23 Ogos 2013

Resepi Pankek Marvellous

Pagi2 yg suram ni ein saja je nak share resepi pankek yg marvellous ni. Sebenarnya dah byk resepi ein try. Tp yg ni yg anak2 paling suka. X yah susah2 nak sapu butter ke, madu ke, maple syrup ke, coklat ke. Just makan gitu je dah sedap. Tau la bebudak ni kannn, kalau makan x suka benda2 yg menyusahkan dirang. Tau lepas baca bismillah tu, boleh terus ngap dalam mulut, kunyah2, dan telan. 


Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum @ tepung naik sendiri
2 sudu kecil baking powder
2 1/2 sudu gula perang
1/2 sudu kecil garam
1 cawan susu
1 biji telur
3 sudu unsalted butter yang dicairkan 
(kalau butter biasa, x yah buh garam)

Cara-cara?. Hahaha mudah je bagi seorang ibu yang bekerja ni kannn. Memang x de masa nak buat step by step. Buh je semua dalam blender, then blend sampai sebati. Pastu masak atas pan. Makan gitu je dah sedap. Nak sedap lagi, masa masak boleh la taburkan chocolate chip ke atau chocolate rice. Sure anak2 uols suka. Nak2 bila chocolate tu ada melt sikit. 

Hmmmm sedapppppppp.... Bak kata dak Umar, "dap... dap...". Teringat pula la kat Umar Lutfi kat rumah yang boleh habiskan 2 keping pankek ni.... Teringat juga kat Anish yang tanya, "Ibu, sepatutnya makan macam mana pankek ni. Selalunya makan ngan syrup ngan butter ke?". Ein senyum je. Kita yang makan dia anak-anak. Pandai-pandai la kita improvisasikan makanan yang kita nak masak dan makan walaupun ibu ni bukannya chef :)


Suka ke? Like la

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda