Huh... puas sungguh bercuti kannn... akhirnya saya pulang ke semula ke ampang. Selepas majlis berakhir dan rehat seketika lalink ajak balik awal. Bertolak dari Perlis pada pukul 10 lebih dan tiba di ampang lebih kurang 5:30 pagi. Puas bersengkang mata menemani lalink yang memandu. Maklumla takut dia terlelap masa memandu...
Banyak benda kami bualkan sepanjang perjalanan. Dan buat pertama kalinya lalink bercerita tentang dia (ex-wife) dan keluarganya yang telah berkunjung ke kampung dan menyatakan penyesalan mereka dengan apa yang telah mereka lakukan kepada lalink dan keluarga mertua... Fuhhh... apa lagi kannnn, inilah masanya mengorek rahsia setelah hampir 7 tahun perkahwinan kami! Saya memang tak pernah bertanya sebab tak mau menambah luka lalink. Dan of course la saya ingin dia melupakan kisah silam dan menerima kewujudan saya sebagai isterinya seadanya... Dia memang tak pernah memburukkan ex-wifenya apakan lagi bercerita lanjut... Walaupun gila-gila dia memang perahsia orangnya!
Setelah punya anak dua... setelah kisah dan sebenarnya ... setelah saya menerima hadiah pertama selepas hampir 7 tahun perkahwinan kami... setelah ramai orang beranggapan buruk terhadap saya... kononnya saya ni 'queen control'... tak kasi lalink jumpa anak dia... mana ada... saya ni open minded tau! Bahkan kalau dia teringin sangat nak balik kat ex-wife dia pun saya tak kisah sebab saya tetap no. 1 kannn.... kini saya telah mendengar sendiri dari mulut lalink... memprotect saya dari anggapan buruk itu... malah dia rasa sungguh bahagia dengan kehidupan sekarang. Of course la bahagia bersama saya kannnn... Hai kisah "pol on lope" ni berterusan la nampaknya! :-))
Suka ke? Like la
Terbanglah!
11 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen anda