30 September 2013

Yuk Layan : Ayuh Tinggalkan Dia - Encik Mimpi

Dah sebulan lebih rasanya dok melayan lagu ni dari Encik Mimpi. Suaranya subhanallah gemersik, lemak merdu. Tergoda.... hahaha boleh gitew... 

Tapi kannn kalau la Encik Mimpi terserempak ngan post ni, ein ada satu request dari Encik Mimpi. Please la teruskan usaha murni Encik Mimpi ni melalui lagu-lagu tapi please la juga tukarkan tajuk lagu ni kepada "Ayuh Lupakan Dia". Rasa bunyinya lebih suci lagi murni dari "Ayuh Tinggalkan Dia". Bunyinya cam kejam sangat menghasut orang yang kita suka tu tinggalkan kekasih hati. 

Ein sangat suka lagu ini dari banyak2 lagu Encik Mimpi. Liriknya menyentuh sampai ke jiwa. Yuk la kengkawan kita layan sesama.





Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

Tinta tak bertajuk #4

Dalam cinta ada bara yang menyala
Dalam cinta ada irama yang berlagu
Dalam cinta ada bahagia
Dalam cinta ada ceria
Dalam cinta ada keindahan
Dalam cinta ada kedamaian
Dalam cinta ada pengorbanan
Dalam cinta ada cemburu
Dalam cinta ada rindu
Dalam cinta ada luka
Dalam cinta ada derita
Dalam cinta ada sendu
Terusan merindu...

*hakcipta terpelihara
~Ein Lynn~


Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!


Suka ke? Like la

27 September 2013

Saya Bukanlah Penulis

Thanks Pakcik Google

Ein bukanlah seorang penulis tetapi ein memang minat menulis sejak dibangku sekolah lagi. Quote kat atas tu menggambarkan diri ein. Tidak dinafikan sejak kebelakangan ni, ein memang sangat aktif menulis, mengarang dan mencatit apa saja yang terfikir di benak ini. Dan banyak juga ayat-ayat sastera telah dipostkan dalam facebook ein sehingga seorang kawan bertanya sama ada ein ni sebenarnya nak buat buku ke apa? Hahaha... Its my passion since my teenager. Cuma sejak ein menang beberapa contest penulisan, encik lalink baru bagi support. So pucuk di cita ulam mendatang la kannn. Semakin banyak idea tu mengalir. 

Ein bukanlah seorang penulis kerana ein sedar daya kemampuan ein berfikir dan berimaginasi belum mencapai tahap seorang penulis yang sebenarnya. But... kata orang "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan." Yes... i was a journalist before. Tetapi pengalaman yang seciput itu tidak akan membantu. Tambahan lagi pengalaman itu telah direncahkan dengan banyak perkara-perkara negatif dalam bidang penulisan, yang mungkin tidak ramai orang lain sedar. If i want to be a writer, ein mahu menjadi seorang penulis yang berkongsi ilmu, pengalaman dan apa saja yang baik-baik untuk para pembaca ein. Pendek kata menjadi seorang penulis yang bertanggungjawab. 

Ein akan terus menulis untuk mereka yang tersayang... untuk mereka yang ada disekeliling... dan untuk mereka yang sentiasa sudi membaca. Semuanya ikhlas datang dari hati dan jiwa. Terima kasih kepada mereka yang telah menghargai hasil-hasil penulisan ein terutama sekali pada mereka yang memang telah dianggap professional dalam bidang ini. Terima kasih... Ein memang sangat terharu dengan penghargaan uols! Mungkin suatu hari nanti, bila diri ini bersedia, ein akan berdiri berdampingan dengan uols. Doakan je la ye... kalau Allah izinkan.



Suka ke? Like la

26 September 2013

Contest: Blurb untuk novel Dia Imamku - Najwa Ulfah

NUR INSYIRAH... Dia menerima hakikat dan yakin dengan mimpi-mimpi yang bertandang. Mimpi yang membuatkan dia merasa debaran di dada dan rasa bahagia. Mengharap pengertian mereka yang terdekat. Mengharap mimpi menjadi nyata. Ibarat impian bahagia dalam hikayat-hikayat dongeng lama.

“Mengarutlah semua tu, Insyirah” - Ashraf

“Memang mainan tidur semata-mata but I wish somehow, it’ll come true.” - Insyirah


Mengimbau memori silam, yang manis terpahat di hati, yang pahit meninggalkan kesan di dahi...


“Putera beradu, bangunlah dari tidurmu. Aku sudah mengucupmu jadi segeralah kamu sihat dan bangun seperti biasa supaya kau boleh kahwini aku.” - Insyirah


MUHAMMAD NAUFAL... si dia yang kelat-kelat masam, manis-manis gula kapas, gedik-gedik manja, penyejuk hati, pendamai jiwa telah lama membenih cinta dan menyemai rasa.


“Putera beradu dah bangun dan putera dah bersedia nak kahwini puteri,” - Naufal

Jodoh ekspress yang tidak diduga. Terbitkah putik-putik cinta, bersatu mekar menguntum di taman hati bila hati sering disakiti dan diusik kesinisan si dia.

"Orang tak kira. Awak setuju atau tak, orang nak kita kahwin. Biar orang je jaga awak!” -Naufal


“Tapi angah tak cakap lagi angah nak kahwin ke tak dengan Naufal tu.” - Insyirah“Dia kan pencinta terhebat tak macam orang?” - Naufal

“Aku masih sukakan kau, tetap sukakan kau dan akan sentiasa sukakan kau,” - Ashraf

Tell him to stop! He won’t get you. I’ll never let you go! Takkan pernah sekali abang akan lepaskan Insyirah!” – Naufal

Mampukah kasih bersemi saat berjauhan. Mampukah kasih dipertahan saat cemburu menguasai keadaan. Wujudkah kesetiaan apabila mereka, si dendeng datang mengendeng...


*Hakcipta Terpelihara
 ~Ein Lynn 260913~
Hanya untuk Najwa Ulfah dan penerbit Dia Imamku yang bakal diterbitkan. 
Bila? kena tanya cik pengarang sendiri ya.


Secebis Rasa
Hmmm berhari-hari mengenang macam mana nak buat blurb novel ni. Tidur pun tak nyenyak dek kerana memikirkan Insyirah & Naufal :). Akibatnya siang macam dapat virus mengantuk di ofis. Alhamdulillah dan terima kasih Allah kerana sentiasa memberi minda ini bergerak dan berfikir. Terima kasih di atas pertunjuk-Mu ya Allah.

Malam tadi encik lalink masuk bilik tanya, dah tidur ke? Hehehe... dengan tersengih ala-ala kerang busyuk, daku menjawab. "Belum lagi bang, tgh siapkan karangan. Nak masuk contest lagi." Si dia hanya senyum saja. Maklum la supporter la kannn. Hahaha tu... dia tak tahu lagi yg isteri dia boleh terjaga tengah malam setiap hari dek kerana minda bekerja walaupun tido. Bangun dan capai handphone terus menulis kat note, pastu sambung tido balik. Kelakar rasanya kehidupan diri ini... 


Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

25 September 2013

Tinta Tak Bertajuk #3

Mampukah segunung kasih melenyapkan sebuah kebencian yang telah bersarang
Mampukah selaut rindu memaafkan kesalahan yang menghiris jiwa
Mampukah bibir terus menipu kata hati yang merasa
Mampukah jiwa terusan ditikam kerana ego mengatasi segala

*hakcipta terpelihara 
~Ein Lynn 240913~

Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!



Suka ke? Like la

18 September 2013

Warkah Buat Sahabat

Buat awak...

Awak... Sebenarnya saya dah lama rindukan awak. Rindu tika susah senang bersama. Rindu tika berkongsi ketawa dan air mata. Masing2 sentiasa ada tika sihat dan sakit. Tak tau mana silapnya, ikatan erat semakin renggang bila awak ada dia. Saya tahu awak kecil hati sbb saya yg mulakannya dulu. But i do it for ur good. Dia pun tahu. Kalau 3/4 dr masa kita sentiasa bersama, bila pula masa awak dpt meluangkan masa bersamanya. Tp sy masih habiskan separuh masa sy bersama awak kannn. Saya sentiasa curi masa tika awak tak bersamanya. Awak tetap sahabat yg sgt saya sayangi. 

Awak... Minggu lepas saya nampak awak di stesen lrt. Saya pasti itu awak. Awak masih comel dan saya kenal cara make up awak tu. X berubah sikit pun. Cuma awak kurus sikit berbanding dulu. Bila pintu lrt terbuka dan saya nampak awak, saya senang hati dan terus meluru mendapatkan awak. Tapi saya sendiri tak mengerti kenapa saya tiba2 matikan langkah ini tika hanya tinggal beberapa tapak mendekati awak. Mungkin Allah tidak mengizinkan kita bertemu tika ini.

Awak... Maaf sbb saya dpt tau yg awak dah divorce dgn dia. Saya mmg x sangka sbb awak dan dia kann lovey dovey couple dulu. Saya x percaya cakap kawan2 kita. Tp akhirnya saya terima kenyataan itu bila dia sendiri jumpa cik abg saya bercerita. Saya x mau tau siapa yg salah. Awak sendiri tau kannn cik abg saya tu pantang dgn isteri yg nusyuz. Pengalaman dia yg buat dia benci dgn perempuan begini. So saya x boleh byk tanya. Cuma saya sedih, saya tak ada bersama awak tika ini. Saya sedih saya tak tau cerita dr pihak awak pula. Tp kiranya awak perlukan saya, saya sentiasa ada untuk awak. Bahu saya sentiasa bersedia untuk awak sandarkan segala rasa yg ada. Saya mahu kita akrab seperti dulu. Saya rindu...

Dr saya sahabat awak



Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

17 September 2013

Al Tahzan (Janganlah Bersedih): Perkongsian Ilmu oleh Dr Aidh Al Qarni

Actually ein mendapat undangan daripada ex classmate pd 8 September lalu. Oleh kerana ceramah ni di Shah Alam dan malam Ahad, maka tak boleh la nak pergi mengajak en lalink dan mengangkut bala tentera sebab esoknya memasing kena ke sekolah. Alhamdulillah mereka sudi berkongsi ilmu daripada ceramah oleh Dr Aidh Al Qarni, seorang penulis buku motivasi Islam dan penulis buku best seller, La Tahzan (Jangan Bersedih).

Dr Aidh bin Abdullah al-Qarni dilahirkan pada tahun 1379H di perkampungan al-Qarn, sebelah selatan Arab Saudi. Beliau berasal dari keluarga Majdu’ al-Qarni. Memiliki ijazah kesarjanaan dari Fakulti Ushuluddin Universiti Islam Imam Muhammad ibn Su’ud tahun 1403-1404H dan sarjana dalam bidang Hadis Nabi tahun 1408H. Gelaran doktornya diraih dari universiti yang sama pada tahun 1422H dengan judul tesis “Dirasah wa Tahqiq Kitab al-Mafhum ‘Ala Shahih Muslim li al-Qurthubi” (Analisis Kitab al-Mafhum ‘Ala Shahih Muslim karya al-Qurthubi). Dr Aidh Abdullah al-Qarni juga menghafal al-Quran dan juga hafal kitab hadis Bulughul Maram serta menguasai 5000 hadis dan lebih dari 10000 bait syair Arab lama hingga moden.

Berikut antara perkongsian yang dapat dirumuskan melalui ceramah tersebut.

 Jangan Bersedih
Allah tetap ada bersama kita. Spt Rasulullah SAW memujuk Abu Bakar As-Sidiq r.a ketika takut dikejar quraish. 

Bersolatlah kita ketika sedih
Solat di awal waktu, jgn lengahkan solat! Solat adalah perkara pertama yg akan dihitung! 

Al-Quran
Jalan menuju ke syurga. Al-Quran haruslah dibaca setiap hari. Bagi kaum wanita, bawalah tafsir di dalam handbag supaya kita tidak pernah tinggalkan Al-Quran. (yg ni ein rasa, dlm zaman teknologi, setiap orang boleh download aplikasi tafsir Al-Quran untuk smart phone anda) 

Berzikir
Apabila kita mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Berzikirlah selalu seperti pokok2, burung2, atau hidupan lain yg sentiasa berzikir pd Allah. 

Sepertimana Islam memuliakan wanita itu
Wanita sepatutnya menjadi pendakwah. Bukan berdakwah seperti memberi ceramah tetapi berdakwah bermula dr rumah. Mengajar anak2 berzikir. Memasak dengan berzikir. Mendidik ahli keluarga dengan mengamalkan Islam. Menjadikan rumah itu rumahku syurgaku. 

Bersabarlah selalu
Perkataan sabar di dalam Al-Quran disebut lebih daripada 90 kali. Sabar jalan kejayaan. 

Islam agama yg melindungi wanita
Beliau berkata, beliau telah menziarahi lebih 40 negara. Di German beliau telah berjumpa seorg wanita yg mengkaji bahawa Islam adalah agama terbaik yg melindungi wanita. Agama lain tidak dpt menandingi Islam di dlm bab perlindungan wanita.. 

Bersyukurlah kita beragama Islam
Ketika beliau jatuh sakit di German, ada seorg doktor perempuan mengubati beliau. Beliau telah bertanya, adakah kaum wanita bahagia di sini? Doktor itu berkata, di kwsn ini perempuan kebanyakannya mahu mati...mahu bunuh diri krn susah bahagia. Jadi bsyukurlah kita beragama Islam...jika tidak bahagia, kembali kepada Allah. 

Bersedekah
Antara sbb2 kebahagiaan adalah sedekah. Sedekah menghalau kesedihan.

Muhasabahlah diri
Pandang ke langit, sungguh tinggi langit. Tiada arkitek yg mampu membina langit. Pandanglah kebesaran Allah bila dlm kesedihan, pandanglah seluruh kebesaran Allah, banyak org hebat2 dan saintis peluk Islam sbb memandang kebesaran Allah. 

Tiada apa yang ada di dunia ini
Janji Allah. Muslim atau muslimah yg duduk dlm rumah yg ada serba sedikit keperluan lebih baik dr mereka yg kaya tinggal di rumah besar tetapi tidak bahagia dan kembali pd Allah. Semoga kita sama2 dapat bertemu di syurga. Bersama org2 beriman dan beramal soleh. Semoga dpt berjumpa nabi Muhammad SAW 

What You Give You Get Back
Apa yg kita bagi, kita akan dpt balik. Janganlah mencaci maki org sbb bila kita caci maki org, kita akan mendapat cacian dan makian di kubur kelak. Rugilah org yg membalas cacian kerna kita tak patut bawa cacian itu menjadi peneman kita dlm kubur. 

Jadikan umat yang berakal dan beriman
Manusia mengagung2kan ciptaan manusia spt kehebatan KLCC. Pandanglah betapa hebatnya akal ciptaan Allah yg mencetuskan ilham utk mmbina KLCC itu. Jadilah org yg beriman, engineer yg beriman, doktor yg beriman dsb.

Anak2 adalah amanah Allah
Anak2 adalah harta. Wanita bukan sahaja membesarkan anak2 tetapi wanita membesarkan lelaki2 yg hebat. Pendakwah2. Jd jagalah anak2 supaya mereka jd org yang hebat. Jangan biarkan anak terlalu manja dengan pembantu rumah. Jangan bg anak main game selalu. Ajarlah anak tentang Islam...Tentang rasul.

Bagi mereka yg ingin ilmu yg lebih lengkap bolehlah beli buku ni ya



* Terima kasih sahabat kerana sudi berkongsi ilmu. Di sini ein berkongsi ilmu dengan sesiapa yang ingin berkongsi pula. Mudah2an berguna dan menjadi panduan untuk kehidupan kita. Mudah2an kita menjadi hamba-Nya yang diredhai. Aminn...


Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!


Suka ke? Like la

16 September 2013

Tinta Tak Bertajuk #2

Gelora hati tiada siapa mengerti
Perit, derita bagai belati
Kosong...
Mungkinkah bahagia bisa menjelma
Bilakah mentari kan menyinar
Bilakah pelangi kan berseri
Bilakah taman kan berkembang
Bilakah hati kan berbunga riang

*Hakcipta Terpelihara ~Ein Lynn 160913~

Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!


Suka ke? Like la

12 September 2013

New Office

Oleh krn rasa rindu kat office lama di Quattro West, hari ni ein nak tayang office baru le. Kira macam pengubat jiwa la giteww... Pejam celik dah sebulan lebih juga pindah kat office baru ni. Memang susah sikit nak gi keja, berbanding office lama. Maklum la kita ni kan pengguna pengangkutan awam. Dah turun lrt, kena plak naik bas. Mula2 dulu, pindah masa bulan puasa. Nak nangis tunggu bas tak muncul2. Tau je la... Dulu kalau lambat, boleh la buat acara pecut ke office. Skrg ni nak pecut mcm mana lagi. Agaknya belum sempat sampai kat office, rasanya dah kena sorong kat PPUM gamaknya.

Dulu office besar. Lebih kurang 4000 kaki persegi. Now cuma 1700 kaki persegi je. Sgt2 kecil. Office baru ni mmg best sbb terletak di tpt yg havoc sampaikan nak cari makan pun susah, nak solat pun terpaksa berhempit2 dlm surau yg  besarnya 1/2 dr keluasan surau di Quattro West. Satu lagi jemaah kat surau di sini taklah semesra kakitgn Kenanga Investment. Kami sekadar senyum2 je bila bertentang mata. Nasib la... Masing2 nak cepat, bg laluan kat jemaah lain, dan ada yg bergegas nak kembali ke office masing2 yg mungkin berada di hujung bangunan. Maklum la bangunan komersil yg besar kannn....

Jom tgk dulu gambo yg ein sempat snap masa kat office lama 

yang ni kat kawasan front office

ni pun kawasan front office dr sudut lain plak

cantik kann design manggosteen yang dibuat ni. Ni kat syiling. Bila lampu on mmg shantek sgt

ni lounge nak masuk ke back office. Pendek kata, tempat duduk2 sblm masuk kat call center

Ni pun bahagian lounge nak masuk ke back office dr sudut lagi satu.

Gambar-gambar ni hanyalah sebahagian sudut2 yg sgt cantik di office lama. Ada juga bhgn2 yg x sempat nak amik sbb dah packing aritu.

Manakala yg ni pula office skrg yg sgt le keciknya tp sgt bersesuaian la ngan amt para pekerjanya yg semakin berkurangan. Gambar ni diambil masa opening ceremony office baru ni last month.

Nasib la dorang cat warna orange ni. Kalau tak memang nak nangis tgk office yang dull je

Dan nasib juga la, old tenant ada buat platform kat luar ni. So boleh le meletakkan kerusi dan meja untuk para distributor chatting2 dengan prospek dorang.

Ni la kaunter front office. Tu dia Shirley menyorok. Konon2nya x mo orang amik gambo dia. Lelaki hensem kat tepi tu, Iman. Baby face tu tp bapa org tu.

Ni salah satu sudut kat front office. semua barang angkut dari office lama kecuali rug dan magazine rack tu.

Ni pun sudut lagi satu kat front office. Pintu tu adalah pintu masuk ke training room yg ala cinonet keluasannya.

Ha yg ni my work station ok. Kemas je kann. hehehe... gambo diambil masa baru masuk kerja mmg la kemas. Cuba tunggu petang. Sure serabut. Naper PC tu kat tgh meja? Sbb ein cengelat dr pakcik aircond yg mmg bertentangan ngan ein. Dah la dok betul2 strategik depan CCTV, pastu berperang plak ngan aircond yg suhunya sedingin salju tu.

Ni lak bahagian belakang ein. memang gila kuasa betul. Conquer sampai 3 drawer tu. Parcel tu parcel customer for my on9 biz. hehehe.... tunggu abg poslaju dtg amik kat office. Pendek kata, office ein ni pun cam office tptnya bergerak my on9 biz juga. Cuba tgk kerusi kosong yg kat belakang tu. Part tu yang den lomah. Tu la tempat bos. Office baru ni x de bilik bos! Terang2 je apa yg kitaorg buat dia nampak. Tp apa kitaorg kisah. Rasanya dia yg x senang duduk sbb nak buat conference call pun susah.

Ok jiwa dah tenang semula. Tgh boring sbb translation pun tak ada yg nak kena buat, designing pun x ada. Kena tunggu Shirley cuti bersalin kot baru ein dpt assignment untuk designing flyer atau poster. Jom ler tunggu call sambil2 sambung baca karya E-Man Sufi, Hikayat Cinta Si Pematah Hati.

Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

10 September 2013

Tintaku Tak Bertajuk #1

Selembut sutera hatinya
Dia tidak perlu kayu menabur rasa
Dia tidak perlu jasad tanpa jiwa
Dia tidak perlu api membakar tembok kesabarannya
Dia tidak perlu anai-anai menggugat toleransinya
Dia tidak perlu perisai ampuh melindunginya

Selembut hatinya yg mudah robek
Dia tidak ingin rasa terus bercambah
Dia tidak ingin jiwa menagih rasa
Dia tidak ingin ada taman dalam kuntuman hatinya
Dia tidak ingin rama-rama hinggap di situ
Dia tidak ingin bunga hati terus mekar
Dia tidak ingin jiwanya bernyawa
Menabur rasa pada yang tak menghargai
Bagaikan dedaun yg berguguran di musim luruh
Bagaikan bunga layu jatuh menyembah bumi
Bagaikan pungguk rindukan bulan
Bagaikan ombak yg membelah pantai

Selembut hatinya membina tembok  menahan rasa
Gelora hati tiada siapa mengerti
Mampukan hati berombak rindu tenang
Mampukah rasa yang bersarang terungkai
Mampukah kekusutan yg terperangkap terlerai
Mampukah hati lembut itu terus tabah dan sabar
Sesabar Khadijah di hati Rasulullah...

*Hakcipta Terpelihara: Ein Lynn 100913

Secebis Rasa
Syukur pada Allah kerana kembalikan jiwa ini sebagaimana dulu. Minda mampu berfikir dan mula berkarya semula setelah sekian lama menguburkannya jauh dari sudut hati. Bukanlah untuk kepentingan komersil tapi lahir tulus dari hati untuk mereka, semuanya untuk yg tersayang, mereka yang ada disekeliling ein... sekadar untaian jiwa untuk mereka 


Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

19 Hadis Rasulullah Mengenai Wanita (Part 2)

Berikut adalah sambungan daripada entry sebelum ini.

11. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW adalah "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?". Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya".

13. Apabila kedua ibubapamu memanggil, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

14. Semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua akan beristighfar selama mana seorang wanita itu taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

15. Tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga apabila seorang wanita itu taat berkhidmat kepada suaminya. Maka dia dibenarkan memasuki mana-mana pintu yang dikehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi Muhammad SAW) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka syurga baginya.

19. Daripada Aisyah RA, " Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Secebis Rasa
Aduhai senangnya wanita ni nak mendapat kebajikan dan mengatur langkah ke syurga. Tapi sejauhmana kita ni sebagai wanita dapat melaksanakan dengan sifat-sifat kita yang kurang sempurna sebagaimana Saidatina Khadijah RA mahupun saidatina Aisyah RA. 

*Belum sempat lagi nak baca e-book Bagaikan Khadijah dihati Rasulullah sbb e-book ini boleh baca dlm phone en lalink je. Iphone x de application ni pulak


Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

09 September 2013

19 Hadis Rasulullah SAW mengenai wanita (Part 1)

Pagi Isnin pastinya pagi yang membosankan kann. Memulakan rutin harian setelah sehari dua berehat. Pagi ni ein nak share sikit tentang 19 hadis Rasulullah SAW mengenai kita, kaum wanita ni. Actually ein nak post kat blog ni pun sebagai peringatan dan panduan untuk diri sendiri. Secara tak langsung sebagai perkongsian untuk sesiapa yang berminat. Daripada baca, lepas tu lupa. Bila teringat semula, habis semua bahan bacaan diselak semula untuk rujukan.

Berikut adalah ringkasan yg dapat ein simpulkan.

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Rasulullah SAW berkata "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Apabila seorang wanita mengandungkan janin di dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya 1000 kebajikan setiap hari dan menghapuskan 1000 kejahatan darinya.

3. Apabila seorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad ke jalan Allah SWT.
 
4. Apabila seorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila seorang wanita menyusukan anaknya, maka setiap tegukan susunya akan diberikan satu kebajikan.

6. Apabila seorang ibu tidak tidur semalaman kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama.

7. Barangsiapa yang  menggembirakan anak perempuannya, maka dia akan memperolehi darjat seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT. Ketahuilah bahawa orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

8. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menggembirakan anak perempuan, seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT akan masukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10 000 tahun).

10. Wanita yang solat 5 waktu, memelihara kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka dia boleh memilih pintu syurga mana yang dia kehendaki.

Oklah 10 je untuk kali ni. Banyak2 boring pulak nak mencerap. Maybe esok lusa kita sambung part 2 pula ya. 

Secebis Rasa
Untungnya menjadi seorang wanita dan ibu. Mengandung, sakit bersalin, melahirkan dan menyusukan darah daging sendiri pun mendapat kebajikan daripada Allah. Kenapalah ada wanita yang enggan melahirkan anak walaupun punyai hubungan suci yang dihalalkan dalam Islam. Ada tu berusaha gigih untuk punyai zuriat tetapi mungkin belum rezeki mereka untuk menikmati kebajikan daripada Allah. Mungkin hikmah mereka terletak dari sudut yang lain pula.

Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

03 September 2013

Review: Novel Mencari Taman Di Hati



Novel ni sebenarnya novel lama. Dulu tajuknya Bahagia Untukmu. Bab2 awalnya ada di penulisan2u. Puas mencari merata2 novel ni. Rupa2nya tajuknya telah ditukar kepada Mencari Taman Di Hati dan sebaliknya ia diterbitkan oleh Jemari Seni. Kalau tidak kerana merajinkan diri menterjah blog JS rasanya taklah ein jumpa blog Aidah Bakri ni, dan tak tau juga la yg Bahagia Untukmu adalah Mencari Taman Di Hati. 

Bila novel ni sampai je, niat di hati nak selesaikan pembacaan dlm masa satu hari je. Huh... kalau dah pembaca tu namanya Ein Lynn, mmg hajat tu x akan kesampaian. Mana taknya, speed pembacaan dah la slow yg teramat sgt, kalahkan org buat proof reading. Dengan habit yg suka mengulang2 membaca setiap perenggan, lebih2 lagi gaya bahasa Aidah Bakri yg sangat puitis ni. Inilah habit ein bila membaca. Memahami setiap ayat dan mencerap kandungan sebaik2nya. Kalahkan membaca teks fakta tau! Pasal tu la setiap kesalahan ejaan dan ayat ein boleh perasan.

Mencari Taman Di Hati walaupun novel yg dah lama tapi ianya tetap segar dan menyentuh ke tangkai hati dengan ayat2 puitisnya . Merananya dan sakitnya jiwa dpt dirasakan tetapi kekadang terasa macam nak ketuk je kepala watak Syuhada tu sebab sikapnya yg terlalu berahsia, memendam rasa dan sukar utk berterus terang. 

Kerana terikat dengan janji sendiri, Syuhada terpenjara dan menjeruk rasa. Merelakan diri terseksa, dirantai luka dan membiarkan derita bersarang dihati. Walaupun janji yang terikat 5 tahun lamanya akhirnya dirungkai, namun masih ada rasa yang terkurung bagaikan satu hukuman dan sukar baginya melolosi diri. Rasa yang menghukum, menghalangnya memberi peluang bahagia untuk diri. Meluah rasa hanya dengan air mata. Air mata yang sukar dimengertikan oleh sesiapa.

Takdir menemukan Syuhada dengan Shahrul Riezman. Takdir juga menyaksikan kebetulan demi kebetulan pertemuan mereka kembali. Walaupun hati Syuhada beku sedingin salju, namun Shahrul Riezman tidak pernah putus asa melamar kasih, memburu cinta seorang Syuhada yang mengunci rapat pintu hatinya. Shahrul Riezman terlalu yakin dengan mimpi yang mengganggu tidurnya. Cuba mencambah tunas dan mencari taman di hati Syuhada. Berharap hati sayu seorang Syuhada mampu dibahagiakan. 

Namun kehadiran Zulhilmi menagih janji telah mengheret Syuhada dalam perkahwinan tanpa rela. Kerana mencari reda dan restu seorang ibu, Syuhada turutkan. Membiarkan diri dirantai sengsara tika hati mula diketuk bibit-bibit bahagia, dicuit satu rasa. Merelakan masa depannya diperjudikan walau jiwa meronta. Dia belajar untuk reda dengan takdir-Nya. Belajar menerima jodohnya. Belajar bersyukur dengan apa yang dimilikinya.


Kasih dan cinta! Entah bila wujudnya... segala-galanya di bawah sedar. Cinta di bawah sedar... ternyata lebih manis dan mengasyikkan. 

Siapakah yang mampu bertakhta dalam taman hati Syuhada? Mampukah bahagia menjadi miliknya? Jom beli dan baca terus novel ni dari Jemari Seni.

Syukur meliputi ilmu, amalan dan suasana. Ilmu itu ialah dengan mengenali Allah menerusi nikmatnya. Amalan ialah dengan melaksanakan tugas yang diamanahkan Allah. Dan suasana pula ialah menimbulkan kegembiraan atas nikmat yang dikecapi.

Secebis Rasa
Membaca novel ini membuatkan ein terasa rindu pada zaman kanak-kanak. Pantai punggur yang dulu kerap dikunjungi bersama keluarga menggamit nostalgia indah. Mampukah segalanya kembali sebagaimana dulu tika kami semua telah membesar dengan pelbagai kisah sebagaimana yang telah DIA takdirkan. Kalau segalanya mampu diperbetulkan, mampukah kami menikmati keindahan dan berpiknik di pantai ini sambil menyapa angin pantai yang bertiup. Mengutip kerangan, membiarkan kaki bersalut lumpur di tanjung dan menanti nelayan pulang dengan hasil laut. Seronoknya waktu itu. Ijah dan Oya... alangkah baiknya kalau kita dapat menikmatinya sekali lagi bersama. Entah bagaimana la rupanya pantai punggur sekarang ini, setelah lebih 15 tahun tak berkunjung...

Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
 





Suka ke? Like la