Saya tak ada idea... Balik je dari kerja tadi, lalink dah beritahu dia kena gi Kuala Selangor sebab ada mesyuarat malam ni. Saya tak kisah pun... bukan sebab saya tak ambil berat tapi saya dah biasa ditinggalkan suami pada waktu malam. Lagi pun saya tahu dia keluar dengan siapa dan apa yang dia buat. Nak cari perempuan lain??? Mungkin saya kisah kotttt. Tapi nak ke dia??? Mana nak dapat isteri yang memahami macam saya kannnn.... Benarkan suami menjalankan aktiviti-aktiviti luar di malam hari. Pada mulanya memang saya selalu marah-marah, tapi ntah la saya dah cukup memahami suami saya kot!
Sebelum keluar kawan dia tepon cakap tak dapat datang sebab isteri dia call ketua diaorang cakap tak kasi kawan dia ikut sekali... Ha tengok... bertuah tak lalink dapat isteri macam saya... walaupun saya ni malas dan suka marah-marah tapi saya tak pernah kata tak boleh kalau dia kata nak keluar ngan kawan-kawan. Mungkin sebab itulah dia selalu sokong apa yang saya buat. Tak pernah halang apa yang saya suka... Semoga semuanya akan kekal untuk selama-lamanya.
Suka ke? Like la
Terbanglah!
11 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen anda