skip to main |
skip to sidebar
10 Pesan Isteri 'Auf Ibnu Mihlam Asy-Syaibani Kepada Puterinya
Ibu mana yang tidak gembira apabila anak gadisnya akan mengakhiri zaman daranya. Sebagai seorang ibu, pastinya berharap agar si anak dapat memelihara dan menjaga rumah tangganya sebaik mungkin.Begitu juga yang pernah dilakukan isteri ‘Auf ibnu Mihlam Asy-Syaibani yang dikatakan ada memberi nasihat kepada puterinya yang akan bernikah dengan Raja Kindah. Beliau berpesan
“Puteriku, kini engkau meninggalkan tempat kelahiranmu menuju rumah baru dan orang baru yang belum pernah engkau ketahui keadaan dan wataknya. Maka, perhatikan baik-baik sepuluh perkara daripadaku supaya ia menjadi panduan hidupmu.”
Berikut adalah ringkasan pesanan beliau kepada anaknya agar menjadi isteri yang solehah:
1) Sentiasa menjadi pendamping suami, menerima segala kekurangan dan tidak membebankan suami.
2) Mendengar dan mentaati suami.
3) Sentiasa tampil menarik dan wangi untuk suami.
4) Memberi layanan baik kepada suami, pelihara anak dan menjaga rumah tangga.
5) Mampu mewujudkan hubungan intim yang baik dengan suami.
6) Menjaga makan minum suami yang betul, tepat serta waktu tidur bagi elak emosi suami terganggu.
7) Sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal.
8) Amanah menjaga harta benda dalam rumah tangga.
9) Isteri tidak boleh membuka aib suami dan hal rumah tangga kepada orang lain.
10) Isteri kena jadi orang yang paling mengagungkan suami.
Begitulah pesanan bermanfaat dan cukup indah dititipkan oleh isteri ‘Auf Ibnu Syaibah kepada anak gadisnya.
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
Suka ke? Like la
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen anda