19 Ogos 2013

Review: Novel 13 Jam A380 By Evelyn Rose




Second novel by Evelyn Rose ini memang tidak mengecewakan. Lebih sarat dgn ilmu berbanding first novel. Sgt "wow", hebat, dan diluar dari jangkaan. Kenapa ein katakan diluar jangkaan? Dari pembacaan awal di blog Eve, bab 1-bab 27, cerita ini bagaikan satu fairytales yg x mungkin akan diselitkan unsur2 keagamaan yg sebegitu sarat di dalamnya. Akal mengatakan, kalau ada pun hanya light sahaja. Tapi bermula bab 31 dan seterusnya sgt mengujakan. Malah ein sendiri menitiskan air mata bila membaca bait2 ayat tentang hakikat alam, hakikat dunia dan akal serta cinta terhadap Allah dan agama Islam. Eve berjaya menyampaikan keindahan Islam dan kecintaan terhadap Allah dgn baik sekali. 
(And its remember me about something and someone :). 

Don't judge the book by its cover! Actually dah beberapa orang usha novel ni dari tangan ein. Tapi bila baca tajuk je, terus dorang batalkan hasrat untuk terus membelek novel ni. Apalagi... ini la masanya pengulas tak bertauliah ni menjalankan tanggungjawabnya kann...

Takdir, qada' dan qadar Allah masih lagi menjadi kunci dalam novel ini. Bagaimanapun ia digarap lebih baik dengan elemen ala-ala cerita dongeng dan romantis, unsur-unsur humor, keagamaan serta hakikat sebuah kehidupan. 

Kerana takdir Hana Sofea bagaikan bermimpi. Bertemu jejaka idaman hati yang dipendam 3 tahun lamanya di awangan. Meluangkan masa selama 13 jam bersama wp mrk sedar itu semua mengukir dosa. Kerana takdir, dia terpaksa menerima hakikat yang dia, Hana Sofea Ibrahim hanyalah girlfriend 4 jam, menjalin rasa bersama Syed Haydar Syed Nazim. Kerana takdir, dia juga bertemu dengan keluarga Fawwaz di awangan dan kemesraan terusan terjalin. Takdir menemukan dia dengan Muhammad Fawwaz Hussaini dan Emmel, menjadikan dia sbhgn dr keluarga itu. Takdir juga merubah hatinya. Melupakan keinginan hati yang membara bertahun dan menginsafi kekhilafan diri, mencari dan memperbaiki diri, cuba menjadi hamba-Nya yang lebih baik. Kerana hidayah Allah itu juga la dia menidakkan rasa hati setelah beberapa kali bertemu semula dgn Haydar.

Kembali ke tanahair semula dgn sebuah impian. Namun takdir telah tersurat untuknya. Antara Fawwaz dan Haydar. Antara hakikat hati dan hakikat takdir. Berusaha belajar meredhai takdir. Belajar menerima jawapan Allah yang selalu dipohon. Belajar mengemudi rasa hati yang diuji. Belajar tentang hakikat sebuah kehidupan yang telah ditentukan oleh-Nya. Hanya akal yang dapat berfikir kerana ujian itu adalah jalan untuk mengenal diri dan Allah. Allah 'memperkenalkan' Allah disebalik setiap ujian-Nya.

As usual baca sendiri novel ya. Kalau bagitau semua bukan la review namanya tp summary la kannn... X de la keinginan lagi nak baca nanti.

Secebis Rasa:
Kadang2 Allah memesongkan kita dari landasannya supaya kita mengambil pengajaran di atas kekhilafan itu dan lebih mendekatkan diri kepadanya. Dia juga yg akan memberi kita hidayah untuk lebih mengenali-Nya, lebih mencintai-Nya. Ujian-Nya dalam kehidupan dan pegangan kita terhadap agama-Nya bagaikan suatu short test utk kita. Menguji sejauhmana kepercayaan kita kepada-Nya. Andai lemah, mohonlah kekuatan. Andai gusar, mohonlah ketenangan dari-Nya. Hanya Dia yg berhak menentukan yg terbaik untuk setiap hamba-Nya. Kenalilah Dia. Cintailah Dia.Hakikatnya, apabila kita belum dapat menyintai Dia, itu petanda hati kita belum sempurna. 

Nota Tambahan:
Seminggu dah draft review ni. Tp hati masih x nak postkannya lagi. Memikirkan satu ayat yg tak terzahir dek akal tentang novel ni. Akhirnya last saturday terbaca review sis ni dalam fb. Agree with her. "A classic english romance novel". Itulah ayat yg sesuai! Because of her, uols can read my review today. Thks Sis.




Suka ke? Like la

13 ulasan:

  1. amboi ein.... skrg dah rajin review novel ya... kira2 ni dah start balik ngadap novel lah ni hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha dah lama sebenarnya ngadap novel balik kak izah. since dak umar dah besar sikit ni. cuma lately je think about the review dan ein pilih yg menarik je. Kalau ada masa ein nak review novel2 lain yg dah lama baca tu.

      Padam
  2. suka sngat dengan review kak Ein...menusuk ke kalbu bila baca...zati dah baca A380...rasa nak tulis review tapi tak tertulis-tulis lagi...kena ambil masa gak lah nak siapkan luahan perasaan lepas baca A380...mmg novel2 Evelyn Rose sngatlah bestt!...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm kalau bolek like, dah lama like komen Izzati Aisyah ni. thanks dik. Cepat2 tulis review tu ye. Akk pun nak jengah juga :)

      Padam
  3. Salam Ein ...
    Ein orang pertama buat review tuk novel ni ... akak dah baca novel 2 kali ... nampaknya ramai lagi yg belum baca .... kalau kat group TWB sekarang ni tengah demam Faliq .... novel Eve kali ini memang Hot....

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam kak,
      ein pun baca hampir 4x baru dapat siapkan review ni. ein pun mcm akk ada style tersendiri buat review sesuatu novel. Itulah kuasa kita sebagai penulis review. Kita tulis dari hati, apa yg kita rasa.

      Padam
    2. sekarang ni akak jarang updated review novel ... mungkin sibuk sikit .... buat pun perlahan2 novel yg tak baca pun dah bertimbun ... mana yg suka baca dulu hehheehh. akak bukan pandai sangat buat review sekadar suka2 je ...

      Padam
  4. tp ein mmg suka review yg akk tulis. lain dari lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Ein... tunggu review versi akak pulak nanti .... hihihihi

      Padam
  5. Novel yang hebat. Betul-betul sarat dengan ilmu. Uji amat suka karya kedua Evelyn Rose ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. penulisnya pun penuh ilmu di dada. semoga dia dlm berkongsi ilmu yg ada di novel seterusnya. Mengenali dia, membuatkan ein terasa terlalu cetek ilmu di dada

      Padam
  6. novel yg bagus...tp for 1st time baca x abes...sgt kecewa bila fawaz bkn pilihan...knp mesti nk sama ngan TWB gak...lelaki pertama..lelaki tu la mesti jd husband...
    thumbs up bab islamic...tu mmg kelebihan miss evelyn...

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda