27 Ogos 2013

SMTJB I Miss U

Mengingati zaman persekolahan yang sudah hampir 18 tahun ditinggalkan.Hmm... Pernah tak kita terfikir kenapa la masa kita melaluinya sedikit pun kita tidak merinduinya. Malahan kalau boleh kita mahu meninggalkannya sepantas mungkin. Segala yg dilalui terasa bagaikan satu tanggungjawab yang sangat berat padahal tanggungjawab yg sedang kita pikul pada usia sekarang adalah lebih berat daripada itu. Pernah tak kita terfikir apa yang telah kita lalui pada masa lalu adalah sekadar ujian picisan untuk kita melalui ujian yang lebih besar di masa hadapan. 

Reunion semula rakan-rakan kelas A2 SMTJB '95, membuatkan ein terfikir itu semua. Usaha mamat poyo masa sekolah dulu, Zainal Jemahal atau kami kenali sebagai Enal sgt ein hargai. Walaupun tak dpt kumpul semua, hanya dalam 90% pun amat memadai. Kami semua dpt bermesra dan bertukar pendapat serta berkongsi ilmu dan pengetahuan melalui group whatsapp yg diwujudkan semata-mata untuk tujuan itu. Yg x ada whatsapp pun cuba mengadakan. hihi...

Hah ni la lambang SMTJB.


Kenapa ein rasa saat itu sangat berharga? Sebagai warga aspuri, sudah tentu banyak yang dipelajari. Bukan sekadar pengisian duniawi tetapi juga rohani. Tertanya-tanya juga adakah SMTJB masih seperti dulu, atau sama je dengan sekolah-sekolah lain sekarang. Dulu kami selalu rasa macam x mo tinggal kat asrama. Jadi outsider je lebih baik. Bebas sikit. Tak terikat sangat dengan segala macam peraturan.

Kenapa ein cakap macam tu? Rutin harian. Bangun seawal 4:00 - 5:00 pagi untuk mandi dan bersiap-siap solat subuh berjemaah. We all wajib solat jemaah 5 waktu okay... tidak dibenarkan sesekali solat di dalam dorm kecuali sakit! Strict tak? Stress gila masa tu. Nak2 yg lemau sikit nak solat. Lepas solat subuh, kelam kabut balik dorm siap-siap nak breakfast dan gi sekolah plak. Balik sekolah around 2:30 petang. Gi surau lagi solat jemaah dan make sure kol 3:00 dah siap2 ada kat bilik prep. 

Masa tu bilik prep kat asrama x cukup, so dorm ein kena prep kat sekolah. Makanya terpaksa la berjalan ke sekolah. Part ni yang paling x suka. Sebab konsep aspura dan aspuri ni kalahkan sekolah agama. Kalau nak cakap ngan budak lelaki pun kena pandang2 kiri kanan. Mesti ada teman. Maklum la dinding pun boleh bercakap. Faham tak maksudnya... Hmmm makanya nak ke sekolah ni, pastinya akan melalui asrama putera atau aspura. Mereka ni apa kisah. Memang nakal habis. Selalu pekenakan kami bebudak aspuri. Kadang2 tu memerah muka sampai kat kelas sebab kena usik. Apa dorang suka buat? Hmmm kadang2 dorang intai je bila aspuri lalu. Pastu tetiba je dorang booo kat kitaorg tanpa reason. Kadang2 dorang sembunyi sebalik bangunan dan sergah kitaorg. Yg macam ulat bulu naik daun pun ada. Mengusha tak ingat. Tapi semua tu dorang buat masa warden tak de. Bila warden ada, sure dorang baik gila. Mengalahkan malaikat. 

Ok sambung balik. prep ni kejap je. Dalam kol 4:30 - 5:00 petang dah habis. Balik asrama, minum petang dan siap-siap solat asar berjemaah. Lepas solat aktiviti bebas. Suka hati la. Tapi seminggu sekali mesti ada giliran aktiviti membersih kawasan waktu camni. Masa ni la nak tergolek ke, nak ngumpat ke atau nak gi merewang kat dorm kengkawan. 

Tapi make sure sebelum maghrib mesti dah ada kat surau balik. Time cenggini ein mesti make sure tak terlalu lambat sampai surau sbb nak chop tempat yg selesa sikit. Mana lagi kalau tak tempat paling dekat ngan kipas (dulu mana ada aircond) dan kat hujung sekali dan bukan saf paling belakang sekali. Haaa cerita pasal saf ni, teringat satu citer lucu. Adalah suatu hari tu masa tgh solat tu, angin kuat sangat sehinggakan tabir pemisah antara perempuan dan lelaki tu terbang. Masa tu memasing tgh sujud. Bangun je dari sujud, sekali yg kat saf depan tu dah masuk bahagian lelaki. Malu gila yang duk saf depan tu bila bagi salam. Maklum la masa tu la dapat nengok muka-muka suci abang2 senior direct face to face. Pastu ngan muka cuaknya lagi. hehehe...

Pas maghrib tu, kelam kabut lak gi makan malam terus gi prep kat sekolah. Time ni memang paling trill sebab waktu malam berjalan kat sekolah. Kadang-kadang budak aspura ni memang nakal. Saja je tutup suis lampu. Kadang-kadang takut-takutkan kitaorg ngan lembaga2 putih la atau bunyi2an ngeri. Nasib ada yang tak kena tendang ke penumbuk. Paling haru kalau kena peluk. hehehe.... nasib x de. Kena sergah jangan cakap la. Tu memang aktiviti kerap. Kalau sakit jantung, dah lama kena amik ubat.

Balik prep dalam kul 10:30 malam gitu. Terus gi super then siap untuk solat isyak berjemaah. Ingat lagi, ein selalu lepas isyak tu suka bertandang lama2 kat surau. Dok dkt2 ngan tirai. Hehehe... ni rahsia... sebenarnya suka sgt dengar suara2 merdu mengalunkan ayat2 suci. Tak tau la milik siapa suara tu sebenarnya. Yg pasti selama 2 tahun suara tu tetap ada. Ehem... dengar suara je, jiwa pun tenang. Tapi tak la sampai jatuh cinta ya. Jangan salah intrepretation tau. 

Sebelum tido, aktiviti wajib lagi... Baca yassin beramai-ramai. So by 11:30 semua mesti wajib berkumpul kat dorm. x leh duduk lagi kat surau atau merewang dorm orang lain. Teringat masa form 4. Masa tu semua senior ada kursus kat luar. So kitaorg cenggelat la x baca surah yassin malam tu. You know what??? Something happen that night, but hanya org tertentu je yg mengalaminya. Org yg tidur mati mcm ein ni mmg x tau apa2. Atau pun mungkin nasib menyebelahi ein malam tu. Wallahualam. Esok malamnya tu kena berkonfrontasi plak ngan kakak senior dorm. Huhuhu... sebab kes tu la, kena marah sebab meninggalkan acara wajib tersebut. x tau pula benda camtu pun memberi kesan. Sejak aritu, ngantuk ke, malas ke, at least mesti ada 2-3 org yg dok tgh dorm tu baca surah yassin sblm tido. Pukul 12:00 tgh mlm, lampu dorm wajib tutup. Kalau tak siap apa2 lagi, buat la semuanya dalam samar lampu koridor tu.

Begitu la rutin harian seorang pelajar yang tinggal di aspuri. Aspura tak tau la pulak camna kannn. Huh panjang citer ni, belum citer lagi aktiviti hujung minggu. Ada lagi ni... Biasanya hujung minggu, pagi2 lepas subuh akan baca al-matsurat dan lepas Isyak tu mesti ada solat sunat. Kadang sunat taubat la, hajat la. Kalau ada sebarang kejayaan yg diperolehi dlm apa2 je aktiviti, mesti ada sujud syukur. Solat subuh setiap hari Jumaat special sikit. Sebab ada sujud sajadah. Masa ni la ramai yang terlelap dalam solat menunggu imam habis baca ayat sajadah ni hingga part sujud tu. Huhu rindunya nak buat sujud ni. Tapi nak buat camna, imam saya pun tak hafal surah ni. Beruntungnya siapa yg dapat suami tahfiz kannn.... (baru realize yg biras sy seorang tahfiz rupanya. mmg sesuai la mrk kan ustazah & ustaz). Tak habis lagi... Malam jumaat cam biasa wajib ada bacaan yassin. Ceramah atau tazkirah. Jangan cakap la. memang banyak. Pantang hari cuti. Memang banyak aktiviti surau ni. Kadang2 sehingga merasakan diri terpaksa sertai semua aktiviti ni. Selagi tiada pelawat, mmg wajib sertai tu semua. Huh.... panjangnya story mory ni. Ni baru kat asrama. Belum lagi citer pasal sekolah kannn. x pe la yg tu lain kali je.

Sebenarnya, bila dah meninggalkan sekolah ni barulah masing2 menghargai semua tu. Aktiviti2 tu semuanya membentuk rohani kita. Mendidik kita supaya lebih kuat dalam menempuhi masa depan. Lebih kuat menangkis segala macam dugaan mendatang. Mengukuhkan iman, pegangan dan sahsiah diri. I really miss u smtjb!

Jom kita google gambo plak. Ni semua ihsan pakcik google. Ingat nanti balik JB kena buat site visit la.  


Ha dewan ni masa ein habis belajar baru je nak bina. Tak merasa guna. Teringin nak masuk satu hari nanti.

Cantik dah warna dia sekarang. Dulu warna putih biru.

Google punya google... Hah amik ko. Jumpa muka sendiri masa form 4

Sila cari sendiri mana penolong ketua tingkatan. Hah tu la ein. hehehe...




Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

3 ulasan:

Sila tinggalkan komen anda