18 Februari 2011

NUR DANISH ARA & BAJU KURUNG


Akhirnya nak juga Nur Danish Ara ni pakai baca kurung... Puas saya pujuk. Kalau tak kerana dia berkenan ngan tudung tu, mungkin dia tak mau pakai baju kurung kot... terpaksalah saya belikan juga dengan syarat kena pakai baju kurung pada hari tersebut. Dia baju raya tahun lepas, sebab tu senteng sikit. Maklum la dia tak mau pakai baju kurung, jadi saya malas la nak buatkan sedondon ngan yang lain-lain...

Dulu kalau Hari Raya je, semua orang pujuk dia suruh pakai baju kurung. Dia memang x nak pakai baju kurung. Kalau pakai pun, cuma baju je... kain tak mau pakai. Setiap tahun gambar Hari Raya kami pasti dengan gambar dia melalak, meroyan sebab kena paksa pakai baju kurung... macam ni barulah bersemangat sikit saya nak jahitkan baju kurung untuk dia pada Hari Raya tahun ni!

Suka ke? Like la

2 ulasan:

  1. ble la sy tempahkan tuk acha kan kak!!hehhehehe!

    BalasPadam
  2. Boleh... No problem! Cuma x tau ada masa atau x je

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda