17 Januari 2011

OH KEHIDUPANKU...

Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya... Begitulah dengan kehidupan saya. Saya pernah terfikir kenapalah saya sentiasa tiada pilihan dalam kehidupan saya. Terasa dunia ini sungguh tidak adil untuk saya. Tetapi semuanya berubah bila saya menemui seorang lelaki yang bernama MOHD KAMARUL HISYAM. Berkahwin bukanlah atas dasar cinta tetapi atas dasar kami memerlukan seseorang dalam hidup kami. Bertahun cuba mengenalinya. Membenih cinta selepas perkahwinan. 

Walaupun dia hanya mengingati tarikh-tarikh penting dalam keluarga kami selepas 6 tahun tapi ternyata dia menerima saya seadanya... Langsung tidak pernah mengungkapkan ketidakpuasan hatinya kepada saya. 
*Pstt: Saya sebenarnya sangat malas mengemas rumah. Ala kadar aje! Suka marah-marah juga!

Bersyukur saya pada-Nya. Rasa bersalah pada-Nya kerana mempersoalkan tentang qada' dan qadar-Nya. Inilah hikmah yang telah ditentukan oleh-Nya setelah saya mengharungi pelbagai pengalaman pahit dalam hidup ini. Bersyukur kepada-Nya yang telah memberi saya kekuatan untuk mengharungi dan memperbetulkan kesilapan lalu. Sesungguhnya saya berharap dapat menjadi seorang isteri dan ibu yang baik. Mendidik dan memimpin anak-anak supaya hidup dengan penuh kesyukuran. Memandu mereka supaya tidak perlu melalui apa yang saya lalui. Mengingatkan mereka supaya tidak melakukan kesilapan yang sama.

Semoga kebahagiaan ini akan kekal selamanya!

Suka ke? Like la

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda