Hari ni hari kedua saya bekerja di department baru... Di Call Centre... Jadi operator angkat tepon je la gitu. Lagi satu leh tengok jelas federal highway di sebelah kiri saya. Sesaper yang nak tau lalulintas kat federal highway ni boleh la call saya ya.... hihihi....
Walaupun sebenarnya saya ni lebih gemar bekerja di kaunter, mengadap pelanggan yang pelbagai kerenah, tapi demi anak-anak dan keluarga saya terima juga tawaran puan bos yang pernah saya ceritakan dalam entri sebelum ni. Dia memang baik sangat. Dia selalu cuba selesaikan masalah stafnya daripada kehilangan terus staf tu ke syarikat lain. Terasa bernilai sungguh saya ni kannn... (bukan berlagak ya :-))
Buat anak-anak ibu, sekarang ibu ada lebih banyak masa untuk kalian. Tapi kalau puan bos tu suruh cover kat kaunter dan kena ikut shift keja lama, terpaksa la menerima sebab mesti ada "give and take" kannn... Mudah-mudahan saya cepat menyesuaikan diri dengan pekerjaan ini, Aminnnn!
Suka ke? Like la
Terbanglah!
12 jam yang lalu
happy to hear that sista!!!
BalasPadamthanks tina!
BalasPadam