16 Januari 2011

BANYAK MENONTON TV MATI AWAL???

Tajuk di halaman MODE Utusan Malaysia 13 Jan 2011 ini benar-benar menarik perhatian saya. Apakah fakta logik di sebalik kenyataan ini?

Menurut rencana tersebut yang dipetik daripada Jurnal Kolej Kardiologi Amerika isu Januari 2011, menghabiskan masa berlebihan masa berlebihan di depan televisyen atau skrin komputer akan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular walaupun rajin bersenam. Selain itu kajian tersebut juga mendapati duduk dalam masa yang lama akan mempengaruhi tubuh badan manusia sama ada dalam jangka masa yang panjang atau pendek. 

Adakah kita semua tergolong dalam orang-orang yang mempunyai risiko untuk mempunyai penyakit jantung???
Ha yang itu kita kenalah tanya orang yang tegar duduk di depan komputer berfacebook dan berblogging seperti Shiela FirdausTina OthmanArissa dan NoraArfah.

Sesungguhnya hidup dan mati itu ketentuan-Nya...
Betul tak kawan-kawan...



Suka ke? Like la

2 ulasan:

  1. wah..lg advance haa..cmana buat tag nama tu??

    BalasPadam
  2. senang je. masa nak tulis tu tekan kat link! Kite mmg dah ade basic benda2 camni cuma x practise je.. hehehe

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda