Korang suka taugeh tak... saya suka sangat tau! Nak nak yang gumuk-gumuk. Lagi sedap.
Tau tak korang yang taugeh ni mengandungi serat dan air yang membantu menyerap kotoran dalam usus besar kita. Sebab itulah taugeh dikatakan dapat memerangi kanser (bunyinya macam berperang la pulak kannnn) dengan mendorong kotoran segera meninggalkan usus besar kita. Oleh itu tak adalah zat-zat beracun dalam kotoran yang akan diserap oleh tubuh kita.
credit to loveaholic.blogspot.com |
Kandungan paling tinggi dalam taugeh ialah kalium yang baik untuk kesihatan jantung. Kandungan estrogen pula meningkatkan kepadatan dan susunan tulang kita. Secara tak langsung kita dapat mencegah osteoporosis. Selain itu ia juga dapat mengelakkan kita kaum wanita dan ibu-ibu ni daripada
kanser payudara, PMS (saper tak tau, saya tak tau la nak cakap apa kannn), pramenopaus dan gangguan akibat menopaus.
Suka ke? Like la
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen anda