31 Januari 2011

~Alhamdulillah~



credit to moslem-ceria.blogspot.com
 
Bila terbaca ayat-ayat di atas, saya teringat semalam semasa membawa anak-anak bermain di Jaya Jusco Setiawangsa. Ada seorang ibu yang mempunyai seorang anak istimewa membawa anaknya bermain di tempat yang sama. Terdetik di hati saya, "sungguh cekal ibu ini mendidik anak istimewa ini". Sedangkan saya menjaga dan mendidik dua orang anak pun terasa begitu payah, inikan pula seorang ibu yang terpaksa menerima, mendidik dan membesarkan anak-anak istimewa ini. Saya memerhati dan terus memerhati. Bukannya senang mendidik anak istimewa seperti mereka. Mereka sukar dikawal. Kadang-kadang apa yang mereka inginkan tidak terjangkau kerana keistimewaan mereka. Alhamdulillah kepada-Mu Ya Allah kerana mengurniakanku cahaya mata yang sempurna... Berikanlah aku kekuatan untuk mendidik mereka menjadi anak-anak yang solehah dan umatmu yang taat... Amin!!!
Suka ke? Like la

HIDAYAH MEREKA HIKMAH SAYA

credit to iluvislam.com

Berapa kalikah kita mengucap kalimah ini sehari? Mungkin juga ada yang terlupa untuk mengucapkannya dan tidak semua orang dibukakan hati seluas-luasnya dan tidak semua orang menerima hidayah-Nya. Saya dibesarkan dengan pendidikan agama yang lengkap tetapi tetapi kadang-kadang terlupa juga mengamalkan apa yang saya pelajari. Tetapi saya bersyukur kerana Allah menyedarkan saya dari lamunan dengan kehadiran dua orang yang telah mendampingi saya untuk mendekati agama Allah.

Saya sungguh kagum dengan kecekalan mereka mengharungi pelbagai rintangan demi agama Allah. Saya melihat mereka lebih Islam dari kita yang sememangnya dilahirkan sebagai orang Islam. Mereka dengan gigih mempelajari dan sering merujuk kepada saya. Saya bersyukur kerana merekalah, saya lebih mendekatkan diri kepada-Nya. Kerana merekalah saya cuba mendalami ilmu agama dan mengingat semula apa yang dipelajari dahulu. Bersyukur juga kerana saya punyai adik ipar dan biras yang juga seorang ustazah dan ustaz yang boleh dirujuk... Alhamdulillah kerana Allah menyayangi saya dengan menghadirkan kedua-dua mereka. Mereka yang dibukakan hati dan diberi hidayah untuk memeluk agama suci, manakala saya diberi hikmah dengan memimpin mereka. Semoga hati mereka ditetapkan dengan penuh keimanan!
Suka ke? Like la

30 Januari 2011

BUKU PILIHAN

Saya baru sahaja pulang daripada membawa anak-anak bergumbira di Jaya Jusco Setiawangsa. Selepas penat bermain, saya mengajaknya pulang. Saya dan anak-anak memang pantang nampak kedai buku. Pantang dioffer masuk oleh my lalink.... Dah masuk, mesti ada saja yang dibawa pulang. Hajat nak cari buku cerita baru. Asyik baca buku cerita yang sama je tiap-tiap malam. Kalau lelap pun saya boleh cerita balik kat anak-anak. Siap ingat setiap halaman ceritanya macam mana.... Akhirnya saya jumpa buku ni,


Bagus juga buku ni. Buku ini mengajak anak-anak supaya mengenali dan memahami akhlak-akhlak terpuji di samping gambar-gambar berwarna yang menarik. Setiap akhlak-akhlak terpuji tu ada disertakan dengan maksud, kisah teladan, kata-kata Nabi dan kata-kata hikmah. Hihihihi.... Kali ini saya rasa setahun kot baru saya boleh hafal 101 kisah teladan yang ada walaupun pendek ceritanya!
Suka ke? Like la

29 Januari 2011

~ Alhamdulillah~

credit to udurawana.com

Biasalah tiap-tiap awal tahun ni, semua terfikir dan berkata tentang kenaikan gaji. Boss saya kata ada kenaikan tetapi terlalu sedikit. Seluruh negara mendapat kenaikan yang sama. Pada saya, ala sedikit pun tak pe... asalkan ada, daripada tak der kannnn.... kalau tak der pun tak berkecil hati. Entahlah mengapa saya ni jenis yang mudah berpuas hati dengan apa yang ada.... Di hati terlintas RM50 pun tak pe, duit juga. Boleh simpan untuk anak-anak.

Bila tarikh gaji masuk, masing-masing sibuk tengok akaun bank sebab nak tau berapa sikit yang masing-masing dapat. Adalah beberapa orang yang tak berpuas hati. Siap buat perbincangan besar dengan bos lagi. Kalau ikutkan, saya dan beberapa orang lagi yang sepatutnya bersuara sebab memang kami banyak buat kerja yang bukan kerja kami sebenarnya. Alhamdulillah.... dapat lebih sikit daripada RM50 yang saya jangkakan tu...


credit  to blogs.jobdig.com
Tiba-tiba hari ni bos panggil masuk bilik. Ingatkan sebab nak tanya pasal performance new staff. Rupa-rupanya nak bagitau bahawasanya setelah di fight2, bos besar kat US bersetuju meningkatkan peratusan kenaikan gaji beberapa orang tertentu. Salah sorangnya adalah saya la gitu...

Alhamdulillah... daripada lebih daripada RM50 dapatlah lebih RM100 kannn... Bolehlah bahagi sama rata untuk Anish dan Eiyah. Balance ibu punya ya... Mungkin hikmah bekerja dengan ikhlas. Selama 10 tahun saya bekerja tak pernah rasa dihargai sebegini... Terima Kasih Puan Bos!
Suka ke? Like la

28 Januari 2011

KERANA MEREKA

credit ti http://www.ltdl.com.my/

Tengoklah wajah kegembiraan mereka mendapat kemenangan. Mereka tak tau kerana mereka mengejar kemenangan, beratus-ratus orang dan mungkin beribu-ribu kot yang datang lewat ke opis hari ni. Bayangkan perlumbaan yang bermula pada pukul 9.00 pagi di Rawang ni membuatkan saya tersekat di jalanraya sejak dari pukul 8:00 pagi lagi di Ampang... Mungkin ada juga yang bosan dan terpaksa mengambil EL dan terus pulang saje ke rumah! Dan kerana mereka juga saya diserang gastrik... Mana taknya dah kat tengah jalan, mana ada gerai nak beli kuih ke, nasi lemak ke, mihun ke... hanya berbekalkan air Oligo Koko yang saya minum pagi tadi saja... Tetiba pulak nak kena gastrik la pula ari ni... Mungkin juga alasan semata-mata, tapi saya memang tengah menahan gastrik ni tau!
Suka ke? Like la

ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA

Seorang Amoi ni telah mengingatkan saya kepada pepatah melayu "Orang Berbudi Kita Berbahasa". Malam semalam semasa pulang dari kerja, tiba-tiba seorang amoi ni memotong que masuk ke simpang. Biasalah kannn, jalan nak ke ampang ni memang banyak betul lampu isyarat. Kami yang dengan sabar menunggu dah lebih 5 kali lampu isyarat bertukar hijau masih tak lepas-lepas lagi. Senang-senang je dengan "berbudi bahasanya" dia nak potong que kannnn.... Itu baru kesalahan pertama. Ok boleh dimaafkan. Tak angkat tangan pun ucap terima kasih.

Tak pe la kita orang islam sentiasa memaafi sesama manusia. Baru terdetik di hati begitu, tiba-tiba bila lampu isyarat bertukar hijau, dia terus mencilok dan melanggar kereta kami. Dengan "berbudi bahasa" juga dia langsung tidak meminta maaf. Memang saja je kannn... nak membangkitkan kemarahan lalink saya yang memang panas baran tu. Lalink saya suruh dia berhenti di tepi. Sekali lagi dengan "berbudi bahasanya" dia keluar dari kereta dengan marah-marah. Tiada ayat-ayat kemaafan sedikit pun. Katanya dia tak senang, lalu terus masuk kereta dan berlalu tanpa sebarang ayat-ayat perbincangan tentang perlanggaran itu.

Kira lari la tu kannn...Memang Amoi ni kena dibahasakan oleh saya dan lalink malam tu. Maklum la dah terlalu "berbudi bahasa" sangat kannnn... Dah langgar orang nak lari. Tak cakap nak bayar ke, nak report ke? Tentu-tentu dah salah dia. Lari la kemana jua di Ampang ni, sudah tentu dapat ditemui. Kuasa Allah, kami jumpa balik kereta dia. Amoi tu memang keras hati, kat sekolah dulu tak belajar moral agaknya. Tu pun tak nak berhenti juga sampai lalink blok dia. Kira-kira ala-ala samseng la gitu... Si Amoi ni marah kami sebab ekori dia. Hello... ni nak minta ganti rugi la... Awak yang tak berbudi bahasa, jadi kami bahasakan supaya lebih berbudi bahasa yang sebenar-benarnya di lain kali!
Suka ke? Like la

26 Januari 2011

KEKENDURAN PAYUDARA

credit to pegnancy.about.com


Wahhh... isu sensasi kembali lagi! Kekenduran payudara??? Tentu ramai wanita yang bimbang tentang masalah ini kannnnnnn... Ada yang mengatakan penyusuan anak adalah penyebab kepada kekenduran payudara.  Mana boleh... saya mesti buktikannya sebab saya ni adalah breastfeeding supporter!

Konsultan Laktasi (IBCLC) dan Pensyarah Kanan, Unit Perkembangan Kesihatan Wanita, Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, Dr. Zaharah Sulaiman telah membuat kajian mengenai penyusuan ibu di kalangan wanita bekerja, telah menolak dakwaan mengenai faktor menyusu menyebabkan kekenduran payudara.

Menurutnya terdapat beberapa faktor yang menentukan bentuk payudara. Bentuk dan saiz payudara dipengaruhi oleh faktor umur, gen, etnik, pemakanan, keanjalan ligamen yang menampung atau mengampu payudara serta tarikan graviti secara semulajadi. Payudara yang lebih besar akan mempunyai tarikan graviti yang lebih dan akan menyebabkan ligamen dan kulit payudara tertarik. Perkara inilah yang menyebabkan kekenduran payudara.

Hasil kajian tersebut mendapati bahawa kekenduran payudara adalah disebabkan oleh peningkatan usia, kekurangan hormon estrogen, kekerapan kehamilan, penurunan berat badan yang ketara dan merokok kerana ia akan merosakkan elastin yang memberi ketegangan dan keanjalan kulit.

Eh, tak ada kaitan pun dengan penyusuan ibu punnnnnn... Ada sebenarnya. Ia berkaitan dengan kulit, ligamen dan tisu lemak pada payudara. Wanita yang kerap hamil dan tidak menyusukan bayi mempunyai risiko untuk mengalami kekenduran payudara dengan lebih cepat. Oleh itu wanita yang menyusukan anak bukan sahaja kurang risiko mengalami kekenduran payudara malah dengan menyusukan bayi anda, wanita juga berisiko rendah untuk mendapat kanser payudara dan kanser ovari. Bayi yang menyusu ibunya pula akan lebih sihat dan kurang risiko untuk mendapat jangkitan kuman.

Marilah kita sama-sama menjaga payudara kita untuk diri sendiri dan of course la untuk si suami tercinta! Dapatkan payudara yang sihat dan cantik dengan panduan menjaga payudara berikut:

1. Jangan merokok
2. Menyusukan bayi
3. Penggunaan coli. Adalah penting menggunakan coli yang sesuai dengan saiz dan bentuk payudara. Coli yang ketat akan menyebabkan ketidakselesaan, kesakitan tulang belakang dan juga tidak baik untuk postur badan.
4. Senaman. Senaman fizikal adalah untuk menguatkan otot. Buatlah senaman yang boleh menguatkan otot dada seperti berenang.

* Petikan diambil daripada Harian Metro
Suka ke? Like la

25 Januari 2011

HERO MALAYA DI CAREFOUR WANGSA MAJU

credited to aznilhjnawawi.blogspot.com

Sebenarnya terfikir nak buat posting bila terdengar celoteh Pak Nil kat era pagi tadi. Bagi yang ada masa terluang tu bolehlah meluangkan masa ke Carefour Wangsa Maju pada 28 Januari (Jumaat) ni pada pukul 3 petang untuk memberi sokongan kepada Hero-hero Malaya ini membuat kerja amal. Gaji mereka akan disalurkan kepada pertubuhan kebajikan.  Antara yang terlibat ialah Iqram Dinzly, Cat Farish, Fazley, Alif satar, Kamal Adli, Fahrish Aziz, Shahiezy sam, Fizo, Zizan dan banyak lagi.

Bayangkan la celebriti-celebriti ini bekerja di Carefour... Kalau takat bekerja kat bahagian kering je tak pa... Kalau kat bahagian barang-barang basah... macam mana agaknya ya! Adakah mereka akan menyiangkan ikan dan ayam yang kita beli? Ha yang tu kita kena pergi dan tengok sendiri kannnnnnnnn....

Semoga mereka berjaya mengumpul wang yang banyak untuk kebajikan. Sesungguhnya tangan yang menghulur itu lebih baik daripada tangan yang menerima.... Peace!

Suka ke? Like la

PERKAHWINAN AYU RAUDHAH DAN AZWALIZA AZMAN

credited to jomss.blogspot.com

Sempat menatap seketika gambar perkahwinan Ayu dan Wawa. Wah nama panggilan pun cam kawan-kawan je kannn. Kita pun ada nama glamour, inikan pula celebriti kannn. Terkenang pula zaman dulu-dulu semasa menyarungkan pakaian indah sebegini... Tapi tak de la macam mereka, pakaian pun direka oleh pereka terkenal. Tapi saya cukup berpuas hati sebab saya mereka sendiri pakaian saya masa itu dan direalisasikan dengan cukup sempurna oleh tukang jahit biasa-biasa saja. Tak tau la boleh pakai lagi tak baju tu sekarang ni, maklum la anak dah dua... badan yang straight pun dah berbentuk. Ala-ala Nora Danish la katakan... hihihi... Anda bagaimana?
Suka ke? Like la

23 Januari 2011

ADA-ADA JE : BAHAYANYA GIGITAN ASMARA

Wah! Macam menarik je... Mesti ada yang berkata saya ni asyik mengutarakan cerita sensasi je sejak kebelakangan ini kannnn... Ini tiada kaitan dengan catatan saya yang lepas ya... tiada juga berkaitan dengan hati dan perasaan saya yang sedang berbunga-bunga...

Ianya kenyataan. Saya sendiri tergelak bila membaca tajuk PADAH GIGITAN ASMARA di Metro Ahad pagi tadi. Seorang wanita dilapor separuh lumpuh selepas mengalami serangan sakit jantung akibat gigitan asmara. Doktor mengesyaki dia diserang sakit jantung tanpa mengetahui puncanya. Mereka kemudian mendapati kesan gigitan asmara pada bahagian kanan leher wanita itu. Di bawah kesan itu, mereka menemui punca serangan sakit jantung berkenaan - kerosakan pada pembuluh darah pembentukan darah beku akibat gigitan asmara itu.

Ha kannnnn... sangat bahaya tu. Jadi pastikan pasangan anda membuat gigitan asmara yang berpada-pada la ya... Sekian, Tetttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt....
Suka ke? Like la

BILA CINTA ITU BERBUNGA

Tiada apa yang boleh digambarkan. Hanya ini yang dapat menggambarkan perasaan saya ketika ini.


Suka ke? Like la

22 Januari 2011

DAN SEBENARNYA...

*Catatan ini khas untuk dia seorang suami....
*Catatan ini sangat panjang. Jika anda boring jgn baca!



Sebenarnya saya malu untuk menyatakannya. Kelakar pun ada. Tapi inilah cerita yang dipendam dan tak tau bagaimana untuk diluahkan.

Saya malu untuk melafazkannya. Tetapi saya mesti dan mesti untuk mengatakannya. Dulu saya tak pernah kisah pun sama ada dia menyayangi saya sebagai seorang isteri atau kawan yang berkongsi kehidupan. Saya tahu saya menyayanginya tetapi mungkin perasaan itu hanyalah perasaan seorang kawan yang hidup bersama walaupun saya sering terasa jika dia tersalah memanggil nama saya. Sejak mula lagi saya sedar kemungkinan yang harus diterima semasa menerima lamarannya. Dia tidak pernah bercerita tentang itu tapi saya tahu dari keluarganya yang sangat menyayangi saya.

Terima kasih kepada seseorang kerana hadir menyentap kehidupan saya. Kerananya saya mula merasai perasaan itu. Perasaan yang sukar dizahirkan. Perasaan yang sukar dinyatakan. Perasaan yang sukar digambarkan. Perasaan yang sukar dilafazkan. Jantung berdegup kencang, hati berdebar-debar, kepala lutut terketar-ketar, perut terasa kecut sekali. Serbi serbi jadi tak keruan. Adakah saya telah jatuh hati kepada lalink saya.... Oh Tuhan, perasaan ini wujud juga setelah bertahun-tahun lamanya. Rasanya sudah lama perasaan itu hilang. Hilang bersama kekecewaaan dan kesilapan lalu. Alhamdulillah kerana lebih baik cinta itu mekar bertamu di taman hati daripada cinta yang pudar menanti masa. Kannnnnnnnnnnnnn.....

Malam tadi saya mengejutkan lalink dari tidurnya. Saya bertanya kepadanya sama ada dia menyayangi saya atau biasa-biasa saja. Dia menjawab, "Sudah tentulah dia menyayangi saya sepenuh hati". Saya cakap saya nak beritahu dia satu rahsia. Dia bertanya, "Apa dia?". Lalu dengan malu-malu saya berkata "ayang rasa ayang macam baru jatuh hati kali pertama dengan abang". Dia tak berkata apa-apa pun tetapi saya dapat rasakan jantungnya juga berdegup kencang sebagaimana saya. Kelakar kannnnnnnnn....

Sungguh indahnya perasaan ini yang wujud dalam perkahwinan. Tanpa perlu menjaga diri dan membatasi perhubungan. Saya boleh meluangkan masa bersama, mencium dan dicium, memeluk dan dipeluk bila-bila masa tanpa perlu bimbang apa-apa. Berbaur lucaaaahhhhhhhhhsss ke ayat ini??? Tetapi inilah luahan tulus dari hati saya untuk seorang suami yang telah menerima saya seadanya, sentiasa memberi dorongan dan sokongan dalam impian dan kerjaya saya.
Suka ke? Like la

21 Januari 2011

SUKA SANGAT!

Marilah saya kongsikan lagu yang saya sangat suka ini. Ia memberi mesej yang berguna kepada saya dan pasangan lain di luar sana!

Lirik Kekanda Adinda - Atilia & Monoloque


Oh kekanda jangan iri hati
Dinda naik pangkat lagi
Oh adinda kanda mana dengki
Malah kanda support bini
Jadi dinda mahu mengambil masa
Tapi kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi kanda mahu cahaya mata
Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Oh adinda tolong jangan lekas curiga
Lekas cemburu buta
Oh kekanda dinda perlu berhati-hati
Tak rela dikongsi
Kanda kerja overtime terlebih masa
Itu yang dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan dinda atau sebaliknya
Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Oh adiwira dewataku
Mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja intan permata
Mari ikut cara kanda
Bagaimana bagaimana kita nak selesaikannya
Apa keputusannya
Oh kekanda mari nyawa
Kita cuba komunikasi
Oh adinda mari sayang
Kita cuba toleransi
Walau kita janji sehidup semati
Kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi sikap toleransi
Itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang perdana
Dinda yang utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya

Suka ke? Like la

19 Januari 2011

SUDU TAJAM

Masa sibuk mencari vektor imej tetiba terjumpa imej ni,


teringat pula pada Anish dan Eiyah yang berlari dari meja makan ke dapur meminta sudu tajam... Puas fikir mana ada sudu tajam. Macam-macam jenis sudu saya bagi, tapi diaorang tak nak juga. Masih lagi meminta sudu tajam. Rupa-rupanya... sudu tajam tu... ni la bendanya! Sampai mati akal ibu memikirkannya tau! Yang si adik asyik mengikut aje apa yg kakak cakap. Kakak sebut salah dia pun salah la juga...
Suka ke? Like la

18 Januari 2011

BUAH HATI KESAYANGAN IBU!


Akhirnya dapat juga snap gambar kanak-kanak rebena ni... punyalah susah kalau nak ambil gambar! Itu pun Anish kena hold Eiyah supaya adiknya tak lari... Terima Kasih pada Senior Manager kat opis saya sebab sudi tukar annual dinner gift yang saya dapat tu kepada Panasonic Lumix Camera yang berwarna oren ni. 

Credit to camerastore.com.au

Suka ke? Like la

HIHIHI... BUKA PUNYA BUKA TERJUMPA NI!

Tengah-tengah sibuk cari imej kat external drive lalink tetiba je terjumpa ni... dah lama juga la video ni diambil tapi tak sempat nak upload kat facebook. Budak kat dalam video ni pun dah nak 3 tahun! Zikir yang dia tahu pun dah advance. Bukan takat zikir, nyanyi lagu Adira atau Stacy pun boleh...
Suka ke? Like la

17 Januari 2011

KELUARGA SAYA

Inilah keluarga saya dengan seorang suami yang menerima saya seadanya dan 2 orang puteri yang sentiasa membuatkan kami terhibur dan menyinga dengan keletah mereka. Merekalah jantung dan nyawa saya. Tengok jelah gambar tu. Baba mereka je yang bersedia, yg lain semua tak sedia lagi. Susah betul nak ambil gambar yang sempurna. Tiap-tiap tahun budak yang sama je yang melalak kat dalam koleksi gambar kami. Harap-harap tahun 2011 ni dapatlah ambil gambar yang lebih sempurna dan memoriable!

Suka ke? Like la

OH KEHIDUPANKU...

Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya... Begitulah dengan kehidupan saya. Saya pernah terfikir kenapalah saya sentiasa tiada pilihan dalam kehidupan saya. Terasa dunia ini sungguh tidak adil untuk saya. Tetapi semuanya berubah bila saya menemui seorang lelaki yang bernama MOHD KAMARUL HISYAM. Berkahwin bukanlah atas dasar cinta tetapi atas dasar kami memerlukan seseorang dalam hidup kami. Bertahun cuba mengenalinya. Membenih cinta selepas perkahwinan. 

Walaupun dia hanya mengingati tarikh-tarikh penting dalam keluarga kami selepas 6 tahun tapi ternyata dia menerima saya seadanya... Langsung tidak pernah mengungkapkan ketidakpuasan hatinya kepada saya. 
*Pstt: Saya sebenarnya sangat malas mengemas rumah. Ala kadar aje! Suka marah-marah juga!

Bersyukur saya pada-Nya. Rasa bersalah pada-Nya kerana mempersoalkan tentang qada' dan qadar-Nya. Inilah hikmah yang telah ditentukan oleh-Nya setelah saya mengharungi pelbagai pengalaman pahit dalam hidup ini. Bersyukur kepada-Nya yang telah memberi saya kekuatan untuk mengharungi dan memperbetulkan kesilapan lalu. Sesungguhnya saya berharap dapat menjadi seorang isteri dan ibu yang baik. Mendidik dan memimpin anak-anak supaya hidup dengan penuh kesyukuran. Memandu mereka supaya tidak perlu melalui apa yang saya lalui. Mengingatkan mereka supaya tidak melakukan kesilapan yang sama.

Semoga kebahagiaan ini akan kekal selamanya!

Suka ke? Like la

16 Januari 2011

TERIMA KASIH!! XIE XIE!! ARIGATO!! GAMSAHABNIDA!!

Setelah dua hari mengumpulkan semangat menyahut seruan rakan-rakan, akhirnya saya akur untuk menjadi seorang blogger... Bukan tidak pernah terfikir. Saya telah menyimpan hasrat bertahun-tahun tetapi terlalu sibuk dengan tugasan harian sebagai seorang isteri dan ibu yang bekerja. Akhirnya inilah hasilnya... DUNIAKU EINSPIRASIKU walaupun hampir terbeliak biji mata membaca kod HTML sebab nak letakkan button "like" kat situ!

Terima kasih kepada Shiela Firdaus kerana dialah yang memulakan topik untuk menjadi seorang blogger. Dia dan rakan-rakan lain telah membakar semangat saya dari sehari ke sehari. Akhirnya tanduk  mula keluar, dan saya menghasilkannya dengan ikhlas tanpa paksaan!

Terima kasih juga kepada seorang rakan lama yang telah memberikan nama EIN kepada saya kira-kira 10 tahun yang lalu. Saya suka dan telah mengabadikan nama itu untuk cita-cita saya dan akhirnya blog ini. Maka terhasillah perkataan EINSPIRASIKU!

Terima kasih kepada semua untuk segala-galanya! Dorongan dan sokongan...
Suka ke? Like la

KOMIK OH KOMIK!

Teringat bila seseorang tergelak dalam lif bila terpandang saya membaca komik. Salah ke? Siap tanya berapa umur saya lagi... Tolonglah jangan memandang sinis orang yang membaca komik. Saya bukan baca komik sembarangan ok... Pembacaan komik bukan sekadar memupuk minat membaca di kalangan kanak-kanak tetapi juga ibu kanak-kanak seperti saya.

Sejak dulu lagi saya begitu mengagumi kebijaksanaan watak Conan dalam siri kartun Conan dan saya sentiasa berharap mempunyai anak-anak yang bijak seperti itu. Lantas bila saya tahu wujudnya komik Conan saya tidak mahu melepaskan peluang untuk memilikinya. Malah anak saya sendiri sudah tahu saya memang meminati Conan. Bukan saya sahaja malah seisi keluarga saya meminati Conan tau!

Sekadar one cent my opinion... tak salah membaca komik dan membenarkan anak-anak membaca komik kerana ia merangsang minda kreatif di kalangan kanak-kanak. Lagipun sebagai ibu bapa kita patut menapis komik apa yang dibaca oleh anak-anak kita. Kita yang mencorakkannya.... kannnnnnnn
Suka ke? Like la

BANYAK MENONTON TV MATI AWAL???

Tajuk di halaman MODE Utusan Malaysia 13 Jan 2011 ini benar-benar menarik perhatian saya. Apakah fakta logik di sebalik kenyataan ini?

Menurut rencana tersebut yang dipetik daripada Jurnal Kolej Kardiologi Amerika isu Januari 2011, menghabiskan masa berlebihan masa berlebihan di depan televisyen atau skrin komputer akan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular walaupun rajin bersenam. Selain itu kajian tersebut juga mendapati duduk dalam masa yang lama akan mempengaruhi tubuh badan manusia sama ada dalam jangka masa yang panjang atau pendek. 

Adakah kita semua tergolong dalam orang-orang yang mempunyai risiko untuk mempunyai penyakit jantung???
Ha yang itu kita kenalah tanya orang yang tegar duduk di depan komputer berfacebook dan berblogging seperti Shiela FirdausTina OthmanArissa dan NoraArfah.

Sesungguhnya hidup dan mati itu ketentuan-Nya...
Betul tak kawan-kawan...



Suka ke? Like la

15 Januari 2011

Inilah saya...
Seorang wanita, anak, kakak, ibu, isteri dan pekerja
Saya bukanlah seorang suri rumah
Memikul tanggungjawab yang sangat berat
Untuk kebahagian semua orang disekeliling saya
Terutama sekali anak-anak, suami, kedua ibu bapa serta adik-adik tercinta
Namun ditabahkan hati ini
Untuk meneruskan kehidupan yang penuh cabaran
Kehidupan yang umpama dacing
Terkadang terasa ringan
Terkadang terasa berat
Dan terkadang terasa seimbang


Suka ke? Like la

KEHIDUPAN

Kehidupan bagaikan angin yang bertiup
Kehidupan bagaikan suatu musim
Terkadang sejuk bagaikan air yang tenang
Terkadang panas bagaikan dipukul ombak

Kehidupan bagaikan bermain di bawah terik mentari di tengah malam
Kehidupan bagaikan bermain di bawah bulan di keheningan malam
Kehidupab bagaikan penyembuh ketika sakit
Kehidupan mencium malam dan menyapa dengan senyuman
Kehidupan itu kegembiraan dan ketenangan
Kehidupan itu kesedihan dan kesepian
Kehidupan adalah teman sejati yang tidak pernah berdusta

Semuanya tentang suatu kehidupan
Kehidupan saya dan anda semua
Wadah coretan seterusnya
Kehidupan lalu dan selamanya
Suka ke? Like la