26 Ogos 2013

Dating With Author of TWB & 13 Jam A380

Alhamdulillah. Allah permudahkan segala urusan hari ini. Lunch date dengan Evelyn Rose @ Iman bersama dengan 2 winners lain iaitu Elyda, yg sebaya dengan my younger sister dan Salmiah yg sangat ceria dan selamba. Last minute, my lalink suruh drive sendiri. Hah!!! Mimpikah daku... Dibenarkan driving sejauh itu? Selalunya mcm susah je nak lepas. 

Ein percaya sesuatu yg berlaku pasti ada reasonnya. Kena drive sendiri x jadi masalah. Selagi minyak ada, redah je la. Setelah puas berteka-teki dalam perjalanan yg pjg tu, akhirnya sampai juga di Pullman, Putrajaya. Sampai je di lobi, terserempak ngan Elyda. Kami pun berbual mesra dulu sementara tunggu Eve @ Iman sampai. Pastu Salmiah pula muncul. Dia tanya, "Nak jumpa Evelyn Rose ke?". Direct & selamba kannn. Cool je. Yg kitaorg ni berdebar2 gila, mcm nak gi interview. Jantung macam nak pecah. Maklum la nak jumpa org popular la katakan.... 

Hah ni la kitaorg je... Kiri ein la teww, yg ayu tu Elyda dan yg selamba & ceria tu Salmiah.
(gambar Iman hy utk simpan ein ya. Ein menghormati privasi tuan punya diri)


Iman datang bersama 2 orang adiknya dan 1 adik ipar. Masa first time jumpa ingatkan Iman & Taqwa di kembar. Memang sebiji muka dorang. Rupa2nya Taqwa atau kami panggil Wawa ni adik Iman. Tp sifat peramah mereka ni lebih kurang sama. Hubungan mereka berdua ni mengingatkan ein kepada watak Hana & Hani dlm 13 Jam A380. Iman kecil je orgnya. Tinggi lebih beberapa inci je dr ein. Mcm watak Arianna Rose dan Hana sebagaimana yg digambarkan. Siapa lagi sorang yg dtg dgn Iman? Of course la mamat handsome yg Iman dah reveal kat fb page aritu. Ehem... Lupa plak nak tanya dah berpunya ke belum untuk korang. Hahaha.... Cuma sempat tanya dia kerja kat mana je... Hehe... Wartawan pencen mmg gini....

Nak tau tak kat mana tempat kitaorg dating. Of course la tempat Tengku Adam Kamil, Arianna Rose & Harith lunch dlm TWB. Ini la B's Restaurant, Pullman. Makanan semua ok cuma perut kami je yg tak termampu nak menampungnya. Hahaha..... Especially perut comel ein ni.


Ni kat pintu masuk b's restaurant ni

Hampir 3 jam kami chatting. Biasa la mula2 sesi suai kenal. Pastu la baru berbual mengenai 13 jam A380. Iman sharing idea dia menginspirasikan watak2 dalam novel tu. Watak Haydar rasa semua dah tau dr siapa kannn. Bila dia cerita inspirasi watak2 tu, ein rasa mcm dia dah plot je watak sblm buat cerita tu. Tp lupa plak nak tanya. Maklum la ein ni kdg2 boleh jd pendiam dan speechless tetiba. Yg paling best bila Iman bercerita mengenai watak atheis tu. Mungkin part tu yg paling menyentuh jiwa ein kot, pasal tu rasa cam best je. Dgn perkongsian pengalaman ni juga memudahkan ein memberi jawapan kpd persoalan sukar. (Wahidah & Nur'ain, wait for my answers)

Yg ni pula landskap (actually found this masa kuar dr koridor ke toilet. Must be ada pintu lain yg mengarah ke restoran ni)

Yg ni suasana dlm restaurant ni. X dpt capture dgn cantik atau zoom in sbb guna iphone older version :)

Tangga ni menghubungkan setiap aras bangunan ni

Hmm yg ni mengingatkan ein kepada menara pisa. Artistik sungguh rekabentuk Hotel Pullman ni. Konsep resort gitu.

Hah kalau pusing 90 darjah ke kanan dr posisi ni akan nampak landskap b's restaurant tadi. Jambatan ni menghubungkan bangunan b's restaurant ni dgn bangunan di mana terletaknya lobi. (Eh korang paham ke ayat belit2 ni)

Tangga tu la jalan ke b's restaurant. Hmmm... Gambar ni agak special sikit okay... Masa amik x perasan pula ada kelibat cik Evelyn Rose @ Iman kita ni.
(Ampun Iman... Kalau x suka akk delete.)


Hanya gambar dpt berbicara...


Secebis Rasa
Gembira sangat hari ni hingga sakit rahang dibuatnya. Gembira jumpa semua org. Hingga terasa diri muda bila bersama mereka. Bergelak tawa dan bergurau senda. Hilang stress seketika. Mmg ada reason pertemuan ini. Ein dan Elyda share same story pada usia yg sama wp usia kami jauh berbeza. X tau kenapa terasa dia bagaikan adik bongsu ein :)

*alamak lupa lagi nak bgtau Iman, yg kak ein rasa tinggi Hana dan Haydar mungkin lebih kurang tinggi kak ein ngan my lalink. Hihihi... Sorry miang kejap.


Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

9 ulasan:

  1. So sweet, tersentuh hati ;'D
    alhamdulillah... bersyukur dpt kenal kakak2 semua. very nice and lovely.
    its gonna be awesome day of the year. haha
    Love.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau boleh like kat blog mmg nak like komen adik akk ni. hope jgn lost contact ye lepas ni. lupa nak minta no phone smlm. tp dah add dlm fb pun kira ok la kannn

      Padam
    2. setiap pertemuan pasti ada kebaikannya, dan setiap perpisahan pasti ada hikmahnya :) in sha Allah kakak ku. nty sy PM yeh

      Padam
  2. Terima kasih kerana berkongsi cerita.... hari tu akak pun ada nak masuk contest tuk novel 13 jam A380 tu ... tak pandai nak karang buat pun setengah jalan ...... Tahniah dari akak Ein ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks kak. hmmm ein ada baca post yang tu kak. idea ni kdg2 dtg mcm air mengalir je. kalau dah beku x boleh nak buat apa.

      Padam
  3. einnnn please nak tgk gambar eve, private whatsapp boleh

    bestnya dpt jumpa dia & congrats, tina tak khatam lg jadi tak boleh nak komen apa pasal buku cuma ada org komplen ckp eve guna too much english, sorry eve kalau terbaca ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks tina. pasal penggunaan english tu depends la pada pembaca. Untuk novel melayu as long tak lebih daripada 30%, x jadi masalah. dan tgk juga preferences pembaca tu macam mana. Bagi ein mungkin sbb keperluan kerja ein dah terbiasa dengan artikel-artikel english kot sbb tu rasa x kisah sgt. Kalau kita nak mencari sesuatu yang baru dan nak sesuatu ilmu, mestilah kena berusaha lebih sikit. Just my one cent opinion. Peace!

      Padam
  4. Bestnya korang buat review segala.kita je yang mmg x mampu nk tulis blog (aka malas :p)

    Pengalaman yang best jumpa korang.hingga hari ini masih terkenang kenang dan senyum sorang2 ^_^

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda