26 Januari 2011

KEKENDURAN PAYUDARA

credit to pegnancy.about.com


Wahhh... isu sensasi kembali lagi! Kekenduran payudara??? Tentu ramai wanita yang bimbang tentang masalah ini kannnnnnn... Ada yang mengatakan penyusuan anak adalah penyebab kepada kekenduran payudara.  Mana boleh... saya mesti buktikannya sebab saya ni adalah breastfeeding supporter!

Konsultan Laktasi (IBCLC) dan Pensyarah Kanan, Unit Perkembangan Kesihatan Wanita, Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, Dr. Zaharah Sulaiman telah membuat kajian mengenai penyusuan ibu di kalangan wanita bekerja, telah menolak dakwaan mengenai faktor menyusu menyebabkan kekenduran payudara.

Menurutnya terdapat beberapa faktor yang menentukan bentuk payudara. Bentuk dan saiz payudara dipengaruhi oleh faktor umur, gen, etnik, pemakanan, keanjalan ligamen yang menampung atau mengampu payudara serta tarikan graviti secara semulajadi. Payudara yang lebih besar akan mempunyai tarikan graviti yang lebih dan akan menyebabkan ligamen dan kulit payudara tertarik. Perkara inilah yang menyebabkan kekenduran payudara.

Hasil kajian tersebut mendapati bahawa kekenduran payudara adalah disebabkan oleh peningkatan usia, kekurangan hormon estrogen, kekerapan kehamilan, penurunan berat badan yang ketara dan merokok kerana ia akan merosakkan elastin yang memberi ketegangan dan keanjalan kulit.

Eh, tak ada kaitan pun dengan penyusuan ibu punnnnnn... Ada sebenarnya. Ia berkaitan dengan kulit, ligamen dan tisu lemak pada payudara. Wanita yang kerap hamil dan tidak menyusukan bayi mempunyai risiko untuk mengalami kekenduran payudara dengan lebih cepat. Oleh itu wanita yang menyusukan anak bukan sahaja kurang risiko mengalami kekenduran payudara malah dengan menyusukan bayi anda, wanita juga berisiko rendah untuk mendapat kanser payudara dan kanser ovari. Bayi yang menyusu ibunya pula akan lebih sihat dan kurang risiko untuk mendapat jangkitan kuman.

Marilah kita sama-sama menjaga payudara kita untuk diri sendiri dan of course la untuk si suami tercinta! Dapatkan payudara yang sihat dan cantik dengan panduan menjaga payudara berikut:

1. Jangan merokok
2. Menyusukan bayi
3. Penggunaan coli. Adalah penting menggunakan coli yang sesuai dengan saiz dan bentuk payudara. Coli yang ketat akan menyebabkan ketidakselesaan, kesakitan tulang belakang dan juga tidak baik untuk postur badan.
4. Senaman. Senaman fizikal adalah untuk menguatkan otot. Buatlah senaman yang boleh menguatkan otot dada seperti berenang.

* Petikan diambil daripada Harian Metro
Suka ke? Like la

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda