30 Ogos 2013

Chinese Physician @ Tabib Cina

Selama ni ein selalu didedahkan dengan perubatan Islam dan Ayurveda saja selain perubatan moden. Petang smlm x semena2 terinvolve dengan perubatan cina pula. Actually this entry hanyalah sbg notes utk diri sendiri. Manalah tau memerlukan perubatan cina suatu hari nanti. 

Berikut adalah tpt tabib cina ni beroperasi. Ni je yg dpt ingat. x de gambo rumah tempat pengamal perubatan tersebut sbb benda x disangka. Kuar ofis pun terburu-buru. x de bahan bukti lain yg diambil. hehehe... Pengamal perubatan cina pun ada lesen okay... 

Landmark simpang nak ke rumah tabib ni adalah signboard klinik kesihatan. tu je yg ein ingat. Masuk lorong tu, rumah no. 2 sebelah kiri. Waktu operasi klinik dibuka isnin hingga sabtu 10:00 pagi hingga 5:00 ptg, 7:00mlm hingga kol berapa x ingat. Ahad pun buka dr 10:00 pagi hingga 12:00tghari dan 7:00 mlm hingga x ingat juga kol berapa. 


Sepanjang berada di sini, ein dah survey sekitar klinik ni. byk juga pokok-pokok ubat yang ditanam disekeliling rumah. Adalah beberapa jenis yang ein kenal sebab my mother ada taman mini yang berkaitan tumbuhan-tumbuhan begini. Klinik ni bukannya proper klinik. Macam klinik kampung je... Tapi pesakit tabib ni multi races dan sentiasa ada yg bertandang untuk dapatkan rawatan.

Semuanya bermula begini... Dlm kol 6 gitu dptlah call dr kakak cleaner ofis. Masa tu tinggal 3 org je kat ofis. Maklum la ofis kecik. 2 org gi seminar, bos & Shirley (mak buyung) dah balik. Panik jap bila kak Nor telefon dan kata dia accident dan kaki patah. Ada somewhere around persimpangan pasar pg dan jln seksyen 17. Makanya tiada siapa yg tahu bab2 pasar ni melainkan ibu dan isteri mithali ni... (Ewah.... Perasan je kannn). Maka ein dan Mike (opismate merangkap suami Shirley) bergegas kuar ngan Toyota Camry dia yg superb tu. Landmark yg Kak Nor ni bg adalah bawah pokok. mak ai... Byk pokok tu, spjg kaw pasar pagi tu.  Nasib tukang bawa ketanya penyabar. Segala jenis pokok diperatikan. Cari punya cari, akhirnya jumpa juga. Kalau dia cakap kat persimpangan dkt dgn KDU kann senang...

Sampai je kat sana dah ada beberapa org berkumpul. Driver bas rapid yg dia naik  tu pun ada sekali. Driver bas tu mmg bertanggungjawab. Nak bawa dia gi hospital, tp kak Nor ni degil. x mo gi. suruh hantar balik umah je. Apa ke hal nak hantar je umah dgn kaki patah gitu. Mmg dah bengkak sgt tu. Since kitaorg dah ada dan suami Kak Nor ni insist nak bawa gi tabib cina, so kitaorg berdua ni tunggu je la. Kitaorg suruh driver bas tu balik je la. Kesian penumpang lain yg kena tunggu tu. Actually bukan salah driver bas tu pun sbb kak Nor ni insist nak turun bukan kat tpt sepatutnya. Tau la bas rapid ni bukan mcm metro. Semberono je nak berenti. Tak tau la apa kejadian yg sebenarnya. Hanya kak Nor dan pemandu bas ni je yg tau. Saksinya adalah penumpang bas. 

Tunggu punya tunggu, suami dia pun sampai ngan kawan dan tunjuk arah kat kitaorg jln ke rumah tabib cina tu. waktu peak hour tu... Jln sesak. Ngikut motor kekdahnya. Nasib terikut... Hah tabib cina ni nampak je loko tp siap ada sedia wheel chair okayyy....Dengar cerita tabib ni memang dah lama. Ada pakcik tu citer, tabib tu buka klinik kat situ since dia muda lagi. Tabib ni kata nasib terus datang sbb kalau baru lagi, senang dia nak ubat. Dia pegang2 je dah tau patah. Dia kata kalau nak x-ray dulu pun boleh tp kena gi klinik perubatan moden la dulu. Bagus tabib ni, tidak menidakkan perubatan lain. Paling cepat pun amik masa 6 minggu baru baik katanya.

Maka ein terpaksa la bermaghrib kat klinik tabib cina ni. Azan maghrib pun jelas kedengaran dr klinik ni. Hehe... nasib bercuti, x yah risau nak cari surau. Dalam kol 8 lebih baru segala2nya settle. Hantar Kak Nor balik ke rumahnya di Sungei Way pastu balik ofis semula ambil barang kitaorg dan close office dengan cara yg sebenar2nya. Hehe... Nasib la smlm Mike balik rumah parents dia di Cheras. So dia hantar ein balik terus ke rumah. Sampai rumah anak dah terlompat2 tunggu. 

Mesti korang pikirkan kenapalah si Mike ni rajin beno hantar ein sampai umah. Pastu x marah ke en lalink tu. kannn... Sebenarnya kami ni satu office mmg close each other. En lalink pun mmg kenal semua kawan2 opis ein sbb berapa org la sgt. leh kira ngan jari. Lagi pun sebagai isteri mithali kann kena bgtau setiap aktiviti kita kat luar. Untuk membina kepercayaan kita kena percayakan orang. dan untuk mendapatkan kepercayaan jangan sesekali break the trust. Kadang2 tu sampai segan ngan Mike dan Shirley ni. Si Mike ni mmg bertanggungjawab. Untung Shirley tu dpt husband camtu. 

Oklah kalau korang rasa2 nak gi jumpa tabib ni tp rasa2 cam x sure kat mana, Sila contact ein. Insya Allah ein rasa2 ingat tempat ni since mmg dekat ngan opis.

Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

7 ulasan:

Sila tinggalkan komen anda