01 Julai 2011

SEKOLAH KERAJAAN VS SEKOLAH SWASTA

Maleh sebenarnya nak cakap pasal ni sebenarnya. Kalau mampu dan berbaloi apa salahnya. Tak payahlah nak cerita nak hantar anak ke sekolah swasta kann. Jap tadi ada la sorang kawan cerita nak hantar anak ke sekolah swasta. Tau tak berapa belanjanya? Pendaftaran je dah kena bayar RM5000++. Belum lagi termasuk  uniform, buku, stationary, dan aktiviti ko-kurikulum lain. Bayaran sesemester saja dah RM3500. Setahun lebih kurang RM14000. ^toink^. Sebenarnya terperanjat la mendengar amaun tu. Tp cam biasa pura-pura tak terperanjat. Manalah daku termampu. 

Kalaulah memang anak jenis yang pandai dan bijak. Insya Allah berbaloi tp kalau memberikan hasil yang mengecewakan bagaimana? Memang sebenarnya sekolah swasta akan memberi perkembangan yang berbeza pd anak-anak kita bukan saja dari segi silibus pelajaran tetapi juga pergaulan. Maklum la ada pelbagai bangsa.

Bukan nak kata apa. Sebenarnya dah nampak beberapa contoh terdekat. Dibesarkan dengan kemewahan dan sekolah di sekolah swasta tp hasilnya mengecewakan. Pelajaran pun tak ke mana. Tetapi saya dan adik-adik cuma bersekolah di sekolah kerajaan mampu ke universiti walaupun mak & ayah terpaksa ke sana sini mencari sumber kewangan untuk perbelanjaan pengajian kami. Kami bukanlah pandai sangat tp kami berusaha untuk menjadi lebih baik. 

Pokoknya, sekolah kerajaan ke swasta terpulang kepada didikan ibu bapa juga. Cikgu di sekolah cuma memberi panduan. Kita sebagai ibu bapa yang kena ambil berat dan memberi didikan yang sempurna kepada anak-anak. Bukannya senang tp saya sentiasa menjadikan mak & ayah sebagai idola kerana mereka, saya di sini. Mereka sgt sabar melayani karenah kami. Mereka mengajar kami menjadi lebih bertanggungjawab dan berdisiplin. Walaupun mereka garang dan sy sebagai anak sulung seperti tiada pilihan memilih arah hidup saya, tp saya mampu hidup lebih baik daripada orang lain. Sehingga kini, mereka masih lagi membimbing kami adik beradik jika tersasar. 

Terima Kasih kerana mendidik kami dengan baik, mak, ayah!
Terima Kasih kerana tidak pernah lepaskan tanggungjawab walaupun kami telah punya keluarga sendiri!

Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

24 Jun 2011

GUNTING OH GUNTING

Terima kasih pada kak Sha sbb buat status kat fb pasal gunting tadi.
Tetiba teringat balik keja semalam Anish cerita kawan-kawan kat kelas dia main gunting.
Budak tu gunting tinge dia sampai berdarah-darah.
Mesti bawak gunting tajam tu dari rumah ni...
Anish kata cikgu bawa budak tu pergi hospital dan tak balik-balik sampai tamat waktu sekolah.
Tak tau la apa citer kat budak tu.
Jangan terputus tinge tu sudah le
atau jadi begini
 
tima kasih pak cik google
Sadiskannn tengok gambar budak ni.
Percaya tak budak yg berusia 4 tahun ni mampu tersenyum
selepas 8 hari pembedahan dilakukan.
Budak-budak mereka bermain dengan apa saja yang ada disekeliling mereka tanpa mengetahui sama ada ianya bahaya atau tidak.
Apa yang penting sebagai ibu bapa simpanlah barang-barang merbahaya ni di tempat yang selamat.
 
 
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

17 Jun 2011

MIMPI BASAH

Semalam balik keja terus tido sbb kurang sihat. Kesian pulak tengok budak berdua ni. Dah nampak ibu kat atas katil, masing-masing pandai-pandai la melandingkan diri sama ngan ibu. Itulah mereka x kira saya sihat atau sakit pasti tiap-tiap hari berebut nak tido ngan saya. Si kakak pulak sgt sweet siap offer nak picit kepala ibu, picit badan ibu, picit kaki ibu. Terasa disayangi oleh seorang anak wp baru berusia 5 tahun. Dia memang sangat memahami kalau saya sakit sejak dia kecil lagi. Sanggup menunggu berjam2 di kepala katil menanti saya terjaga tanpa mengejutkan saya sedikit pun. Berlainan pula si adik yg sentiasa hendak dilayan wp saya dah beritahu saya x sihat. Sentiasa merengek-rengek minta dimanja.
 

Oleh kerana dah tido awal, maka x der la teringat yang bebudak ni belum dipakaikan lampin. Bukan apa kengkadang tu mereka ni terngompol jugak. Terjaga malam raba2 bebudak ni x pakai lampin. Kejutkan si adik, si adik jawab "adik dah gi shishi la tadi". Asume baba dia dah  kejutkan mereka sebelum tido la ni. Ok la malas nak bangun pakaikan lampin. Tido la balik.... huhu nasib badan... sedap2 je mimpi main hujan rupanya basah dek air kencing adik. x pasal2 kena bangun jugak selesaikan si adik dan x pasal2 jugak dengan ibu sekali kena tukar baju satu set luar dalam.

 
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

16 Jun 2011

OH UBI REBUS...

Saya tak penah la tau yang kantin Makmal veterinar UPM kat sebelah ni ada jual ubi rebus. Kebetulan ari senin ari tu ternampak uncle chinese tu makan satu pinggan besar. Bila mintak bungkus x cukup la pulak. cukup2 untuk kawan yang kerja kat Kenanga Investment tu. Fikir takper la sebab dia pun ngandung dah 8 bulan. Kang x sempat makan meleleh la plak air liur anak dia nanti... hihi
 
Smlm pulak dorang x masak sebab ubi x berapa elok katanya. Ari ni pegi nak beli nasi campur. Sampai je kat sempadan kantin tu, mula la kan simptom2 yang berkenaan tu datang. Lama jugak duduk tepi longkang tu. Nasib orang x nampak tau!
 


 
Lepas bungkus nasi, mata jeling kat rice cooker kat tepi tu.
On la.... Ada ni.... Yes! ada chance nak makan.
Pura-pura tanya kat adik tu ada ubi rebus x ari ni. Ada katanya, tapi makcik kat situ kata belum betul-betul masak. So apalagi cakap la kat makcik tu minta tolong simpankan sikit nanti kol 2 saya datang ambik. Makcik tu boleh buat muka pulak kat saya ni.... Mak ai.... nasib adik ni baik dan nasib makcik ni sebaya ngan mak saya... Sabar je la asalkan dpt makan ubi rebus. x kisah la makan ngan apa kannn. teringat pulak masa kecik2 dulu. Arwah nenek saya suka makan ubi rebus ngan kelapa muda parut yg dicampurkan ngan gula. Kadang2 buat ubi ketok. Ayah pulak suka makan ubi rebus ngan sambal tumis ikan bilis.
 
Tapi ari ni saya makan ngan gula je... jadi la... sekurang2nya dpt mengurangkan simptom2 yg mengganggu ini. Jom... silakan makan...
 


 
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

PENCEMARAN BAHAN KIMIA DALAM MAKANAN LAGI!!!

Beberapa minggu lepas kita dikejutkan oleh berita tentang pencemaran bahan kimia dalam jus minuman sunkist. Mungkin kita berasa lega sebab jus tersebut bukanlah popular sangat pun. Tapi tetiba je beberapa hari lepas bila saya melawati web Kementerian Kesihatan saya mendapati ada pulak notis terbaru. Kali ini produk yang dinyatakan adalah produk yang agak popular dan dipasarkan oleh salah sebuah syarikat jualan langsung yang agak terkenal di Malaysia. Berikut adalah kenyataan daripada Kementerian Kesihatan Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan.
 
Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati supaya orang ramai tidak membeli dan memakan produk Oriyen Nutri Grow (boy) Orange Drink Premix dengan tarikh pengilangan pada 13 Ogos 2010 dan tarikh luput pada 13 Ogos 2013 edaran Cosway (M) Sdn. Bhd. kerana telah dicemari oleh bahan kimia DEHP.
 


 
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

10 Jun 2011

♫♪MENGHITUNG HARI... DETIK DEMI DETIK...♪♫

Setelah lama menghitung hari, akhirnya dapat juga jumpa kak Maria yang terbang jauh dari Labuan. Datang berdua je dengan Norhana Umairah yang comel dan kiut dan eee... geram ngan pipi dia. Special memang ambil leave sebab nak jumpa dia. Orangnya lemah lembut je... Join together biasalah my kembooo Tina Othman
 


Lama juga berlegar2 kat Subang Parade tu yang mmg dah lebih 10 tahun tak jejakkan kaki ke situ. Siap lepak kat mothers room lagi. Cantik tau mothers room dia, kalahkan Jaya Jusco & Sogo.

Kebetulan jugak dia ni a.k.a peniaga coklat pun nak jumpa kak Maria. Jadi dapat jugalah kami bertemu.

Inilah dia Eja Razak. Cantik orangnya. Manakala kitaorang ni sempoi-sempoi belaka. Nice to meet kak Maria dan Eja. Harap dapat jumpa uols yang lain pulak next time!




 
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

02 Jun 2011

BAHAN KIMIA DALAM MINUMAN???

 
PERHATIAN!!! Pencemaran bahan kimia DEHP ditemui dalam minuman yang diimport dari Taiwan!
Amaran daripada Kementerian Kesihatan
 
Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati supaya orang ramai tidak membeli minuman SUNKIST LEMON JUICE, SUNKIST LEMON JUICE DRINK WITH ALOE VERA PULP, SUNKIST ORANGE JUICE DRINK, SUNKIST ORANGE JUICE keluaran Country House Inc., Taiwan dan produk UNI-PRESIDENT ASPARAGUS JUICE keluaran Uni-President Enterprise Corp., Taiwan yang dicemari oleh bahan kimia DEHP.
 
Maklumat lanjut, sila layari sini.
 
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

01 Jun 2011

TAK JADI BALIK KE???

Geram sangat bila lalink call cakap "rasanya cam tak jadi je balik kampung". Alasan??? Sama je alasannya. Malas nak cakap. Saya cuma cakap "ok" terus letak phone. Malas nak cakap banyak. Bukan sekali dua. Selalu cenggitu. Cakap banyak pun buang air liur je. Apa susah, tak boleh balik, bas kann ada. Kalau muka tak malu, jap lagi sms adikku minta tumpang balik jb. Bukan tak biasa balik dengan anak-anak je. Nak buat cam mana dah lalink sibuk mengalahkan wakil rakyat. Biarkan je la sampai dia terasa bersalah nanti. Malas nak cakap. Diam je lebih baik untuk mengekspress perasaan marah dan geram ni. Ok Bye!
 
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

26 Mei 2011

BERSABAR DALAM DOA

SHARING IS CARING!!!
 
Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:
”Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.”


Lalu baginda ditanya oleh seseorang:
”Apa maksudnya meminta dicepatkan?”
Jawab baginda: ”Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya: Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.”
(Muslim)
 
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

FADHILAT REJAB

Jamadilakhir hampir berakhir. Rejab menyusur beberapa hari lagi. Ada tak yang terfikir nak berpuasa pada bulan rejab ni. Orang tua-tua dulu, kalau boleh nak berpuasa sebulan pada bulan Rejab. Macam bulan Ramadhan lah katakan. Bagi yang belum mengganti puasa tahun lepas tu boleh juga ambil kesempatan ni. Kata pepatah, sambil menyelam minum air. Sambil berpuasa ganti sambil-sambil juga dapat fadhilat puasa rejab. Antara kelebihan bulan Rejab menurut beberapa hadis;
 

  • Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
  • Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
  • Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
  • Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
  • Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
  • Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka. 
  • Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
  • Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
  • Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
  • Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:


Diampunkan dosa-dosanya yang lalu. 
Dipelihara Allah umurnya yang tinggal. 
Terlepas daripada dahaga di akhirat. 
  • Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
  • Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.
 
Jom Join Heartbeat

Suka ke? Like la

24 Mei 2011

KERANA MULUT BADAN BINASA

Pernah dengar petua orang dulu-dulu "KERANA MULUT BADAN BINASA". Hah ni la kerana mulut celupar sangat kannn... Rasanya cam dah lama tak sakit. Terror betul. Sehari dalam sejarah tak penah MC lagi tahun ni. Ala kalau sakit pun saya lebih rela duduk kat opis ni pun. Aman dan nyaman je... Maklum la ada aircond. Kerana mulut celupar ni la, sakit saya berpanjangan sejak minggu lepas. Lepas migrain, selesema, pas tu batuk pulak. Selesema yang tak tau puncanya sama ada alergi atau virus. Biasalah kan... dek kerana rajin jumpa doktor kecik2 dulu, so sekarang ni dah boring tengok muka doktor lagi. Sendirilah jadi doktor kepada diri sendiri. Ni la akibatnya sakit berpanjangan. Makan ubat yang ada je. Esok lusa tak baik, gi la melawat doktor kegemaran. Ikutkan logik bukannya susah sangat jumpa doktor. Bukannya kena kuar duit sendiri pun. Hulur je kad ING company tu. Itu pun malas... Memang saja cari pasal nak binasakan diri!
 
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

20 Mei 2011

IDEA OH IDEA...

Rasa cam dah lama benor tak menulis blog ni. Maklumlah sibuk ngan tuntutan kerja yang menimbun-nimbun. Terutama sekali yang memerlukan otak ni diperah. Kadang-kadang tu sampai termenung memikirkannya sebab pakcik idea tu tak muncul-muncul di kotak fikiran ni. Dah ada idea, kalau tak dapat mengembangkannya pun susah jugak. Akhirnya kejap tadi baru je selesai hantar satu form yang perlu didesign kat bos. Harap tak de la pembetulan.
 


Pakcik idea tengah malu nak memunculkan diri ni! Actually bukannya susah sangat pun, form aje yg nak didesignkan tp memerlukan ketekunan sbb bos nak juga semua masuk dalam satu page. Tak ke bundar biji mataku ini. Tulang belakang dah sakit. Malam ni suruh anak-anak urutkan... hihi...
 
 
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

11 Mei 2011

TIPS : LEBIH BERSEMANGAT SELEPAS KECEWA

 Anda sedang kecewa? Ya, saya memang sangat kecewa hari ini sebab orang mengambil kesempatan di atas kebaikan saya. Tapi saya terbaca tips ini. Apasalahnya berkongsi dengan uols kannn. Berikut adalah tipsnya.
 
 
  • Menganggap setiap hari adalah istimewa.
  • Bersyukur dengan apa yang anda alami.
  • Perbaiki hubungan antara manusia.
  • Jadikan kehidupan lebih bermakna.
  • Hargai perkara yang baik dan mudah di dalam hidup daripada menyulitkan keadaan.
  • Jangan biarkan perasaan menundukkan anda.
  • Luangkan masa dengan orang tersayang.
  • Jika melihat orang lain tersenyum, balaslah senyuman mereka.
  • Hargai diri sendiri.
  • Penuhi keinginan dengan segera.
 
Jom Join Heartbeat

Suka ke? Like la

03 Mei 2011

BAYARLAH ZAKAT PENDAPATAN

Bagi yang beragama Islam, adakah anda membayar zakat pendapatan anda? Jangan ambil mudah, ini adalah tanggungjawab kita sebagai umat Islam. Sebagaimana kita perlu bayar cukai pendapatan begitu juga zakat pendapatan. Mana lebih baik zakat pendapatan atau cukai pendapatan? Cukai pendapatan, anda setakat bayar kepada kerajaan. Manakala zakat pendapat pula bukan setakat membayar tetapi dapat pahala juga, diagihkan kepada asnaf yang berhak.
 
Takrifan Pendapatan
Bayaran yang dibuat atau diterima oleh seseorang sebagai upah kerja atau perkhidmatan yang dilakukan mengikut masa tertentu termasuk elaun dan imbuhan daripada apa-apa pekerjaan atau perkhidmatan profesional.
 



 
Kaedah Pengiraan Zakat Pendapatan
Pendapatan kasar setahun semasa ditolak dengan keperluan asas sebenar pada tahun semasa. Sekiranya melebihi nisab, maka harus dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
 
Keperluan asas sebenar yang dibenarkan pada tahun semasa
Saraan-saraan hidup:
Sara diri: RM9000
Isteri: RM3000
Anak-anak: RM1000 x bil. anak
Sumbangan kepada ibu bapa
Perubatan
Pendidikan
 
Contoh
A. Pendapatan (RM 2500 x12) : RM 30000
Elaun : RM 1200
Bonus : RM 2500
Jumlah : RM 33700
 
B. Perbelanjaan
Saraan diri : RM 9000
Isteri : -
Anak-anak (RM 1000 x 2) : RM 2000
Saraan Ibu bapa : RM 1200
Perubatan anak : RM 500
Pendidikan : RM 1200
Jumlah : RM 13900
 
Jumlah Zakat
A-B
RM 33700 - RM 13900 = RM 19800
RM 19800 x 2.5% = RM 495 (setahun)
 
Bayarlah secara ansur-ansuran macam cukai pendapatan anda.
Bayaran juga boleh dibuat tanpa membuat tolakan yang dibenarkan di atas.
Sekiranya anda mmg dah tak mampu juga, tiap2 bulan cukup makan je, sekurang2nya hulurkanlah sebyk mana yang anda mampu kerana ada orang yang memerlukannya!
 
*Nisab ialah kadar minima yang ditetapkan syarak bagi sesuatu harta untuk dikeluarkan zakat. Kadar nisab semasa ialah harga emas semasa x 85g (25 mayam). Biasanya kadar nisab berbeza di setiap negeri.
 
*Sumber: Majlis Agama Islam Johor
 
 
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

22 April 2011

6 KESALAHAN SEMASA SENAMAN KARDIOVASKULAR

Bersenam memang sangat baik untuk kesihatan. Kita digalakkan bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Tapi tahukah anda bersenam dengan cara yang salah akan mengundang risiko.
 
Berikut adalah 6 kesalahan yang sering berlaku dalam aktiviti senaman kardiovaskular
 
 


 
Melakukan Latihan yang Sama
Dengan melakukan latihan yang sama setiap kali bersenam, tubuh tidak akan menghadapi tentangan lagi. Selain berasa bosan, anda juga berisiko mendapat kecederaan akibat penggunaan otot yang berlebihan. Pelbagaikan jenis latihan.
 
Tidak Melakukan Regangan
Regangan amat penting untuk merelakskan otot, mencegah kecederaan dan memperbaiki postur badan. Lakukan 5 hingga 10 regangan yang mensasarkan kelompok otot besar pada akhir setiap sesi senaman. Lakukannya setiap regangan selama 10-30 saat.
 
Prosedur yang Tidak Tepat Semasa Mengangkat Beban
Kesalahan utama yang biasa dilakukan ialah mengangkat beban dengan cepat dan tidak terkawal. Apa yang lebih penting adalah bagaimana anda melakukannya. Lebih baik melakukannya dengan tempo yang perlahan dan terkawal. Kebiasaannya anda perlukan satu saat untuk mengangkat dan tiga saat untuk menurunkannya.
 
Senaman yang Melampau
Melakukan senaman terlalu banyak, terlalu cepat atau melakukan senaman intensif setiap hari memberi kesan yang membahayakan seperti ketegangan otot/ tendon dan kehilangan jaringan otot. Jika baru belajar atau bermula, mulakanlah senaman dengan perlahan. 3 kali seminggu merupakan waktu yang selamat dan efektif. Kalau dah ada pengalaman bolehlah lakukan senaman kardiovaskular tidak lebih 200 minit seminggu dan tak lebih 60 minit setiap sesi. Latihan beban tidak seharusnya dilakukan tidak lebih dari 3 hari seminggu untuk mensasarkan pada kumpulan otot yang sama. Latihlah kumpulan otot yang sama selang sehari.
 
Tidak Konsisten
Senaman yang tidak konsisten bukan sahaja tidak efektif tetapi juga boleh mengakibatkan kecederaaan. Faktor yang palaing penting untuk mencapai hasil yang diharapkan adalah kekal konsisten dengan latihan anda.
 
Tidak Mempedulikan Kesakitan Badan
Bersenam dalam keadaan yang sakit bukanlah idea yang baik. Jika anda berasa kurang sihat atau kurang selesa serta mengganggu rutin senaman anda, berjumpalah dengan doktor.
 
*Sumber Majalah Rapi tak hingat tarikh dan tahunnya!
 
 
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

15 April 2011

TIP TERHANGAT KE ARAH INCOME TAX YANG PINTAR

Tinggal 15 hari lagi ni. Ha... korang dah hantar income tax form tak. Buat e-filing je senang! Bagi yang bekerja tp tak pernah daftar tu bawak-bawak la berdaftar. Saper yang dah ada akaun jangan pulak malas atau terlupa nak hantar borang tu ya. Padah bakal menanti anda. Saya dan beberapa orang rakan dah terkena. BINGO! Dari tak kena tax, terpaksa memaksakan diri membayar sebab nak beli rumah punya pasal. Hahaha... bagi yang bagi alasan tak tau nak isi, bawak-bawak la belajar isi borang BE tu ye.
 
Bagaimana nak meminumumkan jumlah yang perlu dibayar?
Berikut beberapa tip-tip terhangat yang boleh anda ikuti.
 
BACA, BACA DAN BACA
Membacakan amalan mulia. Simpan semua resit-resit buku, majalah, jurnal atau sebarang penerbitan yang anda beli samada dalam bentuk hardcopy atau elektronik. Hardcopy tu apa? Hardcopy tu macam buku-buku dan majalah yang anda beli kat kedai buku la... Tapi tak termasuk suratkhabar dan bahan bacaan yang tak bermoral ya! Perlepasan terhad sehingga RM1000. Saper yang ada anak tu tanamkanlah minat membaca kepada mereka. In a same time, kumpul la resit-resit tu :).
 
BELILAH KOMPUTER
Perlepasan terhad sehingga RM3000 untuk sebarang pembelian komputer peribadi. Untuk kegunaan individu saja ya bukan untuk tujuan perniagaan. Tapi hanya boleh digunakan setiap 3 tahun saja. Maksudnya kalau tahun lepas (2009) anda dah beli komputer, pembelian pada tahun (2012) baru boleh dimasukkan dalam perlepasan cukai pendapatan anda pada tahun 2012. Sebarang claim pada tahun 2010 dan 2011 tidak akan diterima.
 
DEMI MASA DEPAN ANAK
Simpanan dalam SSPN juga boleh dituntut dalam potongan cukai terhad sehingga RM3000 setahun. Maksudnya jumlah tabungan bersih pada sesuatu tahun itu ya. Contohnya pada tahun ni (Jan-Dis) anda telah menabung sebanyak RM5000 tapi pengeluaran telah dibuat sebanyak RM1500. Baki RM3500. Tapi potongan yang boleh dituntut hanya RM3000 sahaja. Kalau dah menabung RM4000 tapi dah keluarkan RM1200. Maka jumlah yang boleh dituntut hanyalah RM2800. Jadi kepada mereka yang tak buka lagi akaun SSPN untuk anak uols, silalah buka sekarang. Nak buka akaun RM20 je!
 
MAJU SUKAN UNTUK NEGARA
Sebarang pembelian peralatan sukan boleh dituntut perlepasan terhad sehingga RM300. Hanya untuk kegunaan aktiviti sukan yang telah disenaraikan dalam Akta Pembangunan Sukan 1997. Tapi tak termasuk pakaian sukan seperti kasut bola, jersey atau pakaian renang. Belilah raket badminton ke, tenis ke, bulu tangkis ke, bola golf ke... janji peralatan sukan yang tersenarai kat Akta Pembanguna Sukan 1997 seperti olahraga, bola sepak, badminton, memanah, sukan automobil, biliard, snoker, bina badan, bowling, bola keranjang, hoki dan byk lagi.
 
TUNTUTLAH ILMU
Yuran Pendidikan untuk kursus pembelajaran juga boleh dituntut perlepasan terhad sehingga RM5000. Hanya untuk diri sendiri ya, kalau suami ke orang lain ke tak boleh kira. Tak Aci! Pembelajaran mestilah di institusi atau badan profesional di Malaysia yang telah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau diluluskan oleh Menteri Kewangan. Bagi pembelajaran di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah sebarang kursus atau bidang dibenarkan tetapi bagi pembelajaran di peringkat lain selain Sarjana dan Doktor Falsafah, hanya bidang-bidang tertentu dibenarkan. Bidang yang dibenarkan ialah undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi. Pembelajaran tidak kira samada sepenuh masa atau separuh masa.
 
BROADBAND
Simpan semua bil internet jalur lebar anda. Tuntutan perlepasan cukai terhad sehingga RM500. Hanya bil yang didaftarkan atas nama anda ya. Kalau atas nama ibu bapa atau kawan-kawan anda tak boleh! Perlepasan ini hanya dibenarkan untuk tahun taksiran 2010, 2011 dan 2012 sahaja.
 
BAYAR BIL PERUBATAN KELUARGA
Bayarlah bil perubatan keluarga anda. Keluarga di sini bermaksud ibu dan bapa anda sendiri. Ibu dan bapa mertua tak boleh kira. Keluarga angkat pun tak boleh kira kecuali anda mempunyai hubungan dengan ibu dan bapa angkat itu sah disisi undang-undang. Contohnya kalau dulu diaorg ambil uols melalui jalan yang betul. Pegi kat Jabatan Kebajikan Masyarakat ke... baru la boleh kira. Tuntutan terhad sehingga RM5000. Bil perubatan termasuklah perbelanjaan perubatan, penjagaan dan rawatan rumah penjagaan serta rawatan gigi; terhad kepada cabut gigi, tampal gigi dan pembersihan karang gigi sahaja tidak termasuk rawatan kosmetik gigi.
 
BAYAR BIL PERUBATAN ANDA
Tuntutan terhad sehingga RM500 untuk pemeriksaan perubatan sepenuhnya untuk diri anda, pasangan dan anak-anak. Anda juga boleh membuat tuntutan untuk perbelanjaan perubatan untuk penyakit-penyakit yang serius seperti AIDS, parkinson, kanser, buah pinggang, leukimia dan seumpamanya terhad sehingga RM5000. Jika anda membuat tuntutan untuk kedua-duanya, jumlah terhad sehingga RM5000 sahaja. Contohnya tuntutan untuk pemeriksaan perubatan penuh RM400, tuntutan yang boleh dibuat untuk perbelanjaan perubatan untuk penyakit serius hanyalah RM4600 sahaja.
 
POLISI INSURAN KESIHATAN ATAU PENDIDIKAN
Premium insuran yang dibayar atas polisi pendidikan atau faedah perubatan untuk diri anda, pasangan atau anak boleh dituntut perlepasan sehingga RM3000. Jika insuran anda di bawah kategori insuran hayat/perubatan hanya 60% premium yang dibayar sahaja layak dituntut dibawah polisi kesihatan. Bagaimanapun 100% premium yang dibayar untuk insuran hayat boleh dituntut untuk perlepasan cukai.
 
ZAKAT
Last but not least adalah bayaran zakat. Bayarlah zakat pendapatan dan zakat fitrah anda bagi yang beragama Islam. Lebih baik salurkan wang anda ke lembaga zakat kannn... Maka berzakatlah anda! Berniat nak bayar zakat pendapatan tapi tak tau. Saya akan tulis di n3 yang lain nanti. Tapi kalau anda bayar sekarang pun hanya boleh dituntut perlepasan pada tahun taksiran 2011.
 
Oleh itu hantarlah borang cukai pendapatan anda sekarang. Jangan tunggu hingga hari terakhir!
Untuk soalan-soalan lazim boleh klik SINI
 
 
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

08 April 2011

PRIHATINKAH KITA???

Sebenarnya sebagai masyarakat, adakah kita benar-benar prihatin atau sekadar pentingkan diri sendiri terhadap golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Mungkin sesiapa yang selalu menaiki kenderaan sendiri jarang-jarang terlihat atau berada dalam situasi begini. Tapi bagi yang menggunakan perkhidmatan awam situasi begini memang kerap, malah hampir setiap hari.

Thanks Pak Cik Google!
Situasi pertama mmg saya sendiri alami. Masa tu saya terkejar-kejar nak naik LRT pulang dari kerja. Seorang yang buta tercari-cari pintu LRT sendirian sedangkan ada beberapa orang lain yang berdekatannya. Saya yang berada pada gerabak yang paling hujung segera berlari mendapatkan orang buta itu dan menariknya masuk ke dalam LRT. Masing-masing di dalam LRT hanya memandang tanpa rasa sedikit simpati pun.

Berbeza pula beberapa hari lepas. Tetapi ketika itu saya berada agak jauh dari tempat kejadian. Seorang OKU dengan kerusi rodanya menjerit meminta tolong kerana roda kerusi rodanya tersangkut di antara platform dan pintu LRT. Tak sampai beberapa saat beberapa orang datang segera membantunya. Kebetulan pula OKU tersebut memang membawa barang jualannya sekali. Mungkin hasil jualan yang tidak laku pada hari itu. Saya rasa hampir satu gerabak yang penuh orang itu membeli jualannya. Alhamdulillah murah rezeki dia pada hari itu. Hampir habis jualan yang dibawa pulang itu. Saya hanya melihat dari jauh. Ada seorang hamba Allah menghulurkan wang dan berkata, "lebih simpan saja ya". Bersyukur saya melihat masih ada lagi orang yang begitu prihatin. Malah setiap wang yang dihulurkan sebagai bayaran jualannya, dia memohon kepada Allah supaya mereka sihat, murah rezeki dan bahagia selalu. Saya yang memang skeptikal dengan orang berkerusi roda datang untuk memerhati dengan lebih dekat. Manalah tau macam USOP WILCA kann... Memang diseorang OKU. Bukan setakat tak boleh berjalan tetapi fizikalnya pun nampak kekurangan.  Sesungguhnya Allah telah memberi ketabahan untuknya meneruskan kehidupan. Tiada siapa yang minta dilahirkan serba kekurangan. Kalaulah kita berada ditempat mereka, apalah perasaan kita dan bagaimanakah kita menghadapi hari-hari kita....


Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

01 April 2011

GIVEAWAY OLEH-OLEH DARI BANDUNG! SIAPA NAK?!


Saya nak ole-ole tu!!!

Saya tag



Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

KHASIAT COKLAT

Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan saintis Itali dan Britain ke atas coklat mendapatihawa coklat boleh membantu menghindari penyakit jantung. Coklat didapati dapat meningkatkan tahap antioksida di dalam darah yang akan membantu menghindarkan penyakit jantung. Coklat pekat hitam adalah antara coklat yang paling berkesan untuk meningkatkan penyerapan antioksida berbanding coklat yang dicampurkan dengan susu.




Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

29 Mac 2011

TIP MENYIMPAN MAKANAN

Tak tau macam mana nak simpan makanan supaya tahan lebih lama?
Silalah baca tips kat bawah ye
 


 
Menyimpan Sayur & Buah-buahan
Sebaik-baiknya gunakan secepat mungkin. Beli dalam kuantiti yang sedikit dan jangan menyimpan terlalu lama.
Simpan dalam tempat yang kering (peti sejuk atau bekas terbuka).
sayuran berubi perlu diasingkan dari makanan lain dan disimpan dalam tempat yang gelap.
Sentiasa periksa buah dan sayur daripada mereput dan busuk.
Jika ada antara buah dan sayur yang rosak, buangkannya. Dikhuatiri ia kan memberi kesan kepada buah dan sayur yang masih elok.
Cuci sayur dan buah dengan sempurna sebelum menggunakannya.
 
 
Menyimpan Ayam, Daging & Ikan
Cuci bahan mentah sebaik sahaja dibeli.
Simpan makanan mentah di dalam peti sejuk dengan segera untuk mengelakkan bau busuk.
Bungkus makanan dalam pembungkus yang berasingan.
Elakkan makanan mentah bersentuhan dengan makanan yang telah dimasak.
 
 
Menyimpan Makanan Sejukbeku
Pastikan suhu penyimpanan pada tahap 18 Celcius.
Makanan yang ingin dibawa ke tempat lain mestilah bersuhu kurang dari 15 Celcius.
Makanan sejukbeku yang akan digunakan segera perlu dicairkan di dalam peti sejuk dahulu. Jangan sekali-kali mendedahkan makanan beku kepada cahaya matahari untuk dicairkan.
Peti sejukbeku perlu dibersihkan dan kerap dicuci.
Stok penyimpanan untuk makanan sejukbeku perlu sentiasa diperiksa, jangan terlalu lama.
 
 
Menyimpan Makanan Kering
Simpan dalam almari yang bersuhu kering dan mempunyai pengudaraan yang baik.
Rak tahan karat boleh digunakan sebagai tempat menyimpan.
Simpan botol dan tin makanan di dalam almari dan rak khas.
Buang tin makanan yang kemek, berkarat, mengembang, luput tarikh dan rosak.
 
 
 
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

28 Mac 2011

BAGAIMANA KURANGKAN LEMAK

Rasanyer macam dah lama tak update blog ni. 
Bukan apa, bz dengan anak2.
Baru ngadap pc, asyik tanya
"Ibu buat apa tu?"
Tak sampai seminit datang lagi
tanya soalan yang sama....
Akhirnya dapat juga tuliskan beberapa tips untuk uols ni
Tip kali ni adalah Tip Bagaimana nak Kurangkan Lemak dalam makanan kita.




Kurangkan Makanan Bergoreng
Hadkan pengambilannya tidak lebih 2 kali seminggu.
Toskan dahulu sebelum dimakan.
Hadkan makanan segera seperti ayam goreng, kentang goreng, milkshake, burger dan lain-lain.
Hadkan snek berlemak seperti kerepek, kek, biskut, kacang dan kuih muih bersantan.
 
Semasa Penyediaan Makanan
Buangkan kulit dan lemak pada daging atau ayam sebelum masak.
Gunakan minyak sayuran.
Elakkan menggunakan minyak kelapa.
Masak dengan sedikit minyak, tidak lebih dari 4 sudu makan sehari.
Tukar mayonis dengan jus limau nipis.
 
Semasa Memasak
Rebus, bakar, panggang dan kukus lebih baik berbanding menggoreng.
Gunakan susu tanpa lemak, yogurt atau santan cair bagi menggantikan santan pekat.
Buangkan lemak berlebihan daripada sup atau masakan.
Gunakan rempah ratus sebagai perasa.
 

Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

24 Mac 2011

BETIK BAIK UNTUK LELAKI!

credit kat pak cik google lagi sekali!
Buah betik kaya dengan vitamin C dan merupakan antioksida yang baik. Kandungan seratnya juga baik untuk lelaki. Apa yang mungkin anda tidak tahu, vitamin C sebenarnya penting untuk pembentukan sperma. Kekurangan vitamin C pada lelaki boleh menyebabkan ketidaksuburan. Untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma, seorang lelaki dewasa memerlukan pengambilan 500 mg vitamin C setiap hari.
 
 
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

23 Mac 2011

COKLAT KURANGKAN KALORI

Coklat mempunyai kalori yang tinggi sebab ia telah dicampukan dengan lemak dan gula. Jika anda mempunyai tabiat makan coklat seperti Cik Tina dan saya, pastikan anda mengurangkan pengambilan kalori dalam diet seharian anda supaya berat badan tidak meningkat. Akan tetapi jikan makan makanan yang seimbang dan kerap bersenam, coklat memang sangat baik.
 

credit to pak cik google

 
Jika anda adalah penggemar coklat macam saya dan Cik Tina, 3 perkara yang harus diperhatikan
 
Hanya makan coklat hitam (Dark Chocolate)
Makan coklat jika kesihatan mengizinkan
Patikan anda makan coklat secara sederhana
 
 
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la

21 Mac 2011

NAFSU MAKAN=LAPAR MATA

Pernah dengar tak Nafsu Makan=Lapar Mata?
 
Pastinya anda selalu bimbang dengan peningkatan berat badan anda kannn...
Berusaha berdiet tak makan pagi atau tengahari semata-mata
nak turunkan berat badan.
Tanpa kita sedari sebenarnya dengan berdiet pada waktu-waktu tertentu
telah mengundang kelaparan mata bila terlihat makan-makanan yang enak.
Penglihatan telah mempengaruhi kita apabila perut kita terlalu lapar.
Paling susah bila kita sendiri tak dapat mengawal rasa lapar mata kita ni kannn...
 
Berikut adalah beberapa tip mudah sbg panduan anda untuk mengawal rasa lapar
 

Makan demi sedikit makanan seperti kekacang yg baik utk kesihatan spy tidak terlalu lapar bila tiba waktu makan.
Makan buah-buahan atau sayur-sayuran di antara waktu makan (antara waktu pagi dan tengahari @ waktu tengahari dan malam). Cara ini dpt mengelakkan kita makan berlebihan pada waktu makan utama kita.
Jika nak makan makanan ringan, pilihlah buah-buahan, bukanlah makanan yang berkalori tinggi mcm coklat. Pelbagai buah-buahan seperti membuat salad buah-buahan dsb.
Pilih makanan yang berserat tinggi dan mengenyangkan seperti epal atau agar-agar.
Kalau nak makan makanan berkarbohidrat pilihlah makanan seperti roti gandum atau nasi merah.
Minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
Daripada makan makanan diet, lebih baik makan makanan biasa tetapi cukup zat dengan kuantiti yang sederhana.
Atur jadual olahraga dengan bijak especially pada waktu yang kita selalu fikir nak makan.
Kalau rasa lapar pada waktu malam, minum teh panas untuk alihkan fikiran daripada makan dengan banyak.

SELAMAT MENCUBA!


 
Jom Join Heartbeat
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Suka ke? Like la