17 Mac 2011

PANDUAN SELAMAT IDENTIFIKASI PLASTIK

Plastik memang digunakan secara meluas untuk menyimpan dan membungkus makanan mahupun minuman. Bagaimanapun penggunaannya meningkatkan risiko masalah kesihatan terutamanya apabila bahan kimia pengganggu hormon daripada sesetengah plastik meresap masuk ke dalam makanan dan minuman kita.

Seperti yang kita ketahui kebanyakkan bahan plastik mempunyai label. Bagaimanapun tidak semuanya mempunyai label. FYI, simbol kitar semula yang tertera tidak semestinya bermakna produk itu boleh dikitar semula. Biasanya bekas plastik yang berleher sempit dengan label nombor 1 dan 2 sahaja yang boleh dikitar semula. Berikut adalah label yang telah dicipta oleh The Society of Plastics Industry untuk mengenalpasti bahan plastik.

Jenis Plastik
PET atau PETE yang bermaksud Polyethylene Terephthalate Ethylene

Ciri-ciri
Jernih, tahan, penghalang gas dan kelembapan

Kegunaannya
Botol minuman ringan, air mineral semulajadi, air minuman berbungkus, jus, bahan pencuci dan botol sapuan seperti peanut butter

Jenis Plastik
HDPE yang bermaksud High Density Polyethylene

Ciri-ciri
Keras, separa fleksibel, tahan kelembapan, telap gas

Kegunaaannya
Botol susu opaque, jag minuman, peluntur, bahan pencuci, botol syampu dan sesetengah beg plastik 
Jenis Plastik
PVC atau V yang bermaksud Polyvinyl Chloride

Ciri-ciri
Kuat, tahan, fleksibel dan elastik

Kegunaannya
Plastik pembungkus berpelekat, botol plastik boleh picit, minyak masak dan bahan pencuci

Jenis Plastik
LDPE yang bermaksud Low Density Polyethylene

Ciri-ciri
Lembut, fleksibel, tahan, mudah calar

Kegunaannya
Plastik pembungkus, penutup bekas makanan dan botol fleksibel seperti mayonis dan sos BBQ

Jenis Plastik
PP yang bermaksud Plypropylene

Ciri-ciri
Keras tetapi masih fleksibel, serbaguna

Kegunaannya
Bekas makanan untuk ketuhar gelombang mikro, straw dan botol susu bayi
Jenis Plastik
PS yang bermaksud Polystyrene

Ciri-ciri
Tahan, separa keras, dipengaruhi lemak

Kegunaannya
Perkakasan plastik pakai buang stereofoam, bekas telur, pinggan, cawan, gelas dan kutleri boleh buang

Jenis Plastik
Other
menunjukkan bekas makanan tersebut diperbuat daripada lain-lain jenis plastik selain kod 1-6 atau kombinasi di antara plastik 1-6

Ciri-ciri
Bergantung kepada jenis dan kombinasi plastik

Kegunaannya
Bekas menyimpan minuman, botol susu bayi, botol air 5 gelen, botol air sukan, liner makanan dalam tin, sippy cup dan sudu garfu lutsinar
Plastik berasaskan bio juga mungkin dilabelkan dengan label ini

NOTA
Pilihlah plastik yang berlabel 1,2,4,5 untuk pilihan yang selamat
terutama sekali untuk mengisi makanan
Elakkan plastik yang berlabel 3, 6, dan 7


*Sumber daripada Keselamatan & Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan

Suka ke? Like la

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda