18 Februari 2011
GARANGNYA DAHIYAH!
Kejadian ni berlaku masa cuti Maulidur Rasul hari tu. Kononnya nak buat posting ni, tp terkedu dengan panggilan Kak Sha sampai terbantut mood nak update blog. Saya memang terkejut bila Anis berlari keluar dari kereta dan menangis "Ibu... adik gigit kakak sampai darah...". Bila saya tengok memang betul berdarah! Dahiyah tu memang garang. Memang selalu melepuk kakak dia. Kadang-kadang tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba je tangan dia melepuk kakak dia. Tapi tak sangka pulak dia nak gigit pipi kakak dia sampai jadi macam ni. Nasib la kakak dia ni selalu mengalah. Alhamdulillah cepat pulih bekas gigitan ni dan tak bernanah atau berkudis. Saya sapukan minyak kulit manggis je.
Suka ke? Like la
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen anda