. 

Oklah kalau korang rasa2 nak gi jumpa tabib ni tp rasa2 cam x sure kat mana, Sila contact ein. Insya Allah ein rasa2 ingat tempat ni since mmg dekat ngan opis.

Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

29 Ogos 2013

Untukmu Suamiku

Daku tidak perlukan seorang tahfiz atau ustaz sebagai suamiku
Tapi cukuplah seorang suami yang mampu menjadi
imam dalam solatku
nakhoda dalm bahtera rumahtanggaku
pembimbing di kala daku tersesat dari landasan
pemimpin menuju cinta-Mu
peneman di titian-Nya di akhirat-Mu


Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

27 Ogos 2013

SMTJB I Miss U

Mengingati zaman persekolahan yang sudah hampir 18 tahun ditinggalkan.Hmm... Pernah tak kita terfikir kenapa la masa kita melaluinya sedikit pun kita tidak merinduinya. Malahan kalau boleh kita mahu meninggalkannya sepantas mungkin. Segala yg dilalui terasa bagaikan satu tanggungjawab yang sangat berat padahal tanggungjawab yg sedang kita pikul pada usia sekarang adalah lebih berat daripada itu. Pernah tak kita terfikir apa yang telah kita lalui pada masa lalu adalah sekadar ujian picisan untuk kita melalui ujian yang lebih besar di masa hadapan. 

Reunion semula rakan-rakan kelas A2 SMTJB '95, membuatkan ein terfikir itu semua. Usaha mamat poyo masa sekolah dulu, Zainal Jemahal atau kami kenali sebagai Enal sgt ein hargai. Walaupun tak dpt kumpul semua, hanya dalam 90% pun amat memadai. Kami semua dpt bermesra dan bertukar pendapat serta berkongsi ilmu dan pengetahuan melalui group whatsapp yg diwujudkan semata-mata untuk tujuan itu. Yg x ada whatsapp pun cuba mengadakan. hihi...

Hah ni la lambang SMTJB.


Kenapa ein rasa saat itu sangat berharga? Sebagai warga aspuri, sudah tentu banyak yang dipelajari. Bukan sekadar pengisian duniawi tetapi juga rohani. Tertanya-tanya juga adakah SMTJB masih seperti dulu, atau sama je dengan sekolah-sekolah lain sekarang. Dulu kami selalu rasa macam x mo tinggal kat asrama. Jadi outsider je lebih baik. Bebas sikit. Tak terikat sangat dengan segala macam peraturan.

Kenapa ein cakap macam tu? Rutin harian. Bangun seawal 4:00 - 5:00 pagi untuk mandi dan bersiap-siap solat subuh berjemaah. We all wajib solat jemaah 5 waktu okay... tidak dibenarkan sesekali solat di dalam dorm kecuali sakit! Strict tak? Stress gila masa tu. Nak2 yg lemau sikit nak solat. Lepas solat subuh, kelam kabut balik dorm siap-siap nak breakfast dan gi sekolah plak. Balik sekolah around 2:30 petang. Gi surau lagi solat jemaah dan make sure kol 3:00 dah siap2 ada kat bilik prep. 

Masa tu bilik prep kat asrama x cukup, so dorm ein kena prep kat sekolah. Makanya terpaksa la berjalan ke sekolah. Part ni yang paling x suka. Sebab konsep aspura dan aspuri ni kalahkan sekolah agama. Kalau nak cakap ngan budak lelaki pun kena pandang2 kiri kanan. Mesti ada teman. Maklum la dinding pun boleh bercakap. Faham tak maksudnya... Hmmm makanya nak ke sekolah ni, pastinya akan melalui asrama putera atau aspura. Mereka ni apa kisah. Memang nakal habis. Selalu pekenakan kami bebudak aspuri. Kadang2 tu memerah muka sampai kat kelas sebab kena usik. Apa dorang suka buat? Hmmm kadang2 dorang intai je bila aspuri lalu. Pastu tetiba je dorang booo kat kitaorg tanpa reason. Kadang2 dorang sembunyi sebalik bangunan dan sergah kitaorg. Yg macam ulat bulu naik daun pun ada. Mengusha tak ingat. Tapi semua tu dorang buat masa warden tak de. Bila warden ada, sure dorang baik gila. Mengalahkan malaikat. 

Ok sambung balik. prep ni kejap je. Dalam kol 4:30 - 5:00 petang dah habis. Balik asrama, minum petang dan siap-siap solat asar berjemaah. Lepas solat aktiviti bebas. Suka hati la. Tapi seminggu sekali mesti ada giliran aktiviti membersih kawasan waktu camni. Masa ni la nak tergolek ke, nak ngumpat ke atau nak gi merewang kat dorm kengkawan. 

Tapi make sure sebelum maghrib mesti dah ada kat surau balik. Time cenggini ein mesti make sure tak terlalu lambat sampai surau sbb nak chop tempat yg selesa sikit. Mana lagi kalau tak tempat paling dekat ngan kipas (dulu mana ada aircond) dan kat hujung sekali dan bukan saf paling belakang sekali. Haaa cerita pasal saf ni, teringat satu citer lucu. Adalah suatu hari tu masa tgh solat tu, angin kuat sangat sehinggakan tabir pemisah antara perempuan dan lelaki tu terbang. Masa tu memasing tgh sujud. Bangun je dari sujud, sekali yg kat saf depan tu dah masuk bahagian lelaki. Malu gila yang duk saf depan tu bila bagi salam. Maklum la masa tu la dapat nengok muka-muka suci abang2 senior direct face to face. Pastu ngan muka cuaknya lagi. hehehe...

Pas maghrib tu, kelam kabut lak gi makan malam terus gi prep kat sekolah. Time ni memang paling trill sebab waktu malam berjalan kat sekolah. Kadang-kadang budak aspura ni memang nakal. Saja je tutup suis lampu. Kadang-kadang takut-takutkan kitaorg ngan lembaga2 putih la atau bunyi2an ngeri. Nasib ada yang tak kena tendang ke penumbuk. Paling haru kalau kena peluk. hehehe.... nasib x de. Kena sergah jangan cakap la. Tu memang aktiviti kerap. Kalau sakit jantung, dah lama kena amik ubat.

Balik prep dalam kul 10:30 malam gitu. Terus gi super then siap untuk solat isyak berjemaah. Ingat lagi, ein selalu lepas isyak tu suka bertandang lama2 kat surau. Dok dkt2 ngan tirai. Hehehe... ni rahsia... sebenarnya suka sgt dengar suara2 merdu mengalunkan ayat2 suci. Tak tau la milik siapa suara tu sebenarnya. Yg pasti selama 2 tahun suara tu tetap ada. Ehem... dengar suara je, jiwa pun tenang. Tapi tak la sampai jatuh cinta ya. Jangan salah intrepretation tau. 

Sebelum tido, aktiviti wajib lagi... Baca yassin beramai-ramai. So by 11:30 semua mesti wajib berkumpul kat dorm. x leh duduk lagi kat surau atau merewang dorm orang lain. Teringat masa form 4. Masa tu semua senior ada kursus kat luar. So kitaorg cenggelat la x baca surah yassin malam tu. You know what??? Something happen that night, but hanya org tertentu je yg mengalaminya. Org yg tidur mati mcm ein ni mmg x tau apa2. Atau pun mungkin nasib menyebelahi ein malam tu. Wallahualam. Esok malamnya tu kena berkonfrontasi plak ngan kakak senior dorm. Huhuhu... sebab kes tu la, kena marah sebab meninggalkan acara wajib tersebut. x tau pula benda camtu pun memberi kesan. Sejak aritu, ngantuk ke, malas ke, at least mesti ada 2-3 org yg dok tgh dorm tu baca surah yassin sblm tido. Pukul 12:00 tgh mlm, lampu dorm wajib tutup. Kalau tak siap apa2 lagi, buat la semuanya dalam samar lampu koridor tu.

Begitu la rutin harian seorang pelajar yang tinggal di aspuri. Aspura tak tau la pulak camna kannn. Huh panjang citer ni, belum citer lagi aktiviti hujung minggu. Ada lagi ni... Biasanya hujung minggu, pagi2 lepas subuh akan baca al-matsurat dan lepas Isyak tu mesti ada solat sunat. Kadang sunat taubat la, hajat la. Kalau ada sebarang kejayaan yg diperolehi dlm apa2 je aktiviti, mesti ada sujud syukur. Solat subuh setiap hari Jumaat special sikit. Sebab ada sujud sajadah. Masa ni la ramai yang terlelap dalam solat menunggu imam habis baca ayat sajadah ni hingga part sujud tu. Huhu rindunya nak buat sujud ni. Tapi nak buat camna, imam saya pun tak hafal surah ni. Beruntungnya siapa yg dapat suami tahfiz kannn.... (baru realize yg biras sy seorang tahfiz rupanya. mmg sesuai la mrk kan ustazah & ustaz). Tak habis lagi... Malam jumaat cam biasa wajib ada bacaan yassin. Ceramah atau tazkirah. Jangan cakap la. memang banyak. Pantang hari cuti. Memang banyak aktiviti surau ni. Kadang2 sehingga merasakan diri terpaksa sertai semua aktiviti ni. Selagi tiada pelawat, mmg wajib sertai tu semua. Huh.... panjangnya story mory ni. Ni baru kat asrama. Belum lagi citer pasal sekolah kannn. x pe la yg tu lain kali je.

Sebenarnya, bila dah meninggalkan sekolah ni barulah masing2 menghargai semua tu. Aktiviti2 tu semuanya membentuk rohani kita. Mendidik kita supaya lebih kuat dalam menempuhi masa depan. Lebih kuat menangkis segala macam dugaan mendatang. Mengukuhkan iman, pegangan dan sahsiah diri. I really miss u smtjb!

Jom kita google gambo plak. Ni semua ihsan pakcik google. Ingat nanti balik JB kena buat site visit la.  


Ha dewan ni masa ein habis belajar baru je nak bina. Tak merasa guna. Teringin nak masuk satu hari nanti.

Cantik dah warna dia sekarang. Dulu warna putih biru.

Google punya google... Hah amik ko. Jumpa muka sendiri masa form 4

Sila cari sendiri mana penolong ketua tingkatan. Hah tu la ein. hehehe...




Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

26 Ogos 2013

Dating With Author of TWB & 13 Jam A380

Alhamdulillah. Allah permudahkan segala urusan hari ini. Lunch date dengan Evelyn Rose @ Iman bersama dengan 2 winners lain iaitu Elyda, yg sebaya dengan my younger sister dan Salmiah yg sangat ceria dan selamba. Last minute, my lalink suruh drive sendiri. Hah!!! Mimpikah daku... Dibenarkan driving sejauh itu? Selalunya mcm susah je nak lepas. 

Ein percaya sesuatu yg berlaku pasti ada reasonnya. Kena drive sendiri x jadi masalah. Selagi minyak ada, redah je la. Setelah puas berteka-teki dalam perjalanan yg pjg tu, akhirnya sampai juga di Pullman, Putrajaya. Sampai je di lobi, terserempak ngan Elyda. Kami pun berbual mesra dulu sementara tunggu Eve @ Iman sampai. Pastu Salmiah pula muncul. Dia tanya, "Nak jumpa Evelyn Rose ke?". Direct & selamba kannn. Cool je. Yg kitaorg ni berdebar2 gila, mcm nak gi interview. Jantung macam nak pecah. Maklum la nak jumpa org popular la katakan.... 

Hah ni la kitaorg je... Kiri ein la teww, yg ayu tu Elyda dan yg selamba & ceria tu Salmiah.
(gambar Iman hy utk simpan ein ya. Ein menghormati privasi tuan punya diri)


Iman datang bersama 2 orang adiknya dan 1 adik ipar. Masa first time jumpa ingatkan Iman & Taqwa di kembar. Memang sebiji muka dorang. Rupa2nya Taqwa atau kami panggil Wawa ni adik Iman. Tp sifat peramah mereka ni lebih kurang sama. Hubungan mereka berdua ni mengingatkan ein kepada watak Hana & Hani dlm 13 Jam A380. Iman kecil je orgnya. Tinggi lebih beberapa inci je dr ein. Mcm watak Arianna Rose dan Hana sebagaimana yg digambarkan. Siapa lagi sorang yg dtg dgn Iman? Of course la mamat handsome yg Iman dah reveal kat fb page aritu. Ehem... Lupa plak nak tanya dah berpunya ke belum untuk korang. Hahaha.... Cuma sempat tanya dia kerja kat mana je... Hehe... Wartawan pencen mmg gini....

Nak tau tak kat mana tempat kitaorg dating. Of course la tempat Tengku Adam Kamil, Arianna Rose & Harith lunch dlm TWB. Ini la B's Restaurant, Pullman. Makanan semua ok cuma perut kami je yg tak termampu nak menampungnya. Hahaha..... Especially perut comel ein ni.


Ni kat pintu masuk b's restaurant ni

Hampir 3 jam kami chatting. Biasa la mula2 sesi suai kenal. Pastu la baru berbual mengenai 13 jam A380. Iman sharing idea dia menginspirasikan watak2 dalam novel tu. Watak Haydar rasa semua dah tau dr siapa kannn. Bila dia cerita inspirasi watak2 tu, ein rasa mcm dia dah plot je watak sblm buat cerita tu. Tp lupa plak nak tanya. Maklum la ein ni kdg2 boleh jd pendiam dan speechless tetiba. Yg paling best bila Iman bercerita mengenai watak atheis tu. Mungkin part tu yg paling menyentuh jiwa ein kot, pasal tu rasa cam best je. Dgn perkongsian pengalaman ni juga memudahkan ein memberi jawapan kpd persoalan sukar. (Wahidah & Nur'ain, wait for my answers)

Yg ni pula landskap (actually found this masa kuar dr koridor ke toilet. Must be ada pintu lain yg mengarah ke restoran ni)

Yg ni suasana dlm restaurant ni. X dpt capture dgn cantik atau zoom in sbb guna iphone older version :)

Tangga ni menghubungkan setiap aras bangunan ni

Hmm yg ni mengingatkan ein kepada menara pisa. Artistik sungguh rekabentuk Hotel Pullman ni. Konsep resort gitu.

Hah kalau pusing 90 darjah ke kanan dr posisi ni akan nampak landskap b's restaurant tadi. Jambatan ni menghubungkan bangunan b's restaurant ni dgn bangunan di mana terletaknya lobi. (Eh korang paham ke ayat belit2 ni)

Tangga tu la jalan ke b's restaurant. Hmmm... Gambar ni agak special sikit okay... Masa amik x perasan pula ada kelibat cik Evelyn Rose @ Iman kita ni.
(Ampun Iman... Kalau x suka akk delete.)


Hanya gambar dpt berbicara...


Secebis Rasa
Gembira sangat hari ni hingga sakit rahang dibuatnya. Gembira jumpa semua org. Hingga terasa diri muda bila bersama mereka. Bergelak tawa dan bergurau senda. Hilang stress seketika. Mmg ada reason pertemuan ini. Ein dan Elyda share same story pada usia yg sama wp usia kami jauh berbeza. X tau kenapa terasa dia bagaikan adik bongsu ein :)

*alamak lupa lagi nak bgtau Iman, yg kak ein rasa tinggi Hana dan Haydar mungkin lebih kurang tinggi kak ein ngan my lalink. Hihihi... Sorry miang kejap.


Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

23 Ogos 2013

Resepi Pankek Marvellous

Pagi2 yg suram ni ein saja je nak share resepi pankek yg marvellous ni. Sebenarnya dah byk resepi ein try. Tp yg ni yg anak2 paling suka. X yah susah2 nak sapu butter ke, madu ke, maple syrup ke, coklat ke. Just makan gitu je dah sedap. Tau la bebudak ni kannn, kalau makan x suka benda2 yg menyusahkan dirang. Tau lepas baca bismillah tu, boleh terus ngap dalam mulut, kunyah2, dan telan. 


Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum @ tepung naik sendiri
2 sudu kecil baking powder
2 1/2 sudu gula perang
1/2 sudu kecil garam
1 cawan susu
1 biji telur
3 sudu unsalted butter yang dicairkan 
(kalau butter biasa, x yah buh garam)

Cara-cara?. Hahaha mudah je bagi seorang ibu yang bekerja ni kannn. Memang x de masa nak buat step by step. Buh je semua dalam blender, then blend sampai sebati. Pastu masak atas pan. Makan gitu je dah sedap. Nak sedap lagi, masa masak boleh la taburkan chocolate chip ke atau chocolate rice. Sure anak2 uols suka. Nak2 bila chocolate tu ada melt sikit. 

Hmmmm sedapppppppp.... Bak kata dak Umar, "dap... dap...". Teringat pula la kat Umar Lutfi kat rumah yang boleh habiskan 2 keping pankek ni.... Teringat juga kat Anish yang tanya, "Ibu, sepatutnya makan macam mana pankek ni. Selalunya makan ngan syrup ngan butter ke?". Ein senyum je. Kita yang makan dia anak-anak. Pandai-pandai la kita improvisasikan makanan yang kita nak masak dan makan walaupun ibu ni bukannya chef :)


Suka ke? Like la

19 Ogos 2013

Review: Novel 13 Jam A380 By Evelyn Rose




Second novel by Evelyn Rose ini memang tidak mengecewakan. Lebih sarat dgn ilmu berbanding first novel. Sgt "wow", hebat, dan diluar dari jangkaan. Kenapa ein katakan diluar jangkaan? Dari pembacaan awal di blog Eve, bab 1-bab 27, cerita ini bagaikan satu fairytales yg x mungkin akan diselitkan unsur2 keagamaan yg sebegitu sarat di dalamnya. Akal mengatakan, kalau ada pun hanya light sahaja. Tapi bermula bab 31 dan seterusnya sgt mengujakan. Malah ein sendiri menitiskan air mata bila membaca bait2 ayat tentang hakikat alam, hakikat dunia dan akal serta cinta terhadap Allah dan agama Islam. Eve berjaya menyampaikan keindahan Islam dan kecintaan terhadap Allah dgn baik sekali. 
(And its remember me about something and someone :). 

Don't judge the book by its cover! Actually dah beberapa orang usha novel ni dari tangan ein. Tapi bila baca tajuk je, terus dorang batalkan hasrat untuk terus membelek novel ni. Apalagi... ini la masanya pengulas tak bertauliah ni menjalankan tanggungjawabnya kann...

Takdir, qada' dan qadar Allah masih lagi menjadi kunci dalam novel ini. Bagaimanapun ia digarap lebih baik dengan elemen ala-ala cerita dongeng dan romantis, unsur-unsur humor, keagamaan serta hakikat sebuah kehidupan. 

Kerana takdir Hana Sofea bagaikan bermimpi. Bertemu jejaka idaman hati yang dipendam 3 tahun lamanya di awangan. Meluangkan masa selama 13 jam bersama wp mrk sedar itu semua mengukir dosa. Kerana takdir, dia terpaksa menerima hakikat yang dia, Hana Sofea Ibrahim hanyalah girlfriend 4 jam, menjalin rasa bersama Syed Haydar Syed Nazim. Kerana takdir, dia juga bertemu dengan keluarga Fawwaz di awangan dan kemesraan terusan terjalin. Takdir menemukan dia dengan Muhammad Fawwaz Hussaini dan Emmel, menjadikan dia sbhgn dr keluarga itu. Takdir juga merubah hatinya. Melupakan keinginan hati yang membara bertahun dan menginsafi kekhilafan diri, mencari dan memperbaiki diri, cuba menjadi hamba-Nya yang lebih baik. Kerana hidayah Allah itu juga la dia menidakkan rasa hati setelah beberapa kali bertemu semula dgn Haydar.

Kembali ke tanahair semula dgn sebuah impian. Namun takdir telah tersurat untuknya. Antara Fawwaz dan Haydar. Antara hakikat hati dan hakikat takdir. Berusaha belajar meredhai takdir. Belajar menerima jawapan Allah yang selalu dipohon. Belajar mengemudi rasa hati yang diuji. Belajar tentang hakikat sebuah kehidupan yang telah ditentukan oleh-Nya. Hanya akal yang dapat berfikir kerana ujian itu adalah jalan untuk mengenal diri dan Allah. Allah 'memperkenalkan' Allah disebalik setiap ujian-Nya.

As usual baca sendiri novel ya. Kalau bagitau semua bukan la review namanya tp summary la kannn... X de la keinginan lagi nak baca nanti.

Secebis Rasa:
Kadang2 Allah memesongkan kita dari landasannya supaya kita mengambil pengajaran di atas kekhilafan itu dan lebih mendekatkan diri kepadanya. Dia juga yg akan memberi kita hidayah untuk lebih mengenali-Nya, lebih mencintai-Nya. Ujian-Nya dalam kehidupan dan pegangan kita terhadap agama-Nya bagaikan suatu short test utk kita. Menguji sejauhmana kepercayaan kita kepada-Nya. Andai lemah, mohonlah kekuatan. Andai gusar, mohonlah ketenangan dari-Nya. Hanya Dia yg berhak menentukan yg terbaik untuk setiap hamba-Nya. Kenalilah Dia. Cintailah Dia.Hakikatnya, apabila kita belum dapat menyintai Dia, itu petanda hati kita belum sempurna. 

Nota Tambahan:
Seminggu dah draft review ni. Tp hati masih x nak postkannya lagi. Memikirkan satu ayat yg tak terzahir dek akal tentang novel ni. Akhirnya last saturday terbaca review sis ni dalam fb. Agree with her. "A classic english romance novel". Itulah ayat yg sesuai! Because of her, uols can read my review today. Thks Sis.




Suka ke? Like la

13 Ogos 2013

10 Pesan Isteri 'Auf Ibnu Mihlam Asy-Syaibani Kepada Puterinya

Ibu mana yang tidak gembira apabila anak gadisnya akan mengakhiri zaman daranya. Sebagai seorang ibu, pastinya berharap agar si anak dapat memelihara dan menjaga rumah tangganya sebaik mungkin.Begitu juga yang pernah dilakukan isteri ‘Auf ibnu Mihlam Asy-Syaibani yang dikatakan ada memberi nasihat kepada puterinya yang akan bernikah dengan Raja Kindah. Beliau berpesan

“Puteriku, kini engkau meninggalkan tempat kelahiranmu menuju rumah baru dan orang baru yang belum pernah engkau ketahui keadaan dan wataknya. Maka, perhatikan baik-baik sepuluh perkara daripadaku supaya ia menjadi panduan hidupmu.”

Berikut adalah ringkasan pesanan beliau kepada anaknya agar menjadi isteri yang solehah:

1) Sentiasa menjadi pendamping suami, menerima segala kekurangan dan tidak membebankan suami.
2) Mendengar dan mentaati suami.
3) 
Sentiasa tampil menarik dan wangi untuk suami. 
4) Memberi layanan baik kepada suami, pelihara anak dan menjaga rumah tangga.
5) Mampu mewujudkan hubungan intim yang baik dengan suami.
6) Menjaga makan minum suami yang betul, tepat serta waktu tidur bagi elak emosi suami terganggu.
7) Sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal.
8) Amanah menjaga harta benda dalam rumah tangga.
9) Isteri tidak boleh membuka aib suami dan hal rumah tangga kepada orang lain.
10) Isteri kena jadi orang yang paling mengagungkan suami.

Begitulah pesanan bermanfaat dan cukup indah dititipkan oleh isteri ‘Auf Ibnu Syaibah kepada anak gadisnya.


Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

06 Ogos 2013

Selamat Hari Raya

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan;
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan




Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

05 Ogos 2013

Surprise frm Eve @ ER


Alhamdulillah... Sampai juga. Sekali 2 buah sampai hari Sabtu lepas. Puas menunggu order dari KS. Terbit je hari Isnin lepas, cepat-cepat order dek kerana nak sangat dapat signature Eve. Ein memang tak pernah kisah pun nak dapatkan signature penulis any novel sbbnya x suka sgt bersesak2 masa launching novel atau masa pameran buku. Tapi dah since Eve bagitau first 500 order dr KS akan dapat her sign, apalagi... amik kesempatan la kannn....

But its really surprise! Berhari2 tunggu novel-novel yang diorder dari KS, akhirnya dapat lagi satu free novel dari the author of 13 Jam A380, Evelyn Rose (ER) atau ein lebih suka panggil Eve je. Its really special sbb ada note special juga. Hinggakan anak2 nak sentuh pun x kasi.... hehehe gila kannn ibu dorang ni... tetiba je x kasi anak pegang buku. Padahal selalunya lagi suka kalau anak2 pegang buku dari pegang segala macam gadjet. Biasalah kalau dapat nota2 cenggini, rasanya bagai dalam hati ada taman. Padahal nota biasanya je kannn... Hati yang mudah tersentuh memang cenggini agaknya. By the way, thanks Eve for the surprise give! Bukan takat dapat novel free with special note and sign, but also a bottle of supplement and keychain from London.

Review? Ok baru je baca half. Belum habis lagi. Maklum la tengah sibuk untuk persiapan raya ni. Baju anak dara 3 sejoli tu pun baru je siap jahit kol 2 pagi tadi. For review, ein kena habiskan baca dulu. If tak dapat mencerap ilmu dan isi kandungan penting dalam novel ni, ein kena buat pembacaan untuk kali yg ke 2-4. Of course la review ein bukan macam review orang lain sbb its comes from my heart, my pemahaman terhadap novel tu. Its not apa yg uols boleh baca dari kulit belakang novel. I try to get uols touching when u read it. So be patient ok.

Salam Aidilfitri untuk semua. Semoga gembira bersama keluarga!

Suka ke? Like la

02 Ogos 2013

I'm the winner. Alhamdulillah...


Alhamdulillah.... Thanks Allah! Terima kasih Allah kerana menemukan ein dengan naskhah hebat Evelyn Rose, TWB. Dan kerana itu juga ein sentiasa follow blog Eve dan tergerak untuk menyertai contest ini. Terima Kasih Allah kerana membuka pintu hati ein untuk berkarya semula setelah hampir 20 tahun meninggalkan penulisan kreatif. Berkarya not mean for kepentingan komersil sahaja ya. Berkarya for me is nukilan or writing something kreatif for myself, orang2 terdekat dan orang2 yang sudi membaca dan menghargainya. Because I'm not a writer or karyawan. 
(Nanti balik raya nak tanya my moms kalau dia still ingat mana disimpan all my karya. Itu pun kalau ada lagi. hehehe... maklum la x de org support minat kita kannn... So kuburkan je la. Ok... dah start melalut pula ein ni. x mau ungkit cerita lama la. So sad!)

Now mood gembira! Alhamdulillah... Sujud syukur pun dah... Sebenarnya ein memang x harap pun nak menang. Just want to asah semula my bakat menulis yang telah lama dilupakan. Pisau pun boleh tumpul, minda pun boleh jadi beku. Apatah lagi nak jadi first winner. Mimpi la... Lagi2 nak menyambung karya penulis segenius dan sehebat Eve. 

Terima kasih Allah kerana memberi ein idea dan kekuatan untuk menulis. Tak tidur malam ein bila dapat idea tu. OTW gi kerja tu dlm lrt juga terus capai my mini ipad dan terus je taip sambung Bab 27 cerita 13 jam A380 tu. Taip pun semberono je. x de nak pikir2 bahasa2 sastera sangat la. Lepas buat proof reading terus pm Eve hantar pdf copy dan post kat blog.

Hmm.... tahniah kepada winners yg lain. Apa hadiahnya? Adalah.... since ein kerja private, x de la dpt bonus cam org kerja government kan... Its a duit raya for my parents. Dan paling best sekali dapat jumpa Eve. Sebenarnya malu nak jumpa Eve but tetiba rasa eager sangat. Tak tau kenapa ya... Hope dapat jumpa others winners juga dan hope tarikh yang Eve tetapkan tu sesuai ngan masa ein nanti.

Nota Kaki:
Mmg actually this week minggu kesedihan utk ein. Mungkin Allah beri kegembiraan ini, sebagai hikmah di sebalik kesedihan itu.
Pengajaran: Percaya kata hati... x tahu kenapa sejak 2 hari lepas feel mcm ada sesuatu ngan Eve. 
 


Suka ke? Like la