Setelah dua hari mengumpulkan semangat menyahut seruan rakan-rakan, akhirnya saya akur untuk menjadi seorang blogger... Bukan tidak pernah terfikir. Saya telah menyimpan hasrat bertahun-tahun tetapi terlalu sibuk dengan tugasan harian sebagai seorang isteri dan ibu yang bekerja. Akhirnya inilah hasilnya... DUNIAKU EINSPIRASIKU walaupun hampir terbeliak biji mata membaca kod HTML sebab nak letakkan button "like" kat situ!
Terima kasih kepada Shiela Firdaus kerana dialah yang memulakan topik untuk menjadi seorang blogger. Dia dan rakan-rakan lain telah membakar semangat saya dari sehari ke sehari. Akhirnya tanduk mula keluar, dan saya menghasilkannya dengan ikhlas tanpa paksaan!
Terima kasih juga kepada seorang rakan lama yang telah memberikan nama EIN kepada saya kira-kira 10 tahun yang lalu. Saya suka dan telah mengabadikan nama itu untuk cita-cita saya dan akhirnya blog ini. Maka terhasillah perkataan EINSPIRASIKU!
Terima kasih kepada semua untuk segala-galanya! Dorongan dan sokongan...
Suka ke? Like la
La Rosa Apartment by Zura Anwar
8 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen anda