09 Februari 2011

YEAH!!! INILAH CUBICLE BARU SAYA


Setelah 3 hari duduk kat tempat ni, baru hari ni saya ada masa menangkap gambar cubicle baru saya ni. Puas juga saya mengangkut barang dari kaunter ke dalam opis call centre ni. Benda yang wajib ada, of cos la stationery kannnn termasuk kalendar. Barang personal saya, cermin, kamus dan pokok money plant saya tu! Makin hidup segar la pokok tu sebab dapat cahaya matahari dengan sempurnanya kat sini....

CPU pulak semestinya CPU saya sejak saya keja kat company ni. CPU ni dah 3 kali reformat, Saya rasa dia pun dah bengong dengan banyaknya data di dalamnya.... Saya angkut mana saya pergi. Banyak fail-fail translation saya kat situ. Mana boleh bagi kat orang lain guna kannn... lagi pun susah la nak set up balik PC baru. Harta opis ni memang dah macam harta saya sendiri saya buat. Nasib Puan Bos tak marah...
Suka ke? Like la

2 ulasan:

  1. lawa pokok..harta ofis harta mu jua ein..

    BalasPadam
  2. owh.. terkenang cubicle di opis dulu.. sekarang kat ..cle gak.. housecle.. buleh??!! hihihi

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda